Archive for December, 2002

Posted in Life always Began on December 30, 2002 by duwenk

Happy New Year ~~ Selamat Tahun Baru ~~ Selamat Tinggal 2OO2

Selama enam hari hati ku diselimuti resah dan gundah gulana. Selama itu mental ku di hantui kenangan-kenangan dahulu. Selama berkejar mencapai gambaran memori yang disingkap dari pintu ingatan. Selama bersedih dan makin mengenang bibit-bibit kerinduan.

Ya Allah.. Beri lah kekuatan hati ku ini.. Ya Allah.. Campakkan semangat yang aku sendiri tidak terdaya seumur hidupku mempasak tenaga kaki ku untuk berdiri. Ya Allah.. Dalam daya langkahan harian ku masih lagi tidak bisa aku menghitung dari mana-kah kuasa ajaib yang membenarkan setiap fungsi dan kondisi anggota ku berlakuan di setiap hari. Hanya MU ya Allah.

Ya Allah.. Hanya Engkau Maha Kaya dengan segala-galanya.. Qudratmu yang melimpah ruah dan sentiasa menyayangi hambaMu.. Hanya Engkau Maha Penyayang.. Sekalipun hambaMU sering didusta dan mendustai, terlanjur dan tercicir, Namum atas kuasa Rabb ! Maha Pemimpin.. Maha Pemberi Hidayah.. Engkau terus mencampakkan Kudarat kasih sayang Mu kepada hamba Mu..

Ya Allah.. Engkau Maha Rahmat.. Sejauh memandang lautan masih jauh Rahmat MU yang tidak di sedari oleh hamba Mu ini Ya Rabb ! Maha Kaya dan Bijak sana.. Ketika hambaMU kian cuai dialir ombak nan berlalu menjadi buihan celaka.. Enkau ya Rabb! masih mulia dengan keRahmatan mu Ya Rabb!.. Duri-duri hiasan dunia masih memukau hamba-hambaMU ini, membenak keImanan dan menusuk keSedaran dan mencemuh keMakrufan dan mendaulatkan Kemungkaran.. Namum Engkau Ya Rabb! Masih punya sifat seMulia-Mulia sifat al-Rahman nal-Rahim.. Ya Rabb!!

Ampunkan dosa-dosa hambaMu yang kerdil serta hina ini Ya Rabb! cucikan dengan Rahman n Rahim Mu Ya Rabb! Sekalipun aku tetap tidak layak untuk menempah dan mengkhayalkan SyurgaMU.. Ya Rabb!! Begitu siksa panah Neraka Mu .. Tetap tubuh yang lesu ini tidak dapat menanggungnya Ya Rabb!..

-Di Ambang kudarat badan semakin lusuh-

“Menyorot Arah”

Posted in Life always Began on December 22, 2002 by duwenk

Teringin sesangat nak gi haji.. Betul-betul nak beribadat di hadapan Ka’abah.. Tanah Suci dan juga pusat aqidah umat Islam seluruh dunia… Tempat bersejarah penurunan ayat suci al-Quran… Yang penjadi perundangan setiap masa setiap zaman.. satu-satunya peninggalan mukjizat Nabi akhir zaman… -alQuran alKarim-.. tiada mukjizat yang dapat merupai kelebihan yang telah diberikan kepada RasulNya.. MUHAMMAD SALLAH ALAIHI WASALAM..

Rindu dengan suara pengabdian di Tanah Suci.. Rindu dengan kemegahan Kelambu Ka’abah… Rindu dengan suara-suara Syeikh alHafiz mengimami pengabdian.. Ya’Allah Permudahan segala Urusan dunia dan Akhirat ku ya’Allah…

Posted in Life always Began on December 15, 2002 by duwenk

Entah la labu.. bila la agaknya nak siap urusan aku ni.. exam dah dekat.. kekadang naik risau.. kekadang nak gak bersedih.. isykk. tu la terlalu cuai sangat aku.. sampai atlast minute baru kelam kabut nak buat urusan…

Sungguh Gumbira aku.. lama sangat X jumpa kengkawan kat kampung ni.. biasa la. time holiday ari tu diorg ni xDe dicc aku ni.. masing-masing rindu kat umah.. balik le ke negara diorg.. aku juga la duk jadi penunggu di tanah padang pasir ni. Apa-pun aku tetap bangga dan besyukur coz dapat penuhi masa dan peluang aku selama diorg xde di sini..

So kelmarin kitaorg berkumpul gak la.. tapi ilang sowang.. tah kat mane dia duduk.. tetiba dah ke cairo… mane tak nya aku bosan.. tetiba je dia ilang… tapi ari ni dah jumpa.. jumpa kat cc maa…

Selamat Standby nak exam ..

Posted in Life always Began on December 10, 2002 by duwenk

10 Disember,-Hampir sebulan lagi student sini akan menduduki imtihan untuk fasal pertama 2002/2003. Hope Allah succeskan perjuangan students sini. Amin..

Aku yang masih berkeliaran, di bumi kaherah- menanti kerja sampingan selesai. Entah bila berpeluang memijak kembali tanah pengajian ku di Damahor.. arghhhhhhhh !! tensen.. fuh.. ada 2/3 urusan lagi.. insya-Allah akhir minggu ni siapla.. and bley aku balik Kg ku dan berjuang sesama sahabat2 ku di kampung tu..

Dalam sedar x sedar.. erm dah dekat tahun baru. Dah lama aku hidup.. Dah lama duniaku berRemaja.. Apa yang aku dapat? Apa yang aku peroleh dalam membaktikan diri untuk Agama, bangsa, dan Negara? Tah la.. Sedangkan menantikan tamadun kian pupus? Atau menantikan fantasi diri memancarkan realitis hidupku ini.. ermm. banyak betull khayalan yang aku cipta..

Dalam masa yang sama. Dunia milik kita semua makin terancam, makin dikecam, makin dihina -dirampas oleh mereka yang celaka. dari Kurun 7 hingga akhir kurun 18 kita terjulang.. Bilakah tibanya keceriaan kita bersama dari bumi Palestin, Cechan, kosovo.. Di Aidilfitri sendiri mereka kehilangan suasana milik bersama.. bandingkan antara kita..blur aku bila berhadapan situasi pekak ini.

Pejam Sedar, Renung Fikir -Semoga Allah SWT membuka pintu hati kita..

“Menyorot Arah”

Posted in Life always Began on December 6, 2002 by duwenk

Selamat Hari Raya buat semua yang kenal aku mahu pun x kenal.. Syawal pun dah jelma.. dan Ramadhan pula telah meninggalkan kita.. sedih gak la.. hope berkesempatan skali lagi jumpa dia..

Pagi Raya; sensitif betul time tu. Mane taknye, pakai baju raya (walaupun yang 3thn lepas) masih teringat bahang beraya kat kampung. lepas solat raya bermaafan semua orang kampung dan balik beraya ngan Ayahda dan bonda tercinta seterusnya ngan adik beradik..

Tapi kat sini hanya bley emigine je.. hanya harapan dan doa je bley temankan emosi aku time tu.. tgk kengkawan semua kontrol kesayuan masing-masing. fuh.. sedih ma..Lepas je semalam raya saling bersalaman dan terus celapak ke Rumah jamuan pertama.. N kelam kabut balik nak buat persiapan open house umah aku plak.. fuh.. Alhamdulillah banyak gak sambutan.. eid mubarak pada semua.. kullu 3am we entum bikhair.