Archive for January, 2003

Posted in Life always Began on January 26, 2003 by duwenk

“Jom gi Ma’arad Kitab” ajak member umah aku suh temankan dia.

“isyk malas la aku, penat sangat ari ni.. nanti aku buatkan ruz bi laban kat nkorang.. Nkorg pergi la..” masih sempat aku bagi alasan.

Redup awanan yang entah mendung atau tidak melembabkan pergerakkan aku pada tika itu. Desiran pum mesin aquarium masih bermaharaja lela di persekitaran bilik aku. Namun hanya berdesir sayup dari cuping telinga.

“Hok alos, manja sangat eih..duk rumah pun bukan sapa ada” Diorg tetap tekun mengajak aku suh join sama dalam penjelajahan kali ini.

“Sejuk la, dah la aku ni X tahan sejuk, nkorg ajak aku pulak.. ampes la”. Aku tetap berdegil. Keras kepala aku kalo nak hantuk di batu mesti tak tertahan.

“Ale.. kat rumah pun nko tidur la dwan, jom, lekaih. chek baik keih!!” seru manja ajukkan si tua dari kampung pendesaan kuala Kedah Alor Staq.

“erm.. okie kejap.. aku nak siap” atlast aku tumbang dengan ajakkan diorg. Pikirkan balik duk rumah tidur, buring, X tahu nak buat apa sebab pc pun ada musykilah sket..

-Dan pergilah kitaorg ke Ma’arad lil Kitab. Dan terhasil penjelajahan aku kali ini..

“Menyorot Arah”

Advertisements

Posted in Life always Began on January 19, 2003 by duwenk

Alhamdulillah dah abis imtihan.. setelah beberapa hari duk pulun.. lega plak rasanya..

Hidup ni kan dah ujian… secara tak langsung banyak lagi imtihan kena kita lalui.. Nak ingat diri aku juga.. yang selalu lara ngan kehidupan ni..

Semalam sempat ramai-ramai menjamu selera kat umah sowang kawan tu.. Seronok.. lama sangat tak bley berkumpul cam tu.. Semua ada… sejak kebelakangan ini, susah sangat nak bley jumpa cam tu..

Lepas imtihan ni.. masing-masing bergiat kembali ngan dunia masing-masing. Ada yang pulang ke Cairo, ke Iskandariah(Tafaqquh ngan syeikh) dan ada yang akan menziarahi kawan-kawan di kawasan Furuq. Tak terkecuali jugak ngan bebudak yang rindukan kampung halaman.. -sudah bersiap sedia pulang ke tanah air.

Begitu juga, kepada mereka yang berpeluang menunaikan ibadat Haji.. Barakkah fikum… “Doakan aku di sini.”.. Tenang hati bile dengar jek bley gi Mekkah.. Teringin sesangat nak ke sana.. Anway sblm ni aku dah cuba nak join sama ke sane.. Insya-Allah tahun depan.. Allahuma yassir Umurana

Lepas ni aku pun nak balik Cairo.. cam kawan-kawan yang lain gak.. aku juga inginkan cam mereka yang boleh mengisi masa dan waktu cuti ni.. Mungkin banyak lagi program-program yang aku bley isi di sana. Doakan aku segalanya berjalan ngan lancar.

“Perjuangan masih belum selesai”

“Menyorot Arah”

Posted in Life always Began on January 11, 2003 by duwenk

~La sYarqiah wa La Gharbiah…. La Syarqiah Wa La Gharbiah… La Syarqiah Wa La Gharbiah… Islamiah ! Islamiah! IslamiaH !

~Wa Nahnu Ma’a FalasTin …..Wa Nahnu Ma’a Falastin.. La Gharibiah Wa La Syaqiah.. IraQiyin Ma’ana.. IraQiyin Ma’an.. La Syarqiah Wa La Gharbiah.. Islamiah ! Islamiah !

Begitu bersemangat sekeli pemuda-pemuda (Syabab) al-Azhar-Cairo berdemonstrasi di kawasan kuliah.

-Kelmarin sempat aku menziarahi Kuliah al-Azhar Cairo… Setibanya aku di perkarangan kuliah al-Azhar … Berlaku perhimpunan kepaduan gandingan pemuda-pemuda Islam melaungkan bantahan serangan ke atas Iraq dan pembelaan Palestin.

~(La Syarqiah) Tidak memihak kepada Timur (Wa La Gharbiah) Tidak pula pihak Barat (Islamiah! Islamiah !) Islam ! Islam ..

~Begitulah suara-suara nyaring bergema di kawasan kuliah yang sibuk dengan kependudukan yang lalu lalang di hadapannya.

~(Nahnu ma’a Falastin) Kami bersama masyarakat Palestin (Iraqiyin ma’na) Juga Masyarakat Iraq bersama kami… (La Gharbiah wa la syarqiah) Tidak memihak Barat dan tidak pula bpihak kepada timur… (Islamiah ! Islamiah !) Islam ! Islam !

Di ulangi beberapa kali dengan di ketuai oleh seorang student al-Azhar yang kurus, putih dan mempunyai misai yang sedikit..

~Kaget aku berdiri yang di kelilingi pemuda-pemuda Arab yang bersalutkan serban putih hitam di badan… Simbol pembelaan Palestin.. Mata ku terpaku melihat begitu bersemangat sekali mereka memperjuangkan hak-hak mereka sekalipun tidak mampu berpenderitaan bersama-sama masyarakat Palestin.. Ini lah perjuangan mereka…

Di samping itu, beberapa barisan polis pencegah rusuhan mula mengorak langkah tugasannnya menenangkan keadaan di kawasan kuliah … Tidak sempat mereka berarak keluar dari kuliah, polis lebih dahulu menyekat pintu keluar kuliah supaya situasi tersebut tidak kronik… Alhamdulillah segala nya terkawal hanya di perkarangan kuliah…

Imtihan -Walaupun student di sini tgh sibuk mengulang kaji mata pelajaran… dan kejadian tersebut boleh dilakarkan seblm mana pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan.. Namun, atas keprihatinan mereka terhadap mangsa-mangsa keganasan musuh.. dan perkembangan politik dunia dengan kepincangan berdasarkan umat Islam, tidak pernah diabaikan oleh mereka.. Ini lah Pemuda-pemuda Islam..

Kagum -Sejauh mana pandangan dan pengalaman hidup aku.. di Malaysia.. walaupun demonstrasi tetap wujud..akan tetapi perbandingan yang dapat aku rasai tetap tidak dapat disamakan dengan situasi yang wujud di sini. Itu lah.. janji dan hadith yang pernah di ceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Pemuda yang penuh keberanian dan Pemuda yang tetap keimanan dari golongan Arab.

Konflik -Namun ada yang mempertikaikan kaedah demonstrasi. Tiada manfaat, tidak formal, membawa kehuru-haraan, tidak relevan…. Ya mmg benar kalau tidak kepada tujuan sebenar dan memang menyalahi suasana kemasyarakatan tempatan. Dasar inilah kedah Demonstrasi yang wujud d’negara kita dan pengalaman di sini berbeza..

-Semoga Islam sentiasa Terbela-

“Menyorot Arah”

Cairo, Egypt

Posted in Life always Began on January 7, 2003 by duwenk

~Dah seminggukan kita tahun baru.. D’tengah-tengah bebudak al-Azhar bertungkus lumus menduduki exam, aku plak sibuk dengan dunia-dunia aku.. Ya la. aku pun ada exam gak, anyway aku start exam 14 januari ni.. Hope semua sukses la.. Sempat gak aku bikin satu puisi untuk diri aku sendiri.. Sambil-sambil menelaah buku Tauhid dan Lughah Arabiah terbaca satu syair Arab mengenai keperibadian diri bila mana terdetik jam 12 tengah malam.. Kurang arif sangat aku nak fahami syair-syair terserbut.

~Sambil tu tercetus lak nak bikin sajak.. Alhamdulillah siap gak.. entah la.. cam ne.. semuanya atas dasar emigine aku dari harian aku dan kehidupan aku dahulu dan seterusnya.. Pinjam plak kata-kata ujang kot :Hidup Mesti Terus..

~Papa and Mama aku call semalam; Diorg baru tahu aku demam.. Alhamdulillah dan sembuh 3 hari lepas.. Diorang pun demam kat kampung sana.. Mmg dua jiwa takkan dapat dipisahkan.. Alhamdulillah terubat rindu dan tercapai restu untuk aku nak exam ni… Hope nkorang pun sama-sama doakan kejayaan kitaorg semua..

Reformasi Di Tahun Baru

Telah meninggalkan memori

Setiap detik Disember hingga januari

Senyum ketawa dan duka lara

semua bukan lagi rahsia

Tahun Baru

Bukan tiba akhir di situ

Melakar sinaran hidup dimuka

Selagi nyawa masih bernama

Untuk penyelesaian kian tiba

Kenang bersama waktu

Dari menoleh sejarah dahulu

Kepincangan dan kebobrokan

Denyut ngeri ketika bolos Iman

Tidak melemahkan semangat juang

Cita-cita bersama impian

Tahun baru

Revolusi dan reformasi

Langkah berhijrah

Di tahun mashiah

Tidak salah dan tidak goyah

Asal jangan Iman terus merekah

Dari kegelapan laknatullah

Tahun baru

Mula mengorak usah mengalah

“Yang lepas biarkan lepas”

Cermin-lah al-Quran dan al-Sunnah

Buat pedoman hidup lebih bemarwah

Berganding terus dengan gagah

Paksi dan inflasi diri dari Syahwah

Segala usaha keranaMU ya Allah

“Menyorot Arah”

Cairo Egypt