Assalamualaikum wbt…

“Selamat Hari Raya Eid Adha” Fuh letih betull la hari ni.

Hari ini hari yang penuh kemulian.. Hari Raya Korban.. Ada yang tumbangkan 2/3 ekor lembu, Unta, kambing, kibas… Penuh keberkatan..Pagi-pagi lagi kita bergembira sambil menghayati apa itu sebenarnya Hari Raya Korban. Semalam masing-masing (housemate) bersedia melengkapkan kesediaan mereka untuk hari raya. Kemas, gosok pakaian ada sampai tajam birai-birai kelembutan kain..:)

Aku pun sama, tetapi lain dari segi persediaan pakaian. Aku lebih simple saja, bergaya dengan penampilan aku. Kalau ikutkan perkembangan hari raya, masuk tahun ini dah raya haji ke tiga bagi aku. Dan telahpun merentasi raya eid fitri lepas kali ke 3 juga. Sepanjang tempoh beradanya aku di sini, aku tidak pernah berkeinginan memiliki pakaian lengkap untuk sambutan hari raya (set baju melayu @ jubah). Namun raya ke 2 di tahun lepas, Bonda aku tetap berhajat menghantarkan aku set pakaian melayu untuk aku bergembira sepertimana mereka-mereka berpakaian baru di hari raya. Justeru, sekalipun aku menerima dari bondaku sepasang baju melayu namun, telah ku maklumkan segalanya pada bondaku dan aku masih ingat dari kelembutan suaranya;“Mama nak e1 seronuk je,.. cam kawan-kawan yang lain.. ada baju raya seluar raya.. cuma duit raya je tak ley.. dah besarkan”

Terbayang gambaran wajah manis bondaku tika mengungkapkan kata-kata sedemikian. Seolah-olah kami bertentangan muka tika dalam perbualan telepon. Itu lah yang aku maksudkan. “Bondaku ingin aku gembira seperti kawan-lawan yang lain”. Dengan sedemikian, sehingga di pagi tadi, tidak pernah aku memakai ‘sepasang baju melayu’ itu tika menyambut hari raya. Tidak bermakna aku tidak menghargai pemberiannya. Tidak bermakna aku membohongi dia. Kerana apa dan kenapa aku pun tidak tahu. Seperkara yang hanya aku paham, aku suka dengan gaya aku.. dan aku sedar sejauhmana penampilan aku.. Itu saja.. Tetapi mungkin ini adalah alasan atau egois aku dengan dunia remaja kini. Entah lah.. aku tidak mampu memberi jawapan tepat..

Begitulah, di pagi raya..dengan gaya simple.. berkemeja jean kelabu dan berseluar jean biru.. aku melangkah berlalu di pinggir-pinggir jalan bersama ‘housemate’ untuk menghadiri majlis ‘Solat Hari Raya Eid Adha’. Ya, agak terlewat sedikit. Dalam kedinginan pagi, dan kabus masih lagi berkeliaran di ketinggian bangunan-bangunan Swis Haiyu Asyir, kabus masih berlagak seolah tidak kesejukkan sepertimana kami terpaksa meredahi gumpalan-gumpalannya.

Kenapa? Ketika kami tiba di perkarangan komplek mahasiswa Malaysia, mata ku tercari-cari kan sesuatu.. Terlintas dalam benak hati-otak ku.. “Hari Raya ke hari ni”?.. Satu persoalan bodoh atau kelucuan yang ingin aku bicarakan.. Melihat kiri dan kanan bagai mengira kelompok-kelompok mahasiswa yang hadir dalam majlis kali ini.

Hanya yang nampak adalah dari kakitangan keDutaan, dari kakitangan JPM, dari sahabat-sahabat N.Umno dan mereka-mereka yang ‘low profile’ di mata mahasiswa/wi Mesir. Gerak hatiku. “Majlis dari keDutaan, majlis dari JPM, majlis dari N.Umno”.. Nah! jawapannya. Aku bingung, pusing dengan persekitaran sendiri. Nafsu syaitan berketawa di pagi raya. Gembira dengan propaganda membohongi dan menggelapkan hati mahasiswa/siswi Islam Malaysia. Semakin kuat nyanyian dan nyaringan ketawa si durjana itu.

Mengeluh panjang… Mencari kehitaman dosa aku, melirik dosa mereka. Pasti tidak termampu aku mengintai-ngintai kerapuhan amalan mereka. Tidak wajib aku menghidu aib mereka dan menghukum tak beralasan. Serta menyebar fitnah-fitnah yang tidak kukuh untuk di adili. Tetapi persekitaran menyorot bangkangan aku. Mereka membenarkan dari tangan mereka dan mengharamkan dari tangan pihak yang lain. Mereka tidak pujuk keimanan mereka dari tangan mereka yang menghancurkan amalan dan seruan mereka.

Tidak benar.. Cuai.. risau aku dengan persekitaran. Kenapa mereka tidak menghayati erti pengorbanan? Hari Raya Korban yang perlu memahami konsep ‘Pengorbanan’. Mereka membohongi ilmu mereka. Mereka tidak berkelakuan mulia dari adab kesopanan Islam anjurkan. Siapa mereka dari kami dan masyarakat? Sepatutnya, Mereka dari janji Allah dalam berjuang menuntu ilmu dan beramal dengan ilmu mereka. Tetapi…. Kurang ajarkah? atau aku yang silap menghukum mereka? Keliru dengan erti persaudaraan yang mereka jadikan sebagai pedoman hidup mereka.. Bagaimana maksud persaudaraan sebenar dari pandangan mereka? Ah! sakit hati aku melihat antara hati umat Islam berjelagah. Dayus sekali generasi sini dari jihad-korban rohani hatinya.

Sampai bila mereka harus berhegomoni sedemikian? Berusaha untuk meruntuh bukan membangun.. Sikap mereka telah membuat diri mereka tersorot dalam pangkuan kegagalan. Versi al-Quran hanya dari kata-kata. Versi al-sunnah hanya ada pada penampilan. Itukah pemuda-pemuda globalisasi kini? Di manakah generasi yang paham dari acuan al-Quran dan al-Sunnah dalam merentasi pasca global ini?

Ya, memang benar.. Aku tidak mampu menandingi mereka.. Mereka mampu menjinakkan zahir mereka berjalurkan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka mampu berjubah, berserban, berpidato bagai seorang pendekar mampu berdepan dengan ribuan musuh. Tetapi aku yakin dengan hati ini. Aku masih yakin dengan hidupku kini. Aku wajar dihina jika benar asal penampilan mereka itu murni dan aku wajar menghina jika watak diri mereka berlanjutan sedemkian.

Kita semua adalah saudara. Kita semua masih berjanji dengan Maha Pencipta. Kita adalah makhluk. Kita wajib melihat diri dulu dan seterusnya berperingkat kepada sahabat saudara kita yang lain. Begitu juga buat peringatan diri aku. Yang lemah aku tetap usahakan dan tidak mensisihkan tanggungjawab aku sebagai makhluk mempunyai tamadun. Antara aku, keluarga dan masyarakat sebenarnya berhubung kait dalam erti falsafah kehidupan semua. Aku tidak mampu hidup jika mereka tiada. Dan mereka tetap mampu hidup jika aku seorang sahaja yang tiada.

Itulah kuasa politik yang melanda fenomena manusiawi Mesir. Kuasa politik yang tidak digariskan dalam perkara-perkara Islam anjurkan. Kuasa politik buruk menghalang ukhuwwah fillah. Kuasa globalisasi dalam adukkan method manusiawi barat sehingga menggelapkan hati mereka untuk bekorban dalam bibit-bibit penyatuan ummah.

Lagu tanpa irama tidak akan bersatu dalam elemen-eleman muzik. Begitulah kita, perjuangan tanpa kesefahaman ukhuwah tidak akan membentuk kesejatian perjuangan itu sendiri. Kesefahaman diri serta masyarakat akan menyerikan lagi rentak melodi kehidupan. Jika tidak sekarang, sampai bilakah kita akan menanggung bebanan pendosa yang akan bergenerasi selepas kesan dari kita? Sekalipun lain idelisme kita, tidak harusnya di sini. Dan sekalipun ingin berjuang. Bukannya di sini. Sekalipun demi Islam. Jangan sampai kita tidak menyedari apa yang kita telah lakukan.

“Menyorot Arah”

11.2.2003

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: