Assalamualaikum wbt…

Makin dunia kelam kabut, kenapa makin aku tak berdaya untuk menghasilkan ide aku. Semakin didesak seolah membenak dada ku dalam menghela nafas yang sedikit tersekat. Kadang kala sejenak aku termenung, mencari dasar atau pangkal yang menyentuh sanubari yang masih kekurang ilmu ataupun Iman yang menjadi faktor utama. Kenapa kedua ini dititik beratkan? Kerana dari hasil keperluan hidupku, seorang yang berpangkal dari dua fakor ini. Karektor dari didikan aliran agama.

Menyimbah padangan ku di setiap pagi, dari helaian ke helaian. Tidak juga, ada kalanya di setiap petang atau malam, dari fokus ke tantangan yang bisa membosankan aku. Tak kurang juga, sejengkal ilmu yang aku miliki sekarang perlukan kuasa kamus untuk mempastikan tepat imaginasi aku. Sudah beberapa bulan rasanya bergelumang dalam isu ini, tapi masih lagi berbisa dalam gimik Iraq-Amerika dan Iraq-Israel juga Amerika-Israel.

Iraq dan As -Semua orang tahu keadaan sebenar. Dan bukan pula bersahaja bergerak jari jemari ku ini dalam pengaruh Bush atau PBB untuk bermain-main di pentas media. Tetapi, kenormalan aku dalam mempasak ide yang mungkin bernilai untuk diri ku ataupun dikongsi bersama sahabat kenalan.

Ingin bersahaja di setiap harian, rasa pula kekosongan untuk makanan minda. Di mana pula tanggungjawab yang aku rasakan -ini adalah dunia aku, kawan-kawan ku, masyarakat ku. Bukan terpaksa, bukan bersahaja, akan tetapi satu kemestian buat diri aku, bahkan bukan aku bersendiri, namun ramai lagi mereka yang berkencah sebegini.

Di mana umat Islam terkesan peninggalan Empayer Uthmanian yang hampir menguasai 3/4 dunia ini? -Mereka membisu atau masih ada alternatif yang bersorot di celah-celah dataran bumi. Sejak bermula rayuan As dalam ketetapan PBB (1441) rasanya dunia Islam bercelaru dalam tekanan atas desakkan sebagai pengganas. Ya, bukan perasaan tetapi kenyataan dunia Islam. Dunia Islam yang makin tersorot dengan tribulasi globalisasi. Dunia Islam yang berputus asa setelah tumbang Tamadun Uthmaniah, tamadun yang cemerlang dari turunan baginda Rasullah s.a.w.

Mungkin juga terkesan dengan peristiwa 119 dunia Islam terkejut dalam lena, tapi sejauhmana dalam jangka masa kejutan yang dimaksudkan ini membina kesedaran umat Islam sedunia? Di campur pula dengan peristiwa lagenda yang sehingga ke hari ini masih tiada kata putus iaitu dalam polemik Palestin-Israel. Umat Islam masih berlangkah longlai untuk bertegas dengan konflik Agama. Para pimpinan Islam yang terkena virus material seolah meraba-raba untuk tiba ke destinasi. Mungkin juga hanya aku yang berpandangan sedemikian. Mungkin pula benar kalau dihitung soal sosio politik dunia dengan tindakkan mereka.

Setelah berulang kali turun naik kewibawaan PBB atas desakkan penghapusan Nuklear oleh As, kita masih menunggu sehingga ke saat ini. Bukan itu sahaja, kononnya pimpinan Saddam berlaku diktator terhadap rakyatnya, demikian juga dalam membanteras Teroris beralas dari As, terutama W.Bush dari kesan 119.

Namun, sudut politik dunia, zaman perluasan empayer As makin terserlah untuk ditonton oleh umat dunia. Juga dari dasar taqwa, As hanya memerangi kependudukan Islam atas alasan ganas. Pendek kata, mereka tidak dapat menerima hakikat wujudnya berbilang-bilang tamadun terutama dari tamadun Islam. Mungkin berasa tergugat dengan sejarah keunggulan tamadun Islam.

Tapi, apa yang kita dapat saksikan sekarang, respon umat Islam sendiri masih berfantasi dengan peristiwa yang terlakar dalam sejarah. Bermanis kata atau hanya bersedap bicara ketika diungkitkan kembali kemegahan tamadunnya. Tidak pula bersikap kritis dalam bersama-sama membina kembali batuan kemegahan tamadun.

Ingin juga aku berbual bincang soal kelemahan umat Islam itu sendiri. Pun begitu, masih banyak yang bersikap tegas dalam soal diri sendiri. Begitu juga dalam mengatur kefahaman masyarakat hanya bergelumang dalam politik negara. “Hanya membela perut sendiri” -Mungkin sangat kasar bahasa ini. Tetapi realitinya masih menjadi falsafah hidup masyarakat kini.

Ada pula tercari ruang yang berpangkal dari sanubari diri individu, bagaimana, kenapa dan mengapa masih menjadi aturan inasiatif bagi memenuhi situasi yang semakin berubah. Andaian demi andaian yang terhasil untuk memberi kefahaman segenap pelusuk di asuh dari peringkat bawahan, sebagaimana aku yang mempunyai ramai kawan, keluarga juga masyarakat.

Tidak bermakna aku punya kudrat memahami dan melaksana itu, tetapi semua diri manusia memang mesti ke arah Islam (sebagai khalifah diri). Jika, tersalah, betulkan. Itulah konsep belajar dari pengalaman. Terima dari teguran dan beristighfar ketika salah. Juga belajar menunduk emosi ketika dipengaruh.

Semua punya kudrat, bukan seruan tetapi teguran. Kerana aku tidak mampu tika aku sendiri masih sebegini. Masih meniti ke destinasi abadi. Kuasa Iman dalam diri adalah penggerak bagi kita semua. Kuasa taqwa juga berperanan melandasi ketetapan agama dalam episod merentasi era globalisasi kini. Kemana kesinambungan pendirian kita dalam setiap polimek dunia, samada tika bergelumang antara sahabat sekeliling, juga dalam kekalutan masyarakat hidup, dan pada setiap sensitiviti pegangan ajaran Islam seperti Palestin, Iraq dan seluruh dunia Islam.

Semoga Allah membuka pintu kesedaran dan hidayah kepada kita juga kepada musuh-musuh kita.

“Cintakan Keamanan”

“Menyorot Arah”

Paichowan, Cairo

20.2.2003

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: