èÃÒÒËÒéÕ鿺ä·ÓHimpunan puisi-puisi aku selama aku tak update jurnal aku ni. Ah bubuh jek la.. kekadang aku pun nak tergelak dengan kehidupan harian aku.. penuh dengan fantasi.. tapi ada juga realiti.. Nak kongsi sama pun boleh juga.. antara kita semua sama.. kita ada dari kata nama satu ManusiaË¿éË¿ÒèËè¿ÒËÒ¿ÒË¿Ë¿äÓ¾Ê

-Saksi Derita-

Bunyi suara mencecah kontang

“Celaka seribu keturunan celaka”

Batu-batu berbisik

Pasir-pasir memekik

Di celahan pertelagahan musuh alam

Di tanah gersang semakin usang

Titik bengis mencela tangan-tangan itu

Songsang, membunuh tanpa reaksi hukum alam

Manusiakah mereka?

Ternoda, segala punah ranah tersiksa

Tanah itu, pasti saksi derita.

Paichowan, Cairo

CC P.Janggut

23/03/0

——————-

-Tangan-tangan kita-

Hari.. nan hari

Bongkah resah dari hati ini

Dan di blok Asia Barat sana…

Aku, kamu dan kalian

Masih petah dalam menilai alam

Melakar harian tidak tahu ke mana

Tapi.. Tidak akan, Tak putus asa

Kerna Hari ini dan esok lusa

di tangan-tangan kita…..

Paichowan, Cairo

CC P.Janggut

27.03.03

————

-Penuh Rahsia-

Tuhan….

Lirik merangkul wajahnya kembali

Terbelai dan semai bertumbuh di jasadku

Otak ku, khayal ku, renung ku

Kenapa dia hadir?

Tiupan lembut debu-debu dalam kalbu

Sang pencuri hati

“Tak mahu lagi aku kejar dia”

Dari gugus hati seorang pemuja

Aku pemuja, derita… tidak sesiksa di ‘sana’

Tapi muncul bertimpa-timpa

Bukan paksa, tapi hamba mu ini kelu dan lesu

Menjadi sang pemuja, telah pun terpukau sasau

Kembalikan hati ku

Aku tidak perlukan mu

Hanya pada Mu

Paichowan, Cairo

Ruang Tamu H10

30.03.03

am 4:27

———

-Aku dan Perahsia-

Penipu!!….

Hati lesu semakin rindu

Angkara dia, sang perahsia

Bukan helah untuk menghukum mana yang salah

Tapi…Entah.. kenapa sebegini

Aku pendusta, penyiksa

Menyelat hati dan isi di batin ini

Sejauh mana terderita?

“Adakah hanya ikut usia remaja sahaja?”

Tidak.. tak mahu aku jadi bodoh atau…

Eloklah…jika aku menjadi si penipu atau pendusta

Kerna ini bukan ‘cinta’ pandang pertama

Paichowan, Cairo

(Perahsia)

31.03.03

Am 5:00

———

-Sirna ku Kenal-

“Aku kenal… kenal sungguh-sungguh”

Bersilih ganti sebegini

Tapi asing pada kali ini kerana satu yang pelik

lain dari yang lain

Semalam bersinar menyuluh kenangan

Dari Cahaya yang ku kenal

Berjela-jela terkenang yang bertangkai-tangkai

Momok gempita telah berganti pelita

Dosa dan dusta tiada lagi, sudah berlipat pahala

Tiada resah gelisah tapi semakin bererti

Untuk mencari kehidupan abadi

“Biar betul!!!”

Atau aku memang terpukau menjadi angau dan sasau?

Tapi….

“Hanya si pungguk dan si bulan”

Berbeza untuk di capai tak tergapai

Tapi semalam, Hari ini

saksi… saksi diri pada ku

Hanya aku… aku tahu

Paichowan,cairo

H10 Ruang Tamu

31.03.03

pm 21:18

————

“Pencarian”

Di mana engkau

Engkau… pesuluh cahaya nur rohani

Engkau harus jadi isi pada diri ku

Antara bumi dan langit

Bulan dan matahari

Laut seluas mata tak terpandang

Angin yang membawa segala ria dan keresahan

Sokhra’ yang membimbangkan

Dengarlah suara hatiku ini

Aku sedang mencari mu

Paichowan, Cairo

PC MMEINS

6:46 pm

4.04.03

————–

Duhai Mata Pejamlah

Semalaman masih tak pejam

Pejamlah.. pejam mata ku agar lena

Lelapkan mata dalam gelap ini

Dalam kamar ini

Bukan yang pertama

Segala menjengah hadir

Kusut berangkai-rangkai berjela-jela

Tidak tahu dari mana ianya muncul

Memenuhi seluruh sudut kamar ku.. jasad ku

Walau gelap tanpa cahaya.. dia sudahpun hadir

Pejam… pejam memujuk resah

Bayu pagi turut memdodoi pujuk

Suasana membelai tak putus bernasihat

Menjaga jasad dan jasmani ini

Agar tidak lupa pada diri

“Benarkah antara aku dengan dia”

Suara irama di sisi tekun memujuk

Agar aku terus lena

lena tanpa keluh kesah gelodak jiwa

Paichowan

Di kamar

7.04.03

am 4:37

——————

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: