“puisi..apasal asyik sajak sedih je? , ke ada problems?? kalau

ada prob, share le ngan kawan, sebab ” A problem shared is a problem

halved”.

Sayu plak bila ada kawan-kawan ingin sama berkongsi kepahitan sama ngan aku. Entah lah sejak kebelakangan ini -memang benar, kehidupan aku agak rumit dan menambahkan gusar di hati. Aku pun tidak tahu dari mana punca asalnya. Terlalu banyak sumthin yang aku pikir dalam otak ini sampai tak tersusun. Lebih-lebih lagi segalanya datang bertimpa-timpa.

Bila setiap kali aku ingin rungkaikan problem tu, meraba-raba jugak aku mencari pangkalnya. Biasa la kehidupan orang muda. Selalunya banyak masalah yang tak ‘terjijak’ dalam realiti hidup ni. Kata orang banyak ‘berfantasi’.

Bila di pikir balik, tak semua sifat ‘fantasi’ tu benar-benar kosong. Ada kemungkinan -barangkali, boleh jadi sesuatu yang ‘real’. Kerana setiap hasil imaginasi atau fantasi hidup kita pernah dilalui oleh golongan manusia macam kita. “Sejarah akan berulang” -aku pun tak tahu macamana aku nak serasikan perkara ini dalam kedudukan aku sekarang -Dalam merentasi dunia remaja ku.

Nah, tentu nkorang semua takkan faham maksud aku. Susah sangat. Aku sendiri adakalanya pening dengan kehidupan aku. Nak kata tak normal, well masih boleh berfikir cam nkorang. Berjalan pun sama lurus cam nkorang. Makan pun sama ‘lalu’ cam nkorang. Cuma tidur jek tak menentu. Mungkin kesan dari banyak sangat berfikir sehingga terbawa-bawa waktu nak relax atas ranjang.

Namun, kalau aku tengok hidup aku sekarang, aku takkan nyesal. Dan kalau nak bandingkan dengan sekeliling aku, kita dan dunia adalah lebih teruk lagi. Lebih menghibakan lagi. Mana taknya, seluruh kemanusiaan yang ada di bumi sekarang telahpun porak-poranda. Kita lihat samada dari segi sosial masyarakat, politik, dan keagamaannya telah meruntuhkan sifat ‘ketamadunan moden’ dan dicabuli sendiri oleh kita, meraka dan dunia semua.

Mungkin beralasan ini juga -aku wajar bersedih, dan cuba mencari jalan berfikir untuk duniaku, kehidupan ku ataupun meneliti kembali kewajaran yang strategik bagi aku menelusi kehidupan ini. Bahkan, aku perlu ‘asuh’ kembali aliran hidup ku agar tidak menyalahi tatasusila seorang manusia seperti ‘aku’.

-Normal la cam ni. Manusia yang tidak punya problem agaknya ada sumthin yang kita semua sudahpun tahu. Mungkin orang yang tak ada problem tu hidup dia tenang, tak payah duk pikir apa-apa -kerana akalnya sudahpun tidak berfungsi. Sekalipun kepada manusia yang pegang prinsip ‘happy good lucky’ -penuh bergaya menghadapi hidupnya -“lu tengok cam gua, relax jek”, semestinya mereka juga punya problem. Namun sejauh mana berat atau ringan problemnya tetap juga dinamakan “problem”.

“Kenapa ni, hang banyak sangat diam sekarang, selalu kuar rumah sorang”.. penah gak housemate aku tanya aku cam tu. Erm, maybe la dengan tindakkan aku cam ni diorg terasa. Dan diorang pun cuba selama dan kongsi sama dengan aku. Tetapi, cam aku katakan tadi, aku sendiri pening dengan masalah aku ni. Nak cari punca-pangkal persoalan tak jumpa.huh!!!

Tapi, nkorang semua juga pernah rasa cam aku ni. Dan nkorang pun sama cam aku agaknya. Pada waktu-waktu cam ni pun tak semestinya aku ‘muram’,’monyok’, ‘moody’. Kan aku cakap, aku normal cam nkorang jugak. Biasa la hidup ni, masing-masing ada ‘cara’ tersendiri. Maybe cara hidup aku macam ini. Cuba bermasalah dengan masalah yang datang. Dan sifat berani cuba ini aku yakin akan mematangkan lagi kehidupan aku akan datang, insya-Allah.

Alhamdulillah, aku bersyukur pada tika ini. “Terima kasih housemate aku, kawan-kawan yang di ‘sana’, juga di Malaysia kerana masih tetap punya prihatin terhadap aku”. Ingat-lah dengar lah, aku masih tersenyum tika ini. Masih bisa mengurus hidupku di sini. Walaupun masalah datang bertimpa-timpa, orang lain lebih teruk lagi dari aku. Dan pikirkan balik, masalah yang dihadap terhadap mereka yang lain bukan jenis cam aku, bahkan lebih terus lagi, lebih berbentuk ‘real’ -‘live’ dan sudah tentu melibatkan perdarahan jiwa, hidup dan nyawa.

Well, aku, kita semua sama-sama doakan untuk kehidupan kita semua. Dari arah ‘Barat’ mahupun ‘Timur’ dan juga dari ‘Utara’ ke ‘Selatan’ agar kesenangan dan keamanan berpaksi di kehidupan kita. Juga di seluruh peringkat ‘kemanusiaan’ serta ‘ketamadunan’ di dunia baru kita iaitu dunia globalisasi tidak memerlukan lagi desakkan seperti sekarang.

Paichowan, Cairo

10.04.03

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: