Aku -Heran, macamana begitu mudah sekali dia ‘tumbang’. Tidak! masih tidak berlaku. Atau masih ada suatu rahsia untuk disusuli kemudian nanti. Esok, lusa -seminggu, dua, tiga minggu lagi?? Seluruh kependudukan ‘bingung’ dengan apa yang berlaku di mata sekarang.

Tapi semua takut, tidak berani nak buat andaian lagi. Seperti yang lepas, di tanah kontang Asia Tengah. Kononnya ada tindakan susulan setelah mendiamkan diri, akan tetapi sampai sekarang masih tidak muncul-muncul. Tertanam dalam gua kott.

Tapi, dari bukti-bukti yang ada sebelum ini, dia masih gagah. Masih boleh bersaing kalau nak dibandingkan kekuatan dan kebijaksanaan dalaman. Lagi pun, sepanjang operasi dari musuh tidak pula ‘ternampak’ ‘real soldiar’ dari empunya tanah. Hanya prebet-prebet dari kalangan kerahan anak masyarakat. Ke mana pergi hah? Hilang ke? ke dah naik ke langit?

Empat belas jam sebelum kota tu ditambat rakus, orang-orang dia masih ‘duk tenang’ memberi ucapan. Gagah plak tu!. “Tak sengko la plak” (pelat Pattani). Huuuuuhhh!! Keluh pun dah tak guna kan. Tunggu jek la esok hari, dan hari dan hari.

Habis?.. kalau dah boley ‘kongken’ kota tu kiranya dah ‘menang’ la ek. Habis la harta benda bawah kuasa dia. Ah! minyak tu la. Dapat gak harta tu kat dia. Tapi sampai bila? Aku pun naik pening. Lagipun, ‘pemimpin’2 besar tanah tu? Lari ke mana? Siam?.. isyk mustahil la. Kalau lari kawin tu tak pe la kat siam. Kalau lari sekalipun, kiranya dah jadi “Laji’in” (Pelarian) la kan.. Takkan orang kaya boleh jadi pelarian. Mustahil la.. Tuan tanah tu kan antara orang yang paling kaya kat dunia ni. Isyk.. tak masuk akal la.

Lepas tu, siapa plak sanggup jadi ‘pekerja’ kepada musuh ganti tempat tuan tanah tuh? Puak Kurdish ke, Syiah ke, or masih kalangan Sunni Arab? Betul ke diorang benar-benar layak gantikan tempat Saddam? Huh! Letih woo, Saddam pun zalim-zalim dia pun tak penah plak orang kaji kenapa dia boley bertindak cam tu. Semua orang dah terpengaruh dengan propaganda Amerika. Diktator, zalim, tak adil, teroris macam-macam lagi. Isyk. Mudah je kan kita semua terpengaruh membuta tuli. Tak dikaji dan diteliti.

Maybe lepas ni ‘pekerja’ ganti jaga tanah tu takkan jadi cam Saddam kan. Dah tak dapat jadi orang kaya cam saddam coz terpaksa bahagi ‘pitis’ kepada ‘tiga’ pihak. Ya la, cukup bulan kena share ngan Uncle Bush n Uncle Blair, dan rakyat tempatan plak kena pecah tiga pihak. Atleast bley ‘skodar’ je la.

Kurdish n Syiah -Mesti la yang kerja bawah dia lepas ni -dua orang Uncle tu tak bagi lebih, sebab nanti terjangkit Virus Saddam. Uish agaknya pakcik dua orang tu kita bley makan dak lepas ni (Syiah n Kurdish duk bincang untuk masa depan). Tah, tah Uncle’s tu tak bagi ‘kerusi’ tu kat kita. ah mampuih,.. rugi la kita berjuang selama ni weih.. alahai.

Boleh harap dak ni. Cam ne kalo puak Sunni Arab berontak cam kita duk berontak kat ‘depa’ dulu?. Huh, kita buat cam Saddam buat kat kita lah. Kita ambil tektik Saddam dulu deh. “Tapi, kalau pakcik’s tahu kita pinjam teori Saddam habis la kita ‘dish’.” ermm.. cam ne nak buat.

“Ala apa nak risau, lepas ni uncle’s tu bagi jek. Kan duit dah dapat kat diorang, kini giliran kita plak ‘Ah'”. Boley makan ni si syiah ni. Tah-tah dia pun nak makan aku. “Oi! Dish, agaknya lepas ni nko nak nanyakan aku dak?” “ Uish.. awat hang cakap cam tu ‘Ah’, kan kita kawan. (Senyap-senyap dah la).

Wah,. best la diorang makan duit minyak yang berlimpah-limpah. Lepas ni tak yah duk risau dah pasal-pasal minyak. Bila kat ‘Kansas’ nak kering ceduk kat Iraq plak. Bila nak jajah tempat lain plak tak payah berat-berat kepala nak cari minyak kat mana. Logi besar dah dapat, dan OPEX plak dah ada kat tangan dia.. apa nak susah..“Ala nko amik jek kat hamba kita tu”. Lumayan sich!!

Double B2 -“Huh!! Sudah la nkorang -Russia, German, France.. China dan korea pun sama”.. “Pandai sangat nkorang tak sokong aku hari tu, kan dah loaded aku sekarang.. lepas ni siap la.. Sayap aku dah nak berkembang terbang ni..”… “Empayer AS. hahahahah Empayer AS hahahah”.

Tapi nkorang jangan risau la. Sekarang ni kita kena cerdik la. Kita ambil yang ‘celah gigi’ dulu. Ala, dunia Islam ni bukan kuat sangat. Sekarang dah tiga aku amik. Somalia, Afghan n Iraq. Lepas ni mana plak ek? Syria ke?.. ermm….

Tapi, kat mana plak lima puluh dua orang tu? Syria ke? Ulps.. ‘Biaq betui depa ni”. Chipsmore ke apa ni. Tah-tah dah menuntut Ilmu menghilangkan diri. Uishh… Ganaz tuh, mesti dua belas orang tu ambil ilmu dari Tok Laden. Ulpsss.. Telan liur.

Arab -sori la, kami turut sedih ma. Kami bukan tak nak tolong secara life. Nkorang kena ingat la, kena faham keadaan kami kat sini gak. Kami pun, sebelum diorg attact nkorang -kami benar-benar yakin yang nkorang akan dapat menang cam tahun 1991. Tobat eih.. Kami yakin dengan ketenteraan dan kecedikan nkorang. bcoz tu la kami tak masuk campur. Tiba-tiba after empat belas jam nkorang ‘down’. Musykil gak.

Nkorang pun kena faham sosial hidup kita tanah Arab, baru membangun dan masing-masing lebih mementingkan perkara dasar zaman. Zaman global kan. Kitorg nak maju cam ‘depa’ tu duk maju. Kitorg nak lawan cara normal berdaya saing. Pastu bila dah nkorang kena dulu, risau la plak kami. Doa-doa la bagi lepas ni ok balik.

Umat Islam– Ya, Allah selamatkan Agama mu. Selamatkan Agama mu. Selamatkan Agama mu iaitu Agama Islam. Kami yakin, suatu hari nanti balasan akan menimpa ke atas mereka sepertimana peristiwa-peristiwa dalam al-Quran yang Engkau sebutkan.

Mereka dah jadi penzalim. Penzalim ‘jahiliyah’ moden. Sementara kami masa hidup ni, hitunglah amalan-amalan kami. Tukarkan dengan seruan-MU kepada soldiar-soldiarMU untuk musnahkah mereka. Bukan kami bertunjuk ajar, tetapi kami mohon dari-Mu ya Allah. Kami lemah Ya Allah.

Kami tersiksa. Batin kami terluka. Hidup kami sengsara. Kuasanya tersebar dan merosakkan anak generasi kami nanti. Lebih lagi, mereka dah tawan tanah milik kita, kita umat Islam. Selamatkan kami Ya Allah. Adakah ini ujian dari Mu yang Allah. Adakah ini qoda’ dan qodar yang kami takkan faham sehingga mati kami sekali pun. Benarkah Ya Allah?

Maafkan kami ya Allah jika kasar permintaan hambaMu ini. Namun, kelemahan kami tidak dapat kami bendung jadi kuat. Jadi macam hati-hati mereka yang ‘berani’ menjual nyawanya mempertahankan agamaMu, agamaMu untuk kami menghambakan diri pada-MU.

Apa-apa pun kami yakin bantuan Mu berupa tentera bergajah, kemusnahan ke atas Kaum A’ad, Tsamud, Iram dan kehancuran Fira’un. Kami Yakin Ya Allah. Kerana tentera-MU wajib tidak terkalah.(al-Fajr:6-10)

Engkau Maha Mengetahui, Engkau Maha Bijak mengatur spy-spy untuk menilai mana yang lebih menyalahi tatasusila hidup.

-Di ulangi-

Engkau Maha Mengetahui, Engkau Maha Bijak mengatur spy-spy untuk menilai mana yang lebih menyalahi tatasusila hidup.

-Di ulangi-

Engkau Maha Mengetahui, Engkau Maha Bijak mengatur spy-spy untuk menilai mana yang lebih menyalahi tatasusila hidup.(al-fajr:14)….

“Ya Allah, Maha Bijaksana, Maha Adil, Maha Pendengar.. Maha-Maha segala dari langit dan bumi mahpun dunia lain. Tunjukkan yang benar Ya Allah”

Paichowan

12/04/03

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: