(i)

15hb April:- Bangun agak lewat sikit. Nape ek? Erm, semalam siapkan artikel baru “Pertembungan Sistem antarabangsa baru Amerika dan Islam”. Nak dihantar ke majalah ‘Siasah’. Erm tak tahu la ok or tidak. Tak abih edit lagi time tuh… (isyk, malaeh la nak sent, wat malu jek)

Jam tiga pentang, tak tahula lebih kurang pukul tiga agaknya.. aku online kejap. Banyak duk pikir bahasa aku ni comot sangat. Semalam pening duk edit. Heran nape bahasa Melayu aku ‘hampeh’. Bila time nak nulis pasal ilmu ke, politik ke, bab sosial ke… tak ley nak serasikan dengan penulisan jenis tu. Lain la plak kalau nak nulis puisi ke sajak ke, or buat cerpen. Orait la plak. Lakhai.. Takkan aku jadi orang seni buta huruf plakk.. ayyaaaaaa!!!!

Time duk online tuh teringat sebelum Maghrib nak ke Tanta. Ada majlis kenduri ‘setia-kawan’ (hehe pandai2 jek buh name setia kawan.. amphes). Kelam kabut gak, dah la tak prapare kot-kot ada majlis penting yang diorg selit. haha,.. takley formal sesama kawan jek. Asalnya malas nak pergi. Tapi, isyk janjikan, nak kena hadir jugak la. Arghhhhhhh.. malasnya.

Tanta; Rupa-rupa group kami last skali datang. Eih malu la plak, tapi ingat semuanya kawan-kawan tak la sampai malu gile-gile. Lakhai, yang diorang pun tunggu geng kami sampai, baru sama2 nak makan . Isyk terharu banget la plak. Punya nak makan sama-sama -diaorang pun sanggup lapar sekejap tunggu kami. “Aku takkan sia-siakan pengorbanan nkorang”..Syukran kepada semua.

Kami bertolak dari Cairo ke Tanta seramai empat orang. Sofi(Eifos), Farhan(Fayyum), Anon(Nonlito) dan aku. Sepatutnya ramai, anggaran sekitar sebelas orang ada la. Tapi last minute hanya empat orang ja. Anyway syukur la semua bersepakat nak jumpa. Alhamdulillah… Lakhai,.. time kami sampai memula tuh terkejut gak. Fulamakk. Ramai la plak, yang tak kenal pun ada. Dalam hati ni seronuk bukan kepalang la. Tak sangka sampai ramai tu perjumpaan kali ni. Kalau sebelum ni, hanya kenalan dan ziarah-ziarah ke umah jek. Kalau ada pun lepak-lepak kat kedai reramai n celebrete ala kadar jek.

Banyak malam tu kami bincangkan. Dari hal diri, antara kengkawan, antara student, student antara negeri, persatuan, Malaysia dan konflik antarabangsa. Hah, cam pakatan sulit jek. Hahahah, mana ada la. Kebetulan lama tak jumpa cakap mana yang tergerak dalam otak je. Risau juga, mana la tahu mana-mana pihak tempatan pandang serong. “Ala kenduri kawan-kawan jek cik”. Cam tu la agaknya kalau ditanya nanti.

Paling bersemangat skali pada malam tu, duk bincang pasal bebudak sini. Adush.. sakit kepala gak kalau duk pikir sowang-sowang. Nasib baik la malam tu kebetulan diorg duk sembang pasal kepincangan student Malaysia di sini. Lakhai, kalau nak cite satu-satu agaknya selama aku duk sini pun tarak habis lagi. Ni angkara senior-senior lama punya la. At least kami yang jadi mangsa.

Hari-hari otak ni duk beringgut dengan konflik kat sini. Yang besar skali pasal persatuan. Orang duk heboh dah pasal Nadi.Umno dan Pmram. Sampai kat Malaysia isu ni tak habis-habis duk jadikan agenda politik. Atleast student sini gak yang tanggung malu. Tak relevan la apa la. Amphes! Kalau tak aktif kata memberontak plak. Bila ajak pikir sama ada la alasan masing. Masing menyalahai antara satu sama lain, sampai hal yang remeh jadi besar. Atas kerana peribadi individu habis rosak kawan-kawan yang lain. Bila dah jadi cam ni, macam-macam tekanan di terima, samada dari pihak Kedutaan, Jpm, kerajaan Malaysia dan mereka-mereka yang dah lama pendam dendam kat Student sini. Lakhai, sian la kat budak junior yang nak datang, esok lusa entah di kemudian.

Malam tu masing-masing pakat keluarkan ide, jalan, cara nak atasi malasalah kat sini. Lebih-lebih lagi bila antara kawan dah tak ngam. Sebagai contoh, dulunya kawan -atas sebab persatuan mula nak bertelagah. Mula mengecam antara satu sama lain. Sifat bersahabat dah bertukar kepada sifat bermusuh. Hah! tunggu apa lagi, setan tuh ambil peluang duk cucuk la si mangsa-mangsa yang dia ngap! Malam tu kami dapat sebab dan punca. Kerana budaya -budaya melayu yang suka bertelagah, budaya melayu yang taksub membuta tuli, budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil. Agaknya la… Tapi yang berlaku sekrang ni cam tu la. Duk cam tu la orang melayu kalau takdak tingkat perubahan masing2.

Secara tak langsung malam tu, walaupun tak formal. Masing-masing pakat bermuhasabah diri sendiri. Alhamdulillah, dan tuan umah memberi kata-kata dan keterangan ringkas bahawa; pertemuan kita kali ni tak sia-sia. Tak terjangka jadi cam ni, masing-masing ada buah fikiran dikongsikan, diubah dan dipertingkatkan demi menjaga nama baik student M’sia kat sini. Just pesan pada diri masing-masing agar lebih bersikap ‘senang hati’ terhadap orang lain. Cuba seragamkan antara kenalan masing-masing. Tak kira dari pihak mana sekalipun. Dan lebih menitik beratkan hal sebenar ‘student’ -study sungguh2. Belajar -soal luaran, jika berkecimpung sekalipun jangan sampai perjuangan itu mencela diri kita sendiri, sampai kawan pun nak gaduh, amphes sungguh-sungguh.

Kalau nak lihat malam tu, member-member yang datang semuanya dari berbagai-bagai persatuan. Pmram, N.Umno, Abim, Pas, dan bebudak yang buat organisasi sendiri cam geng-geng sukan, seni tah ape lagi aku tak tahu. Dari peringkat negeri plak, ulps:O (cam underground jek muhahaha) k’l ada, kedah ada, penang ada, kelantan ada, negeri9 ada.. n mane lagi hah.. Tapi yang aku pastinya, kebanyakkan diorg ni yang ‘low profile’ jek di kalangan student’s sini. Geng sport agaknya… hehe..Orait la, sekurang-kurangnya mahasiswa yang nampak ‘cool’ tu tak semestinya kelu otak dia, tak beku utk masyarakat sekeliling, tak bisu untuk menjawab persoalan-persoalan yang terbangkit secara tidak langsung. Puas hati la kalau cam ni, ikut suka nkorang la nak pegang arus mana, janji biar ada toleransi dan memahami antara satu sama lain. Ermm… not bad 😀

….Bersambung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: