(ii)

Borak punya borak, alhamdulillah selesai majlis. Agaknya pukul 12 lebih-lebih sikit selesai. Lama tak jumpa ada yang still lepak kat situ. Ada yang sambung bincang pasal awek, pasal family kat kampung, pasal mengisi time cuti akan datang. Sambil diorang duk sambung berbualan tu -sambil tu juga sama-sama berfantasi dan berkhayal nak balik kampung lepas exam ni. Dah atur planing bila kat Malaysia nanti. Nak lepak Kl la, nak round2 seluruh M’sia la. Ada yang nak kerja la cari duit nak kawin. hahahah “Seronuk sangat la tu…“; Aku sedang memerhati telatah diorang tuh. Senyum bersendiri.

Semak abih umah, kelam kabut si tuan rumah duk garu kepala. Nasib baik la ada kawan-kawan yang tak balik malam tuh. Kesian tengok diorang tu -bersantai keletihan di ruang tahu sebab buat persiapan dari pagi. Yang lain-lain lagi sambil berkemas cuci pinggan mangkuk, gelas, cuci karpet. Dalam bilik PakYA masih lagi bising dengan gelak tawa geng DUmyat. Entah apa yang diorang bincangkan. Sambil gelak, borak ada yang duk layan gitar. Sayup kedengaran, macam merestui perpisahan buat kali ini. Ermm.. lagu Sudirman “Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi”.. Adusss,.. menyengat di jiwa. Suara siapa aku tak pasti, ramai sangat. Memang memasing merelakan persuraian kali ni.

Group Dumyat dah siap-siap nak balik. Sofi(Pakndak), Mujahid, Apit(Pahang), PakRin, Apai, isyk! sape lagi hah? Aduhai.. tak ingat la plak. Kiranya ramai la, diaorang dah siap-siap nak balik malam tu juga. Katanya ada kuliah besok tu. Begitu juga Farhan dan Che On terpaksa pulang ke Zaqaziq kerana ada diskaus pagi esok dengan group Zaqaziq. Ermm,. bagus la tak boleh nak halang. “Woi! lepas exam datang umah aku deh”. Sempat juga aku ingatkan diorang sebelum berlalu pergi tanpa bayangan. Di makan jarak pandangan yang semakin menggelap di selekoh kiri ke arah bandar Tanta. Aku dan kawan-kawan lain senyum dan saling berpandangan antar satu sama lain. “A’a malam tinggai kita je la” PakYa mula bersuara. Jelas kerut di dahinya menggambarkan kesayuan.

Masing-masing kembali ke destinasi; Dumyat, Zaqaziq, Damanhour, Shiben ElkOm dan Mansurah. Hanya tinggal aku, sofi dan Anon saja dari Cairo. Tidak terus balik malam tu. “Alang-alang datang Tanta biar bermalam di sini sehari.” Usul Sopi setelah sama-sama bersepakat bermalam di Tanta Sehari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan masing-masing berbual lebih rapat lagi. Peluang cam ni susah nak dapat. Kalau sebelum ini, hanya tuan rumah je selalu ziarah umah kami di Cairo. So, malam ni lantak sungguh-sungguh tuan umah ni, sampai ke subuh bersembang berat dan ringan. .. hehe.. “Sowi PakYa, kacau hang”. Itu agaknya yang aku cakap, tapi PakYa senyum berpuas-hati dengan sambutan malam ni. Rupa-rupanya kawan adalah kawan atau sahabat. Selagi atas nama Islam kita semua adalah kawan. Sahabat atau kawan mana lebih best?? Ah, sama jek.. Sahabat atau kawan; Mungkin ahli kaji bahasa atau falsafah boleh kaji sejauh mana kata nama sahabat atau kawan ni. Tapi aku amik jalan mudah dan singkat jek. Tak mahu integrasi atas kerana kata nama. Bagi aku; Aku-nko, Aku-hang, Aku-Mung, Ana-Enta, Saya-Awak sama jek.. Janji hati mahu bersih dan senang dengan sesiapa sahaja.

16 April -Matahari telahpun gelincir ke arah barat. Aku, Anon, Sofi dan PakYa agak lewat sikit bangun. Maklum la ‘ba’da'(selepas)subuh baru tidur. PakYa awal sekali bangun. Time kami bagun dah pun siap launch untuk kami. “Aduh, Syukran Jazilan ya 3ammu Safwan”. Itulah getus hati aku kepada PakYa. Nama sebenar dia Safwan tetapi dia lebih senang dengan panggilan PakYa. Sementara menunggu untuk berangkat pulang, sempat aku memetik sebuah dua lagu kegemaran aku. Nyanyian untuk semua kehidupan agaknya. “Datang dan pergi, segala berganti…” -(Nasib Kita) Mael n Wings Banyak bayangan dan ilham perjuangan hidup dari lagu ini. AKu suka, mengajar ketabahan, memberi gambaran hidup liku-liku manusiawi, fantasi kehidupan manusia, ketamakan manusia, dan nasihat; demi kehidupan ianya mengharapkan kuasaNYA. Itu-lah kehidupan yang menuntut manusia supaya lebih rasional menilai hidupnya dengan penghambaan kepada Allah.

Cairo -Jam kurang setengah jam pukul 9 sampai. Buat Jamak ta’khir. Kerana tak sempat waktu di atas Tramco dah masuk maghrib dan tiba di Cairo dah masuk Isyak. So, dari awal dah niat buat Jamak Ta’khir. Tramco-(kenderaan yang membawa penumpang ke Cairo).

Hayyu Asyir -sebuah kawasan penempatan aku. Setibanya di rumah, banyak perkara yang menantikan selama peninggalan aku ke Tanta. Dan banyak janji yang harus aku langsaikan selepas ini. “wes! Petang tadi adik datang, dia ada nak cakap sesuatu dekat nko.” Tidak sempat aku buka kasut Basdi, housemate aku yang tak jadi ikut sama ke Tanta bersungguh memberi khabar yang masih misteri itu. “Kenapa? dia tak cakap apa?”

……Bersambung

Ralat:~~Sub-Budaya masyarakat Melayu moden telah mendidik anak bangsa jadi cam tu(bertelagah). Bila dah susah bersatu bermakna ada sumthing yang tak berpuas hati. Bila dah tak puas hati ada la yang nak bertekak. Mana benar mana salah sume nak dibolot dia yang kata benar. Budaya melayu yang semakin teruk dari atucara propaganda politik. Sub-Budaya yang terpengaruh dari dunia sekeliling -dunia pasca globalisasi, mempengaruhi sosio-politik antarabangsa. Dan dari argumen-argumen kontemporari ni la menyebabkan manusia sering bertelagah. Budaya dunia yang bertelagah. Bila dah dunia kena virus ideologi manusia semuanya akan terhasut secara tak langsung… Nak bincang pasal ni panjang plak la.. (Dari penerangan (i))

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: