(iii)

Walaupun sehari saja tinggalkan kota Cairo, rasanya dah lama tak balik jenguk kerangka (bukan keranda) kamar berhantu aku tuh. Rindu dengan suasana, bayangan dan kedudukan posisi hiasan ruang kamar. Bila tibanya di permukaan pintu rumah (Tak sempat nak buka kasut) dahpun disapa oleh housemate aku. Terkejut gak, sebab ingatkan memula tu misteri sangat. “OOoO, pasal kenduri malam esok kot”. Pujuk debaran yang masih lagi berentak dalam benak ni.

Tergaru-garu kepala meneruskan kaki ku mencari destinasi. Setelah kasut disimpan, new info dari adik pun dah tahu…. Jejak kaki ku di situ; “puas” merenung di setiap sudut kamar yang malap ke’oren’an. Entah aku sendiri tidak mengerti. “Mengapa begitu aman dan selamat sekali bila aku berada di ruangan kamar ku”. Mencari jawapan pasti tidak pastikan terjumpa. Mungkin aku hanya mampu memberi kesangkaan bahawa; Di kamar itu segalanya bergolak, di kamar itu menerima segala perasaan hidup. Di situ juga menjadi ruang teater persis ‘pawagam percuma’ untuk ditonton dan difikirkan. Dan mungkin juga jiwanya sudahpun sebati dengan atucara hidup harian ku. Segalanya mungkin, adakalanya sesuatu objek yang mati lebih baik lagi bagi mereka yang hidup untuk dijadikan teman ilham atau teman luahan tika jiwa diselaputi segala persoalan hidup. Suka-duka, senang-susah, riang-gundah dan segalanya yang berkait rapat dengan kata hati jiwa.

Bila dalam kesulitan, hanya memerlukan sedikit ketenangan -segalanya akan terbongkar-. Segala objek yang ada dalam posisi kamar ku seolah bertutur memberi jalan untuk aku berfikir lebih relevan. Almari, Meja, baju-baju yang tersusun rapi di hujung pintu (seperti kedai bandle), Rak buku yang tertib berbaris menunjukan kemegahannya. Dari buku (kitab klasik hingga kitab kontemporeri -duniawi dan ukhrawi semua ada kecuali yang tak ada). Mungkin bila pikir-pikir balik, walaupun masih tidak kesemua aku baca buku/kitab tu -namun ‘depa’ sentiasa ingin berkongsi bersama ku merentasi hidup kemanusiaan ini. Buku/kitab(depa) tu tidak merajuk seperti manusia, tidak mengharapkan pembalasan, tidak punya keinginan untuk ditatapinya. Tetapi punya perasaan seperti manusia normal untuk berkongsi dan berpimpinan meredahi liku-liku hidup. Begitu juga, katil yang agak keusangan turut bersimpati dan berkerah untuk membantu kesulitan hidup ku. Dia-lah medan juang ku, menanggung beban hidup ku selama ini. Tidak kira siang dan malam sering mendampingi ku. Antara keseluruh objek yang wujud ‘dia’lah yang paling memahami pergolakan suka-duka hidup ini. “Mungkin ini-lah jawapan aku yang paling hampir kenapa dan mengapa aku berasa aman dan selamat bila aku berada di ruangkan kamar ku” Mereka tidak pernah bosan dan muak dengan alam hidup ku.

17 April -Mentari siang menerjah ke celahan tingkap kamar itu. Mengejutkan aku dari terus lena. Melihat jam di permukaan sisi kanan. Dua belas tiga puluh empat tengah hari. Cuba gagahi untuk bangun. “Dah dua hari tak beli paper” bisik hati untuk mengingatkan aku. Menuju ke ruang tamu membuka pintu besar koridor. Cahaya mentari gopoh menerobos permukaan ruang tamu yang tadinya samar-samar malap. “Cuaca panas tapi angin sejuk”. Repek jiwa kecil ku sangsi dengan ‘spring’ tahun ni -setelah angin cuba melanggar tubuh-badan yang masih tidak disentuh air.

* * *

Malam Jumaat -Bagi orang Islam; hari yang mulia, malam mulia. Kalau siswa di sini; rumah-rumah mereka akan dipenuhi rasa keimanan. Ayat suci al-Quran di baca pada setiap malam Jumaat. Surah ‘Yassin’ menjadi satu program mingguan bagi siswa sini. Bukan sini sahaja, di mana-mana sahaja. Meraikan malam mulia dengan bacaan-bacaan ketenangan. ‘Qalbu al-Kitab’ itulah gelaran kepada surah Yassin. Banyak khasiatnya.

“Ah! dah balik pun, amphes ingat tak nak balik dah”. Debik kata hatiku. Mulut lancang berleter ketika melihat Sofie dan Kasyah di permukaan pintu masuk rumah. “Ala, aku janji ngan hang kan. Kena balik la”. Aku tersenyum melihat telatahnya. “Adus, tak patut aku ‘sound’ cam tu”. Sesal benak hati kecil ku. Aku senyum sekali lagi, saja nak buat kontreversi. “OoOO, jadi terpaksa la ni?” (jahat sangat aku ni). Gelak Sofie menampakkan baris-baris gigi yang tersusun putih. “hehe, tak la. Aku lapaq ni”. Ketawanya berantai-rantai. Aku turut sama ketawa, bukan lucu dengan jawapannya tetapi lucu dengan telatahnya seperti Mr Bean. “ok-ok, pi siap nuh”.

Sementara menunggu ketenangan dari riuh-rendah warga tempatan di bawah, juga dari riuh-rendah gelak-tawa gurauan Kasyah dan Basdi(“Entah apa yang diorang ketawakan”) -aku mencari-cari Map untuk ke rumah Negeri Selangor. Sebab sebelum ini pun tak pernah pijak ke sana. Kalau sebelum ni, Rumah Negeri Selangor hanya di perkarangan Komplek Haiyu Asyir, akan tetapi sebab Islah(pembaikian) terpaksa diorang ni pindah ke Raba’ah(Sebuah penempatan) di Cairo.

Majlis kenduri -Tiba selepas Isya’. Kelewatan, mungkin kerana malam ni kesesakan lalu lintas. Tapi, itu semua alasan. Yang pasti, kami dah pun terlambat sampai.

“eih, sila-sila ustat -Ahlan-ahlan”. Salah seorang penyambut tetamu mengukir senyuman sebaik saja kami bertegak di pintu masuk bangunan tersebut. Beberapa siswa/wi yang lain sudahpun bergegas pulang. Mungkin ada aktiviti diri yang nak kena isi malam Jumaat ni. Entah, lah. Kami tanpa berlengah masa (sebab dah lambatkan), dengan sopan terus masuk melangkah tangga demi tangga untuk menuju ke tingkat empat (Rumah Negeri Selangor).

Sebelum naik tadi, sempat terserempat dengan Enmiya:”Ah balik bila sini Nazmi?” Itulah agaknya sapaan aku. Aku pun dah tak ingat, sebab perut pun duk tendang-tendang aku suruh cepat makan. “Hehehe”.

Beberapa biji mata seolah tersantau melihat kami yang terus masuk. “Isyk budak mana ni?” Entahlah gaya bahasa diorang macam mana, itu jangkaan sahaja. Tapi lebih kurang macam tu la rasanya. Biasa la, kami ni bukan warga Selangor. Dan kenduri kali ni pun bukan untuk umum, hanya untuk siswa/wi selangor. Kenduri kecilan saja. “Pelik agaknya diorang ni, tak pernah tengok orang atau ada sumthin ngan kedatangan kami”. Hati aku cuba berbisik sesama telinga aku. Tapi tak nak la berpra-sangka. Lebih-lebih lagi tempat orang ni. Aku tersenyum melihat mereka yang dah terpukau tu. Nak kata aku pakai ilmu, ches! mana ada. Dan sementara tu juga, mata ku berkeliaran mencari YDP Selangor untuk susulan lebih lanjut.

Beberapa siswa Selangor datang bersalaman mengucap selamat datang dan ada yang hanya senyum bersalaman dan macam-macam lagi. Itu tak penting, kerana aku bersyukur akan dapat makan kejap lagi. Di samping menunaikan syarat ‘Ziarah’ dapat gak habuan makan. “Erm, ustat-ustat Medic nih”. Kami hanya mampu tersenyum. Sangsi dengan sapaan diorang. Adakah persoalan atau dah buat kenyataan. Dalam hati kami berbugar menerimaan kenyataan sedemikian. “Mana taknya seronuk, ada ke diorang cakap kita ni bebudak Medic”. Kami terus bersenyum sambil berpandangan antara satu sama lain. “Nih adik punya pasal la”. Yang sebenarnya kami pun macam diorang juga. Aku jurusan ‘Perundangan Islam’, Basdi-‘Usuluddin’ dan Sofie-Perundangan Islam peringkat(M.A). Dah nak buat macam mana, diorang dah bagi kenyataan. Betul atau silap hanya diorang saja yang nilai. Kami hanya tersenyum diam sampai bertangkai-tangkai.

….Bersambung…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: