~~~llllllllllllllllllllllllllllRALATllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll~~~

[This is an automatically generated Delivery Status Notification. Delivery to the following recipients failed.

XXXXXXXXXX@hotmail.com

…………………………………………….

Aku cuba nak balas email kat kawan aku ni. Tapi tak boleh la. 2/3 kali reply asyik sampai msg tuh je. Ermm.. so aku curi kesempatan ‘paste’ aje kat sini. Dah takley sent ke email -‘hope’ dia baca kat sini. Lagi pun kat sini bukan apa pun, just diskas tentang ‘Bangsa Melayu’ yang aku cuba isukan dalam cite aku yang lepas. Emosi agaknya. Tapi saja buat gimik untuk sama-sama fikir.

Quote;“budaya melayu yang suka bertelagah, budaya melayu yg taksub membuta tuli,budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil” Ini antara kenyataan aku yang lepas.(Tergelak plak). Kekadang bila pikir balik. “Aku pun Melayu… Kalau tak Melayu kritik Melayu.. Jangan harap Bangsa Asing nak kritik kita”

“Nahnu nahkumu bizawahir”(Kita akan memberi keputusan(hukum) dari zahir sekeliling kita).Tak ingat yang ni hadith ke atau dari kalam ulamak. Rasanya Saidina Ali r.a yang penah sebut pasal ni. “Antum a3lamu bi umuri dunyakum”. Aa.. yang ni hadith…; Segala penyataan aku tuh hanyalah berdasar dari penilaian hidup aku. Benar atau salah masing-masing boleh buat penilaian peribadi tersendiri. Aku hormati pasal budaya melayu melalui sejarah. Kita boleh melihat sejarah tetapi jangan ulangi sejarah. Dan kita sekarang menoleh sejarah sambil ‘Merentasi’ sejarah. Jangan berbangga dengan sejarah sedangkan kita tak mengukuhkan sejarah.

‘Budaya melayu suka bertelagah’ -Kita melihat sekeliling kita. Budaya baru pasca-keporak peranda kuasa politik. Masing-masing tidak lagi membentuk kepada membudayakan melayu. Lebih mengaut kesan sistem kolonis penjajah. Diskriminasi dan konterversi sehingga ke persoalan agama. Budaya melayu yang bertelagah -dari peringkat anak kecil hingga ke remaja, dewasa apatah lagi yang semakin tua. Dah nak mati masih bergelut ngan soal-soal partisan-Etis.

Sebagai contoh, terutama dari sudut politisme. Kita dapat lihat perpecahan antara parti. Ini mengundang kepada pergaduhan, pertelagahan dan sehingga ke peringkat permusuhan. Habis masyarakt sekliling terkesan. Keperingkat kampung, bandar, kolej, universiti habis terkena virus tu.(atleast ketidak sopanan dan melayu kehausan aturcara budaya melayu sebenar (berlaku Biadab) -rujuk pasal konterversi gbuk pakdi..”Sowi Pakdi heheh”..) Ini Bukan Islam ajar kan.. Budaya Melayu, -sejauhmana kesinambungan sistem budaya melayu dalam kehidupan masyarakat sekarang. Kita boleh lihat dan nilai sendiri.

“budaya melayu yang taksub membuta tuli” – Ok, -Firman Allah; “wa3tasimu Bihablillah Jami3a wala tafaraqu”. Maksud; “wahai manusia semua, berpegang teguhlah dengan ‘TALI’ Allah dan jangan berpecah belah.” Ulamak menghuraikan pasal ayat ni supaya berpegang(Taksub) hanya pada pokok usul Islam iaitu ‘Tauhid’ saja. Dan yang lain dibolehkan mengikut cara-cara(tali) yang dibenarkan(melalui dustur al-Quran n Sunnah).

Ok.. ekoran kenyataan aku tuh.. budaya melayu yg taksub membuta tuli seperti apa yang kita alami sekarang ni. Tak kira samada dari kehidupan keluarga mahupun masyarakat juga pasal sistem politik. Sehingga terbawa-bawa pada kehidupan. Tak kira di mana pun masih bertaksub sedemkian.

Aku cakap cam tu kerna cam aku kata di atas. Kita akan berhukum dari apa di sekeliling kita. Begitu juga sebagiaman yang Kawan (kawan aku la ni.. guna nama KAWAN je.. menyamar) kata; (persatuan), kat tempat Kawan tu sama atau tidak, aku tak pasti. Dari persatuan Hizbi atau Persatuan-persatuan lain; jadi cam sini(IGIP) atau tidak.. itu KAWAN lebih arif lagi. Dan sepengetahuan aku la, sama saja cam sini. Bergaduh, masing-masing saling menjatuh. Kerana apa?? Terpengaruh dengan kefahaman partisan masing-masing. Taksub dengan ideologi budaya melayu moderen sekarang ni. Yang kat tanah air sampai terbawa-bawa ke sini dan dalam situasi kampus.

Memang dari segi makna ‘persatuan’ tu ‘bersatu’. Ermm.. kalau macam yang KAWAN cakap tu, kiranya tak wujudlah fundamtalisme Islam. Kalau nak ikut kat makna Islam. Islam -syumul, agama universal n agama yang unggul, merangkumi semua sosiol hidup. Kerana pendokongnya la membuatkan nama atau imej tu rosak. Persatuan dah tak berfungsi sebagai persatuan. Hanya untuk kebajikan katakan.. Sejauh mana pulak usaha kebajikan secara relevan? Di sini sifat toleransi-toleransi dah tak wujud. Lemah lembut dah tak beradab. Bahkan menyemarakkan lagi permusuhan. Terkesan dek virus dari ‘kampung’ agaknya. Lebih teruk lagi dari SARS. Di mana wibawa PELAJAR yang dibangga-bangga sebelum ni? Itu baru dalam kampus.

“budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil” -Yang ni lebih kritis lagi. Nak cakap cam ne ek.. erm, ok -pasal ni bersifat pribadi sket.

(Skali blackOut la tadi.. amphes tul..)

Sambung.. erm.. ok pasal ni, kita boley tengok di kalangan kita -orang melayu kita. Tidak kira la dari individu, secara jamak, atau puak-puak politik. Masing-masing mengambil peranan al-Quran n al-Sunnah untuk kepentingan diri. Bukan untuk demi Islam sebenar. Kalau benar demi Islam, kenapa masih timbul hasut menghasut, maki memaki dan seerti dengannya. Dari satu sudut, mencampurkan hak dan batil. Dan yang batil di hak’kan.. dan yang yang hak di tahkik’kan sekali lagi untuk dibangga-bangga kan.. sambil mencemuh, merendah-merendah.. memaki dan perkara-perkara negetif la terhadap pihak lain.. Tak cukup yang itu, dihina, dipersenda sehingga ke dasar pegangan.. kerana dari pengaruh politik -yg baik dah terbusuk dengan suara-suara picisan..

Dari sudut lain pula.. Terbangga dengan watak dan aliran yang di bawa. Kononnya bersandarkan al-Quran n al-Sunnah. Dalam masa yang sama, tidak sedar dah terpengaruh alam sosiolis-etis. Sosiol-metarielis, mendasarkan kebenaran tetapi melaksanakan kerosakan. Mengangkat diri baik dan meludah orang lain kerana “Kita la paling best” -Itu lah agaknya. Cukup takut yang ni. Seolah-olah bila tergolong darinya sudah mewajibkan syurga. Susah.. Sana sini sama saja. Semua dari Melayu, Orang melayu dan Bangsa melayu, masyarakat melayu. Aku pun Melayu.

Sebenarnya.. maksud aku dalam penerangan lepas tu bukan nak meminggirkan kuasa-kuasa politik. Tetapi sebagai satu kritis dari jiwa muda aku ni dan juga menjurus kepada persoalan diri masing-masing. Macamana sebenarnya kita ingin membentuk generasi kita? Adakah ingin kukuhkan budaya yang di laung-laungkan selama ini? Budaya-Melayu atau Budaya-Islam-melayu kita berkehendak? Atau nak buat acuan budaya melayu baru pasca-global sekarang ni? Sama-sama kita pikir. Sampai bila kita harus terhasut dengan sosio-politik kita sekarang ini? Kitakan antara golongan pemangkin Ummah. Wajarkah sedemikian?

Sebagai penambahan -untuk merentasi sejarah; budaya yang kita alamil sekarang ni kena “ditajdidkan”..(reformis) balik.. Kena buat kajian balik bagi siswa/wi atau remaja/dewasa macam kita ni. Doakan bersama supaya boleh membentuk diri kita dahulu. Bagi segalanya berlaku istiqomah dalam menelusi semua ni. Cuma aku kecewa dengan situasi sekarang. Tak kira la dari m’sia ataupun di mana saja. Orang dewasa dengan caranya, remaja dengan caranya..

——

Ok komen sket pasal sejarah yang KAWAN bawa kat email tempoh hari. Aku setuju, bagus la. Tapi kena tgk balik sejarah-sejarah yang KAWAN bawa tu. Pasal Singapore: tetap merugikan atas sebab apa? Kepincangan poltik m’sia dan kecuaian Melayu menjaga hak-haknya. 1946, kerana gagasan Malayan Union; menjadi kewajiban waktu tuh, dan waktu tu bersatu pun untuk mencapai kemerdekaan. –1969; kenapa bley bergaduhnya cina? Kerana masyarakat melayu yang mengabaikan kesatuan melayu, tanggungjawab sesama melayu tidak dititikberatkan. Memasing membolot kuasa politik. Atleast cina amik peluang.

Dalam sudut ini tetap merugikan bangsa melayu. Kerana pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Bila dah genting baru nak bersatu. Kalau yang termasyhur pun, bangsa melayu boleh bersatu dalam 3 peristiwa jek. Tak silap aku la (tolong betulkan), masa nak menentang MUnion, Merdeka,13 may.. Itu yang termasyhur aku ingat.. dan yang lain cam perjanjian lelain (aku tak ingat name perjanjian tu) aku tak ingat..ermm.. (tolong betulkan kalo salah, sejarah failed. heheh)

quote;“Budaya melayu ni menolak permusuhan, banyak bertolak ansur, berlemah lembut, dan sabar.” Ini yang kita harapkan. Kita harapkan pada generasi kita, realiti hidup kita. Kita tidak mahu pencemaran kuasa politik kita dan mereka. Kuasa politik yang meruntuhkan jiwa kemelayuan dan keIslaman kita.

Dan Kita akui sekarang ni cam mane. Kita dah berpecah, banyak sudut dan ruangan yang diterokai. Tidak dapat tidak hakikat dunia kita. Nak bersatu?? ermm amat susah kan, Namun ada kelompok yang berusaha menyatukan. Teruskan. Namun, di samping sifat-sifat yang positif memang kena diterapkan dari akar umbi kehidupan bangsa melayu. Bertoleransi, berlapang dada, hormat pendapat, sekalipun berselisihan (dah lumrah), secara ilmi. Tidak berunsur negetif hingga ke tahap memutuskan silatur rahim dan menggugat ketauhidan Islam dalam Jiwa. Selagi kalimat Syahdah masih dalam dada, selagi itu Melayu-Islam, selagi itu dia bersaudara.

Konklusi: ~~~Sub-Budaya masyarakat Melayu moden telah mendidik anak bangsa jadi cam tu(bertelagah). Bila dah susah bersatu bermakna ada sumthing yang tak berpuas hati. Bila dah tak puas hati ada la yang nak bertekak. Mana benar mana salah sume nak dibolot dia yang kata benar. Budaya melayu yang semakin teruk dari atucara propaganda politik. Sub-Budaya yang terpengaruh dari dunia sekeliling -dunia pasca globalisasi, dipengaruhi sosio-politik antarabangsa. Dan dari argumen-argumen kontemporari ni la menyebabkan manusia sering bertelagah. Budaya dunia yang bertelagah. Bila dah dunia kena virus ideologi manusia semuanya akan terhasut secara tak langsung…

Tata…Paichowan, Cairo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: