Archive for May, 2003

Posted in Life always Began on May 30, 2003 by duwenk

Muara Exam

Suasana ‘perkarangan student m’sia’ lengang. Sunyi sesepi air di kali. Tak bergolak dengan ombak-ombak keriangan. Waima angin-angin datang mendebik bangunan-bangunan tersebut, masih tidak membalas pantulan kehingaran. Dunia sepi sebegini memang menjadi kelaziman pada pertengahan, pengakhiran Mei dan awal Jun. Namun, dalam ketenangan kehidupan dunia siswa/wi Mesir tidak bersahaja sedemikian. Pergelutan hebat yang berlaku pada tiap diri siswa/wi sini tetap menjadi rahsia peribadi masing-masing.

Sejauh mana kerisauan mereka hanya aku, dia mereka dan kami sahaja yang tahu. Barangkali dalam kesibukan rasional memerah akal untuk menjamin peperiksaan yang dihadapi, mereka tidak pernah cuai membilang hari demi hari mengakhiri beban ini. Entah, menjadi beban atau tidak bagi diri aku. Memang terbeban tapi satu kemestian. Habis kenapa aku, kami di sini? Tidak dapat tidak memang tanggungjawab tersurat dan tersirat.

Sementara mentalaah hafalan mereka -…Fiqh(Turath-Muasarah), Tafsir, Tauhid, Lughah, Hafalan alQuran dan sebagainya -bagi Jurusan Perundangan Islam. Dan Tafsir, Hadith, Tauhid, Firaq, Tayyarat(Gelombang Ideologi) dan lain-lain -Jurusan Usuluddin… -rasional siswa/wi masih bercelaru. Mungkin tika ini pemikiran mereka tidak dapat menumpukan 100% pada cabaran peperiksaan ini. Akan tetapi apabila suasana membentuk hingga peringkat seterusnya.

Tidak terkecuali juga -Jurusan Kedoktoran dari al-Azhar atau Cairo Uni. Mereka dalam pergolakan diri mengaut ilmu. Kali ini bukan bersahaja menjangkau teori-teori, tapi untuk menilai diri masing-masing sepanjang penglibatan mereka sebagai student di bumi ini.

Sepertimana yang difahami dalam pencernaan suasana, ada yang telahpun membayangkan ‘planing’ selesai imtihan. Bulan seterusnya akan susut kembali siswa/wi di bumi Mesir. Mereka dalam bercuti. Bagi mereka yang sudahpun merancang pulang sudahpun menempah tiket. -Menara KLCC tersenyum indah menanti kepulangannya. Itik, ayam, lembu dan macam-macam peliharan dikampung mula mencuri pendengarannya. Ada pula sudahpun tersenyum bersendirian membayangkan ‘apa yang akan berlaku’ bila jejaknya di tanah air. Terutama bila dapat jumpa orang-orang yang tersayang.

Tak kurang juga kepada mereka yang masih buntu perjalanan hidup mereka tika dalam bercuti. Entah apa yang ingin dirancangkan. Masih teragak-agak untuk pulang atau perlu kepada pengisian lain bila tidak pulang ke tanah air. Ada juga yang sudahpun mencari jadual untuk memenuhi kelas tambahan (kelas Taafaqquh) di masjid-masjid atau institusi persendirian di kalangan Arab. Semuanya bercampur aduk dalam akal fikiran siswa/wi tika ini.

Sebahagian student yang berada di sini sudahpun selesai exam. Antara mereka adalah dari kalangan mereka yang hanya belajar di Arabic Langue Centrel. “Dah gi bercuti pun..”

Tapi itu segala imaginasi sedemikian hanya sampingan. Dalam mengatur perkara selepas ini, mereka tidak jauh berngelamun. Kerana getaran exam sungguh memeritkan. Mengejutkan. Bukan satu getaran dari sentuhan eletrik kecil. Tetapi getaran yang boleh meruntuhkan bangunan-bangunan yang tersergam indah (Cam kat Algeria).

Selamat Menghadapi Peperiksaan bagi Siswa/wi al-Azhar dan Cairo University. Bi Taufiq wa Najah..

-Apa yang Aku tulis Maaa. “exam time is hell”.. wadush!! doakan aku sama-

Advertisements

Posted in Life always Began on May 25, 2003 by duwenk

Panas dan Keras sebagai murka

Suasana kering, jam sudahpun berdering. Loceng yang dikunci tidak dapat mengejutkannya dari terus lena. Kipas yang berhawa dingin masih lagi berfungsi tidak henti-henti. Semakin membelai dan menyemai lenanya.

Ada di luar sana -bunyi suara-suara yang semakin rancak berkatakan sesuatu. Mencemuh dan memaki tidak dapat dipisahkan dari nada perbualan di sana. Nadanya tinggi dan ada kalanya rendahkan kesayuan. Sayup terdengar dari cuping telinga.

+Panas: Aku tidak sihat.

+Tanah: Kenapa?

Kemudian Panas menyanyikan satu puisi. ” Panas! Panas! Tahun ini keras dan panas! Aku tidak tahu kenapa, mengapa. Panas, aku yang panas!”

+Tanah: Kenapa engkau pula yang panas?!

+Panas: Kerana semuanya menjadi satu yang keras. Tidak takut lagi pada panas. Aku yang panas tidak wajar menjadi panas.

+Tanah: Suasana kering. Panas! aku juga tidak dapat tidur.

+Panas: Angkara siapa? di sebabkan mereka, engkau menanggung beban dari ku.

+Tanah: Aku menjaga mereka. Tidak mendesak mereka. Teruskan, tidak aku salahkan mu. Kerana aku tidak mampu.

+Panas: Apa yang engkau mampu?

+Tanah: Menjaga, memberi, membelai dan melihat telatah dunia ku.

+Panas: Engkau tahu sekarang? Kenapa dan mengapa engkau tidak dapat tidur?

Tanah tertunduk hiba. Kecewa terhadap penghuninya. Leka dengan tanggungjawab hidup. Redup diwajahnya menunjukan mujur disambut dari panas. Lalu dia berpuisi -“Tanah ku kontang, Kering habis penghuni alam. Aku haus, tangan-tangan pengharapan, jangan biar aku begini, di sini. Curah dan limpahkan dari tangan-tangan seperti engkau. Yang tidak terpukau, atau tersasau dengan dunia kini. Mereka adalah angkara ini”.

Panas juga terkulai. Tidak mampu menjamah imaginasi puisi itu. Dia tahu. Tapi tidak mampu. Dia ngerti tapi tidak pasti darimana dan siapakah ‘Tangan-tangan’ itu.

Sesekali angin datang mencuri pandangan sisinya ke arah fenomena dua watak tersebut. Kali ini dia datang bukan untuk berlalu. Tetapi datang ingin tahu apa yang terjadi di situ.

+Angin: Kenapakah kalian bermuram durja sebegini?

+Tanah: Tahukah engkau wahai angin di manakah kita sekarang? Aku maksudkan musim apakah kita sekarang?

+Angin: Di bulan Mei dan akan masuk ke bulan Jun. Musim panas. Kalau di bahasakan dalam bahasa orang putih. Summer.

+Panas: Aku yang memang ditugaskan selama enam bulan untuk berjumpa dengan kalian. Dan aku sendiri berat hati untuk bertugas sebaik saja aku melihat telatah penghuni dunia ini. Tapi tanggung-jawab ku. Bukan tersiska atau terpaksa tapi kerana redha.

+Tanah: Enam bulan aku akan terkesan dengan tugas mu. Dan engkau angin, pasti lebih memahami setiap sudut hidup ku. Kerana engkau adalah perantau ke sana sini dan menjadi pihak perantaraan antara kami. Dan engkau lebih arif di dunia ini.

+Angin: Ya, aku makin rasakan. Panas, sehingga sehari-harian aku terpaksa bekejar ke sana-sini untuk mencari suasana yang tidak kering.

+Panas: Kalau begitu, engkau pasti tahu tentang manusia. Tahukah manusia perasaan kita, atau rasa mereka pada tika ini?

Angin tersenyum dua detik lalu segera bertukar menjadi bengis.” Manusia tahu tapi mereka besar kepala. Melawan alam semester”. Dia diam seketika. Menarik nafas panjang lalu dilepaskan dengan perlahan-lahan. Bertiup angin berbahang kepanasan merempuh setiap sudut dimuka bumi. Diri Tanah itu. Kemudian angin berkata-kata lagi. “Segalanya angkara manusia”.

+Tanah: Jadi aku juga bersubahat dalam soal ini?

+Panas: Tidak! Ini angkara manusia!

+Angin: Mengapa kita membenci manusia?

Kali ini Tanah pula tersenyum bertangkai-tangkai. Matanya memandang kedua-dua rakan perbualannya. “Dulu, pernah bersoalkan sedemikian di antara Barat dan Timur. Tapi tidak ada jawapan”.

+Panas: Tak semestinya soalan itu memerlukan jawapan dari sesiapa. Suasana sekeliling sudah cukup sebagai penjawab.

+Angin: Kini manusia semua sudah parah. Penyakit yang akan berjangkit. Habis dunia diselaputi gimik kehancuran. Kepanasan, kemurkaan. Kalau dibandingkan darjah penyakit manusia dengan darjah kemurkaan ;semakin meningkat sehingga ke satu atau dua darjah. Tetapi darjah kepanasan(murka) telah meningkat kepada Tiga puluh darjah.

+Panas: Habis siapakah yang akan dapat meredakan keruncingan ini?

+Tanah: Tangan-tangan itu. Mereka yang sedar dan celik dari kegusaran ini.

+Angin: Sehingga tiba enam bulan selepas ini. Setelah datangnya musim sejuk bertukar murka ke alam fenomena lain.

Setiap musim bukti kemurkaan terhadap manusia. Musim-musim yang menakutkan manusia. Untuk menyedarkan manusia dari terus lena. Dari kemewahan dunia. Dan melihat realiti keparahan dunia dan isinya.

Paichowan, Cairo

Posted in Life always Began on May 22, 2003 by duwenk

Cakar Ayam

Matahari segak terpacak di dada langit. Bila tengok lama-lama memang tak boleh nak bayangkan bagaimana bentuk matahari tu. Pinau mata. Tapi sekali imbas tengok, aku dapat rasakan bahawa matahari mulai garang. Mula dah mendesak peluh demi peluh bersatu dalam basahan baju yang dipakai. ‘Nike’ -Just Do It; habis bertompok-tompok kesan peluh. Kaki terus melangkah membelah angin-angin panas di keterikan matahari. “Agaknya hapak bau kasut aku ni”. Membebel juga dalam benak ni. ‘Converst’ hitam yang lusuh dan koyak berambu-rambu di hujung tumit terasa melekit. “Ah lantak la, biasa la. Apa nak kisah”. Tawadhuk menyekat identiti penampilan materialistik manusia sekarang. Belok di selekoh ‘Musallas District’. Cuba mencari jalan pintas meminta bantuan teduh dari bangunan-bangun yang bercambah tumbuh sejak 70-an lalu. Kawasan ‘Swisry Buildings’ -Ten District masih lagi sunyi dari gelak-tawa kanak-kanak untuk bermain bola di celah-celah bangunan di waktu petang.

Sesekali angin berbahang panas cuba merempuh tubuh kecil. Walaupun sempat mencuri perlindungan dari bayangan bangunan tersebut, namun bersungguh juga angin panas itu mencari peluang. Tapi, itu-kan memang sifat semulajadi angin. Kalau tak dak angin habis la manusia lebih teruk lagi merintih kepanasan sub-summer ni. Bagaimana pula manusia? yang boleh berpikir. Boleh nilai mana baik buruk. Kalau yang memang tak dak akal tu nak buat macam mana. Tapi yang berakal, yang semulajadi berakal menjadi bijak pandai atau berfikir -nak curi peluang rosakan manusia. Nak samakan dengan kejadian lain. Realiti, memang realiti hidup tak pernah puas dari apa yang diperoleh. Dah cukup di tangan, cuba juga merampas lain. Bila dah tak cukup tak cuba dengan positif bahkan makin berganda-ganda hasad-dengki.

Lima minit lagi akan sampai ke destinasi. Rumah pangsa milik tiga orang student al-Azhar. Memang aku salah seorang penghuni kat situ. Membelek jam di tangan. “lebih kurang 15 minit lagi akan masuk waktu Asar.” Mata kasar berkenyit-kenyit menahan panas. Masih tak cukup perlindungan ‘Ray Been’ dipakai. Rasa tamak pula nak carikan satu lagi. “Isyk, syukur je la. Ni pun mujur dah ada.” Sekali lagi nafsu terpaksa tunduk. Kalau memang ya pun nak beli satu lagi belum tentu mampu. Memang tak mampu la.

[Artikel ni ditulis sekerat sebelum aku pergi ke Sinai/Sharm elSyeikh/Dahab 10.05.2003 -tak sempat nak entry dalam layout]

In The Begining

Sebenarnya, secara mengejut aku kena join rombongan ke Sinai/Sharm el-Syeikh/Dahab. Actually, time aku balik dari rumah hari tu 10/5, lepas saja Isyak my freind -Anon datang. He told me his parent akan sampai jam 5.oo subuh esok. Makcik, Abg Ijan n Kak Sara, Abg Chik, Kak Chik n Baby -Sarah Umairah. Standby atur planing nak ke mana di mana dan arah mana dahulu. Sebab diorang datang just to 10 day’s. Kena prepare planing elok-elok. Bagi ngam-ngam masa diorang ada kat sini. Kitorang pun satu, sebelum ni tak sempat nak bincang. Aku pun terlupa. Malam tu tak tidur. Layan borak sampai ke subuh.

Our Plan’s

+Sekitar Cairo -Al-Ahram (Piramid), Masjid’s, Maqam, Muziam, Kubu Salehuddin al-Ayyubi Qaherah, Khan al-Khalili(Shoping places)

+Sinai -Suez, Toba, Kubu Salehuddin al-Ayyubi, Maqam al-Ambiya’, Histori Lembu Samiri, Uyun Musa (12 Telaga Musa), Hamam firaun, 6 Oct place Egypt-Mesir 1973.

+Dahab -Abu Hoal, Ra’sul Ghulam, Picnik places (Red Sea).

+Sharm el-Syeikh -Red Sea, Snowklin, tengok batu karang laut merah.

+Alexanderia -Mumtaza, Farouk Castle, The biggest Library in Mideast, n siar-siar membeli belah in Manshiah.

Nak jadi cerita, semuanya succes. Berjaya kami terokai. Cuma ada 2/3 tempat yang tak kami kunjung. Itupun bukan atas program yang kitaorang plan. Cam Masjid Nabi Daneil (Alex), jalan makan angin di centrel Market Arkadia (Cairo), dan yang diplan tapi tak jadi, Abu Hoal dan Ra’sul Ghulam (Dahab) -hanya lepak-lepak di persisiran pantai Dahab.

Sekarang diorang pun dah balik. 20.05.03 diorang terpaksa bertolak ke Dubai. Just for 2 day kat sana. Shoping and meet sumone for bisness partner. Time aku menulis ni diorang mungkin sedang bergelak ketawa atau kesayuan teringatkan kat sini. Gelak-tawa; dari kelucuan sepanjang penjelajahan kami dan memori manis yang dah tersaving dalam diri masing. Sedih-sayu; Terkenangkan episod kemesraan antara kami. Satu keluarga, satu kehidupan, satu kenangan. Mungkin ini-lah yang aku rasa selama mereka di sini. Memberi jawapan kepada kehausan pembentukan keluarga bahagia.

Kami pun harap diorang akan berpuas hati atas layanan kami selama tourism diorang kat sini. Setakat itu saja yang termampu aku laksanakan. “Non, sowi la. Lebih kurang jek. Hope mereka berbahagia”.

Welcome back to study

Dah dua hari Anon Parent balik. Sunyi plak rasa umah dia. Kosong, zero skali lagi. Anon dah pun abis exam. Tinggal aku dan kawan-kawan yang lain plak. Bulan ni akan menjanjikan kesuccesan kitorang pada 2003. Next term lain kira. Janji bagi pass dulu. “Angpa doa la”.

Konklusi.. a’a konklusi

Nanti aku cerita lain. Cerita penjelajahan kami tempoh hari. Banyak yang menarik, so banyak yang nak kena tulis. Makan masa, nanti tak kenyang. heheh.. 22.O5.O3.Thursday, kembali ke rumah. Ten District. Kunjungi kembali kamar berlembah ku yang selama 10 hari ditinggalkan. “Wah!! berhabuk”. Cam ni la kat Mesir. Dah masuk sUmmer ni Berhabuk habis kalau tak tutup tingkap. I was gonna clean my room. untill i got high.. hhehe.

Posted in Life always Began on May 8, 2003 by duwenk

Dalam Rumah

“Bengap sangat otak ni. Stadi pun tak masuk. Kenapa susah sangat nak faham hah!!!”. Duduk dalam rumah rasa gelisah. Ke hulur ke hilir melihat setiap posisi kelengkapan rumah ‘buruk’. Hanya rumah singgahan ketika ‘kitaorang’ dalam lagi musafir. Tidak semewah rumah di kampung. Tidak semewah rumah siswa yang lain. Rumah ala-ala hostel RM 3.oo yang selalu kita lepak time kat Malaysia dulu. Pernah dulu terpaksa sewa hostel kerana nak tengok bola sepak. Parent suh balik asrama, lencong ke hostel dulu. Tak nak lepaskan peluang nonton bola sepak ‘live’ di stadium, kami sewa-lah hostel RM 3.00 tu. Hostel dulu sebiji cam sekarang. Televisyen tak ada, mesin basuh tak ada, telefon tak ada. Apa yang ada? Radio, pakaian-baju, dapur gas, gas -cukup untuk ‘senang’ time bujang ini.

Bilik aku pula, sejak dah nak masuk ‘summer’ ni cam memberontak. Nak kipas la, econ la. Banyak songeng. Kalau sebelum ni. “Kaulah segala-galanya. Kau-lah sumber ilhamku. Kau-lah tempat ku berteduh dan berpayung. Sambil kau-lah pencorak minda hidupku.” Tapi sekarang dah nampak ‘belang’ dia. Sana sini serba tak kena. Bila time terdesak macam ni banyak la perangai pula. Habis nak tuntut kemahuan dia. Segalanya seolah mengungkit. Nak kan pembalasan. Nak kepada kesenangan. Tidak mahu pada kesusahan. Susah sikit dah nak jadi cam ‘sial’. Malas la nak layan karenah ni.

Mungkin aku perlukan sedikit ketenangan. Dahlah panas. Luar dan dalam semuanya panas. Matahari plak sedia maklum. Memang sifat dia panas. Angin plak, sepatutnya bersifat sejuk. Terpengaruh dengan matahari agaknya. Bila dah semuanya panas, air pun boleh kering. Habis tubuh badan aku kena hisap air. Kering. Panas. Hot. Mind pun panas. Stadi tak boleh nak tumpu. Kiri-kanan, atas-bawah semuanya distrubed bahang yang panas. Mana tahan kalau camni. Kekadang sengaja pujuk panas tu dengan air. Tak cukup air botol air wudhuk. Alhamdulillah rileks la kejap. Bila dah nak cool sket, datang pulak. Masalah apa ni?

Pikir punya pikir -keluar rumah je la. Lepak-lepak rumah member. “Isyk, ganggu diorg la plak? Diorang pun nak stadi gak”. “Pergi Muhandisin? Best gak. Lepak rumah Anon. Dia tak exam”. -Tak lengah dah. Jam 5 petang keluar rumah sorang. Bawa buku set (Konon nak stadi sana la). Kemas-kemas bertolak. Tak sempat keluar rumah, Sofie balik dari exam, (last paper -merdeka la dia). “Ah nak pi mana?”. Aku pun cakap la dah boring duk dalam rumah. Otak tak berkembang. Jadi sendat cam dah tersumbat dengan batang balak. “Ah elok la, aku nak pi juga. Tapi kita singgah umah aku dulu la.” Rumah dia kat Ghamrah. Dekat dengan Ramsis. Aku pun setuju. Choas!

Luar Rumah

Dari H10 ke h7 ke Ghamrah. Kebetulan, tak sempat kami nak pergi rumah (Anon) -dia dah ada kat rumah Sofie. “eh.. Izaiyak ya Bashar. Gai minnin ba’ah? Ta3asyai’ wala Lissa? Izaiya habibak? Quaisy? Lah.. Feen hiyya.” Banyak la soklan yang terkeluar time tuh. Kami pun gelak ketawa. Memang kalau kitorang dah bertemu cakap Arab style membunuh. Soklan pun mesti membunuh. At least ada yang jawab atau tanya. “Ya Muarras!! Ya khawaal!! Feen Himar bita’ak? Lah Habibak feen dilwakti? Tahrab ‘annak?? Leih ba’ah? Lah.. eidah.. eidah ya walad.. eidah ya muhandis?.” Muhahaha.. Ada yang kutuk ada yang memuji sampai bertangkai-tangkai. “Allah ya khaliq. Allahumma barik fik. Allahuma astur ya Rabb. Tislam ‘edak. Allahumma Nawwir alaik.” Dan macam lagi. Hehe. Maybe bila nkorang baca ni tak paham. Ada juga member2 lain tak hirau mana bila kitaorg bley cakap. Tak le serius sangat cakap arab. Cam aku cakap tadi. Bahasa Arab membunuh.

Lepak situ dalam sejam dua baru ‘gerak’ pergi Muhandisin. Sebelum ke Muhandisin singgah sekejap di Atabah. Entah la diorang nak beli apa. Aku pun terlupa tanya. Tapi malam tu bley la jamu mata miang ni(cam bandar NewYork -tak pernah sampai pun). “Duk kelih sana sini. Lakhai tergugat juga”(Versi Qlate). Hahhaha. Hampes betul la bila keluar ni. Nkorang bukan tak tahu Arab. Arab la. Arab. Cun beb. Tapi nasib baik still jaga title. Erm.. Kena jaga la. Biar diorang tengok kita tak ‘smart’ mana (nisbah diorang la). Janji kredebeliti kita orang Asia tak tercemar. Tak secocok dengan perwatakkan yang diorang bawa. “Seksi n seksa eih.” Tapi bila pikir balik. Arab, melambangkan budaya Islam. Memang nkorang pun anggap camni. Sebelum aku ke tanah Arab dulu pun terpikir dan cuba imegin kebudayaan Arab. Islamik culture. Penuh dengan nilai-nilai Islam. Di hiasi warna-warni dunia Islam dan sebagai teladan n contoh untuk negara kita. Ermm.. tapi bila sampai sini baru ‘dia’ tau!!!. Firaun dan Musa a.s kan famous kat sini. Mana kita nak? pilih saja. Semua ada. Jelasnya sekarang -pasca modernisasi. Dah tercemar dengan camar-camar dari Barat.. Look at the European Style. We Follow-up to designing culture, people n all of life. D’seem contry we must forget to sample of our life. “Habis siapa yang nak dipersalahkan. Takkan Barat pulak yang jadi pesalah dalam soal ni?” Asia lagi best. Actually d’Malaysian people’s.

Ah! Biarkan diorang. Lantak dia la. Masyarakat dia. Buat apa nak jaga tepi kain orang. Kekadang sedih juga, kenapa orang cam aku ni tidak mampu. Kalau dah tak mampu, lebih baik jadi orang biasa saja. Tak payah susah-susah pikir pasal semua ini. Bila dah pikir tak boleh nak buat pulak. Kosong. Zero. Hampes. Dan macam-macam lagi boleh letakkan status aku. Belajar tak boleh nak manfaat. Tapi, di samping ada sifat kesedaran ni. Aku takkan lepaskan peluang untuk cuba. Cuba. I’ll try. “U can do it”. Dont be higher.

Muhandisin

Sampai rumah Anon jam 1.oo am. Tak letih, cuma lapar. before sampai rumah tadi dah belikan ‘Firakh MAshwi’ (Ayam Bakar), Sardin dalam Tin, Roti n susu. Masak nasi -rice cooker buat hal. hampes. Mentah. Tapi lapar sangat ‘tibai’ juga la. Buat sardin masak kari. Cicah dengan roti n sebagai kuah dengan nasi. Aku sorang je yang makan nasi. Diorang (Anon, Sofie) ni tak nak. Makan cicah dengan roti jek.

Kepala rasa sakit sangat. Sekali lagi nak stadi tak boleh. Rilek’s kejap azan subuh dah berkumandang. Pagi-pagi cam ni sepatutnya jadi segar. “Takkan dekat exam nak demam lagi?” Risau betul aku. Selalu macam ni la. Elok bila time change musim ada la yang tak kena. Demam la, sakit-sakit badan la, loya la. Dah la nak exam. Adus. Hope tak jadi la bende-bende ni semua. Nak cool, rilek’s, nak free otak sket -stadi beb. Semuanya main otak, aku nak menjadi thinker, minder, sub-memori, hard disk, propesor, bla, bla, bla,.. Semua berkait dengan ‘akal’. Kena rilek’s.

Back To Malaysia

Entry yang lepas aku nak cerita, kenapa aku tolak perlawaan parent aku. Aku nak bagi alasan yang best pun belum tentu diorang akan terima. So, aku tak tahu macam mana nak explain kat diorang… Masih dalam berfikir.

Posted in Life always Began on May 4, 2003 by duwenk

…Again. Before there, aku dah writed this entry. Sekali pc ni buat sial. Amphes. Kalao nkorang camne? mesti bengang ke tahap bangang kan. Lakhai, sabar jek. Sikit lagi aku nak jadi ‘Oltromen’, kalo tak habis that pc berkecai sepertimana terjadi di Kota Basrah n Baghdad. Sabar Pai, sabar….

Last night, aku pergi jalan-jalan. Lawat bandar Haiyu Sabiek. Memulanya -hajat nak cuci gambar. Sekali duit tak ada la. “Bape geniuh aku ada hah?”. Selut dalam poket ada syiling 0.25. Dalam dompet 0.50. Tambang pergi-balik tu lepas la. Tapi nak cuci gambar -satu keping 0.75. Mane nak cukup, tambang gi-mari n balance 0.25. Balik dengan ‘Ayaq tu la’Versi bahasa kampung bintangBising kat Perlis.

Pastu nak jumpa Hj Wan kat Penang Student’s Hostel. Tapi dia dah balik Damahour. Tak sempat nak tanya pasal ‘Persidangan’ baru-baru ini. Nasib baik hmate dia ada. Lepak-lepak kejap n Order kitab-kitab baru yang aku nak ambil for this year. “Rupa-rupanya banyak juga Kitab yang masih tak de di rak bilik aku tu”. Yang paling aku geramnya, Fiqh Kontemporeri -Karangan Dr Yusuff Qardhawi n Tafsir Syeikh Sya’rawi. So, sementara peluang boleh order ni, tunggu apa lagi. Order je la. Sebab nak beli cash mahal woo. So, order n bayar bila Kitab tu dah sampai.

Masa tu la baru nak order kitab, beli kitab la. Ape la. Duit satu sen tak ada. Atleast aku minta ehsan dengan ‘housemate’ aku la. Tukar duit cara ‘gadai’ dengan dia. Sebenarnya ada sangat duit. Tapi malas nak tukar. Bawah karpet bilik aku ada lagi USD 50. So buat perjanjian ngan dia ‘gadai’ jek. 2/3 hari lagi bayar balik. N aku amik balik duit USd 50 tuh. Simpan untuk ‘summer’ ni.

Bila pikir balik pasal ‘Summer’ ni. We got new info dari Malaysia -kelmarin. Family aku call tapi time tu aku takde kat umah. Keluar, gi lepak umah member aku. N risau gak, ingat ke pasal ape. ‘Housemate’ aku cakap.” Mama nko suh balik summer ni. Diorg rindu kat nko”. Adus!!! camna. Nanti kalo tolak takut ‘Mama’ kecik hati plak. Tiga tahun beb tarak balik. Habis cam mane planing aku untuk summer ni. Adus, delima kah aku ni? Tidak eih.. saje ngada-ngada ‘berdelima’.

Semalam dah buat keputusan diri aku sendiri. Lepas je aku baca email dari ‘sister’ aku Syahida -bukan syahida weblog ni. hehe. My Lovely sister. (Isyk manja la plak rasanya.. kekeke). Aku tak nak balik la. Alasan?.. Nanti aku stori lain kali. Tak sempat dah Maghrib kat sini.

Posted in Life always Began on May 2, 2003 by duwenk

Semalam baru saja sampai dari Damanhour . Balik kampung sekejap ziarah kawan-kawan. Lama sangat tak jumpa x-housemate kat Damanhour tu. Kebetulan sambil ambil kitab. Dah dekat exam tapi baru nak ambil. Duduk Damanhour sehari sahaja. Tak mampu duk lama sebab teringat dek kamar ‘berantu’ aku kat Cairo.

Kebetulan masa aku balik kelmarin, DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa) ada buat majlis ‘Ijtimak Ghaira ‘Adi’(sidang tergempar) buat kali ke 2 bagi tahun ini. Kalau sebelum ini dibuat secara besar-besaran di Cairo. Tapi kali ini buat ‘private’ sket. Barangkali dah nak dekat exam. Yang Negeri buat sendiri, Dpm pun buat sendiri. Masing-masing buat berlainan masa.

Kalau yang pertama (2003) kali hari tu, diorg buat kerana nak mohon tambah kemudahan ‘student’ sini dengan pihak Mesir. Terutama pasal permintaan urusan menunaikan Haji. Sebab baru-baru ini, selepas pihak Mesir buat ‘undang-undang baru’, urusan menunaikan Haji susah sket. Banyak la pe’el diorg. Orang nak buat kerja baik pun buat susah-susah. Keselamatan agaknya, ataupun ada ‘sumthin’ yang diorang nak bendungkan. Aku rasakan pasal -last 2002 tempoh hari sibuk pasal teroriskan.- ni la.

Macam duk jadi kat ‘student’ Yemen. Balik je dari pergi Haji kena tangkap. Katanya bergiat dalam ‘alQaeda’. Di tuduh teroris. Yang tak bersalah disalahkan. Dunia, dunia. Nasib baik lepas proses diplomasi antara Malaysia dan Yemen, selamat juga budak-budak tu. Tapi sempat gak la merasa dalam pintu besi Arab. Kawan aku sowang APIT tu pun kena skali. Sekarang dia dah tak boleh masuk Yemen lagi. Belajar sini jek.

Itu kat Yaman. Di sini pula tak tahu sebab apa dan kenapa. Macam hari tu, ketat sikit je. Tak la sampai tergendala terus. Tapi ada juga yang mohon tak boleh pergi. Susah nak jangka politik diorg. Arab kan. Lagipun rezeki takdak. Sabar je la. Susah Arab ni, macam la diorang ni yang ter’best. (Kutuk.. jangan tak kutuk..)

-Yang ni plak kali ke dua. Nak bincang pasal kemasukan ahli tempatan dalam organis student Malaysia Mesir. Sibuk sana sini orang dah jadikan bahan bualan. PMRAM akan dicabuli kesucian melayu. Orang Arab kena join PMRAM juga. Itu masalahnya. Susah nak terima. PMRAM (Persatuan Melayu Republik Arab Mesir). Agaknya kalau jadi syarat ini, PMRAM kena tukar PUMRAM (Persatuan Umum Republik Arab Mesir). Tu agaknya saja, sebab kelmarin aku tak boleh nak masuk persidangan tu. Terpaksa balik ke Cairo. Ada janji dengan kawan aku. (harap diorang selesaikan kes ini)

Bila aku pikir-pikir balik. Kenapa jadi cam ni? entah jawapan tepat tak boleh nak bagi. Tapi sebelum ini pun aku ada dengar desas-desus dari banyak pihak. Ada yang pendek akalnya kata,”ini sebab kedutaan Malaysia yang suruh”. Tak boleh plak aku nak terima suara-suara kosong ni. Sebab satu, emosi. Ke dua, orang yang cakap pun bukan jenis komitmen dengan sekeliling. Hanya sarpot dari mulut orang tanpa kaji dulu. Susah, susah. Nama dah student, tapi masih membabi buta.

Ada juga yang kata, sebab nak jaga keselamatan ‘student’ sini secara menyeluruh. Kerna perkara ini diarahkan selepas saja jatuhnya kerajaan Saddam. Kawalan secara menyeluruh kepada seluruh Organisasi yang ada di bumi Mesir. Yang berdaftar atau pun tidak akan dipantau dan diberi wakil-wakil kerajaan. Demi keselamatan.

Namun aku tak pasti yang mana satu. Tapi berdasarkan rujukan perkara-perkara yang berlaku, aku hanya boleh beri respon disebabkan sistem penyelenggaraan keselamatan seluruh Mesir. Lepas ucapan Presiden Hosni Mubarak yang lepas. (rujuk Mideast Lepas Perang).

Insya-Allah esok nak gi jumpa hj wan. Secara perincinya dia tahu. Aku ni kalau bab persatuan bukannya arif mana. Dah la tak arif, malas nak aktif plak tu. Buat secara individu je. Kalau diorang nak tenaga, sarpot juga la. Nak total aktif tu susah sket. Lagipun kalau aku tak join ngan diorang bukan cacat pun. Kalay aku join makin tegang lagi ada la. Lagi satu sapa la nak tengok orang jenis aku ni. Happy gudlucky. Takde ciri-ciri langsung bagi diorang. Yang pasti, aku kenal dan tahu cara aku. Aku akan hidup ngan cara aku.