Cakar Ayam

Matahari segak terpacak di dada langit. Bila tengok lama-lama memang tak boleh nak bayangkan bagaimana bentuk matahari tu. Pinau mata. Tapi sekali imbas tengok, aku dapat rasakan bahawa matahari mulai garang. Mula dah mendesak peluh demi peluh bersatu dalam basahan baju yang dipakai. ‘Nike’ -Just Do It; habis bertompok-tompok kesan peluh. Kaki terus melangkah membelah angin-angin panas di keterikan matahari. “Agaknya hapak bau kasut aku ni”. Membebel juga dalam benak ni. ‘Converst’ hitam yang lusuh dan koyak berambu-rambu di hujung tumit terasa melekit. “Ah lantak la, biasa la. Apa nak kisah”. Tawadhuk menyekat identiti penampilan materialistik manusia sekarang. Belok di selekoh ‘Musallas District’. Cuba mencari jalan pintas meminta bantuan teduh dari bangunan-bangun yang bercambah tumbuh sejak 70-an lalu. Kawasan ‘Swisry Buildings’ -Ten District masih lagi sunyi dari gelak-tawa kanak-kanak untuk bermain bola di celah-celah bangunan di waktu petang.

Sesekali angin berbahang panas cuba merempuh tubuh kecil. Walaupun sempat mencuri perlindungan dari bayangan bangunan tersebut, namun bersungguh juga angin panas itu mencari peluang. Tapi, itu-kan memang sifat semulajadi angin. Kalau tak dak angin habis la manusia lebih teruk lagi merintih kepanasan sub-summer ni. Bagaimana pula manusia? yang boleh berpikir. Boleh nilai mana baik buruk. Kalau yang memang tak dak akal tu nak buat macam mana. Tapi yang berakal, yang semulajadi berakal menjadi bijak pandai atau berfikir -nak curi peluang rosakan manusia. Nak samakan dengan kejadian lain. Realiti, memang realiti hidup tak pernah puas dari apa yang diperoleh. Dah cukup di tangan, cuba juga merampas lain. Bila dah tak cukup tak cuba dengan positif bahkan makin berganda-ganda hasad-dengki.

Lima minit lagi akan sampai ke destinasi. Rumah pangsa milik tiga orang student al-Azhar. Memang aku salah seorang penghuni kat situ. Membelek jam di tangan. “lebih kurang 15 minit lagi akan masuk waktu Asar.” Mata kasar berkenyit-kenyit menahan panas. Masih tak cukup perlindungan ‘Ray Been’ dipakai. Rasa tamak pula nak carikan satu lagi. “Isyk, syukur je la. Ni pun mujur dah ada.” Sekali lagi nafsu terpaksa tunduk. Kalau memang ya pun nak beli satu lagi belum tentu mampu. Memang tak mampu la.

[Artikel ni ditulis sekerat sebelum aku pergi ke Sinai/Sharm elSyeikh/Dahab 10.05.2003 -tak sempat nak entry dalam layout]

In The Begining

Sebenarnya, secara mengejut aku kena join rombongan ke Sinai/Sharm el-Syeikh/Dahab. Actually, time aku balik dari rumah hari tu 10/5, lepas saja Isyak my freind -Anon datang. He told me his parent akan sampai jam 5.oo subuh esok. Makcik, Abg Ijan n Kak Sara, Abg Chik, Kak Chik n Baby -Sarah Umairah. Standby atur planing nak ke mana di mana dan arah mana dahulu. Sebab diorang datang just to 10 day’s. Kena prepare planing elok-elok. Bagi ngam-ngam masa diorang ada kat sini. Kitorang pun satu, sebelum ni tak sempat nak bincang. Aku pun terlupa. Malam tu tak tidur. Layan borak sampai ke subuh.

Our Plan’s

+Sekitar Cairo -Al-Ahram (Piramid), Masjid’s, Maqam, Muziam, Kubu Salehuddin al-Ayyubi Qaherah, Khan al-Khalili(Shoping places)

+Sinai -Suez, Toba, Kubu Salehuddin al-Ayyubi, Maqam al-Ambiya’, Histori Lembu Samiri, Uyun Musa (12 Telaga Musa), Hamam firaun, 6 Oct place Egypt-Mesir 1973.

+Dahab -Abu Hoal, Ra’sul Ghulam, Picnik places (Red Sea).

+Sharm el-Syeikh -Red Sea, Snowklin, tengok batu karang laut merah.

+Alexanderia -Mumtaza, Farouk Castle, The biggest Library in Mideast, n siar-siar membeli belah in Manshiah.

Nak jadi cerita, semuanya succes. Berjaya kami terokai. Cuma ada 2/3 tempat yang tak kami kunjung. Itupun bukan atas program yang kitaorang plan. Cam Masjid Nabi Daneil (Alex), jalan makan angin di centrel Market Arkadia (Cairo), dan yang diplan tapi tak jadi, Abu Hoal dan Ra’sul Ghulam (Dahab) -hanya lepak-lepak di persisiran pantai Dahab.

Sekarang diorang pun dah balik. 20.05.03 diorang terpaksa bertolak ke Dubai. Just for 2 day kat sana. Shoping and meet sumone for bisness partner. Time aku menulis ni diorang mungkin sedang bergelak ketawa atau kesayuan teringatkan kat sini. Gelak-tawa; dari kelucuan sepanjang penjelajahan kami dan memori manis yang dah tersaving dalam diri masing. Sedih-sayu; Terkenangkan episod kemesraan antara kami. Satu keluarga, satu kehidupan, satu kenangan. Mungkin ini-lah yang aku rasa selama mereka di sini. Memberi jawapan kepada kehausan pembentukan keluarga bahagia.

Kami pun harap diorang akan berpuas hati atas layanan kami selama tourism diorang kat sini. Setakat itu saja yang termampu aku laksanakan. “Non, sowi la. Lebih kurang jek. Hope mereka berbahagia”.

Welcome back to study

Dah dua hari Anon Parent balik. Sunyi plak rasa umah dia. Kosong, zero skali lagi. Anon dah pun abis exam. Tinggal aku dan kawan-kawan yang lain plak. Bulan ni akan menjanjikan kesuccesan kitorang pada 2003. Next term lain kira. Janji bagi pass dulu. “Angpa doa la”.

Konklusi.. a’a konklusi

Nanti aku cerita lain. Cerita penjelajahan kami tempoh hari. Banyak yang menarik, so banyak yang nak kena tulis. Makan masa, nanti tak kenyang. heheh.. 22.O5.O3.Thursday, kembali ke rumah. Ten District. Kunjungi kembali kamar berlembah ku yang selama 10 hari ditinggalkan. “Wah!! berhabuk”. Cam ni la kat Mesir. Dah masuk sUmmer ni Berhabuk habis kalau tak tutup tingkap. I was gonna clean my room. untill i got high.. hhehe.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: