Panas dan Keras sebagai murka

Suasana kering, jam sudahpun berdering. Loceng yang dikunci tidak dapat mengejutkannya dari terus lena. Kipas yang berhawa dingin masih lagi berfungsi tidak henti-henti. Semakin membelai dan menyemai lenanya.

Ada di luar sana -bunyi suara-suara yang semakin rancak berkatakan sesuatu. Mencemuh dan memaki tidak dapat dipisahkan dari nada perbualan di sana. Nadanya tinggi dan ada kalanya rendahkan kesayuan. Sayup terdengar dari cuping telinga.

+Panas: Aku tidak sihat.

+Tanah: Kenapa?

Kemudian Panas menyanyikan satu puisi. ” Panas! Panas! Tahun ini keras dan panas! Aku tidak tahu kenapa, mengapa. Panas, aku yang panas!”

+Tanah: Kenapa engkau pula yang panas?!

+Panas: Kerana semuanya menjadi satu yang keras. Tidak takut lagi pada panas. Aku yang panas tidak wajar menjadi panas.

+Tanah: Suasana kering. Panas! aku juga tidak dapat tidur.

+Panas: Angkara siapa? di sebabkan mereka, engkau menanggung beban dari ku.

+Tanah: Aku menjaga mereka. Tidak mendesak mereka. Teruskan, tidak aku salahkan mu. Kerana aku tidak mampu.

+Panas: Apa yang engkau mampu?

+Tanah: Menjaga, memberi, membelai dan melihat telatah dunia ku.

+Panas: Engkau tahu sekarang? Kenapa dan mengapa engkau tidak dapat tidur?

Tanah tertunduk hiba. Kecewa terhadap penghuninya. Leka dengan tanggungjawab hidup. Redup diwajahnya menunjukan mujur disambut dari panas. Lalu dia berpuisi -“Tanah ku kontang, Kering habis penghuni alam. Aku haus, tangan-tangan pengharapan, jangan biar aku begini, di sini. Curah dan limpahkan dari tangan-tangan seperti engkau. Yang tidak terpukau, atau tersasau dengan dunia kini. Mereka adalah angkara ini”.

Panas juga terkulai. Tidak mampu menjamah imaginasi puisi itu. Dia tahu. Tapi tidak mampu. Dia ngerti tapi tidak pasti darimana dan siapakah ‘Tangan-tangan’ itu.

Sesekali angin datang mencuri pandangan sisinya ke arah fenomena dua watak tersebut. Kali ini dia datang bukan untuk berlalu. Tetapi datang ingin tahu apa yang terjadi di situ.

+Angin: Kenapakah kalian bermuram durja sebegini?

+Tanah: Tahukah engkau wahai angin di manakah kita sekarang? Aku maksudkan musim apakah kita sekarang?

+Angin: Di bulan Mei dan akan masuk ke bulan Jun. Musim panas. Kalau di bahasakan dalam bahasa orang putih. Summer.

+Panas: Aku yang memang ditugaskan selama enam bulan untuk berjumpa dengan kalian. Dan aku sendiri berat hati untuk bertugas sebaik saja aku melihat telatah penghuni dunia ini. Tapi tanggung-jawab ku. Bukan tersiska atau terpaksa tapi kerana redha.

+Tanah: Enam bulan aku akan terkesan dengan tugas mu. Dan engkau angin, pasti lebih memahami setiap sudut hidup ku. Kerana engkau adalah perantau ke sana sini dan menjadi pihak perantaraan antara kami. Dan engkau lebih arif di dunia ini.

+Angin: Ya, aku makin rasakan. Panas, sehingga sehari-harian aku terpaksa bekejar ke sana-sini untuk mencari suasana yang tidak kering.

+Panas: Kalau begitu, engkau pasti tahu tentang manusia. Tahukah manusia perasaan kita, atau rasa mereka pada tika ini?

Angin tersenyum dua detik lalu segera bertukar menjadi bengis.” Manusia tahu tapi mereka besar kepala. Melawan alam semester”. Dia diam seketika. Menarik nafas panjang lalu dilepaskan dengan perlahan-lahan. Bertiup angin berbahang kepanasan merempuh setiap sudut dimuka bumi. Diri Tanah itu. Kemudian angin berkata-kata lagi. “Segalanya angkara manusia”.

+Tanah: Jadi aku juga bersubahat dalam soal ini?

+Panas: Tidak! Ini angkara manusia!

+Angin: Mengapa kita membenci manusia?

Kali ini Tanah pula tersenyum bertangkai-tangkai. Matanya memandang kedua-dua rakan perbualannya. “Dulu, pernah bersoalkan sedemikian di antara Barat dan Timur. Tapi tidak ada jawapan”.

+Panas: Tak semestinya soalan itu memerlukan jawapan dari sesiapa. Suasana sekeliling sudah cukup sebagai penjawab.

+Angin: Kini manusia semua sudah parah. Penyakit yang akan berjangkit. Habis dunia diselaputi gimik kehancuran. Kepanasan, kemurkaan. Kalau dibandingkan darjah penyakit manusia dengan darjah kemurkaan ;semakin meningkat sehingga ke satu atau dua darjah. Tetapi darjah kepanasan(murka) telah meningkat kepada Tiga puluh darjah.

+Panas: Habis siapakah yang akan dapat meredakan keruncingan ini?

+Tanah: Tangan-tangan itu. Mereka yang sedar dan celik dari kegusaran ini.

+Angin: Sehingga tiba enam bulan selepas ini. Setelah datangnya musim sejuk bertukar murka ke alam fenomena lain.

Setiap musim bukti kemurkaan terhadap manusia. Musim-musim yang menakutkan manusia. Untuk menyedarkan manusia dari terus lena. Dari kemewahan dunia. Dan melihat realiti keparahan dunia dan isinya.

Paichowan, Cairo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: