Muara Exam

Suasana ‘perkarangan student m’sia’ lengang. Sunyi sesepi air di kali. Tak bergolak dengan ombak-ombak keriangan. Waima angin-angin datang mendebik bangunan-bangunan tersebut, masih tidak membalas pantulan kehingaran. Dunia sepi sebegini memang menjadi kelaziman pada pertengahan, pengakhiran Mei dan awal Jun. Namun, dalam ketenangan kehidupan dunia siswa/wi Mesir tidak bersahaja sedemikian. Pergelutan hebat yang berlaku pada tiap diri siswa/wi sini tetap menjadi rahsia peribadi masing-masing.

Sejauh mana kerisauan mereka hanya aku, dia mereka dan kami sahaja yang tahu. Barangkali dalam kesibukan rasional memerah akal untuk menjamin peperiksaan yang dihadapi, mereka tidak pernah cuai membilang hari demi hari mengakhiri beban ini. Entah, menjadi beban atau tidak bagi diri aku. Memang terbeban tapi satu kemestian. Habis kenapa aku, kami di sini? Tidak dapat tidak memang tanggungjawab tersurat dan tersirat.

Sementara mentalaah hafalan mereka -…Fiqh(Turath-Muasarah), Tafsir, Tauhid, Lughah, Hafalan alQuran dan sebagainya -bagi Jurusan Perundangan Islam. Dan Tafsir, Hadith, Tauhid, Firaq, Tayyarat(Gelombang Ideologi) dan lain-lain -Jurusan Usuluddin… -rasional siswa/wi masih bercelaru. Mungkin tika ini pemikiran mereka tidak dapat menumpukan 100% pada cabaran peperiksaan ini. Akan tetapi apabila suasana membentuk hingga peringkat seterusnya.

Tidak terkecuali juga -Jurusan Kedoktoran dari al-Azhar atau Cairo Uni. Mereka dalam pergolakan diri mengaut ilmu. Kali ini bukan bersahaja menjangkau teori-teori, tapi untuk menilai diri masing-masing sepanjang penglibatan mereka sebagai student di bumi ini.

Sepertimana yang difahami dalam pencernaan suasana, ada yang telahpun membayangkan ‘planing’ selesai imtihan. Bulan seterusnya akan susut kembali siswa/wi di bumi Mesir. Mereka dalam bercuti. Bagi mereka yang sudahpun merancang pulang sudahpun menempah tiket. -Menara KLCC tersenyum indah menanti kepulangannya. Itik, ayam, lembu dan macam-macam peliharan dikampung mula mencuri pendengarannya. Ada pula sudahpun tersenyum bersendirian membayangkan ‘apa yang akan berlaku’ bila jejaknya di tanah air. Terutama bila dapat jumpa orang-orang yang tersayang.

Tak kurang juga kepada mereka yang masih buntu perjalanan hidup mereka tika dalam bercuti. Entah apa yang ingin dirancangkan. Masih teragak-agak untuk pulang atau perlu kepada pengisian lain bila tidak pulang ke tanah air. Ada juga yang sudahpun mencari jadual untuk memenuhi kelas tambahan (kelas Taafaqquh) di masjid-masjid atau institusi persendirian di kalangan Arab. Semuanya bercampur aduk dalam akal fikiran siswa/wi tika ini.

Sebahagian student yang berada di sini sudahpun selesai exam. Antara mereka adalah dari kalangan mereka yang hanya belajar di Arabic Langue Centrel. “Dah gi bercuti pun..”

Tapi itu segala imaginasi sedemikian hanya sampingan. Dalam mengatur perkara selepas ini, mereka tidak jauh berngelamun. Kerana getaran exam sungguh memeritkan. Mengejutkan. Bukan satu getaran dari sentuhan eletrik kecil. Tetapi getaran yang boleh meruntuhkan bangunan-bangunan yang tersergam indah (Cam kat Algeria).

Selamat Menghadapi Peperiksaan bagi Siswa/wi al-Azhar dan Cairo University. Bi Taufiq wa Najah..

-Apa yang Aku tulis Maaa. “exam time is hell”.. wadush!! doakan aku sama-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: