Gila Bayang

“Tak balik ke?Papa/Mama nak sarpot ni? Diorang frust e1 tak balik”. Adus!!. Tuh cebisan dari msg yang aku terima semalam. Camne aku nak buat ek? Susah. Nak kena jaga hati orang tua. Kalau balik pun, setakat mana plak kepuasan bila balik. Dan kalau tak balik; banyak benda yang aku plan untuk holiday ni.

“Balik la. Parent nko rindu giler kat nko. Orang lain kalau dah on bley balik… Diorang akan balik terus. Tarak la pikir-pikir cam nko. Nko ni pelik la. Aku tak paham!” Masih ngiang-ngiang lagi di cuping telinga aku ni. Kata-kata dari x-housemate (Anon) ketika kitaorang tengah lepak di persisiran Sungai Nil.

“Jom la balik sekali. Apa la nko ni. Tahun ni ramai geng-geng kita balik. Kita bley bikin program ke ape ke. Takpun kita wat Gath. Geng-geng Sudan n Syria pun balik cuti gak.” Tak putus-putus dia (Farhan, hmate) pujuk aku balik juga. Manis sangat tebu-tebu yang di tanam tepi bibir tu.

“Bila dah kat Malaysia semua akan sebuk. Nak berkumpul pun susah”. Teringat lak kata-kata ni ‘time’ diorang Tiba di sini. Sudah bercuti pun banyak duk merungut. Banyak sangat cerita yang tak puas hati bila kat Malaysia. Actually pasal kawan-kawan bila dah kat Malaysia masing-masing sibuk. Pelik gak. Cuti untuk kawan ke untuk Keluarga?.

“Balik je la. Kalau balik pun bukan penting sangat diorang. Duk kampung dan hidup ngan cara nko. Takyah join la, apa la, progam la, -tak yang terhirup tebu-tebu yang ditanam tu. Kalau ada rezeki or ada masa. Boleh la makan tebu-tebu tuh.”Ada juga ura-ura dari kata akal aku time ni. Kata akal tika tidak rasional. Bukan dari kata hati. Banyak juga akal merancang bilamana sudah berpijak di bumi Malaysia. Tapi masih ada yang menghalang. Satu benda yang tak bersimbol masih berlegar-legar dalam kata putus untuk diri ini.

“Buat apa balik. Kalau setakat orang tua rindu; memang semua orang tua rindu kat anak dia.” Uish!! Kasarnya bahasa akal-normal ni. Entah-entah dah terpengaruh dengan keserabutan di kiri kanan realiti hidup?. Nak jadi dewasa pun masih tak relevan kata-kata sedemikian. Tuh! namanya keras kepala. Tak nak timbang balik perasaan orang lain. Isyk.. Isyk.. Isyk.. Tak patut.

“Nko tak balik ke? Bagus! Bagus!. Bley kita hidup kat sini. Main panas kat sini. Tak pun kita plan apa-apa ke. Amacam?!”. Tersenyum lebar plak bila aku respon tak balik. PakYa; antara geng satu kepala gak la. Seronuk la sebab bley planing summer ni. Lagipun tak beban sangat sebab ramai bebudak lain balik bercuti. Faham sangat la aku dengan pe’el dia.

“Boleh ke aku realisasikan planing kali ni?. Nak buat satu revolusi n reformasi bagi diri aku. Nak buat persediaan untuk next term nanti. Nak buat satu usaha yang memang seblm ni aku tak pernah ceburi. Tak pernah aku bertekad sedemikian. Satu usaha yang menguntungkan diri aku dan kawan-kawan yang lain. Betul ke ni?”. Kekadang hati aku pun persoal. Tak yakin ke? Aku sendiri tidak tahu. Alasan ni kukuh ke untuk reason kat parent aku?.

1st Paper (Fiqh Kontemporari)

Cerita yang memang tak best. Aku sampai Damanhor jam 10 malam. Esok sepuluh pagi ada paper. Tersenyum pada mulanya. Ingatkan 1st paper Subjek Fiqh Ahwal Syakhsiah, akan tetapi Fiqh Kontemporari. Malang betul nasib aku. Macam mana boleh tersilap jadual. Kelam-kabut aku. Blank n Blur sekejap. Nak stady dah tak tenteram. Termenung panjang melihat diri yang dah tersia-sia.

Beristighfar, salawat, tarik nafas dalam-dalam. Lepas perlahan-lahan. Basuh muka balik. Tengok sekeliling ruang kamar Delang(rumah member) tumpang sekejap time exam. Degup jantung masih tak normal. Kencang ala-ala air beralun ditiup angin. Pejam celik, pejam celik. Cuba tenangkan otak fikiran dan cari masa yang terbaik.

Jam 12 tengah malam aku mula menatap kembali buku subjek Fiqh Kontemporari. Bermula dari satu. Helai demi helai aku hayati. Dan garis makin bertindan-tindan. Berjalur-jalur menjadi comot. Stady hard di minit last ni memang jembalang. Persis Jerangkung yang laparkan darah. Habis sana sini di bolot. Tekun dari bab ke bab yang lain. Pen di jari tak pernah rehat untuk mencatit point-point penting. Mengumpul segala definasi bab-bab yang dibincangkan.

Susana tidak sunyi. Tapi aku yang dipengaruhi dengan kesunyian suasana. Kerna tumpuan aku hanya pada buku-buku yang ingin diselongkarkan isinya. Melihat jam di dinding berdetik 3 pagi. Masih lagi 7 jam peluang aku untuk meringkaskan segala isi buku tersebut. -3.30 pagi. Mata otak aku masih cergas bertekun. Tidak penat kerana bius kerisauan sudahpun tersuntik kesan dari berita mengejut tadi. Aku tidak dapat teruskan sebegini. Aku perlu sedikit rehat untuk memori otak ku. Segera buku-buku tersebut disusun ke tepi. Lampu di tutup. Dan lena…………

Selesai solat Subuh. Buku dicapai terus. Sambung bacaan. Jam 8 pagi selesai. Masih ada 2 jam untuk prepare memori. Susun kembali hafalan definasi, dalil, perbincangan, n natijah setiap bab. Bertawakal sahaja yang mampu pada tika ini. Memang silap aku. Cuai sangat!!

After Exam -Otak memang dah tak mampu pikir panjang. Letih sangat. Kepala pun dah rasa denyut-denut kat belakang tengkok ni. Singgah sekejap kat rumah Haling Terengganu. Antara member rapat gak la. Istirehat di rumah dia. ……..

Time exam tadi. Konfius antara dalil-dalil yang dikemukakan setiap perbincang. Ada 2 masalah ketika menjawab. Pertama dalil-dalil yang perlu dilengkapkan pada bab yang dipersoalkan. Antaranya bab Sidang Tender yang dibolehkan dalam Islam. Kedua; Masalah-masalah yang wujud dalam akad jual-beli secara deposit. Terutamanya dalam urusan jual beli antara pihak bank atau syarikat-syarikat modern.

“Bismillahi Tawakaltu Alallah” -selama 3 tahun aku tinggal n stadi kat sini. Kali pertama jawapan yang memang tak puas hati. Teruk? erm.. boleh kata teruk gak. Tapi nkorang doala. Sebab jawapan aku kali ini berpaksikan point-point tanpa huraian dari aku. Guna kuasa ingat semata-mata. Tak guna teknik atau kepakaran menjawab. Coz otak dah blank.. tak ley nak pikir panjang sangat. Silap-silap terkabur kat situ gak.

Banyak Mulut

……………..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: