Gelanggang Kamar itu

gelangang itu sunyi

Tapi ada sesuatu yang berlari-lari

tidak berpijak, namun masih ditimpa bertindan-tindan

Bergolak-golak memukul tebing pendinding

Berjalar-jalar mengkerumuni lantai berdatar

Lalu berkejar-kejar melangkah dan mengelak

melompat-lompat tercari ilham atau kenangan

Di ruang gelanggang yang tidak sunyi dari kotak fikiran

Hanya di sudut telinga bersuara tipis

Nipis dan penuh asyik

Berdetik melakar waktu

kerna detik sudah pun melangkah baharu

Bergulung-gulung disimpan dan dibuang

Untuk esok yang mendatang

Sambil… dia di kamar itu

Menunggu suara panggilan Benar

menunggu Sang pencerna Alam terang dari kegelapan

menunggu agar segalanya terhalau

berambus dari momokan khayal dan tidurnya

Biar tenang tanpa fikiran

Wajah masih pelik dalam kotak awangan

Dalam kamar Siswa itu

3 May 2003

Paichowan

_________________________________________

Kuakkkk.. Puisi ni dah lama aku tulis. Tah apa kebenda yang duk kacau aku. Agaknya banyak sangat anasir-anasir yang parking dalam otak aku time tuh. Tak boleh duduk diam otak ni. Tak boleh kosong. Kalau dah kosong mesti buring tahap gile. Bila dah boring, semuanya nak memberontak. Atleast ada la suara-suara housemate aku berleter.

“Oi!! gila pa?? Orang duk senyap-senyap baca buku. Nko duk memekik tah kebenda. Nak kata menyanyi tak juga. Cakap sowang-sowang pun tak gak. Sana sini duk memekik jek. Nak kata siuman. Lakhai.. normal plak nko!!”

Adus!! Bahaya gak cam tu kan. Kalau orang tak kenal aku mesti kata aku ni dah putus akal. hahahh. But im ok mike! Dont worry. just bored la. Nko tahu la, kalo dah buring ni maknanya takde aktiviti. So, nak lepaskan tekanan keboringan tu aku memekik jek la. Pekikan yang memang orang gila sendiri tak paham. Tanpa bahasa, tanpa kefahaman, tanpa interaksi. Hanya bernadakan kuat. Beriramakan keresahan. Dan berasaskan perlepasan. Itu je motif aku. Takda la buat sampai terjun bangunan ataupun bunuh diri.

Sehari dua ni memang aku tak stadi untuk preparation exam. Tapi baca satu novel tu -I Know This MUch Is True: by “Wally Lamb” . Baca saja tanpa apa-apa pekdah yang dapat. Sebab otak tak berapa nak tenteram. Tak berfungsi. Kena servis balik. Apa yang dapat?!… Belek-belek tengok. Selak-selak sengeh. Tutup-buka tutup-buka. Di ulang dua tiga kali. Kiri kanan diperhati. Sama je, tanpa perubahan, tanpa daya tarikan. Radio Cairo masih berentakkan irama yang sumbang. Bukan lagu yang sumbang. Berahi aku time tu terbantut nak dengar lagu-lagu ni.

Kejap-kejap jenguk sebentar kat bilik sebelah. Diorang bagus gile. Masih stadi. Senyap sepi. Nak kacau pun memang aku tak patut. Pergi ruang tamu kejap, lepak di koridor. Budak-budak arab time malam cam ni pun masih nak main bola. Malap kesuraman lampu masjid di tepi umah aku seolah sarpot untuk budak-budak tu main bola. Senyum sendiri la plak aku. “kalau kat Malaysia, budak-budak main time petang jek. Malam tak pernah jumpa la plak”.

Sambil di tangan terkapit sebuah gitar tua. hehe. Sambil memetik dua/tiga lagu bukan kegemaran aku. Sahaja aku lemparkan khayalan aku di ruang halaman rumah. Di dataran sekolah-sekolah aku jejaki dulu. Di wajah-wajah yang aku kenal dulu. Awek-awek dulu. Waaaa!!! Ada awek gak ke dulu??? Hahahah… zaman cinta beruk la kunun. Sengeh di bibir aku berantai-rantai. Mata antara pejam dan tidak. Kaki berlunjur membelah separuh koridor yang di kelilingi kucing dua tiga ekor. Kucing la sebagai penonton aku waktu tu.

Zaman Bebudak

(i)

Teringat zaman sekolah dulu… But now im so upset. Budak-budak sekolah Rendah dah lost contact. Sorang pun aku tak jumpa sampai sekarang. Dan setahu, aku sowang jek yang masuk bidang agama cam ni. entah bila la bley jumpa balik diorang. Sekolah Ken.Keb.Pengkalan Chepa. Kota Bharu Kelantan.

Sekolah menengah plak. Adus!! Banyak bidang la aku jajah. Actually after sek. rendah aku join Tahfiz. Di Rong Chenok. Institut al-Balaghul Mubim. Under scolarship Sultan Brunei. Setakat sekarang, budak-budak situ hanya jumpa beberapa orang. Tu pun tak selalu contact. Korie (Uni. Khartoum Sudan), Abu Zhar(Uni. alAzhar Syubra, Cairo), PakDin(Kerja), Asrie (Uni. Aman, Jordan), Zariff(Kolej al-Razi M’sia), Hafiz(uni. alAzhar).

Itu je yang pernah jumpa. Pernah berhubung. Yang lain memang amphes. Tah kat mana diorang. Tapi ada gak dengar ada di India. Di South Afrika. Di Indonesia. Entah mana lagi. Ada dah kawin, dah kerja.. menganggur, meninggal dan macam-macam lagi. Sedih gak la. Kalau bley nak jumpa balik bila-bila pun.

Time sekolah kat situ aku paling istimewa sekali antara kalangan kanak-kanak. I means under 17 tahun la. Sebab aku tak suka kawan dengan budak-budak baya aku. Suka join ngan senior-senior yang kepala kureng sket. Hehe.. sket jek. Diorang la sebenarnya bagus. Tak cam senior-senior yang saja berlakon baik. Amphes!! Secara tak langsung aku di letakan seasrama dengan budak-budak under 15-17 tahun. Kalau nak ikutkan aku kena duduk seasrama dengan budak-budak baya aku. Ye la kan. Time tu baru 13 tahun. So, pada mulanya memang kena letak di situ. Tapi biasa la. Bila dah tak mau mesti memberontak. Ada la hal yang tak kena time tu. hehehe..

Kenangan masa belajar kat situ tak la banyak sangat. Sekadar amphes-amphes kosong berbekam. Takde yang menarik sangat. Sebab time tu kiranya masih berhingus. Tak sempat nak set dalam memori ni. Dan takde sangat ide-ide yang best berlaku sekitar umur sedimikian.

(ii)

Aku berhijrah -pindah tempat pengajian. Tetap dalam bidang tahfiz gak. Kali ni luar tempat plak. Bukan di Malaysia. Tapi di tepi negara kita. Jiran negara la. Bapak aku yang suh aku join situ. Pada mulanya memang aku tak setuju kat situ. Dan bapak aku suh cuba dulu. Dia pun paham tentang aku. Keadaan aku. Kelakuan aku. Perangai aku. Sebab tu dia suh cuba dulu.

First time pijak situ. Bulu roma aku dah terpacak. Ngeri melihat sekeliling. Penuh dengan kepaksian hidup Islam. Sejuk mata memandang tapi kabur di hati busuk aku ni. “Isyk!! Takde gaya aku nak bebas kat sini”. Agaknya time tu hati aku cakap cam tu la.

Aku masih ingat. Memula aku buat plecement test. Ketar-ketar aku mengadap tenaga pengajar kat situ. Muka nampak garang tapi hati dia baik. Sejuk hati tengok muka dia(bila dah kenal la). Nama dia Ustaz Abdullah. Orangnya kecik. Putih kekuningan. Gigi tersusun rapi. Janggut hanya sejemput. Cukup untuk rupa parasnya. Senyumnya manis. Tak suka meninggikan suara. Hidup rilek dan penuh ke’slow’an.

Ternyata, setelah beberapa detik, jam, hari dan tahun, kehidupan aku takley nak serasi ngan suasana situ. Bukan salahkan suasana atau fenomena kat situ. Tapi aku ni yang bangang. Terlalu keras kepala dan terlalu ikutkan usia muda. Rasanya tak layak aku belajar kat situ. Silap-silap hari bulan; oleh sebab aku sekolah tuh rosak. Aku tak mahu imej sekolah tu punah disebabkan aku. Biasa la, kalau nkorang pernah datang sini tahu la (Istitute Tahfiz Yala). Salah satunya Masjid terbesar di Thailand. Dan juga pusat untuk kegiatan Tabligh. Dan paling Institut paling famous kat Thailand.

Kat situ aku kurang berkawan. Bukan tak berkawan. Kurang ramah. Aku hanya rapat 2/3 orang. Aku rapat ngan budak-budak luar jek. Tuh la masalahnya hidup aku ni! Tak tetap memilih kawan. Dan terlalu ikutkan hati muda. Pasal sini -Budak-budak yang rapat ngan aku memang lost contact ngan aku buat masa sekarang. Tapi aku yakin satu hari aku dapat jumpa diorang. Sebab time aku duk Thailand dulu selalu lepak-lepak rumah diorang. Sampai kenal semua keluarga diorang. Suhaimi (Lamban Pattani) n erm….sape tah.. Tak ingat nama la. lepas ingat la. hehhe

(iii)

Bersambung deh!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: