Massages

hadus!! Masak kepala otak aku. Kalau sebelum ni duk pikir pasal study. Exam dah lepas. Dunia dah berubah. Kelu kesah makin merangka keadaan yang amat susah. Dua perkara yang mencari satu reason yang baik.

Dua tiga msg plak sampai. “Abe e1! balik la semetar. Duk wat gapo sangat la kat sana tu”. Lakhai, adik aku pun satu. Cam mak aku jek suruh dia hantar msg kat aku. “E1, selamat bercuti. Taksey balik ko?family sangat rindu ni. Banyak suka-duka e1 taktahu. Rasa asing e1 takdok skali kalo apa2 berlaku”. ermmm.. msg ni tergugat sket jiwa aku. Sedih plak rasanya. Apa sebenarnya suka-duka tu. Berjela-jela otak aku memikirkannya. Balik atau tidak. Balik atau tidak. Balik atau tidak!!!!

“Kak Ayu rasa baik e1 balik la. Dan kalo ada rezeki e1 datang la sini ghatek. Lama dah tak tengok e1.” Young Sister aku ni pun satu. Sokong sangat diorang. Pastu suh gi ziarah dia plak kalo balik. Ermm… Actually sister aku yang sulung ni tinggal di Bandung-Indonesia. Dia kahwin dengan orang sana. Dulu sebelum dia belajar kat sana, sedih gak kitaorang. Terpaksa berenggang dengan sister sorang ni. Tapi sabar je. Cabaran hidup. Perjalanan hidup. Dugaan hidup. Memang hakikatnya kena terima. Setelah dia, aku pulak yang terpaksa jauh dengan family.

Kalau dia tak kisah la. Sebab segalanya tertanggung oleh husban dia. Namun, walaupun dia jauh tetap balik ke tanah asal pada setiap tahun. Aku ni plak macam mana? Adussss..

Apa sebab aku tak nak balik hah!!! Pada mulanya hati aku memang keras sangat tak mau balik. Tapi lepas banyak sangat msg/mail+call dari family n kawan-kawan ni tergugat jugak. Kena pikir balik pendirian aku ni. Zalim sangat ke aku sampai tak hitung balik rasa hati orang lain??? Aku pun tak paham kenapa keras sangat aku ni sampai tak nak balik.

“K.ida tak halang apa yang e1 pikir sekarang ni. Balik atau tidak, masing-masing ada kebaikkannya. E1 dah besar. Pikir la sendiri. Parent pun tak halang apa kata hati e1. Just nak tahu lebih relevan kenapa tak nak balik.” Huhhh.. susah gak nak bagi alasan yang paling kukuh. Kenapa hah??? isykk!!!

Pikir-pikir balik situasi ni cam kritis sangat. Padahal suruh balik je. Biasa je. Kenapa susah sangat aku ni hah?? Pastu, kenapa plak bersungguh sangat parent aku suruh balik? Atau hanya pengaruh diri aku yang dah bercampur dari virus-virus musim holiday di Malaysia. Ya la kan… Memang ramai la geng-geng n budak-budak sini balik. Sejak seminggu ni dah 3 kali pergi airpot hantar diorang. Entah la….. Poyo betull la..

Tiga Tahun

Tiga tahun. Tak la lama sangat. Orang lain lama lagi kat sini. Ada dah sampai 10 tahun tak balik2 lagi. Tapi aku ni.. lakhai.. manja sangat la plak. Tapi best gak balik ni.(Time ni kalo ada duit cash USD 500 saheh aku balik). Balik nanti bley jumpa Family, Cipong, Si bayah,Syahida and Geng Jurnal. Banyak la sangat nak jumpa. “Cipong jgn lupa kalau aku balik belanja aku”!!. Dia dah janji nak belanja aku la.. ehhehe..

Isykk.. khayal la plak. Tapi.. tapi… banyak sangat tapi ni. Adushh.. Kalau Muring balik best gak. Bley planing sama-sama. Bley jalan umah dia. Makan nasi umah dia ke.. heheh.. Ahhhhhh!! Melalut gak aku ni. Tergugat.. tergugat..

Abaikan cerita khayalan tu. Sekarang ni aku kena listkan kenapa, buat apa, ke mana, jawapan-jawapan untuk parent aku. Pertama: Aku tak nak balik sebab aku sudah planing untuk diri aku untuk summer ni (yang ni alasan tak berapa kuat). Kedua: Aku nak standby untuk sem 2003/2004. Maybe berat sket subjek yang akan datang. (alasan ni kuat sket tapi, kalo cam ni kiranya tak payah balik la bcoz tiap2 tahun dah memang kena standby untuk sem seterusnya. Takpun balik sekejap pun takpa. So, alasan ni diketogeri ala-ala kuat). Hahahaha.. alasan tarak best langsung.

Actually, aku taknak balik sebenarnya disebabkan asal usul planing aku. Secara ringkasnya cam ni. Pada 1st time holiday kat sini. Tahun mula-mula aku di sini. Aku pernah minta ngan bapa aku nak bercuti ke luar Mesir. Dan perlukan duit sket. Tapi bapak aku kata.” Ermm. tak payah pergi la. Balik dulu.” Aku pun merajuk la konunnya. Di sebabkan dia tak bagi ‘line’ aku pun tak balik. Rela duk sini jek. Habiskan sisa2 holiday kat Mesir je. Pada tahun ke 2 pulak, aku minta sekali lagi. Ke tempat lain pula. Jawapannya pun cam tu. Tapi aku masih berkeras merealisasikan planing tu dengan wang kumpulan yang ada. Tapi planing B la. Bukan planing A. (segalanya secret)

Dan tahun ni pun sama. Aku try minta skali lagi. Lain tempat gak. Cam tu juga. Aku pun putus angin cam tahun-tahun yang lepas. Aku pun tak pasti apa sebenarnya bapak aku bagi jawapan “balik la dulu”. Adus.. Memang betul gak kata dia. Memang kena balik dulu. Segalanya akan dirungkai bila kat rumah nanti. Agaknya cam tu la..

Tapi itu sume hanya rajuk dari aku. Takde yang penting sangat. Sebab-sebab sebenar memang orang tidak akan tahu kenapa aku tak mahu balik. Lagipun amat keberatan aku nak stori kat nkorang. Tak tahu la aku pada sapa aku nak cerita secara benar. Takut, hampes, n bila pikir lama2 tertekan pulak. Hidup ni memang benar-benar meragut ketenangan susur aliran remaja aku.

Rindu

Semua orang merindu. Aku pun sama. Merindu kampung halaman. Segala aku rindu. Semua kawan aku rindu. Rindu wajah-wajah gadis kampung. Rindu pada remaja-remaja kampung. Rindu pada makcik-makcik di kampung. Rindu pada pakcik-pakcik di kampung. Segalanya segar di dalam kotak awangan ini. Bergerak-gerak. Bersenyum bila melihat ku. Terkejut dengan kemunculan ku. Mungkin ada yang senyum berpanjangan dan mengharapkan temu-bual yang sudah lama terpendam rindu melihat wajah dan suara ku. Mungkin juga ada yang sudah menjangka :apa yang akan berlaku selepas ini. Ini kerana tidak semua manusia sempurna.

Aku rindu pada sudut rumah. Rindu pada perkarangan rumah. Garaj kereta bapak aku. Garaj Motosikal aku(dah tukar hak milik adik aku). Rindu pada balai istirehah di tepi kanan rumah aku. Rindu juga pada pohon tamar yang tidak berbuah di hadapan balai tersebut. Pokok rambutan masam depan rumah. Rindu pada sangkar-sangkar besar sudut kiri rumah aku. Rindu pada ‘kolah wudhu’ di hadapan rumah. Rindu pada masjid 15 langkah di tepi rumah. Rindu pada sekolah di hadapan rumah. Rindu pada asrama depan belakang rumah. Rindu suara riang ria khalayak di harian rumah aku.

Masih kuat rindu pada kota di bandar sana. 3 bandar yang banyak melakarkan sejarah kecil-besar aku. 3 bandar yang tidak pernah aku abaikan dalam tumbesaran hidup ku. Aku pasti mencari mereka yang akan kenal aku. Melihat aku. Perubah atau masih begini hidup aku. Atau untuk lari dari mereka yang pernah kenal aku. Masih tak teguhkah aku bagi masyarakat sekeliling? Sampai terpaksa melarikan diri dari mereka yang pernah aku kenal. Menyorot di halaman kampung atau keluar lari dari daerah aku. Ini yang aku harapkan. Ini juga yang aku risaukan. Risau dari dua pihak yang sama-sama kuat. Aku yang tersempit ketika ini.

Aku punya hidup. Aku perlu merangka dan hidupkan cita-cita aku. Aku ingin pupuk generasi aku. Generasi hidup aku yang sudah disaluti globalisasi. Di kampung juga punya cita-cita yang tinggi. Tapi luar kawalan cita-cita aku. Mana satu yang perlu bagi aku. Seorang pemuda yang sudah tersekat cita-cita dari remajanya. (Nkorang takkan sampai maksud sebenar cerita ni. Sebab sahaja aku putar belitkan cerita).

Look at me friend’s. Aku memang tak layak. Aku memang pentingkan diri sendiri. Pentingkan mengejar cita-cita aku secara bersendiri. Aku berhak untuk membina diri aku. Aku berhak melakar episod hidup aku. Aku perlukan sedikit masa untuk aku meyakinkan mereka yang masih mengharapkan aku. Aku perlu meyakinkan mereka bahawa aku bukan pilihan mereka. Bukan sepertimana hero-hero dalam cerita yang pernah menyelamatkan dunia. Aku hanya persis seniman yang mahukan hidupnya berintikan pancaran-pancaran seni hidup. Segala langkahan dalam kehidupan hanya satu, Keredhaan dah cukup buat mereka. Itu lah hidup aku. Bukan aku ingin lari dari dunia, lari dari masyarakat sekeliling, lari dari masa depan aku, lari dari mitos+hikayat hidup aku dahulu. Tapi inilah hidup aku sebenar. Aku ini sebegini. Walaupun masih kabur. Usaha aku perlu dipertingkatkan untuk keyakinan mereka aku berdiri sendiri dengan cita-cita aku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: