Ke mana Menyepi

Ke mana menyepi? Dua tiga hari ni nak langsaikan program diri pun tak sempat. Sana sini berkejaran masa. Melihat sekeliling dunia yang kian memaksa manusia lebih progresif. Aku pun salah satu dari kehidupan dunia.

Dah banyak hari aku nak Online. Nak update aku punya layout. Baru hari ini berkesempatan. Kalau dua hari lepas; berbondong-bondong tetamu datang umah aku. Semua kawan aku. Ada yang nak ucap selamat pulang. Ada yang diminta sumthin takut-takut aku nak kim barang. Ada plak datang ajak pergi umah diorang. Macam-macam.

Agaknya diorang simpati dgn pendirian aku yang tak mahu balik Malaysia. Agaknya la…hahhaha.. Tapikan, satu sudut aku cukup terharu dengan situasi baru-baru ni. Kawan adalah kawan. Kawan juga sahabat. Specialnya Kawan adalah Keluarga antara kami. Aku dan mereka adalah keluarga. Hidupku semakin bermakna. “Thank’s for All. Jangan lupa ole-ole untuk aku nanti.” Ketawa kecil dalam hati ni.

Pada minggu ni juga, sana sini buat kenduri. Jamuan kesyukuran ataupun orang mati semuanya ada. Tapi yang banyaknya, just suka-suka. Setakat 6 bulan kebelakangan ini aku dah hadir Jamuan Besar sebanyak 4 tempat. Serunuk. Memang Suka Hati. Pertama kat Tanta. Time tu geng Tanta buat jamuan ramah mesra antara member-member. Klasik n Unik majlis kat situ. Pastu kali ke dua makan Nasi Mandie(Nasi Yemen) kat umah Non. Di Agouza. Best!! + lepas tu, buat di rumah Anam. Kawasan Cairo gak (Masakin Uthman). Dan 2/3 hari lepas buat kat umah aku. Hanya Jamuan kenal sua kawan-kawan baru sambil bincang-bincang kosong untuk summer ni.

Otak ni penuh dengan agenda-agenda. Entah yang mana satu nak diplaning dulu. Hanya sekarang nak cari masa untuk susun balik agenda or program summer ni. Banyak sangat dah perah otak dua tiga hari ni. Hari ni, aku nak rilek. Nak update aku punya layout. Nak kongsi gak ngan kawan-kawan Jurnal pasal kehidupan aku. Nak balance balik antara alam cyber ngan alam real.

Dari Kelmarin dan Setelah

Kelmarin, aku kekurang tidur. Balik je dari umah jam 3 pagi, semua bilik dah full. Tak tahu ke mana arah time tu. Cuma aku buka pc main game. After subuh kejutkan diorang. Lepas jek bangun tak sempat aku nak park rehat aku diorang nak tidor balik. So, bagi jek la. Dan aku terus main game sampai jam 11 pagi. Tak rilek gakkkkk…

Aku cuba tidur. Tapi ayam meh kacau. Jadi tidur-tidur ayam. Hahahah.. Jam 1.30 tgh aku dah bangun. Mata rasa panas sangat. Lebih-lebih lagi memang cuaca dah panas. Tengok di ruang tamu masih meringkuk badan-badan keletihan. “Isk.. diorang ni tidur awal, aku plak bangun awal”. Tersenyum bersendiri. Bilik aku tak boleh nak masuk; Sebab kawan aku dari Mansurah transit dengan Isteri dia. So, rumah aku jadi satu kawasan yang sempit sejak kebelakangan ni.

Aku masuk bilik Akasyah. Housemate aku gak. Dia ralit duk main game. Game yang aku main pagi tadi. Ada 2 kujur badan masih resah ketiduran. Kerana cuaca memang panas kelmarin. Aku capai gitar. Nyanyi dua tiga lagu dan terpaksa hentikan saja. Kenapa? Sebab moody sangat kelmarin. Dengan tak cukup tidur la, dengan panas la. Mata pedih la. Macam-macam.

Jam 3 tgh umah aku bagaikan pasar. Riuh rendah suara-suara yang beberapa jam tadinya diam. Agaknya tenaga baru dah kembali beraksi. Aku hanya diam, tersenyum melihat telatah sorang-sorang member aku. Tak aci kan. Tapi, sebenarnya aku juga turut bersuara dengan daya imaginasi dan hati aku.

Petang kelmarin aku jengah tubuh badan ku di bandar Agouza. Saja tukar angin dan kebetulan Non nak masak buat dinner kat rumahnya. Aku bertolak dari Haiyyu Asyir hanya sorang diri. Yang lain tak nak pergi sebab Cik On’s nak balik Malaysia 25/6 ni. nak siap-siapkan barang n peking ape yang patut.

Di kOta sana

Aku berjalan-jalan di sebuah kota. Abbas Aqad. Itulah nama sebenar kota tersebut. Ada yang hanya menggunakan Istilah mudah untuk didengar. Abbas Saad. Realitinya memang manusia di sini sebut Abbas Saad.

Aku hanya bersendirian. Meredah kota yang penuh dengan golongan masyarakat. Tak kira dari peringkat anak kecil, remaja, dewasa, muda tua turut memenuhi kota pada waktu itu.

Pada mulanya aku datang ke kota ini, terasa satu perasaan yang cukup tidak boleh diimbangi oleh hidup aku. Takut, risau dan perlu kepada sifat berdikari. Tapi hari ini aku dah dapat hasilnya. Aku perlu mengimbangi hidupku di kejauhan kota asalku. Aku mula mengorak dan mengolah versi hidupku di perantauan.

Nanti sambung la.. (Aku tulis ni pun kat Cyber Cafe je)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: