Celik mata dah tak mahu pejam. Berlangkah menuju di sekeliling ruangan rumah. Kiri kanan di lihat. Bilik ke bilik di jajah. Hanya tinggal 2/3 orang. Tu pun bukan housemate aku. Tetamu yang datang malam semalam dari kota Dimyat.

Aku belek diari aku. “Ape planing hari ni hah”. Tercari-cari ruangan yang tidak pernah lapang di lampiran buku kecil itu. Mata dikenyit beberapa kali. Terasa pedih walaupun tempoh tidur ku agak sudah lama. Masih tak puas.

Kembali membaring tubuh ke katil. “Jam 12.OO nanti ada janji ngan Sopi”. Teringat sebelum tu kena pergi ke Bank Western Union….

29.6.2003– Kelmarin. Aku hanya duk diam kat rumah. Susun buku-buku yang bersepah diorang ni buat tesis. Buring betul. Lepas guna tak nak simpan balik. Ke hulu ke hilir ruangan rumah di jajah kelmarin. Sampah 2/3 plastik hitam. Habuk satu tong.”Agaknya la”. Kotak-kotak rokok bersepah dalam bilik aku. Fuhhh!!!

Cadar katil aku dah kena tukar. Putih dah jadi koko agaknya. Lama sangat tak tukar cadar tuh. Baju plak bertimbun tak basuh. “lho.. kan mudah carikan sorang. Bley gak urus2 pasal umah.” Ada la suara-suara sumbang housemate aku. Hampes tul diorang ni. Posisi bilik aku tak berapa sesuai. Aku cuba alihkan almarin+meja studi ke posisi kanan bilik. Dan di susun rak buku-buku ke hujung kanan bilik. Katil di sedia kala. Hanya Poster Bob Marley masih di hadapkan ke arah cermin besar bilik aku.

Aku memerhati buku-buku yang disusun atas rak tersebut. “Isyk! Banyak lagi tak baca ni. Cuti ni sempat ke?” Aku mengeluh sendiri. Satu jalan jek nak habiskan semua nih. Kena rajin la. heheh.. ampes.. Insya-Allah i will.

Ini lah hidup siswa; 2/3 hari lepas ada x-housemate aku masa di Damanhor datang umah. Nak balik Kampung katanya. Datang sini membeli belah+prepare ape yang patut. Yg important nya pasal ticket. Dah di amik. Alhamdulillah satu kerja dah beres.. Nasib baik dia meh sini ngan member dari Damanhor gak. Ada gak la orang yang temankan dia nak beli belah. Nak harapkan aku memang malas+tak sempat la. Banyak keje la kunun….

Aku sentiasa lari ngan budak-budak yang nak balik cuti ni. Kenapa?HAhhaha… Saja aku larikan dia. Biasa la.. aku ni bukan kuat sangat. Kalo tak nak balik kena gunakan teknik tak nak balik la. Lagi pun aku pun buhsan orang duk cakap pasal balik-balik-balik!!! Sampai aku pun terpengaruh. So, sebab tu la aku larikan dari diorang+tak nak cakap pasal balik2 ni.

Malam -Aku bergegas ke Komplek Student Malaysia kat sini. Saja, sambil ziarah umah Apis kat tingkat 5:502(Pahang House). Lama sangat tak ziarah diorang. Sambil-sambil tu bincang2 pasal misi+visi masing2. Hahhaha.. Kekadang tu kitaorang merapu sampai ke tahap menakluk dunia.. Hahhahaha.. Saje merapu Thinking. Bakar semangat dia sket.. Kekadang manusia pun kena charge!.. Tak ley duk diam jek.. hehhe

After Maghrib ada dapat call dari Anam. Dia nak daftar Markaz Iqra’ Esok(Hari ni la.30/6/03). Dia invite aku suh join gak. Aku blank waktu tu. Mane satu nak dahulukan. Nak join diskas ngan group aku or nak join markaz Iqra’ tuh. Tapi best gak… So, aku wat keputusan nanti je la. Sbb september ni dah ada kelas. Nak join Ormon.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: