Archive for July, 2003

Buhsan

Posted in Life always Began on July 31, 2003 by duwenk

Close-Up

Hari ada muktamar Sanawi PMRAM. huh.. Memang semalam aku ada plan nak join skali. Tapi pk pk balik kalau masuk pun camtu je. Tak ada apa sangat yang dibincangkan. Macam tahun-tahun lepas gak. Kebetulan plak kerongkong ni kurang sihat. Asyik gatal-gatal nak batuk jek. Kena cari ubat nampak gaya.

Family aku dah balik. Baru ni aku call diorang tak ada kat umah. Aku call sepupu aku. Rupa-rupanya diorang pegi Indonesia. Hampes tak cakap kat aku. Diorang pegi sebab adik aku pernah apply belajar kat sana. Aku pun tak pasti dia belajar kat mane. Nanti aku tanya lain kali.

Kakak aku yang di Indonesia kirim msg. Dia ada bagi buku dua tiga buah. Entah judulnya aku pun tak tahu. NI baru aku nak call mak aku. Kot2 nanti ada orang nak meh sini bley kim. Ermm. entah apa aku nak cakap pun tak tahu.. hahha.. sambil2 conteng2 kosong jek.

Cerita Hari ini

+Kerajaan Israel telahpun siap membina benteng-benteng permisahan antara kedua negara Israel-Palestin.

+Librya masih lagi dalam keadaan dharurat pertempuran antara pihak kerajaan dan pemberontak

+Pihak akhbar Ahram masih lagi mengadili pemilihan setia-usaha penerbitan baru.

+President Bush;” Bagaimana untuk mengatasi masalah di Iraq dan menangkap Saddam Hussien”.

+Gerak Kerja mencari bekas president Iraq masih di teruskan.

Sekian… Berita Minda Hari ini.. hheheh

Advertisements

Title in d’title.

Posted in Life always Began on July 28, 2003 by duwenk

Berlalu Tanpa Suara Hanya Tulisan jek

Kawan&Senja

Kelmarin

Senja menjengah. Galak berahi sebelum malam

Dia datang. Menerjah keriuhan hidup ini

Aku di antara alam siang dan malam

Membuah kerinduan suara-suara mu

Kuntum senyum mu

Di pinggir sana sekelompok teman bersama mu

Aku tahu

Kau persis ‘chipsmore’

Persis lagu untuk penghibur

Persis ratu untuk penglipur

Memberi hujan tika dilanda kontang

Tapi, kenapa buat seketika sahaja?

Senja kini dia masih menyepi

Dari serpihan kota ini

Aku tahu

Kau seorang yang tanpa duka lara

Tapi, diri mu seorang senja

Senja yang mencari cinta

11.07.03

Cairo

—————————

Budak Hitam

Sangka ku dahulu

Ada dahan yang belok ingin patah

Hampir tersembam menghidu tanah

Tapi masih berakar ia berpaut

Wah! Kau seorang buta

Sebal mencabar dunia

Ataupun bisu sehingga kau tak pernah sedu

Walaupun pernah tertipu. Kau masih menongkah bala’ dan celaka

Sungguh kau budak hitam

Gerimis tidak bermakna mengundang kelam

Aku terfikir. Kaki berjalan. Tangan tergoyang

Ada suara menerjang paksa

Nafas ku. Langkah ku. Keringat ku

Bila kau tiada bersama senja

Tapi, “hidup bagaikan roda”

Kini bersama fajar aku mengejar

Di cermin kaca aku menghitung usaha

13.07.03

Cairo

——————–

Teman menjadi kenangan

Detik masa. Dengkur teman. Sayup kotak suara di telinga

Menerajang kepala ku

Bocah cilik berkejaran di sini

Tika diam di malam ini

Dalam kamar aku terbenah

Lemas dari suara-suara itu

Tertimbus dari ngilai ketawa-ketawa mu

Kamu dan kalian di sini kita bersatu

Tiada lagi. Sepi dan sunyi

Melukis nostalgia di puisi hari ini

13.07.03

Cairo

———————-

Dah lama sangat aku tak menulis dalam layout ni. Hari ini pun kerna ada sebab aku kena online. Walaupun tubuh badan kurang sihat, demam agaknya. Tapi aku tetap kena masuk juga. Kebetulan tu aku nak update layout aku ini.

Diary hari ini -sejak kebelakangan ini aku memang tak ada masa untuk surfing internet. Sana sini sibuk. Dua tiga hari kelmarin ada program. Sebelum ini aku kena langsaikan satu tugas untuk ulasan seminar/perbentangan kertas kerja ‘Negara Islam’. Terpaksa aku kena cari paperwork tu. Padahal masa seminar hari tu aku tak sempat nak join sama. Aku tak di invite kot, sebab tu kelam kabut sket.

Oleh kerana nak kena wat ulasan tu aku kena cari paperwork tersebut. Tapi,yang sampai berita kat aku, dalam majlis tu tak ada paperwork. Aku pun heran macammana boleh takda paperwork sedangkan dalam tentetif kata ‘PERBENTANGAN’. Rupa-rupanya, time majlis hari tu ad-hoc bahagian urusan majlis tu tak sempat nak potostet p.work. So, tak ada perbentangan. Bcoz tak jadi perbentangan terjadi ceramah la plak. Isyk… ini masalahnya sekarang.

Pikir-pikir balik, student sini dah langgar AUKU kerajaan. Ah! Mungkin kerajaan pun ada atucara program macam ini. Tengok saja majlis-majlis sebelum ini. Aku pun pernah join dalam majlis diorang. Memang tidak dinafikan mereka antara yang bersekongkol dengan AUKU tersebut. Tapi sebagai manusia yang normal takkan la kerana mereka buat cam tu kita pun nak buat juga. Ini salah! Nak follow-up cam diorang gak ke? Isyk, tak best la cam ni. Tak ada ide lain ke? Apa gunanya nama mahasiswa kalau asyik meniru gaya orang jek. Amphes!

Lupakan la.. yang penting aku Non-Partisan. Kalau diorang nak terlibat lantak la. Kalau benar-benar diorang nak bersemangat kat sini. Biarkan la.. Aku akan tunggu dan lihat kat Malaysia nanti. Betul ke nak berjuang atau bersemangat tahi ayam jek. Biasa la.. darah anak muda ni. Kekadang semangat lebih tanpa guna akal. Atleast bila dah terkepit baru nak menyesal, baru nak himpun alasan-alasan untuk mempertahankan tohmahan-tohmahan orang ramai bila balik nanti. “erm.. kat sana dulu bukan main lagi. Balik Malaysia je senyap. Balik Malaysia jek baru nak ikut kerajaan. Yang teruk budak-budak sana juga. kenapa la tinggal tahi kat budak-budak sana? Kesian kat diorang”.

Hah!!Susah nak faham. Korang baca pun belum tentu paham. AKu pun malas nak formalkan penulisan ni. Buat ala kodar jek. Malas nak pikir panjang-panjang pasal ni. Biar aku hidup dengan dunia aku dah la. Aku ada teknik aku gak. Bukan bersahaja cam orang tak ada akal. Aku pun manusia normal. Aku nak gunakan otak aku secara benar. Tak mudah melihat orang lekeh jek. Just keep in touch kehidupan Mahasiswa/wi Timur Tengah yang lebih bergaya dalam perjuangan mereka. Lebih formal untuk dilihat bahawa mereka adalah benar dan orang lain yang salah.. Ah.. aku pun sama gak. Habis terpengaruh ngan diorang. Amphes tul!!!

Hari ni dah makan ubat sket. Tahan la sket. Kalau semalam, lakhai.. tak larat badan. Selesema, loya2 cam nak mengandung jek.. Ihik.. Telan ubat 2 biji tidur.. Alhamdulillah bangun segar sket. Bley la nak buat kerja yang bertimbun-timbun tak siap. ermmm,…

Esok nak kena pergi Aguoza. Ada urusan pasal nak buat buliten untuk group aku. Ermm.. satu hal lagi tak selesai.. masalah ini pun rumit gak. Nak buat majalah ke, buliten ke, risalah ke, cukup susah kat sini. Demokrasi tak ada. Aku yakin lepas aku buat ni mesti ada pihak yang marah. Mesti ada yang boikot. Tak pun akan ada buah mulut kata “Wujudnya persatuan baru kat Mesir” Haha.. entah la.. cepat sangat diorang ni menghukum. Macam sebelum ni gak. MMEINS-pun sama. Kata nak pecah-belahkan kesatuan mahasiswa/wi sini. Hampes tull la diorang ni. Sedangkan MMEINS tu hanyalah ‘Study Group’ budak-budak sini. Isyk.. ni buletin nak wat entah apa yang akan terjadi lepas ni..

Oka la.. takat ni dulu..bye…

Posting Posto -Dari Dunia Afrika

Posted in Life always Began on July 12, 2003 by duwenk

Suara dan corong Manusia

Dia datang kembali buat kali ke dua

Untuk apa?

Kenapa pula pada tika ini?

Sudah!.. segalanya telah dimiliki

Ada gambar dari kaca berita minggu ini…

Kelmarin singgah menghirup udara kotor

Dari talawus (pencemaran) punca mereka

Darah kita kerana mereka

Tanah kita kerana dia

Keturunan kita telah jadi mangsa

Bunyi suara ke corong-corong telinga

Hari ini

Dari corong suara itu

Katanya untuk menyatu umat manusia..

Ingin menolong manusia dunia

Kerna perbalahan, kefaqiran, pembangunan, kemanusiaan

Dan..yang jelas kerna penyakit kudis tak tersembuh

Menular sana sini tanpa henti

Pandai sungguh kaca dan corong-corong itu menukar isi

Mana pergi?

Episod cerita semua tak bertali

Kelmarin pun masih boleh jadi bukti

Betulkah kali ni?

Ataupun jadi macam episod cerita itu

Untuk telinga orang yang tuli

Dan buat tontonan yang buta

Corong itu masih berdesir

Kaca itu pula galak bergerak

Mencerita dan berlakon mesra

Penuh tumpuan dari orang-orang sini dan sana

Dari suara ke corong manusia

Minggu ini…

Aku sentiasa di depan kaca TV

Menonton aksi dunia kita dan mereka

10.07.03

Cairo

-Sempena Bush di Afrika-

—————————————-

Jari-jari ini seolah dah lumpuh untuk menaip segala yang akan terluah nanti. Malas, penat, letih dan macam-macam alasan boleh aku bagi. Kalau nak ikutkan, hari-hari aku ‘free’. Masa banyak sangat terbuang. Tapi bila aku pikir balik, harian aku tak la terbuang. Cuma perasaan aku saja yang rasa terbuang.

Memang kalau nak ikutkan aktiviti aku tu tak la sesibuk mereka yang lain. Berkejar ke sana sini. Urusan sana sini. Masalah sana sini. Tapi aku hanya duduk rumah. Pegang buku. Pegang pen. Perah otak. Lakar planing. Plan untuk aku dan kawan-kawan. Tonton TV. Asak sana sini. Hanya otak aku saja banyak melayang. Banyak ke sana sini. Banyak buat masalah sana sini. Banyak terbuang sana sini. Sampai aku sendiri tak sempat nak kawal apa yang patut aku aturkan aktiviti bagi otak aku.

Free banyak hidup aku ni kan.. Bila dah letih sangat, tidur. Tidur pun tak menentu. Kekadang Jam 3 pagi. Kekadang tu jam 10 pagi. Malam tak tidur. Bangun pula mesti lambat. Tapi setakat sekarang tak pernah ‘miss’ la Zohor tu. Kiranya harian aku dalam dunia yang gelap. Hanya ditemani lingkaran cahaya putih untuk menerangi harian ku. Lelama sekali tu, aku dan kawan-kawan pasti singgah ke bandar untuk melihat kejelitaan apa yang patut. Sekurang-kurangnya dalam seminggu aku sempat berjemur cahaya pagi dan tengahari dua atau tiga kali.

Benua Afrika

Kelmarin kawan aku ada buat Dinner. Bukan jamuan besar pun. Hanya buat lama-lama sekali untuk duduk bersama. Banyak yang kami borak. Pasal diri, kampung, sini, isu, cerita dan bla, bla, bla… Paling menarik bila salah sorang dari kami (Manuala) menyentuh pasal Afrika. Keburukan Afrika. Ermm…. Memang keburukan yang berlaku di Afrika. Semua orang nampak. Aku, Hang, Kamu dan semua orang tahu. Apa yang telah membeku di Afrika.

Dalam akhbar pun bercerita perihal Afrika. Benua yang mempunyai list kemiskinan paling banyak. Banyak masalah yang tidak ditangani. Permusuhan membawa korban antara masyarakat. Bala sana sini. Kebuluran, penyakit yang makin merebak. Dan Afrika memegang draf paling banyak kes-kes negetif di dunia.

Bila kaji selidik balik, Afrika memang berhutang yang banyak. Justru, macam mana kerajaannya boleh merealisasikan segalanya? Berhutang sebanyak USD 370 bilion. Dan pesakit AIDS menjangkau 30 juta menular di Afrika. Bermakna 75% bagi keseluruhan kes-kes di dunia. Dan kes kebuluran didapati sebanyak 200 juta. Kerugian kerana kerosokan dan peperangan saudara yang dihitung per-tahun pula sebanyak USD150 bilion. Dan kes-kes pelarian dan tiada tempat tinggal menjadikan Afrika ranking paling teratas di Dunia.[Di kutip dari akhbar al-Ahram]

Sekalipun tiap kali Persatuan Afrika membuat satu anjakan untuk pembangunan dan pembasmian segala masalah tersebut, makin bertambah pula kejadian ‘bangsat’. Bukan itu saja, malah dengan sokongan dari negara-negara yang membantunya, tidak dapat berganding dan turut beku dari menangani kebangsatan di Afrika.

Afrika dah jadi satu pembangunan yang bangsat. “D’Donkey shit! society. What wrong with Afrika. So incredible” -Nih satu kejian dari salah seorang kawan aku dari Europa. Sejauh mana kejian itu berkesan untuk rakyat Afrika aku pun tak pasti. Tapi yang boleh aku nilai hanyalah kekesalannya terhadap kehidupan Afrika yang masih ditahap pra-ketamadunan.

Tak tahu la apa akan jadi. HERO dah datang. Datang ke Afrika untuk menjadi doktor tumbesaran masyarakat. Pahlawan untuk negara orang. Hero dalam cerita dunia. Dan dia juga sebagai direktor untuk episod seterusnya. Berkata-kata dalam pidatonya. Menyuntik cara pemikirannya. Mengaut segala faedahnya. Dan meneroka dunia permainannya.

Mungkin juga ikhlas niatnya. Membantu umat manusia. Menebus segala dosa-dosa sebelum ini. Hanya berkemungkinan, barangkali, boleh jadi -belum pasti. Yang pasti, Afrika masih tak berlampu untuk menerangi tanah dan realti hidup mereka. Afrika masih di zaman gelap. Sampai bila dan entah bagaimana; bergantung daya usaha masyarakat dan kerajaaan benua Afrika itu sendiri.