Posting Posto -Dari Dunia Afrika

Suara dan corong Manusia

Dia datang kembali buat kali ke dua

Untuk apa?

Kenapa pula pada tika ini?

Sudah!.. segalanya telah dimiliki

Ada gambar dari kaca berita minggu ini…

Kelmarin singgah menghirup udara kotor

Dari talawus (pencemaran) punca mereka

Darah kita kerana mereka

Tanah kita kerana dia

Keturunan kita telah jadi mangsa

Bunyi suara ke corong-corong telinga

Hari ini

Dari corong suara itu

Katanya untuk menyatu umat manusia..

Ingin menolong manusia dunia

Kerna perbalahan, kefaqiran, pembangunan, kemanusiaan

Dan..yang jelas kerna penyakit kudis tak tersembuh

Menular sana sini tanpa henti

Pandai sungguh kaca dan corong-corong itu menukar isi

Mana pergi?

Episod cerita semua tak bertali

Kelmarin pun masih boleh jadi bukti

Betulkah kali ni?

Ataupun jadi macam episod cerita itu

Untuk telinga orang yang tuli

Dan buat tontonan yang buta

Corong itu masih berdesir

Kaca itu pula galak bergerak

Mencerita dan berlakon mesra

Penuh tumpuan dari orang-orang sini dan sana

Dari suara ke corong manusia

Minggu ini…

Aku sentiasa di depan kaca TV

Menonton aksi dunia kita dan mereka

10.07.03

Cairo

-Sempena Bush di Afrika-

—————————————-

Jari-jari ini seolah dah lumpuh untuk menaip segala yang akan terluah nanti. Malas, penat, letih dan macam-macam alasan boleh aku bagi. Kalau nak ikutkan, hari-hari aku ‘free’. Masa banyak sangat terbuang. Tapi bila aku pikir balik, harian aku tak la terbuang. Cuma perasaan aku saja yang rasa terbuang.

Memang kalau nak ikutkan aktiviti aku tu tak la sesibuk mereka yang lain. Berkejar ke sana sini. Urusan sana sini. Masalah sana sini. Tapi aku hanya duduk rumah. Pegang buku. Pegang pen. Perah otak. Lakar planing. Plan untuk aku dan kawan-kawan. Tonton TV. Asak sana sini. Hanya otak aku saja banyak melayang. Banyak ke sana sini. Banyak buat masalah sana sini. Banyak terbuang sana sini. Sampai aku sendiri tak sempat nak kawal apa yang patut aku aturkan aktiviti bagi otak aku.

Free banyak hidup aku ni kan.. Bila dah letih sangat, tidur. Tidur pun tak menentu. Kekadang Jam 3 pagi. Kekadang tu jam 10 pagi. Malam tak tidur. Bangun pula mesti lambat. Tapi setakat sekarang tak pernah ‘miss’ la Zohor tu. Kiranya harian aku dalam dunia yang gelap. Hanya ditemani lingkaran cahaya putih untuk menerangi harian ku. Lelama sekali tu, aku dan kawan-kawan pasti singgah ke bandar untuk melihat kejelitaan apa yang patut. Sekurang-kurangnya dalam seminggu aku sempat berjemur cahaya pagi dan tengahari dua atau tiga kali.

Benua Afrika

Kelmarin kawan aku ada buat Dinner. Bukan jamuan besar pun. Hanya buat lama-lama sekali untuk duduk bersama. Banyak yang kami borak. Pasal diri, kampung, sini, isu, cerita dan bla, bla, bla… Paling menarik bila salah sorang dari kami (Manuala) menyentuh pasal Afrika. Keburukan Afrika. Ermm…. Memang keburukan yang berlaku di Afrika. Semua orang nampak. Aku, Hang, Kamu dan semua orang tahu. Apa yang telah membeku di Afrika.

Dalam akhbar pun bercerita perihal Afrika. Benua yang mempunyai list kemiskinan paling banyak. Banyak masalah yang tidak ditangani. Permusuhan membawa korban antara masyarakat. Bala sana sini. Kebuluran, penyakit yang makin merebak. Dan Afrika memegang draf paling banyak kes-kes negetif di dunia.

Bila kaji selidik balik, Afrika memang berhutang yang banyak. Justru, macam mana kerajaannya boleh merealisasikan segalanya? Berhutang sebanyak USD 370 bilion. Dan pesakit AIDS menjangkau 30 juta menular di Afrika. Bermakna 75% bagi keseluruhan kes-kes di dunia. Dan kes kebuluran didapati sebanyak 200 juta. Kerugian kerana kerosokan dan peperangan saudara yang dihitung per-tahun pula sebanyak USD150 bilion. Dan kes-kes pelarian dan tiada tempat tinggal menjadikan Afrika ranking paling teratas di Dunia.[Di kutip dari akhbar al-Ahram]

Sekalipun tiap kali Persatuan Afrika membuat satu anjakan untuk pembangunan dan pembasmian segala masalah tersebut, makin bertambah pula kejadian ‘bangsat’. Bukan itu saja, malah dengan sokongan dari negara-negara yang membantunya, tidak dapat berganding dan turut beku dari menangani kebangsatan di Afrika.

Afrika dah jadi satu pembangunan yang bangsat. “D’Donkey shit! society. What wrong with Afrika. So incredible” -Nih satu kejian dari salah seorang kawan aku dari Europa. Sejauh mana kejian itu berkesan untuk rakyat Afrika aku pun tak pasti. Tapi yang boleh aku nilai hanyalah kekesalannya terhadap kehidupan Afrika yang masih ditahap pra-ketamadunan.

Tak tahu la apa akan jadi. HERO dah datang. Datang ke Afrika untuk menjadi doktor tumbesaran masyarakat. Pahlawan untuk negara orang. Hero dalam cerita dunia. Dan dia juga sebagai direktor untuk episod seterusnya. Berkata-kata dalam pidatonya. Menyuntik cara pemikirannya. Mengaut segala faedahnya. Dan meneroka dunia permainannya.

Mungkin juga ikhlas niatnya. Membantu umat manusia. Menebus segala dosa-dosa sebelum ini. Hanya berkemungkinan, barangkali, boleh jadi -belum pasti. Yang pasti, Afrika masih tak berlampu untuk menerangi tanah dan realti hidup mereka. Afrika masih di zaman gelap. Sampai bila dan entah bagaimana; bergantung daya usaha masyarakat dan kerajaaan benua Afrika itu sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: