Archive for September, 2003

selamat datang!!!

Posted in Life always Began on September 22, 2003 by duwenk

Selamat datang untuk junior2 baru kat mesir…

Entah ape aku nak tulis ari ni pun tak tahu.. dua tiga ari ni buhsan jek duk dalam umah.. esok lusa orait la sket.. sebab ada banyak program nak isi.. kalo sblm ni ada gak la program2 yang diorang buat.. alhamdulillah sempat gak aku nak join..

Esok ada konvesyen politik melayu, ekonomi and pendidikan. Program ni di taja oleh JPM kaherah. ERrm… tak daftar pun.. tapi ada orang2 embessy cakap pergi je. nanti daftar kat sana.. harap2 esok tak kena reject la..

Habis program ni nak kena main bola plak. Bola sepak Futsal JPMK. Team aku duk dalam group C. Dengarnya group C power2 gak.. tensen2 .. dah la aku ni bukan *Star* pun main bola.. Boleh la.. Team aku amik name Asab. Mean.. Tebu.. hahah.. nak tergelak gak sebab buh name tu.. tapi takpe la.. sekodar jek kitaorang main..

Nanti ada perjumpaan dengan orang atasan Embessy.. Katanya pasal group ISEK (Ikatan Setia Kawan) yang kitaorang wujudkan.. lakhai.. nak jawab ape nanti.. Tapi seblum ni dah jumpa salah sorang dari mereka. Cik Ramlan name dia.. Dulu dia di bahagian Iraq. Kota Baghdad.. tapi tahun ni dah kena pindah kat sini..

Pasal student.. selamat datang la pada budak2 baru tu.. semoga sentiasa mendapat ketenangan dan kesabaran dalam merentasi medan perjuangan di sini.. Ahlan Wa Sahlan… Shalom

Malang X Berbau…..

Posted in Life always Began on September 11, 2003 by duwenk

Cinabeng Kolusten

Selamat Hari Ulang Tahun ke 2: “Sesi Memerangi Terorism”

Masuk hari rata-rata dalam canel Televisyen ArabSat mengulas masalah T.T. Isu-isu hangat dari operasi Hamas vs Israel. Banyak korban tapi masih sepi dari kalangan kuasa Liga Arab. Hanya desus-desas beberapa canel yang mengulas kejadian bukan membantah tohmahan dari BBC/Euro News/CNN n cabel pro-Amerika.

Kelmarin dalam canel al-Arabiya mengulas kembali detik-detik tumbangnya Pusat Dagangan Antarabangsa. Banyak tragedi yang membuatkan manusia dunia berpikir buat kali yang lebih kritis untuk memahami keadaan sebenar. Ada yang masih percaya lagi bahawa segala titik permulaan kecelakaan ini berasal dari umat Islam -Fundamentalis Islam yang memberi kesan terhadap dunia dalam IslamFobia.

Tapi ada juga yang celik dan ingin mendalami lagi berita dari media-media kini. Seluruh umat tahu dari angkara siapa… Terorism -Ya benarlah semuanya dari angkara teroris. Tapi terlalu umum untuk kita mengetahui golongan siapakah yang benar mendokong ideologi keras ini… Zionis vs Islam.

Konklusi dari tahun ke2 memerangi ‘pengganas’:

+Amerika masih lagi mencari simbol utama ‘teroris’ yang dimaksudkan mereka. Bahawa mereka sendiri masih lagi sangsi untuk menangkap Ben Laden. Bukan ingin diekori bahkan ingin menghidu attar Ben Laden pun mereka masih terjerat dengan tuduhan mereka.

+Amerika masih lagi bergerak dari kata putus Mei 2002 dahulu. Memerangi pengganas dari sudut lain; Bahawa Iraq sudahpun di tangan mereka yang beralaskan teroris dari segi persiapan senjata Nuklear. Konflik ini tidak membabitkan atas alasan 911 akan tetapi atas alasan menekan pergerakkan Israel.

+Kini Iran sudah menjadi campur-tangan Amerika untuk membasmi unsur-unsur senjata Nuklear. Kononnya ingin menjadi Hero di Abad globalisasi.

+Afghanistan dan Iraq masih lagi kucar-kacir dan polimeks antara dunia antarabangsa terhadap Amerika tidak lagi menaruh kuasa terhadapnya. Amerika kini berdiri dengan sendiri (dengan bantuan kawan karibnya) dan ingin menunjukkan bahawa dunia renainsen yang diasaskan dahulu akan tetap kekal menjadi ketuanan tamadun dunia.

Haku Matata

Alam siswa Mideast agak reda sejak kebelakangan ini. Ini kerana kepimpinan baru yang menjawat pengurusan kebajikan anak-anak Melayu masih lagi giat disusun. Era baru di kepimpinan baharu kali ini amat perlu mengawasi sentimen kefahaman individu dalam menelusi kegiatan mahasiswa/wi di sini supaya tidak hanya terpauk sebagai gundik-gundik politicsm.

Lepak Jek

Adus… tah ape nak buat. Dah seminggu lepak di Aguaza. Entah buat apa aku pun tak tahu. Tapi ada kelebihan gak duk kat sana. Satunya dapat information lebih tepat dan cepat. Memang! Kalau dah bley santai kat rumah tu asyik duk nonton TV jek. Selang seli antara berita and Movie.

Semalam balik rumah di Haiyu Asyir. Ermm.. Dah standby nak selesaikan kerja-kerja yang masih bersepah. Tapi tak le serumit sebelum ini. Rilek sket la. Hanya susun-susun file kat rumah tu and tah ape lagi nak buat.. hhehe

Cukup…. dah la….

OstradusTil

Posted in Life always Began on September 3, 2003 by duwenk

Tak Puas la

Hah…semalam lepas lepak sorang-sorang kat rumah. Nak ikut kelas pengajian ‘Syamael Muhammadiah’ -pengajian Hadith. Tahun lepas pernah khatam+dapat sanad. Alhamdulillah. Just nak tajdid balik. “Eih mana kitab aku ni? Takkan ada jerangkung yang amik kat rak ni?”

Nak jadi hal (akai jek), kitab tak ada. Bad mood aku nak join kelas pagi tu. “Ala nko gi dengar je la.” -Ada sorang housemate aku bagi cadangan. Kalau aku pergi saheh tertidur dalam majlis nanti. Takpe la. Aku amik trip petang je la. Sebelum Asar dah standby nak ke kelas. Singgah kejap kat kedai launch dulu. Makan apa yang patut n bergerak pergi ‘Komplek Haiyu Asyir’.

Sampai je penuh sampai ke bangunan luar. Guna tikar je. “Wah… Mujahadah sket belajar cam ni. Baru alami zaman klasik makbapak kita dulu. Pusing kanan dan pusing kiri, ada alternatif planing. “Naik umah apis lepak bilik dia best gak. emm lama gak tak lepak sana”.

Tak jadi masuk kelas petang tu. (Amphes!!!) Sesi malam aku nak masuk la. Tekad ni. Hahhah.. Time duk lepak kat situ, “tut.. tut… tut… ” -“Oi nko kat mana ni wan?” -“Ada kat komplek, pesal?” -“Aku nak amik buletin edisi Merdeka dan aku nak ajak nko pergi jumpa kawan-kawan baru meh dari Malaysia” -“Sape” -“Ala balik la dulu.. jam 8.00 malam aku sampai umah nko”. -“ok la.. wes jangan lupa bawa mineral sebutul”.

Tunggu je la. Abis solat maghrib rilek jek tunggu diorang. Sambil layang new song dari Audioslave -like stone. Perati sekeliling bilik aku cam reban ayam. (Tak sempat nak kemas dua tiga hari ni). Susun buku-buku yang baru sampai dari Malaysia, meja di kemaskan. Pakaian yang dah terpakai dilunggukkan dan spray sket bagi bau clear. Tak macam reban ayam sangat. Sekurang-kurangnya cam Istana ayam pun tak apa. Jangan jadi tempat ibu ayam dah la.. mUhahahha..

Suara burung berkicau pun berbunyi.. “Cittt… Cittt.. Citt…” (bell umah aku cam tu la bunyi). Hah.. pahabaq? Lama tak jumpa.. kami pun borak lebih kurang jek. “nih.. aku nak cakap kat nko…..

-(Esokkan kemudian)-

“hehhe.(malu2 jek).. Sile.Sile..” -Borak tak panjang sekodar jek. Dari jam 2 Tghari hingga jam sekarang tak abis2 lagi. Kebetulan member aku ajak OL aku ikut jek la. Time ni agaknya tak abis lagi diorang duk borak.

Kru-kru Malaysia Airlines lepak skali hari ni. Banyak la bertukar fikiran. Macam-macam cite yang kitaorang tak tahu diorang dah inform. Banyak mende yang dapat dikongsi dan dijadikan satu bahan ilmiah nanti. ermm.. Kawan-kawan ni rupa-rupanya member aku nak kenalkan.

Abg Man, Abg Nazim, Abg Lan, k.Su,k.Rafidah, K.Emy n bla bla bla.. banyak lagi. Esok dah nak fly balik Malaysia. Tak tahu nak jumpa atau tidak lepas ni. Hope lepas ni tak lost contact la.. Still in brother n sister.. Diorang ni friendly. No hal. Apa diorang cakap, “Janji rock!!” sambil tangan dipacukan pada kitaorang dengan diisyaratkan good!!. Ape la lebih nya gengsi aku ni.. Tah la. serunuk kot bley kenal2 ngan adik2 yang orientasi Agama kat sini.. Sambil senyum je aku melihat gelagak diorang.

Dah letih nak tulis……

Paichowan, Cairo

Merdeka

Posted in Life always Began on September 1, 2003 by duwenk

Puisi Merdeka

Nafas Merdeka

Mengapa engkau tidak Merdeka..

aku pun tidak.

Tapi telah Merdeka dan Negara ku Merdeka

dari kuasa-kuasa jahat di ibu kota

di desa permai dan di celah-celah hutan hujung sana,

di pinggir-pinggir pantai timur dan barat

di selatan malaya dan utara yang hampir diranap siam,

dan kuasa penjajah juga menghulur ehsan

dari jiran dan negara matahari tenggelam

penjajah juga yang memberi Merdeka

Aku masih Merdeka

dari kuasa jajah serantau bukan sebangsa

Tapi benarkah tangan dihulur itu murni untuk Malaya

Benar! Malaya sudah Merdeka dari penjajah

walaupun Malaya sudahpun dilatah mentah-mentah

hingga habis darah hulu-balang tumpah di tanah

biar saja tanah yang memaki seranah perbuatan mereka

Ketika itu aku tiada tapi umat bersuara

“wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”

Ketika itu aku tiada tapi bonda berkata

“Bebaskan negara Malaya”

Ketika itu aku tiada tapi bapa bersuara

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia sudah Merdeka

langkah Malaysia sudah mendapat iri seluruh dunia..

Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia sorotan mata dunia

mencerna umat sehingga menjadi tokoh manusia..

Kini bukan lagi Malaya tapi Malaysia di antara gergasi Asia..

mencubit sana sini persoalan umat manusia

Hari ini ulang tahun 45

gegar-siksa umat dahulu tidak dilupa

aku, kamu dan kalian adalah generasi mereka

amanah si tua kepada si muda

membimbit obor-obor umat sebangsa dan seagama

menukar rencah juang dalam nafas Merdeka

Kenapa engkau tidak Merdeka..

tidak… aku seperti kamu, kamu, kamu dan kalian

Aku bersyukur seperti kamu, kamu dan kalian

kerna aku masih mengukur dilema dunia hukum alam

kerna dunia ini bukan miliku dan bukan milik siapa

maka, hanya Dia tahu Negara ku sudah Merdeka..

Paichowan,Cairo