Archive for October, 2003

Kemasai

Posted in Life always Began on October 24, 2003 by duwenk

Kemasai

Hampir 3 minggu aku berhijrah sana sini. Tak sempat nak berehat dah terpaksa berkejaran ke sana untuk melaksanakan apa yang dirancang pada sebelum-sebelum ini. Ke Sinai, Damitte, Mansurah, dan balik semula kat Cairo pada jam 1.00 tengah hari kelmarin. Alhamdulillah tiba di perkarangan Haiyyu Asyir pada jam 8.15 malam, sempat juga aku mengikuti program julungnya dalam Temu Ramah Bersama dengan Tuan Guru Haj Hadi Awang ke Cairo.

Tak ada apa sangat nak di ceritakan mengenai program yang telah berlangsung kelmarin. Cuma aku banyak benda yang ingin dikongsikan dalam penulisan ini, mahupun bila berbual mesra dengan kawan-kawan lain, mengenai teks ucapan yang dilemparkan semalam.

Walaupun cukup banyak perkara-perkara konterversi yang terpaksa dijawab oleh Tuan Guru, kerana atas soalan atau desakkan para Pelajar dalam sesi soal Jawab, semuanya aku tidak memandang sepenuh pemerhatian. Dan aku tidak pula cuba mengambil berat, kerana semuanya berkisarkan politik semasa di Malaysia. Bagi aku, jika benar ingin tahu, soalan-soalan yang diunjurkan itu sudah termaktub dalam media dan tidak wajar lagi diutarakan persoalan sedemikian. Aku kecewa dengan sikap-sikap setengah pelajar yang tidak cuba memahami erti atau saat Emas yang kita peroleh semalam. Tidak diisi dengan persoalan yang baik sebagai status student dan melambangkan student yang bersifat optimis.

Lebih suka juga aku, respon dalam ucapan semalam mengenai penekanan Tuan Guru dalam perihal ‘Gagasan Mahasiswa dalam merentasi Ilmu-Ilmu’. Itu rasanya tajuk yang sesuai pada malam tersebut.

Berbesar hati juga, setelah program demi program yang dilaksanakan oleh Pihak Kedutaan sepanjang tahun ini -bahawa Tuan Guru juga turut memberi infak dari kesinambungan program-program yang wujud pada sebelum ini. Alfu Syukran buat Tuan Guru.

Ya, tidak nafikan Ilmu yang kini dijejaki oleh para ilmuan, cendiakawan, para pemikir dan seluruh manusia dunia adalah asal dari sejarah peradaban yang Islam gali. Setelah beberapa Abad, dari kegemilangan Islam dan jatuhnya Uthmaniah, segala keilmuan Islam diragut, dicabul, dan diselewengkan hingga kefahaman umat manusia menjadi songsang. Songsang dalam memilih apakah Ilmu itu benar atau masih bersifat sekular…

Universal Islam tidak pula menyekat setiap perluasan bidang-bidang ilmu yang dicebur malah lebih menggalakkan demi meningkatkan Islam itu di persada dunia. Tidak pula timbul atau menjadi satu tegahan dalam mengharungi detik-detik Maya kini yang lebih tidak bersempadan untuk berterusan manusia mencapai ilmu kemajuan dalam hidup. Inilah satu-satunya jalan pintas bagi umat manusia untuk berjalan seiring dengan zaman yang berupa Globalisasi.

Tidak kurang juga, para ilmuan murni seperti para Ulama’, Agamawan atau Cendikawan Islam memperoleh kesejagatan hidup dalam nilai-nilai agama. Segala bentuk kontemporari cuba diserasikan oleh agamawan demi menyelaraskan umat manusia dalam landasan keImanan, keTaqwaan dan dapat Redha dariNya. Argumen yang menjadi silap paham dan ketidak prihatinan para Agamawan membendung umat manusia, kini sudah dipengaruhi ide demi ide dalam membina ideologi modenasasi bagi manusia. Entah, kenapa sehingga kini belum cukup ramai manusia muslim atau Agamawan untuk mengisi keseimbangan menandingi kebijak-sanaan Globalisasi. Kerana Ilmu-lah umat manusia menjadi kehausan dan manusia Muslim pula menjadi tenggelam di arus yang deras.

Sekularisme, Komunisme, ****me dan isme-isme lain menjadi Tuhan bagi umat manusia kini. Agama sudah bersifat kefahaman dan berkonsepkan Material. Inilah ombak globalisasi kini. Manusia lupa dan ilmu sudahpun disalah ertikan. Kerana berleluasa ilmu diguna-pakai dalam bentuk yang tidak wajar. Ilmu sudah dimaterialkan untuk kehidupan dunia semata-mata.

Bagaimana pula para Agamawan muda kini? Moral yang disampaikan oleh Tuan guru semalam adalah merangkumi Ilmu-Ilmu yang sepatutnya direntasi oleh Agamawan. Kesilapan penafsiran dan cepat menghukum untuk membidangi ilmu adalah sifat yang sangat keji. Kerana ilmu adalah sesuatu yang tidak mungkin difahami oleh manusia selagimana tidak cuba direntasi dan dipelajari untuk kegunaan hidup. Ilmu inilah yang akan membimbing manusia, dan secara tak langsung manusia akan gemilang apabila Ilmu diserasikan dalam sifat-sifat kerohanian berkonsepkan al-Quran dan al-Sunnah.

-Cintakan Ilmu-

(ampes!! Ikut ssempat jek..Ihiks 😀 )

Advertisements

Kota Emas

Posted in Life always Began on October 13, 2003 by duwenk

Kota Emas

Penat sangat sepanjang rehlah anjuran NadiUmno. Kesimpulan yang aku dapat dalam program diorang bahawa: “Sementara memberi info untuk pelajar, msg secara murni diorang adalah menarik golongan Agamawan untuk memenuhi ruang kosong dalam perjuangan mereka”.

Respon aku-Ahlan wasahlan, ,teruskan saja perjuangan masing-masing. Aku begitu setuju dengan niat mereka. Mengisi agamawan dalam parti mereka. Itu yang sewajarnya. Akan tetapi perlu ingat, Agamawan tidak sewenang-wenangnya diperkotak katikkan oleh golongan bukan dari orientasi Agama. Agamawan perlu jati diri yang kuat untuk bergelumang dalam perjuangan mereka. Agama tidak lagi bisu dan lesu sampai tunduk dengan bicara-bicara songsang mereka.

Bukan tidak setuju dengan aliran mereka. Kita ketahui, manusia berbeza, ideologi tetap berbeza, hidup pun berbeza, dan mesti sedar..mereka juga dari darah daging bersama, ketauhidan yang sama, bukan musuh bahkan saudara dekat di kalangan bangsa.

Sebagai mahasiswa, wajarlah tidak suka terpengaruh mana-mana pihak. Dan juga tidak perlu progresif untuk berpauk dengan mereka mahupun di pihak pembangkang. Ya, ,memang sudah menjadi tradeMark student Mideast sebagai para pembangkang. Ini yang silap, masih ada cita-cita meneraju parti politik sedangkan dasar hidup mengaut ILMU tidak begitu dihiraukan. Bohsan dengan manusia begini.

Kota Emas sekali lagi.

Selesai saja program diorang, aku juga punya pendirian. Biarkan aku saja aku di sini. Insetif -aku tak pulang dengan diorang. Aku tambah lagi hari-hari bercuti. Hari ini dah masuk 4 hari aku tanpa mereka, kawan2 dan biar bertemankan ketenganan Kota Emas sampai ditiup angin-angin Asia di persisiran pantai. Jelas jiwa aku tenang dan otak ku giat menghitung kebesaran Allah swt.

Kota Emas atau lebih dikenali DAHAB terletak di Selatan SInai. Satu2nya kawasan yang mempengaruhi cuaca Asia di Mideast. Kami bertiga, dan bersendirian hanya membujuk jiwa yang sudah lama berkarat di kota Cairo. Ini yang paling gemar bagi aku.

Bila hanya bersandar di kaki bukit sesekali masyarakat Badwi (Arab Sejati) berlalu dan bersenyum muka. “Ermm.. begitu hormat mereka terhadap tetamu”. Di sini aku rasakan masih ada Arab yang berjiwa benar-benar Arab. Sebagai bukti bangsa Arab masih berlaku sopan dan berjiwa Islam. Teringkar sama sekali bila saja hidup di kota sana. Arab sudah menjadi barat. Arab sudah tidak ada adab. Ada, ,cuma mereka juga dari Badwi-Badwi yang berhijrah ke kota. Kota Cairo yang bising dan debu-debu artistik menjagi hegomon mereka.

Entah bila aku akan pulang. Biar saja aku di sini melurut sendi keletihan membuang anasir kegelabahan hidup di kota.

Paichowan, Dahab

Bila jiwa sudah berkarat

Posted in Life always Began on October 1, 2003 by duwenk

Bila Dah Berkarat

Jiwa- Adalah satu-satunya ciptaan Tuhan yang mampu mengawasi seluruh kondisi tubuh manusia. Tak kurang juga, jiwa akan berlarutan jika benih yang suci tidak disemai untuk makanan rohani jiwa tersebut.

Jiwa pula tidak seperti yang kita umpamakan seperti; kita makan waktu siang dan malam. Akan tetapi jiwa lebih bersifat hanya pada ketetapan rohani yang seringkali guyah bila tidak menepati kehendaknya. Justeru, jiwa yang tidak beralaskan keIMANan dan keEHSANan tidak mampu menjulang keunggulan sepertimana yang disebut…-“Manusia adalah sebaik-baik manusia” hanya kerana akal yang begitu pragmatik tidak dapat membendung kehendak jiwa yang senantiasa dipengaruhi oleh hawa nafsu serta sifat-sifat yang mempengaruhi unsur negatisme.

Suatu masa dahulu ada seorang teman yang pernah berkata,: “Akal diberi kekuatan untuk menentukan hal-ehwal manusia, sosio-hidup manusia. Justeru akal yang memihak dari kata jiwa akan berterusan mendapat kejayaan. Begitu juga jiwa yang menjana keyakinan dalam setiap urusan hidup”.

Mungkin dari senikata yang dimaksudkan ini bersifat sekular or selular. Tidak tahu di mana titik pertemuan asas yang dimaksudknya. Tidak dapat tidak akal adalah menentukan kerasional sosio-hidup umat. Akal juga akan memberi jawapan untuk segala hal yang menjadi kerumitan manusia. Kerana akal telah membezakan antara kehidupan/makhluk yang diciptakan oleh Tuhan.

Sebagai manusia yang punya kudrat akal, keinginan, hawa-nafsu (normal)- kita masih terbelenggu dengan ideologi baharu ciptaan manusia. Kerana Hak Asasi -manusia tidak lagi mementingkan keinginan jiwa yang beralaskan pengetahuan dari HAK sebenar. Dari dasar hidup manusia kudus yang berorentasi Akhlaku l-Karim(al-Quran & al-Sunnah).

Jiwa yang berorentasi Islamik mungkin mampu membendung hal ini supaya tidak hanya menggunakan logika semata-mata, seperimana dalam hal kerasionalan tindakkan yang menekan umat Islam sekarang. Seperti juga untuk merealisasikan kehidupan sebenar Umat Islam era-kini dalam menduduki dunia Islam yang bersifat Islam sebenar (Demokrasi). Dalam hal ini mungkin lebih dekat lagi contoh yang terpaksa menjadi tohmahan pihak barat dalam menentukan lingkungan Fundamentalis-Islam yang mengakibatkan kesan dengan perikata IslamFobia.

Rata-rata hari ini kita dapat lihat, ulasan atau komentar dari golongan Intektual dalam menentukan umat manusia lebih bersikap rasional dalam hidup. Tidak dinafikan tindakkan mereka adalah untuk memberi kesedaran menyeluruh dalam membina kemanusiaan yang tidak bersifat konservatif. Bahkan dalam masa yang sama, rasional yang diunjurkan oleh golongan ini memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk hal sebenar kesatuan dalam Islam, sehinggakan hanya pihak-pihak tertentu disalahkan.

Sebagai contoh lagi, golongan yang memperjuangkan Jihad dituduh memikul ideologi yang bersalahan dengan konsep kesejagatan -Globalisasi. Mungkin benar dalam perspektif sosio-diplomasi sedunia, akan tetapi tanpa golongan ini mustahil Islam masih tertegak pada masa kini.

Dan perlu diingatkan bahawa, sistem yang dibawa oleh golongan yang ingin membawa perubahan (Revolusioner) dalam pemikiran manusia kini tidak lagi digarapkan dengan pegangan sebenar dalam Islam. Bahkan hanya memuja dengan kekuatan akal yang masih dijiwai oleh nafsu serta slogan keseraian antara umat dalam membina masyarakat Madani yang internasional.

Begitu juga dalam menelusi dustur manusiawi untuk menentukan hala-tuju umat dalam era kontemporasi dalam hukum-hakam agama. Seperti usul yang dikemukakan oleh Sayed Dr.Yusuff Qardhawi dalam memberi pemerhatian penuh dalam kesatuan Umat tanpa mengira keperlbagaian pegangan atau pendapat. Dan beliau lebih menitik-beratkan dalam hal Islam yang kini semakin ditindas, sedangkan umat-muslim masih lagi bersendeloka dengan aliran-aliran masing-masing tanpa melihat realiti dunia kita.

Sekalipun masih ada ketegangan dengan usul yang dikemukakan oleh beliau, akan tetapi secara realiti kehidupan dunia, umat Islam harus lebih rasional dalam hal ini, bukan hanya rasional dalam lingkungan kebudayaan serta aliran keagamaan masing-masing.

Justeru, jiwa yang sihat adalah jiwa yang mampu berdikari berpaut dengan pegangan umat Islam. Jiwa hanya memperoleh dari kesesuaian akal tidak mampu memberi natijah yang sebenar untuk membina Umat Islam. Hatta dalam keserasian hukum agama, dan perjalanan hidup yang penuh hipokrik ideologi-ideologi baru manusia.

(*Entah ape yang aku tulis -live in Cyber Cafe*)

Paichowan, Cairo

1 Oktober 2003