Kemasai

Kemasai

Hampir 3 minggu aku berhijrah sana sini. Tak sempat nak berehat dah terpaksa berkejaran ke sana untuk melaksanakan apa yang dirancang pada sebelum-sebelum ini. Ke Sinai, Damitte, Mansurah, dan balik semula kat Cairo pada jam 1.00 tengah hari kelmarin. Alhamdulillah tiba di perkarangan Haiyyu Asyir pada jam 8.15 malam, sempat juga aku mengikuti program julungnya dalam Temu Ramah Bersama dengan Tuan Guru Haj Hadi Awang ke Cairo.

Tak ada apa sangat nak di ceritakan mengenai program yang telah berlangsung kelmarin. Cuma aku banyak benda yang ingin dikongsikan dalam penulisan ini, mahupun bila berbual mesra dengan kawan-kawan lain, mengenai teks ucapan yang dilemparkan semalam.

Walaupun cukup banyak perkara-perkara konterversi yang terpaksa dijawab oleh Tuan Guru, kerana atas soalan atau desakkan para Pelajar dalam sesi soal Jawab, semuanya aku tidak memandang sepenuh pemerhatian. Dan aku tidak pula cuba mengambil berat, kerana semuanya berkisarkan politik semasa di Malaysia. Bagi aku, jika benar ingin tahu, soalan-soalan yang diunjurkan itu sudah termaktub dalam media dan tidak wajar lagi diutarakan persoalan sedemikian. Aku kecewa dengan sikap-sikap setengah pelajar yang tidak cuba memahami erti atau saat Emas yang kita peroleh semalam. Tidak diisi dengan persoalan yang baik sebagai status student dan melambangkan student yang bersifat optimis.

Lebih suka juga aku, respon dalam ucapan semalam mengenai penekanan Tuan Guru dalam perihal ‘Gagasan Mahasiswa dalam merentasi Ilmu-Ilmu’. Itu rasanya tajuk yang sesuai pada malam tersebut.

Berbesar hati juga, setelah program demi program yang dilaksanakan oleh Pihak Kedutaan sepanjang tahun ini -bahawa Tuan Guru juga turut memberi infak dari kesinambungan program-program yang wujud pada sebelum ini. Alfu Syukran buat Tuan Guru.

Ya, tidak nafikan Ilmu yang kini dijejaki oleh para ilmuan, cendiakawan, para pemikir dan seluruh manusia dunia adalah asal dari sejarah peradaban yang Islam gali. Setelah beberapa Abad, dari kegemilangan Islam dan jatuhnya Uthmaniah, segala keilmuan Islam diragut, dicabul, dan diselewengkan hingga kefahaman umat manusia menjadi songsang. Songsang dalam memilih apakah Ilmu itu benar atau masih bersifat sekular…

Universal Islam tidak pula menyekat setiap perluasan bidang-bidang ilmu yang dicebur malah lebih menggalakkan demi meningkatkan Islam itu di persada dunia. Tidak pula timbul atau menjadi satu tegahan dalam mengharungi detik-detik Maya kini yang lebih tidak bersempadan untuk berterusan manusia mencapai ilmu kemajuan dalam hidup. Inilah satu-satunya jalan pintas bagi umat manusia untuk berjalan seiring dengan zaman yang berupa Globalisasi.

Tidak kurang juga, para ilmuan murni seperti para Ulama’, Agamawan atau Cendikawan Islam memperoleh kesejagatan hidup dalam nilai-nilai agama. Segala bentuk kontemporari cuba diserasikan oleh agamawan demi menyelaraskan umat manusia dalam landasan keImanan, keTaqwaan dan dapat Redha dariNya. Argumen yang menjadi silap paham dan ketidak prihatinan para Agamawan membendung umat manusia, kini sudah dipengaruhi ide demi ide dalam membina ideologi modenasasi bagi manusia. Entah, kenapa sehingga kini belum cukup ramai manusia muslim atau Agamawan untuk mengisi keseimbangan menandingi kebijak-sanaan Globalisasi. Kerana Ilmu-lah umat manusia menjadi kehausan dan manusia Muslim pula menjadi tenggelam di arus yang deras.

Sekularisme, Komunisme, ****me dan isme-isme lain menjadi Tuhan bagi umat manusia kini. Agama sudah bersifat kefahaman dan berkonsepkan Material. Inilah ombak globalisasi kini. Manusia lupa dan ilmu sudahpun disalah ertikan. Kerana berleluasa ilmu diguna-pakai dalam bentuk yang tidak wajar. Ilmu sudah dimaterialkan untuk kehidupan dunia semata-mata.

Bagaimana pula para Agamawan muda kini? Moral yang disampaikan oleh Tuan guru semalam adalah merangkumi Ilmu-Ilmu yang sepatutnya direntasi oleh Agamawan. Kesilapan penafsiran dan cepat menghukum untuk membidangi ilmu adalah sifat yang sangat keji. Kerana ilmu adalah sesuatu yang tidak mungkin difahami oleh manusia selagimana tidak cuba direntasi dan dipelajari untuk kegunaan hidup. Ilmu inilah yang akan membimbing manusia, dan secara tak langsung manusia akan gemilang apabila Ilmu diserasikan dalam sifat-sifat kerohanian berkonsepkan al-Quran dan al-Sunnah.

-Cintakan Ilmu-

(ampes!! Ikut ssempat jek..Ihiks 😀 )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: