Archive for January, 2004

"Belum Jadi Bubur"

Posted in Life always Began on January 29, 2004 by duwenk

“Bukan Bubur Yang Nak diMasak”

“tut..Tut.. Tut..” Hp berbunyi. “Hallo, hah! ada apa Nam?” Si pemanggil bercakap. Jawab; “Biar betull, hang duk mana ni?”. Pemanggil menyambung. “Ok, ok.. aku turun segera.”

“Teatoh, siap cepat, kita turun gi Gamek.” “Wakpo?” Masih terpinga-pinga dengan ajakan aku. “Arunee ghaib”.

Dalam pikiran; “Celaka!! gi mana ni”. Sumpah seranah jiwa usang ini mengiri setiap langkah ke Gamek (suatu nama tempat di daerah sini). Sekarang baru sedar, Iman masih tidak utuh untuk berselawat atau beristighfar bila terjadinya musibah. Tetapi kita itu masih tidak tahu apa hal sebenarnya.

Jam 7.OO malam masih ramai para penduduk berkeliaran di toko-toko sepanjang perjalanan langkahan ku. Mata yang sentiasa kabur ini tercari-cari sasaran sambil hati menendang-nendang dengan nafsu kemarahan. Ada beberapa detik memohon jauhkan bala’ yang menimpa situasi kini.

Aku menekan kembali butang Hp mencari nama sasaran. “hallo”. Suara lelaki menjawab dan aku kenal. Cemuh rohani; “Arghh… Kenapa dia tak bawa Hp time-time cam ni”. “Bang Sid duk mana ni?”. Dia masih lagi menunggu Arunee di simpang Tubb Ramly (satu kawasan daerah sini. Pinggir kawasan Gamek).

Mula bercerita, Arunee, antara sahabat kami. Jam 4.30 petang tadi dia masih bersama temannya sepasang suami isteri di Tubb Ramly. Mereka berjanji ingin pergi ke Book fair bersama jam 5.30 petang setelah selesai urusan dengan sepupunya. Bang Sid adalah sepupu kepada Arunee.

Jam 4.30 petang, dia turun awal kerana ingin menukar wang dengan sepupunya dan berjanji untuk jumpa di persimpangan jalan ke kawasan kependudukan Pelajar Malaysia.

Ketika Anam (teman yang mula-mula call emegency mengenai situasi ini) sedang solat Asar, dia (Arunee) bergegas turun tanpa membawa kelengkapan yang penting, seperti dikatakan tadi, dia tertinggal Hp di rumah. Dan seusai Anam solat Asar, mereka berdua (Anam bersama Isterinya) bergegas keluar untuk menemani Arunee dan sekali gus dapat langsung ke Book Fair besama.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ketika mereka turun dari rumah pangsa yang di duduki mereka, Arunee hilang dari pandangan.

Bang Sid masih menanti di persimpangan yang dijanjikan. Solat Maghrib sudah pun berlalu. Masih langsung pencarian gadis muda ini. Sehingga talian dari Anam hinggap juga ke telinga aku untuk turut sama dalam kerumitan ini.

“Teatoh, wakpo tinggal Arunee tadi nya?”. Dia diam dan wajahnya mula bertukar serba salah. “Abe tak pehe (paham).” Dia kembali diam. Aku malas lagi memanjangkan kerisauan dalam situasi ini. Teatoh (Fathiyyah); antara saudara keponakkan aku di sini. Dia hanya mengikut ke sana-sini untuk mencari sasaran.

Hp aku sekali lagi dicapai. Mencari butang yang ingin disambung. Tut.. tut.. tut.. “Hah, Anam! Hang duk mana ni?”. Talian dijawab dengan kelam kabut. “Ok, aku tunggu depan Gamek”.

5 minit kemudian Anam sampai. Segalanya dicerita seperti di atas. “Ok macam ni, kita pergi jumpa Bang Sid dulu di simpang sana”. Anam memberi cadangan pertama untuk dimulakan misi pencari secara lebih teratur. Kami akur dan terus berlangkah menuju ke destinasi.

“hah Bang Sid. Ada dak?” Aku mula bersuara sambil mata memerhati kanan dan kiri untuk dikenal pasti siapa yang dilihat pada cahaya yang kemalapan.

“Ha.. Dok lagi ni. Lama dah tunggu.” Rupa-rupanya, Anam terlebih dahulu temui Bang Sid dan disebabkan itulah Hp Arunee berada dipangkuan Bang Sid.

“Ok macam ini, Arunee tahu dak rumah Bang Sid?” Jawab; “Tahu, tapi takdok oghe (orang)”. “Ok, Anam.. aku ikut Bang Sid balik rumah dia dan Hang hantar bini hang n Teatoh balik rumah hang”. Aku hanya bercadang dan tidak tahu apakah yang perlu jika Arunee masih tidak ada di rumah sepupunya.

Anam respon; “Ok, nanti aku call hang. Dan kalau ada hang call aku. Tak pun aku hantar diorang ni dan aku mai di sini (simpang Tubb Ramly) tunggu hang.

Setuju, dan meneruskan perancangan tadi.

Aku dan Bang Sid sampai di rumahnya. Tiada apa-apa tanda. Lima minit kami berehat sambil menunggu mengharapkan jika Arunee sampai ke rumahnya. Masa masih berlangsung. Anam sudahpun memberi isyarat MissCall. Aku meminta kebenaran dari Bang Sid supaya turun kembali dan cari sekali lagi di segenap penjuru dan lorong-lorong jalan kawasan Gamek.

Bergegas kami turun dari pangsa usang itu untuk mengejar waktu yang sudahpun menjangkau jam 8.30 malam.

Kelas pengajian tafaqquh aku terpaksa ditangguhkan. Sebenarnya, ketika Anam menelefon aku tadi, aku sedang bersiap sedia untuk menghadiri sesi pengajian ini. Namun, alternatif yang diambil kali ini adalah paling mustahak walaupun berdepan dengan keberhasilan dalam menuntut ilmu.

Hati dan fikiran masih dalam kekacauan. Segala perkara yang dipikiran. Antara perkara positif untuk menyejukkan andaian yang negetif terkalah dengan perkara negetif yang sudahpun sentiasa menghantui kependudukan student di kawasan ini.

Senantiasa aku menepis perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya terbayang muka Arab atau mereka yang tidak bertanggung jawab dalam kepungan jasmani-jasmani geng kami. Begitu juga khayalan negetif yang menghadapi kerumitan dalam mencari; siapakah sebenarnya mereka yang tidak bertanggung jawab ini?. Jiwa semakin serabut. Suasana yang tenang sudahpun tidak dirasai dengan perkara-perkara yang memanaskan segala anggota badan tubuhku.

Aku tahu tidak semudah itu untuk merungkai atau menghadapi gelodak pencarian ini. Dalam masa yang dilalui dan diharungi, tidak semudah itu untuk mengandaikan segala hal yang telah berlaku nanti akan memberi kebahagiaan setelah mana bertungkus lumus untuk mencapai mahasiswi al-Azhar. “Arghhh… tidak mungkin segalanya terjadi.” Kewarasan aku mula celik dari khayalan negetif yang menguatkan lagi langkah-langkah pencarian.

Lorong pertama dilintas. Suasana tidak begitu suram dan masih dengar suara-suara yang senang di blok-blok yang berderetan bertingkat tingkat itu.

“Subahanallah” Kenapa tiba-tiba sahaja kalimat ini terkeluar dari mulut Bang Sid. Mungkin kerisauannya sudah keliru dalam detik-detik tika ini. Dia tersenyum dan aku mula berpaling. “Alhamdulillah”. Hati menjawab. Rupanya, pertarungan minda ketika berjalan tadi telah menjadikan aku tuli mendengar suara panggilan Arunee ke arah aku. Bang Sid lebih bersedia menjamah setiap imaginasi dalam misi mencari sasaran. Aku yang cuai….

“Mana tadi?” Bang Sid mula bersuara. Aku hanya duduk menatap wajahnya. Ada seseorang di sampingnya yang tidak aku kenali. Aku hanya memerhati dialoq mereka berdua sambil menyedut udara yang sudahpun bercampur nikotin dari LM.

Sesekali bersilang suara dan jawaban yang kekadang berbahasa Melayu dan kekadang berbahasa Siam yang tidak tercapai dalam kamus bahasa aku.

Rupanya lelaki yang di sampingnya tadi adalah Housemate Bang Sid. Dan sebenarnya silap paham dalam perjanjian Arunee dan Bang Sid petang tadi di antara simpang Tubb Ramly 1 dan simpang Tubb Ramly 2. Kebetulan satu lagi, dalam menuju jalan ke rumah Bang Sid, dia celaru dengan setiap bangunan-bangunan yang berbalam-balam di kawasan sini yang memakan masa untuk sampai ke rumah sepupunya.

Apabila dia sampai ke rumah sepupunya, didapati Bang Sid tiada di rumah dan dia meminta bantuan daripada teman housemat Bang Sid menemaninya mencari Bang Sid di simpang yang difahaminya, namun tidak juga diketemui. Ini kerana silap paham yang berlaku antara Arunee dan Bang Sid.

Setelah berlalunya segala konflik pikiran dan jiwa justeru kembali redha. Aku mula bersuara dan memberi kata putus untuk pulang sahaja kerana Anam sedang menunggu di simpang Tubb Ramly pertama.

Hp aku dicapai sekali lagi mencari punat yang ditekan sebelum ini. “Allo, Anam.. duk kat mana?” Talian dijawab dan masih bertanya. “Ada, dia sesat tadi. Alhamdulillah, selamat. Tak ada apa pun. Hang tunggu rumah aku la. Aku nak balik ni”.

Aku membawa Arunee dan juga bersama sepupunya ke rumah aku. dan segalanya kembali tenang. Kami berbual panjang dan menghabiskan 2 hingga cawan kopi dan Anam membawanya pulang kerana teman-teman yang lain masih merisaukannya.

Kelmarin aku telah tertangguh satu sesi pengajian Hadith dan begitu juga dapat aku lakarkan cerita ini dalam webloq yang serba ringkas untuk dikongsikan bersama. Pengalaman hidup ku yang begitu cemas dalam situasi yang menimpa teman yang menatijahkan bukan bubur yang di masak. Tetapi khayalan sentiasa meracuni keutuhan jiwa-jiwa yang cintakan keamanan.

kepalang

Posted in Life always Began on January 22, 2004 by duwenk

Alam Ria Cuti Sekolah

Semalam baru jek sampai dari Kota Tanta. Lepak sekejap di persinggahan Nuhas Street. Dah lama tak singgah sana. Alhamdulillah, terlaksana gak.

Wahhhh… Lepas ni nak kena plan banyak lagi harian hidup. Bila dah musim cuti ni, memang kita sendiri kena planingkan. Kalau tak macam-macam bleh jadi. Kebanyakkan cam tu la. Bila time cuti jek, dah takde keje nak buat ada yang berjiwa kacau. Nak kawin la, itu la, ini la.. Sebab itu la kena planing awal2 supaya tak terjerat dalam situasi kacau ni. hehhe

Buletin untuk group aku dah 2 bulan tangguh. Bila agaknya nak aktif balik. Aku pun dah lama tak gerakkan otak aku ni dalam misi mencari ilmu-ilmu yang perlu dibincangkan. Buhsan gak duk kering cam ni jek. Time exam hari tu pun banyak perkara yang perlu di rungkaikan dalam versi Bahasa Malaysia. Entah, boleh atau tidak aku realisasikan angan-angan ku tuh. Insya-Allah…

Yang paling bez sekali… pasal Tatasusila keperibadian Berdakwah. Kuliah aku lain sket dari kuliah-kuliah yang ada di tempat lain. Kalau subjek Dakwah; kebiasaan subjek ni banyak membincangkan ideologi para Pendakwah di era Revolusi, Reformasi. Antaranya Imam al-Gahazali, Jamaluddin al-Afghan, Sayid Mohd Redha, dan banyak lagi.. lupa nak sebut satu. Tapi kali ini lain; subjek ni kurang bincangkan pasal ideologi diorang time nak gerakkan Islam. Akan tetapi banyak menumpukan perihal Zatiah bagi seorang pendakwah. Lebih dekat lagi dalam bentuk Tasawwuf Islami dalam jiwa pendakwah.

Ini yang menariknya. Kalau sebelum ini, kita dapat lihat mana-mana istitusi ataupun individu yang mendokong perjuangan Islam banyak memikirkan; bagaimana, kemana, di mana untuk meningkatkan perjalanan Islam di muka bumi. Bukan kepada; kenapa dan mengapa perjalanan Islam tidak seagung di zaman kegemilangan Islam?

Oleh itu, perihal Zatiah individu atau kelompok amat penting, bahkan menjadi pangkal utama bagi setiap praktikal yang di bawa oleh pendokong. Sebagai contoh, antara lakaran sejarah yang lebih terkenal dengan jiwa Zatiah atau akhlak yang berintikan al-Quran. Kerana Zatiah Tahirah -Paling suci adalah Zatiah yang dimiliki oleh Rasullillah SAW. Begitu juga dengan para Khulafa’ al-Rasyidin dan golongan yang digelar Awael Muslimin.

Kalau manhaj yang dipegang oleh umat Islam sekarang berpaksikan al-Quran, tentu sekali perlu juga memahami Zatiah yang didokong oleh mereka seperti ini. Bukan bermula setelah di era yang umat Islam sudah dirundung malang.

Secara lebihnya, aku tidak boleh nak rungkaikan segalanya di sini. Tetapi, pengalaman aku, sudah ramai aku ketemu para pendokong yang berbangga dengan ideologi-ideologi milik selepas Islam itu gemilang. Bahkan, paling parah, mendewakan ideologi bukan milik kita umat Islam seperti Aristotle, Mahatma, Hellen dan paling modern dari barat, Selatan, utara dan Timur sendiri. Timur Tengah yang masih bercambah mereka yang khianat akalnya menentukan aliran Islam.

Masih banyak ingin aku bercerita. Mungkin episodnya akan berlangsung.. Insya-Allah

Dingin Sich!!!

Posted in Life always Began on January 14, 2004 by duwenk

Membeku bersama salju..kekek

Hari ini dah masuk minggu ke tiga aku lepak kat Damanhour. Sebagai lautan debu yang tertimbus dengan asakan rintihan hujan. Hah, memang hujan tiap-tiap hari, sampai nak berderat pun tak bleh. Itu pun kalau nak cari angin untuk freshkan balik otak ni.

Esok adalah last exam untuk sesi ini. Buku pun tak sentuh lagi hari ni. Lagi pun semalam aku tak balik rumah, lepak umah member. Tertinggal buku-buku yang perlu dibaca untuk esok punya. Sementara pulang ke rumah (rumah tumpang gak) singgah sebentar Cyber ni. Menarik gak, lama tak masuk.

Kehidupan di sini agak tenang, tak sama kalau dibandingkan dengan kota Cairo yang bercambah dengan penghuni yang bingar. Kalau yang pernah ke NewYork City, itulah agaknya kalau di Cairo. Hidup yang macam tak terurus dan tanpa susunan sistem yang aman.

Tapi, sejak kebelakangan ini, alam jalan raya agak teratur. Semua pengubah-suaian antara blok jalan dipindahkan ke tempat lain. Lebih stratigik agaknya. Station-station pun dah ditukar tempat. Jalan plak dah banyak disistemkan. Lebih-lebih lagi bila tiba di kota Ramses. Katanya, untuk persediaan world Cup 2010 nanti.. entah lah. Yang pasti, hidup di kota Cairo agak tersusun sejak kebelakangan ini.

Kalau di kota Damanhor, sejak dulu lagi tak berubah-rubah. Maintain jek. Sana sini boleh diistilahkan Kota Debuan ataupun Kota Permaidani Tua. Nak tahu kenapa?? Pertama, Kota Debuan sebab di sini kalau datang waktu siang macam-macam jenis debu ada. Yang spesis kedai pak Man pun tak ada. Tapi bernasib baik la musim ni. Debuan-debuan tu kalah dengan hujan yang tak henti-henti musim sejuk ni.

Kedua plak; Kota Permaidani Tua. Kalau sebelum ni, aku dah entry epilog cerpen pasal Permaidani Tua. Aku suka dengan cerpen tu, aku bikin pun khas untuk layan jiwa-jiwa remaja/ustat yang hidup di kota ini.

Kesimpulannya, permaidani tua; Kerana, pada dasarnya, jika sesiapa yang pernah jijak atau pernah berkelana di sini akan merasai apa yang aku ceritakan. Bermula dari awal persimpang jalan kita akan mewah dengan hamparan permaidani-permaidani hijau yang usang tua. Manik-main hijau yang bersepah di tepi, tengah jalan adalah sisa-sia campuran debu dan tahi himar yang kekeringan. Itulah Permaidani hijau dan tua aku istilahkan.

Hari ini masih tinggal beberapa hari lagi untuk berangkat pulang ke kota Cairo.

Cairo,

buuuu layan

Posted in Life always Began on January 2, 2004 by duwenk

Sudah basi la

Sejak aku dah lama tak singgah CyberCafe ni, rasa otak aku pun kurang khayal dengan perkembangan semasa. Hari-hari hidup di rumah. Bangun tido, makan, melabur dan kembali tidur. Hanya beberapa hari kebelakangan ini, ada juga sibuk-sibuk dengan buku-buku mentah dari hiburan kuliah aku di sini.

Time aku taip ni, lebih kurang 2 hari aku ada 1st paper untuk dihadapi. Fiqh Perbandingan Mazhab, versi Kes-Kes Jenayah. Hahahha.. Apa yang dapat dah, tinggal 2 hari lagi.. Bertawakkal jek la.. Otak ni dah habis pusing sana sini, nak keluar ruangan atmosfera pun tak boleh. Sejuk sangat kut, takut beku plak point-point yang disusun tu.

Sejak kebelakangan ni, hidup di sini agak sunyi banyak (bukan sket). Kalau dulu, teman-teman yang boleh berfoya bersama, riuh rendah bersama, kucar-kacir bersama sudah pulang dan sudah berumah tangga. Agaknya aku dan beberapa kerat lagi yang tinggal di alam bujang ni. Entah bila, dan esok lusa belum tentu takdir yang meletakkan aku seperti mereka. Terlebih dahulu selesaikan dari peringkat kawan2 dulu. (pusing kan ayat ni)

Sebenarnya aku tak tahu nak entry apa dalam ni. Kini aku bergerak mengikut suara jari, bukan berpaksikan suara hati yang sentiasa lentur dalam mainan duniawi. Tapi, lentur ini masih bergarapkan dengan kuasa-kuasa seorang manusia yang normal. Itulah harap aku. Tiada selebihnya melainkan KUASA dariNYA.

Semoga Allah sentiasa memberi kesuccesan dalam setiap langkah-langkah mereka yang tulus dan segar perentasannya. Dan Selamat Menjalani IMtihan buat seluruh Mahasiswa /wi al-Azhar.

Cairo,