"Belum Jadi Bubur"

“Bukan Bubur Yang Nak diMasak”

“tut..Tut.. Tut..” Hp berbunyi. “Hallo, hah! ada apa Nam?” Si pemanggil bercakap. Jawab; “Biar betull, hang duk mana ni?”. Pemanggil menyambung. “Ok, ok.. aku turun segera.”

“Teatoh, siap cepat, kita turun gi Gamek.” “Wakpo?” Masih terpinga-pinga dengan ajakan aku. “Arunee ghaib”.

Dalam pikiran; “Celaka!! gi mana ni”. Sumpah seranah jiwa usang ini mengiri setiap langkah ke Gamek (suatu nama tempat di daerah sini). Sekarang baru sedar, Iman masih tidak utuh untuk berselawat atau beristighfar bila terjadinya musibah. Tetapi kita itu masih tidak tahu apa hal sebenarnya.

Jam 7.OO malam masih ramai para penduduk berkeliaran di toko-toko sepanjang perjalanan langkahan ku. Mata yang sentiasa kabur ini tercari-cari sasaran sambil hati menendang-nendang dengan nafsu kemarahan. Ada beberapa detik memohon jauhkan bala’ yang menimpa situasi kini.

Aku menekan kembali butang Hp mencari nama sasaran. “hallo”. Suara lelaki menjawab dan aku kenal. Cemuh rohani; “Arghh… Kenapa dia tak bawa Hp time-time cam ni”. “Bang Sid duk mana ni?”. Dia masih lagi menunggu Arunee di simpang Tubb Ramly (satu kawasan daerah sini. Pinggir kawasan Gamek).

Mula bercerita, Arunee, antara sahabat kami. Jam 4.30 petang tadi dia masih bersama temannya sepasang suami isteri di Tubb Ramly. Mereka berjanji ingin pergi ke Book fair bersama jam 5.30 petang setelah selesai urusan dengan sepupunya. Bang Sid adalah sepupu kepada Arunee.

Jam 4.30 petang, dia turun awal kerana ingin menukar wang dengan sepupunya dan berjanji untuk jumpa di persimpangan jalan ke kawasan kependudukan Pelajar Malaysia.

Ketika Anam (teman yang mula-mula call emegency mengenai situasi ini) sedang solat Asar, dia (Arunee) bergegas turun tanpa membawa kelengkapan yang penting, seperti dikatakan tadi, dia tertinggal Hp di rumah. Dan seusai Anam solat Asar, mereka berdua (Anam bersama Isterinya) bergegas keluar untuk menemani Arunee dan sekali gus dapat langsung ke Book Fair besama.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ketika mereka turun dari rumah pangsa yang di duduki mereka, Arunee hilang dari pandangan.

Bang Sid masih menanti di persimpangan yang dijanjikan. Solat Maghrib sudah pun berlalu. Masih langsung pencarian gadis muda ini. Sehingga talian dari Anam hinggap juga ke telinga aku untuk turut sama dalam kerumitan ini.

“Teatoh, wakpo tinggal Arunee tadi nya?”. Dia diam dan wajahnya mula bertukar serba salah. “Abe tak pehe (paham).” Dia kembali diam. Aku malas lagi memanjangkan kerisauan dalam situasi ini. Teatoh (Fathiyyah); antara saudara keponakkan aku di sini. Dia hanya mengikut ke sana-sini untuk mencari sasaran.

Hp aku sekali lagi dicapai. Mencari butang yang ingin disambung. Tut.. tut.. tut.. “Hah, Anam! Hang duk mana ni?”. Talian dijawab dengan kelam kabut. “Ok, aku tunggu depan Gamek”.

5 minit kemudian Anam sampai. Segalanya dicerita seperti di atas. “Ok macam ni, kita pergi jumpa Bang Sid dulu di simpang sana”. Anam memberi cadangan pertama untuk dimulakan misi pencari secara lebih teratur. Kami akur dan terus berlangkah menuju ke destinasi.

“hah Bang Sid. Ada dak?” Aku mula bersuara sambil mata memerhati kanan dan kiri untuk dikenal pasti siapa yang dilihat pada cahaya yang kemalapan.

“Ha.. Dok lagi ni. Lama dah tunggu.” Rupa-rupanya, Anam terlebih dahulu temui Bang Sid dan disebabkan itulah Hp Arunee berada dipangkuan Bang Sid.

“Ok macam ini, Arunee tahu dak rumah Bang Sid?” Jawab; “Tahu, tapi takdok oghe (orang)”. “Ok, Anam.. aku ikut Bang Sid balik rumah dia dan Hang hantar bini hang n Teatoh balik rumah hang”. Aku hanya bercadang dan tidak tahu apakah yang perlu jika Arunee masih tidak ada di rumah sepupunya.

Anam respon; “Ok, nanti aku call hang. Dan kalau ada hang call aku. Tak pun aku hantar diorang ni dan aku mai di sini (simpang Tubb Ramly) tunggu hang.

Setuju, dan meneruskan perancangan tadi.

Aku dan Bang Sid sampai di rumahnya. Tiada apa-apa tanda. Lima minit kami berehat sambil menunggu mengharapkan jika Arunee sampai ke rumahnya. Masa masih berlangsung. Anam sudahpun memberi isyarat MissCall. Aku meminta kebenaran dari Bang Sid supaya turun kembali dan cari sekali lagi di segenap penjuru dan lorong-lorong jalan kawasan Gamek.

Bergegas kami turun dari pangsa usang itu untuk mengejar waktu yang sudahpun menjangkau jam 8.30 malam.

Kelas pengajian tafaqquh aku terpaksa ditangguhkan. Sebenarnya, ketika Anam menelefon aku tadi, aku sedang bersiap sedia untuk menghadiri sesi pengajian ini. Namun, alternatif yang diambil kali ini adalah paling mustahak walaupun berdepan dengan keberhasilan dalam menuntut ilmu.

Hati dan fikiran masih dalam kekacauan. Segala perkara yang dipikiran. Antara perkara positif untuk menyejukkan andaian yang negetif terkalah dengan perkara negetif yang sudahpun sentiasa menghantui kependudukan student di kawasan ini.

Senantiasa aku menepis perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya terbayang muka Arab atau mereka yang tidak bertanggung jawab dalam kepungan jasmani-jasmani geng kami. Begitu juga khayalan negetif yang menghadapi kerumitan dalam mencari; siapakah sebenarnya mereka yang tidak bertanggung jawab ini?. Jiwa semakin serabut. Suasana yang tenang sudahpun tidak dirasai dengan perkara-perkara yang memanaskan segala anggota badan tubuhku.

Aku tahu tidak semudah itu untuk merungkai atau menghadapi gelodak pencarian ini. Dalam masa yang dilalui dan diharungi, tidak semudah itu untuk mengandaikan segala hal yang telah berlaku nanti akan memberi kebahagiaan setelah mana bertungkus lumus untuk mencapai mahasiswi al-Azhar. “Arghhh… tidak mungkin segalanya terjadi.” Kewarasan aku mula celik dari khayalan negetif yang menguatkan lagi langkah-langkah pencarian.

Lorong pertama dilintas. Suasana tidak begitu suram dan masih dengar suara-suara yang senang di blok-blok yang berderetan bertingkat tingkat itu.

“Subahanallah” Kenapa tiba-tiba sahaja kalimat ini terkeluar dari mulut Bang Sid. Mungkin kerisauannya sudah keliru dalam detik-detik tika ini. Dia tersenyum dan aku mula berpaling. “Alhamdulillah”. Hati menjawab. Rupanya, pertarungan minda ketika berjalan tadi telah menjadikan aku tuli mendengar suara panggilan Arunee ke arah aku. Bang Sid lebih bersedia menjamah setiap imaginasi dalam misi mencari sasaran. Aku yang cuai….

“Mana tadi?” Bang Sid mula bersuara. Aku hanya duduk menatap wajahnya. Ada seseorang di sampingnya yang tidak aku kenali. Aku hanya memerhati dialoq mereka berdua sambil menyedut udara yang sudahpun bercampur nikotin dari LM.

Sesekali bersilang suara dan jawaban yang kekadang berbahasa Melayu dan kekadang berbahasa Siam yang tidak tercapai dalam kamus bahasa aku.

Rupanya lelaki yang di sampingnya tadi adalah Housemate Bang Sid. Dan sebenarnya silap paham dalam perjanjian Arunee dan Bang Sid petang tadi di antara simpang Tubb Ramly 1 dan simpang Tubb Ramly 2. Kebetulan satu lagi, dalam menuju jalan ke rumah Bang Sid, dia celaru dengan setiap bangunan-bangunan yang berbalam-balam di kawasan sini yang memakan masa untuk sampai ke rumah sepupunya.

Apabila dia sampai ke rumah sepupunya, didapati Bang Sid tiada di rumah dan dia meminta bantuan daripada teman housemat Bang Sid menemaninya mencari Bang Sid di simpang yang difahaminya, namun tidak juga diketemui. Ini kerana silap paham yang berlaku antara Arunee dan Bang Sid.

Setelah berlalunya segala konflik pikiran dan jiwa justeru kembali redha. Aku mula bersuara dan memberi kata putus untuk pulang sahaja kerana Anam sedang menunggu di simpang Tubb Ramly pertama.

Hp aku dicapai sekali lagi mencari punat yang ditekan sebelum ini. “Allo, Anam.. duk kat mana?” Talian dijawab dan masih bertanya. “Ada, dia sesat tadi. Alhamdulillah, selamat. Tak ada apa pun. Hang tunggu rumah aku la. Aku nak balik ni”.

Aku membawa Arunee dan juga bersama sepupunya ke rumah aku. dan segalanya kembali tenang. Kami berbual panjang dan menghabiskan 2 hingga cawan kopi dan Anam membawanya pulang kerana teman-teman yang lain masih merisaukannya.

Kelmarin aku telah tertangguh satu sesi pengajian Hadith dan begitu juga dapat aku lakarkan cerita ini dalam webloq yang serba ringkas untuk dikongsikan bersama. Pengalaman hidup ku yang begitu cemas dalam situasi yang menimpa teman yang menatijahkan bukan bubur yang di masak. Tetapi khayalan sentiasa meracuni keutuhan jiwa-jiwa yang cintakan keamanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: