Archive for February, 2004

Kerana Chenta!@!!!!!

Posted in Life always Began on February 21, 2004 by duwenk

Dari Puaka Khayalan Yang Berani Terjah Dalam Iseng Ku

Kelambu belukar

Saat tika…

Kelambu belukar membalut tubuh

Tiada pun sebutir pelita

Tapi mencuri aman, senang, ketenangan mencari rembulan membawa gempita

Ada kecoh yang sedang rusuh-rusuh

atas menonggak, kiri dan kanan terpaling, semakin terasing….

mencari suara-suara bising

Ada bocah yang mencelah-celah

langit berbintang, bunga di taman, kupu-kupu temanan….

sang pemilik tidak keruan di sisi tangan

Aku masih berkelambu belukar

Resah, rimas, mengah mencari arah

Wahai Maha Penembus belukar

Hanya padaMU aku berserah

Cairo, -Sabtu 21/02/2004

1 Muharam 1424

__________________________________________

Buat Pejuang Bangsa Dan Pembebas Jiwa Dan Peneroka Dunia

Rasional & Revolusiner

Kita tidak nafikan, era infomasi sekarang telah banyak meru -bah manusia. Erti kata lain, manusia yang mampu berdaya saing dan tercabar dengan gelodak era kesejagatan manusia. Penuh tipu-daya serta tribulasi yang kemungkinan besar kudrat tidak mampu mengawasinya.

Manusia yang punya sedar diri bertungkus-lumus menghasil -kan produk terbaik untuk hidup. Menjadi manusia yang agung serta dapat mengheret marahin-marahin terbiar dan kolot serta menonjol diri sebagai pemacu Revolusiner.

Manusia sebeginilah yang memberi impak kesedaran dan per -ubahan semasa. Membuka minda, menganalisis usia, tempat, kejadian, hukum-hakam, dan segala argumen bersifat kontem -poreri. Bukan itu sahaja, bahkan, mereka juga bertanggung jawab merosakkan imej manusia kerana sifat kritis dan penuh rangsang untuk mencapai revolusiner. Sehingga peri sedar diri tidak ditapis dahulu dengan imej manusia sebenar dalam mene -rapkan religuistik dalam diri.

Alam falsafah serta rasional direntasi untuk mencapai nikmat hidup. Orientasi (murni) tokoh-tokoh Islam dengan konsepnya sejak berzaman telah membuktikan kematangan akal dipasti -kan agar benar. Tidak kepada Assyairiah dahulu, tetapi telah kembali sedar kerna dorongan akal hakikat. Mereka kembali kepada Asyaari, bukan Ali al-Jubbaei.

Jika sebelum ini ‘MR alMustaqem’ pernah menulis, manusia yang bertuhankan Pemimpin. Terlalu umum untuk dikenal pasti. Tetapi spesifiknya, golongan yang ‘Khawas’ (khas) mela -kukan takwil-takwil dan lebih ramai manusia meletakkan akal paling teratas. Dewa dalam hidup. Kerna sifat yang melonjak-lonjak untuk mencapai ‘hak asasi kebebasan berfikir’ telah taksub. Mereka percaya, “Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada manusia. Gunalah semaksima mungkin”. Habis-habis -an mereka menggunakan akal untuk diserasikan segala perihal dunia agar diterima logik. Akan tetapi, mereka tetap jahil dalam perihal keajaiban, kesangsian, maka bersuara, “tidak masuk akal”.

Tidak kurang juga segalanya tercetus atas teologi para filsuf. Bagi filsuf Islam, ya, mereka adalah rujukan manusia muslim sekarang untuk menelusi methodologi mereka. Teologi al-Ghazali mendapat kritikan hebat dari tokoh-tokoh agama. Se -hinggakan perbalahan ilmiah antara kuasa revelisonal dan rasional telah terhasilnya kitab ‘Ihya ulum l-din’ (menghidup -kan Ilmu-ilmu agama). Mungkin ketika itu sibuk dengan kesan polemik syu’ubiah dari beberapa pujangga seperti Firdausi Abu Qasim al-Mansur. Seperti juga dunia manusia kini.

Berterusan ilmu teologi. Ibn-Rusyd, yang menjadi keagung -an buat peradaban barat yang masih berbisik; “Kalau tidak kerana mu Everros, masakan bangsaku sedemikian rupa”. Ibn Sinna, Ibn Khaldun, Ibn Tufayl, Ibn Majjah dan ramai lagi.

Kita melihat sejarah mereka merentasi falsafah serta method revolusiner dalam hidup adalah sesuatu ilmu berharga. Mereka menganalis berintikan sifat-sifat religius yang amat kukuh. Al-Ghazali, tokoh fiqh yang hebat. Ibn Rusyd yang kuat pegangan agama dan Faqih tentang hukum hakam, juga bergelar ‘Qadhi l-Qudhah’. Ibn khaldun, dan di era revolusiner -Jamaluddin, M.Abduh, serta mereka yang telah melakarkan nama di papar -an sejarah Islam bahawa; mereka ini penuh dengan ketaksuban Imaniah dan Tauhidiyah kepada yang Esa. Bukan hanya berke -rah akal dengan mengukuhkan methodologi untuk diguna dan dipersembahkan, malah tidak faham.

Kalau begitu, tidak ada bezanya jika berlurus mengambil methodolgi mereka tanpa mengukuhkan keImanian diri. Cukup -kah dengan berbisik, “Aku juga manusia muslim. Aku solat lima waktu dan laksanakan rukun Islam”. Pasti manusia masih ingat maksud Imam al-Syafie r.a, “Hanya satu peratus sahaja ilmu ku mampu ku curahkan kepada kalian. Jika ku curahkan seluruhnya pasti kalian menganggap aku tidak siuman”.

Manusia boleh agung jika manusia tahu teologi mereka. Manusia rasi untuk dipersembahkan. Manusia matang untuk di suaikan menelusi aliran zaman.Tapi tidak kurang juga manusia seolah sebahagian Matmaghandi, Aristotle,K.Marx dan para filsuf dunia yang berbeza. Berbeza dalam sifat religius dalam diri manusia yang fitri.

Tidak pula manusia konservatif tidak menjamin peredaran semasa. Lokal klasik muslim mungkin dimana-mana berada dalam beragama, namun suatu keaslian tidak dapat ditinggal -kan, bahkan sentiasa dirujuk bila berlangkah, malah lebih kuat jika sedar antara manusia ini sama rata -faham. Dia Maha Bijaksana.

“Dengan itu Allah akan membezakan orang yang jahat dari -pada orang yang baik dan menjadikan orang yang jahat itu setengahnya dengan yang lain bercampur-aduk sekaliannya, lalu Allah memasukkan mereka ke dalam neraka. Mereka adalah orang-orang yang rugi”,8:37.

Pernah di Siarkan dalam Thaqafah Bulanan ISEK (Ikatan Setia Kawan Cairo) Edisi November 2003