Archive for March, 2004

Respon Pemilu Di MidEast

Posted in Life always Began on March 26, 2004 by duwenk

Respon PEMILU:Kuasa Merentas Emosi

Kecoh satu wilayah. Bukan di Bandar permai Melayu sahaja, bahkan melibatkan suasana Malaysian dalam lingkungan Bangsa Arab turut ‘Aghlabiah’ dengan respon Pemilu 2004.

Ketika itu, jam 4 petang -sedang bersiap-siap ingin bermain bola. Massage diterima: segalanya kecundang. Massage kedua pula sampai: Gembira. Pertembungan dua aliran perjuangan di antara hidup manusia melayu.

Bagi aku bukanlah melibatkan mana-mana aliran. Yang penting Islam. Itu yang terutama. Secara zahir, penilaian antara kedua-duanya jelas. Kerana kita termampu menghukum. “Nahnu nahkumu bizZawahir”. Tidak layak pula dengan kuasa penghukum diri menundingkan pula terhadap yang salah dalam adat kehidupan. Kerana aku tidak mampu melaksana, sekalipun aku bergelar orientasi Fiqh.

Seruan teks-teks suci al-Quran jelas: Lebih berhikmah dan Lebih sulit untuk disampaikan kepada mereka yang menjadi mangsa kesalahan. Usaha-usaha dalam janji-janji penilaian surah al-Mulk ayat 2 meletakkan setiap sesuatu yang berlaku dan dihadapkan pada manusia supaya memilih mana satu baik dan buruknya. Dan Dia Maha Penghitung dan Pengampun.

Munasibah dari ayat-ayat sebelum itu juga, Allah mendekatkan manusia terhadap segala hal kejadian adalah miliknya. Tidak kiralah dari aspek bagaimana ingin diimaginasikan. Dari hal kejadian langit dan bumi, alam sekitar sehinggakan lingkungan hidup manusia. Baik buruk adalah satu ketentuan dariNYA. Itu adalah Iman dalam mencari keredhaanNYA.

Dalam fiqh kehidupan, tidak dinafikan, bagi sebelah pihak akan mengatakan; “Inilah perjuangan yang sebenar. Berpaksikan al-Quran & al-Sunnah”. Tidak pula bercanggah dengan suara pihak lainnya.” Ini tanah kita Melayu. Melayu sinonim sebagai Muslim. Kita masih perjuangkan Islam”. Masih ada suara;”Bijak dan Petah suara kalian”.

Mungkin benar banyak hikmahnya selepas Pemilu kali ini. Bermula dari diri, tetangga, kelompok, dan lagi dalam organisasi akan terus menganalisis keputusan berjaya dan kecundang dalam mencari sebab musababnya. Hanya respon pemerhati sunyi seperti aku ini, mungkin didengar oleh telinga atasan belum tentu untuk membuka hati aku sendiri, malah untuk sama-sama berbincang titik temu segala hal yang bercambah ini.

Mungkin lebih dekat lagi respon yang ingin diberikan melalui pendekatan optimis bagi setiap diri, tetangga dan keluarga serta publik dalam ketelusan ‘Lisan Hal’ perseorang. Untuk lebih memahami, masyarakat kita yang berbilang peringkat punya peran sendiri. Tetapi yang lebih jelas apabila manusia lebih ghairah dalam fenomena politik dalam negara, hinggakan perihal lain masih ketandusan untuk membumikan masyarakat Islam yang Islamisasi. Bukan hanya bersuara dalam polemik Islamisasi.

Cuma sikap Islamisasi yang bagaimana seperti teks sabda Rasul S.A.W dalam pengamatan manusia dalam (Lisan Hal Afsahu Min Lisan Maqal)Lisan Perbuatan Lebih Berkesan dari Lisan Perkataan. Dengan makna, Qudwah Hasanah yang dipamerkan dalam gerak geri al-Quran sebagai Akhlak Rasul.

Bukanlah hanya kita tentukan suara-suara nyaring kita dalam membenarkan ini aliran kita, dan ideologi kita. Bukan saja menyarankan konsep Islamisasi atau al-Quran dan al-Sunnah sebagai pegangan. Kerana bermulanya seseorang beriman dengan Allah, pasti al-Quran dan al-Sunnah menjadi dustur hidupnya, cuma yang tinggal bagaimana diolah bagi setiap personal seseorang atau kelompok sehinggakan diangkat menjadi lapitan pakar politikus untuk merangkul argumen kekhalifahan.

Kerana juga, Lisan Hal yang dimaksudkan adalah lebih sulit jika dibandingkan dengan argumen-argumen ciptaan pakar politikus yang inginkan pengaruh dan kemenangan. Lebih amat lagi, Lisan hal yang mempunyai dua saluran yang positif demi menjiwainya. Pertama (Ruhiyah Bain al-Lah) Hubungan rohani dengan Allah dan kedua (Ruhiyah Bain al-Nas) Hubungan rohani sesama Manusia. Bukan yang berkaitan zawahir semata-mata.

“Sesungguhnya yang paling mulia antara kalian di sisi Allah adalah Ketakutan (Taqwa) kepada Allah”

Paichowan,Cairo

Advertisements