Archive for April, 2004

"Passing Over"

Posted in Life always Began on April 24, 2004 by duwenk

Moral Down

Moral Down- Spesifik dari perilaku yang buruk. Mudahnya bermaksud Kejatuhan Akhlak.

Adush… tetiba jek takde ide. Blank la plak. Saje coret n conteng kat lakaran ni.

Dua tiga menjak ni, kepala tak berapa nak aktif pasal kemanusiaan. Cuma hati tu sering berkata; “Tidak, dan itu ini pasal sana sini”. Tapi , dah otak tak bley fungsi ngan elok diam jek la.. Pasal apa hah???!@!!!

Pertama; Exam ada lagi sebulan. Subjek plak berat-berat. Tesis plak berlambak (masih tak siap).

Kedua; Nak fokus ngan stadi plak takley 100%. Macam-macam nak pikir:-

1-Pikir pasal cuti ni nak balik duit tak cukup lagi

2-Pikir pasal gelodak sana sini actualli pasal brita kat dalam brita. Pasal dunia kut. hahahah

3-Serabut pasal diri. Apa nak jadi tah la..

4-Aghlabiah suasana sini.. Pasal student sini. JPM sini.. Student kunun..JPM kunun..

5-Pasal bla..bla bla.. bla bla..

Eh.. Aku balik nanti bez kan.. dah 4 tahun pelingkup jek kat alKinanah ni. Banyak sangat planing.. Antaranya:-

1-Macam mana aku nak hadapi urang kampung

2-Macam mana plak kalau Mak Bapak aku tak bagi aku kerja

3-Macam mana plak aku nak kerja

4-Sejauh mana plak aku ngan kawan-kawan aku. Actualli yang kritiz2 ni.

5-Entah macam mana aku nak berdepan. Patutkah atau ada alternatif lain?

6-Nak kena lari ke Indonesia la. Jadi pelarian politikus kut.. kahlkakaka.. (nak jalan2 sana la)

7-Berapa lama nak bersama famili n berapa lama nak merempat ngan kengkawan n berapa lama nak berderat

8-Huhhh.. banyak lagi la.. bla bla bla..

Eh lupa satu lagi, kalao jumpa bebudak jurnal.. Adakah aku blanja atau derang yang belanja??? hahahah.. Hup diorang la.. kakakkaka

|Keluh Kesah Dekat Exam|

Posted in Life always Began on April 14, 2004 by duwenk

Ego Brain

Life is but a dream,

Drifting on a stream, a stream,

Consciously it seems,

All of what remains,

Ego brain,

Man made shame,

Shame, Love after it rains,

You see my pain is real,

Watch my world dissolve,

And pretend that none of us see the Fall,

As I turn to sand,

You took me by the hand,

And declared, that love prevails over all.

I am just a man,

Fighting other men,

For land, for land,

While I turn to sand,

In spite of the pain,

All of what remains,

Ego brain,

——————————

Puak Kerabat |Duda & Janda| Dara & Teruna|

Respon II: Kuasa Merentasi Akal

Rentetan dari keluar lepas, ada beberapa perkara yang ingin aku ungkitkan. Tapi hingga ke hari ini, baru saja berpeluang untuk berkongsi dalam polemik asap-asap rokok bekas pengunjung yang sering laku dalam cyber Cafe ini.

Dari yang lepas; “Mungkin benar banyak hikmahnya selepas Pemilu kali ini. Bermula dari diri, tetangga, kelompok, dan lagi dalam organisasi akan terus menganalisis keputusan berjaya dan kecundang dalam mencari sebab musababnya. Hanya respon pemerhati sunyi seperti aku ini, mungkin didengar oleh telinga atasan belum tentu untuk membuka hati aku sendiri, malah untuk sama-sama berbincang titik temu segala hal yang bercambah ini.

Apa sebenarnya ingin aku ungkapkan. Sebelum aku entry memang sudah terpikir, pasti kenyataan ini lebih rumit difahami jika tanpa huraian.

Maksud; pada perenggan pertama memang sudah dijelaskan kenapa dan mengapa rasanya masih tidak layak aku berhukum, sedangkan aku juga antara para penghukum yang sering bergelumang dalam sistem perundangan. Lebih-lebih lagi apabila mengaitkan perihal bermasyarakat dan di samping kerja sebagai pembina kestabilan masyarakat.

Lebih dekat lagi, dalam kekonfiusan ayat tersebut. Aku lebih suka melihat diri ku sendiri daripada ghairah untuk menilai pe’el orang lain. Kerana, aku percaya, sekalipun sesuatu perkara yang bercanggah dengan hukum manusia (yang tidak memudharatkan), selagi itu ada hikmah yang sepatutnya para penghukum ghairah mencarinya.

Sebagai contoh, kenyataan …mungkin didengar oleh telinga atasan belum tentu untuk membuka hati aku sendiri, malah untuk sama-sama berbincang titik temu segala hal yang bercambah ini lebih menitik beratkan hal diri para penulis seperti aku ataupun lebih kepada jurnalis propesional yang mampu ditantang namanya di media.

Kita sering terlupa, adakala kuasa akal yang menyorong kita ke arah pembukaan minda, atau bersifat kritis dalam penulisan ataupun dalam bentuk pidato terang-terangan ataupun ke kelompok perbincangan, satu perkara yang kurang menjadi tumpuan para tokoh tersebut adalah mengenai dua perkara yang tidak boleh disama ratakan. Pertama; Dunia dan Kedua Akhirat.

Disentuh di sini, perihal jati diri para pengkritik atau para penyeru seruan mulia. Kuasa akal yang berkerah untuk kesejatian ummah telah dinodai dengan baur-baur polemik duniawi sehinggakan usul perihal akhirat tidak dipertimbangkan secara relevan.

Kerana penerangan surah al-Baqarah ayat 177 mengenai kemuncak hala-tuju ataupun manhaj yang didokong oleh pakar-pakar berjuang (tidak kira dalam bidang mana pun) dalam membawa misi hidup bukanlah terpaksa memahami atau cenderong ke Barat ataupun Timur, akan tetapi kemantapan Iman kepada Allah dalam mendokong misi ke Hari akhirat.

Tidak dinafikan, hidup kini dalam alam Barat dan Timur. Lebih jelas jika dibandingkan dalam dunia siasah, kita di alam demokrasi. Umumnya, dunia yang diselingkari bahang-bahang Globaliasi. Sana sini para tokoh pejuang berusaha ingin melihat Agama itu tidak tewas dengan fakta-fakta global. Justeru bercambah-cambah usaha demi usaha untuk merealisasikan teks 30:al-Baqarah dalam maksud khalifah Alllah.

Begitu juga adat dalam perjalanan atau ketentuan Tuhan seperti penghuraian Sufisme dalam kitab al-Hikam oleh Syeikh Ibn Athaillah bahawa, setiap perkara yang berlaku adalah kuat-kuasa Allah Subhanahuwata’ala dalam bentuk Ijad wa Imdad. Kerana setiap penciptaan manusia tidak akan mampu bertahan walaupun sedetik. Akan tetapi kurnia dan rahmatnya mampu segala balam-balam bangunan atau nyawa-nyawa manusia atau kehidupan diberi kepercayaan dalam sistem Ijad wa Imdad tersebut. Perkara ini berlaku dengan sistem adat hidup makhluk di dunia.

Dan tidak ternafi juga, tanpa usaha dan segala daya dalam merealisasikan Agama itu agar sentiasa unggul tidak akan berhasil melainkan sifat konsisten para tokoh atau pejuang yang bertekad dalam jalan-jalanNYA.

Segalanya juga tidak dipertikai, akan tetapi sejauhmana jalan-jalan menujuNYA kita telusi? sehinggakan kita hanya bergantung pada kuasa usaha dan akal untuk memikirkan hal mulia ini agar diterima pakai kepada semua ummah. Adakalanya par pendokong lupa untuk memikirkan keseimbangan ibadat yang dilakukan agar bersih darjatnya bila sampai ke sisi-NYA.

Itulah kuasa dunia, kuasa kesejagatan yang begitu gagah melalaikan para pendokong Agama. Jangan sesekali segalanya kita berlaku gagah dengan diri sendiri, sehingga episod ketidak sedaran diri makin ber’Imdad’ dalam diri kita.

Mungkin perkara ini tidak lupa bagi semua manusia, dan barangkali juga sedemikian ghairah dengan dunia menyebabkan mereka lupa. Kerana kemuliaan ciptaan Manusia ada juga lemahnya dari sifat-sifat kenafsuan serta kesan keinkaran para iblis memberi tanda hormat kepada kemuliaan manusia.

Aku tidak terkecuali dalam golongan ini, kamu dan kalian juga antara golongan ini. Berusahalah sejauhmana bidang yang mampu untuk diselongkari. Dan penulisan ini hanyalah cuma beramal dengan sabda Rasulullah s.a.w bahwa Agama itu mempunyai sifat nasihat, saling menegur dan berpesan-pesan.

Note: Ijad = sesuatu yang dicipta (kejadian)

Imdad= Memberi tempoh/melanjutkan sesuatu yang ada (Lanjutan Kejadian)

____________________

P/s: Para pengujung yang baru boleh tinggalkan add url or email anda dalam gesbuk dalam Frame di sebelah. Segalanya untuk respon Paichowan. Sekian

Paichowan Cairo