Archive for May, 2004

"Usul Oh Usul" -"Hidup Bersama"

Posted in Life always Began on May 31, 2004 by duwenk

Adozzzz!!! Selesai satu bab! Memang kelmarin ni, soldOut la stady. Rasa Tobat jek. Dah la subjek gile Bangkong susah. Nak susun satu persatu point-point Usul+Kaedah bukan main senang. Dah la susun satu, nak paham teori Kaedah pun belum tentu dapat guna.

Usul Feqh, memang berhantu la subjek ni. Kalau ikut pengalaman senior, memang diaorang ni paling Fobia kalau kena repeat balik subjek ni. Minta-minta la bleh lulus. Lulus pun jadi la. Kalau ikut hati… Score jek.. Tapi,..”Lulus pun Ok jek”.

Tengok year la. Bagi aku, Tahun ni kena research bab Kaedah Mujmal =Kecantikan. Entah nak istilah macamana. Mengikut Definasi; Iaitu lafaz (dalil) yang tidak jelas dan berkehendak kepada penerangan.

Definasi yang Prof aku bagi; “Lafaz (dalil) yang terselindung petunjuknya yang berkehendak kepada zat dalil, bahkan dirujuk melalui syariat (al-Quran+alSunnah) kemudian berijtihad.”

Entahlah,, pening juga kalo nak bercerita. Contohnya dalil-dalil al-Quran yang tidak jelas maksudnya. Jadi di sini, bukan bermaksud kepincangan al-Quran sepertimana tuduhan-tuduhan pihak musuh bahawa al-Quran tidak lengkap dan tidak mempengaruhi semua aspek hidup.

Justeru, antara bab Mujmal, Bayan, Nasakh, sumber Sunnah, Ijmak adalah tajuk-tajuk besar dalam pengajian aku sesi ini. Kalau nak ulas Mujmal saja pun dah dua/tiga kitab nak kena rujuk.

Konklusinya; segala apa yang aku cite sume tu, Kajian sandaran sumber utama umat Islam. Iaitu, pengajian asas menganalisa dalil-dalil yang disabitkan bagi pengambilan hukum dari al-Quran dan al-Sunnah dalam Qawaed Usul Feqh.

————————–

Hidup Bersama

Tak tahu natey apa nak tulih sebenar ni. Natey??!! Kasar betul bahasa ni. Tapi kalau korang pernah join berkawan ngan bebudak Kelantan, perkataan atau isitilah macam ni biasa saja. Cam hidup orang Kedah, ada isitilah-istilah kasar kita akan dapati. Pungkuq, b**uh n bla bla..

Tu baru belah timur, utara.. Belum pergi selatan barat lagi.. lan**u, p**i, n bla bla banyak kritisnya. Tapi, bila dah bergaul n hidup bersama n bla bla bla.. Perkara tu dah jadi cam biasa. Cam “Caci maki sedemikian adalah gurauan pengerat kasih sayang. Rumit gak.

bar saja intro bab penggunaan bahasa. Mungkin benda-benda camni takdak dalam formal pengajian Kuliah. Kaji selidik dalam UPM, UIA, MMU, n U-U yang ada termasuk sini pun.. Memang takdak pengajian bahasa istilah sebegini.. Nak ada pun,..di pinggir-pinggir jalan atau hidup berkawan.

Sebab itu, kekadang tu.. manusia pikir nak bergumbira semata-mata. Hatta dalam kelompok berkawan sekalipun. Tak kiralah, dari sudut mana kita datang.. kalangan kejatuhan akhlak, Moral Down, mind gile-gile, kaki pompuan, kaki botol, kaki bangku, apa-apa la… Bahawa; kita kurang prihatin antara satu sama lain.

Maksud aku,. Apa yang sebenarnya kita akan dapat dengan dia??? Apa gunanya aku?? Apa yang bleh aku kongsi dengan mereka?? Apa yang mereka ada?? (Mungkin perkara ni sudah dipikirkan oleh sebahagian remaja).. Tetapi, aku maksudkan yang berupa Faedah.. faedah untuk hidup dan Abadi.

Entah apa yang nak tulizz..Gua blahhh!!!

"Real Hand Mision"

Posted in Life always Began on May 27, 2004 by duwenk

..Huhh..susah nak paham ngan manusia ni. Memang benar la, teks al-Quran yang banyak memupuk akhlak manusia supaya lebih relevan dan beradab dalam hidup.

Hidup di Jahiliah-kuno, manusia mampu menyesatkan pikiran dengan praktikal membunuh anak, kawin-suka-banyak, tak respek wanita, harta dibolot walaupun usaha bersama dan macam-macam. Namun, Islam datang buat manusia aman, segala terbela, sama rata dan lengkapklah Agama Muhamad.

Namun, dalam aman gitupun, ada manusia yang busuk hati. Sesat akal dan sesat hidayah. Mereka adalah musuh Muhamad. Kekal hati dan akal mereka untuk sesatkan manusia. Justeru; al-Quran tak kesampingkan gambaran siksa-siksa di akhirat nanti, untuk diteladankan kepada manusia bagi kaum-kaum seperti ini.

Terkadang manusia keliru nak tasybih dan iktibarkan segala gambaran dan episod yang dilakarkan dalam teks Suci. Persoalan yang timbul sebagaimana kelirunya dengan Mukjizat al-Quran yang banyak hikmahnya dan kerumitan dalam hidayahnya. Sebagaimana rumitnya Mukjizat, respon kaum musyrikin dalam teks 3:alHijri menjawab kekeliruan manusia.

Kini Jahiliah-Moden| mula pertikai. “Tidak sama dengan perkara sedemikian, kerana segalanya kepada kaum Kafir. Bukan kita sesama Islam”..”Tapi mereka dah macam Kafir”.. “Perangai cam kafir”.. “Tapi, mereka akidah yang sama”.. Lalu; manusia semakin keliru untuk memisahkan antara sifat kaum Kafir(Musyrikin) dan sifat kaum Muslim(Mukminin), tanpa menganalisi makna kaum(munafiqin).

Walaupun kekeliruan yang timbul, seluruh manusia tetap berusaha untuk riaksi tanggungjawab mereka. Kerana teks suci yang tersohor diutamakan seperti menyuruh dalam gerak menegah Mungkar dan seru Makruf adalah nilai terpenting dalam membina akhlak manusia…

Namun, Mukjizat dalam balaghah dan seruan An-Nida’ ke arah kebaikkan dan tegah kemungkar makin tidak difahami. Adakah bermula Tegah Kemungkaran? atau bermulanya Ajak kebaikkan?. Sehinggakan segala hal tidak diimbangi mengikut Qawaed yang ditetapkan oleh para Ulama’ terdahulu.

Perkara kecil sebegini mungkin tidak mahu dihebahkan. Seperti mana Tasmiah dalam perlaksanaan amat sukar dibetulkan dalam gerak kerja manusia. Kerana Tasmiah akan membina kepincangan akhlak dan hati manusia. Sekalipun ada pendapat dari pihak supaya banyak dalam Salawat kepada Muhammad. Kerana dialah punca hidup kita dan dialah asal pembina bagi kita.

Namun, yang pasti. Sekalipun gerak kerja terpaksa serupa dalam Qias-Qias kemungkaran seperti teks 144 al-Baqarah, namun jaminan tidak akan wujud melainkan hanya dengan cara dan bias-bias kuasa Iman ditanam dalam Qawaed yang wujud.

Untuk membenarkan aliran kita yang benar; analasis Hadith dari pecahan 73 golongan masih lagi diistinbath oleh pakar-pakar Agama. Kerana natijah yang kita peroleh adalah 2 Mukjizat utama bagi Umat Islam tidak mampu difahami manusia melainkan kepada mereka yang dipilih dan senaraikan sebagai WaliyuLLah.

Kerana: Allah tidak akan memberi Hidayat kepada yang kamu sukai, akan tetapi diberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki. Sekali pun Abu Talib yang menjaga dan bela zahir hidup Muhamad.

"Hand Mision Part-Two"

Posted in Life always Began on May 25, 2004 by duwenk

Hahahha… Gile. Duk umah saja boring.. Tuh lahh.. Kalo dah Boring.. Macam2 la jadi..Atleast boleh jadi Aib, Coz time Exam pun bley aktif join Cyber Cafe…

Tapi, Tak lama sangat la duk sini. Paling lama 2 jam. Lagi satu. Kat sini murah sangat,.. Cyber yang aku main ni.. Per Jam 0.75 sen. Mane nak Luak main lama pun. Tapi tak la Over sampai cam tu..

Sosio-Studies; Macam biasa la.. Bebudak sini pun cam tu. Rasa-rasa derang ni kurang tekanan coz Subjek nanti tak berat sangat. Lain lak aku rasa, berat sket la.. Tapi takley gak Over confident.. Kut2 jadi cam berlaku baru-baru ni alias sosio-siasah…

Siasah-isme; Liga Arab tgh duk genting sekarang ni. Tak sempat aku nak join dengar2 News yg interesting. Kut2 ada Agenda baru.. Sblm ni pun, lepas pembukaan derang nak cakap pasal Tanggungjawab n Peranan sebenar perwakilan Negara Arab yang ada.. Nak Tawazun wa Ta’adulImbang dan Pengadilan dalam sesi peranan derang.

Aku nak blah dah!!!!

"Hand Mision"

Posted in Life always Began on May 24, 2004 by duwenk

Musim lalu, memang susah aku nak transit umah kawan-kawan. Bukan susah sebab depa tak bagi, segan siot.

Nih dah hari kedua aku lepak DAMANHUR. Bosan la plak, exam lusa plak. Kelmarin tu kira oke la jawab. Takla pulun sangat and tak parah sangat. Sejuk-sejuk Dhuha je.

Nak kira hari lama sangat. Entah bila aku jadi balik. Si Banai, dia nakkan Brezzz spesis Arab satu. Entah boleh bawa balik ke tak!! HahHAHHahaHaHAHha.

Tiket Tak pulun cari lagi. “Mahal sangat la harga”. Mana aku nak cover duit. “Huhhh”. Pa+Ma aku ada cakap; “Ala!! yang terguna tu takpe la.”.. Isykk.. “Betul-betul nyusah kan mak bapak la aku ni.

Kepala Otak ni memang sah!! Dah kena viruz Malaysia. Balik tu memang la. Tapi.. Tapi.. Huhh.. Banyak masalah rasanya. Keje,..? Entah la.. Takde reason nak cakap sume tuh.. Kawan2,… takat mana sangat kawan boleh toleh kalo balik ni.. huuuuuuuhhhh..

Yang penting exam dulu. Pikir ni sume memang takde kesudahan.. Sebab.. Memang la.. Balik dulu baru tahu cam na.. Huk aloooz… Sure!! Nanti banyak la program nak wat.. Kekkeke..

Minda Melayu "Versi Arab"

Posted in Life always Began on May 22, 2004 by duwenk

Kalau Cipong, dia guna minda kronik. Dan tokoh di rantau Asia, Dr.Sidiq Fadhil lak, ada judul buku Minda Melayu Baru. Tapi yang dia punya Versi Melayu n Class Triple A punya.

Esok ni aku ada exam. Tadi tido bangun awal sangat. Tak tahu nak buat apa. Takde Movie yang bez… Baca pun dah tak tenteram. Duk msg sana sini.. atlazt, abis credit. Nak kena tambah pulsa la plak. Sume busan je. Otak ni, walaupun besok nak exam.. Cam kosong.. Tong Kosong.. Tah boleh isi apa..

Pegi-mari, pusing sana sini dalam umah. COz takde orang kat umah. Sume pakat Balik xm kat Cawangan masing-masing Tinggal aku ngan Basdi Ali. Senior kat sini. Orait la.. Dia pun duk layan News.

“Baik aku kuar jap la. Cari angin.” Mula-mula niat nak rantau-rantau saja. Tersangkut Plak kat CC ni…Lahai…“Ade mende mesti kena wat ni”… Sebagai habuan utk hari ini.. 22 Mei Aku dah tukar templet baru ..“lame dah aku nak tukarkan nepkin dia” Haha…

Dah pakai baju baru, seluar baru, smeua baru la.. kira nya kena tukar pe’el baru n minda yg baru.. Jalan Idup pun baru.. dan exam pun.. kena bagi result baru.. Mean, kena gempaq dari yg lepas..

Btw:.. Selamat Imtihan Buat Member Yang Tgh Exam tu Coz ada subjek yang dah start Rabu Lepas..

passing Over2

Posted in Life always Began on May 15, 2004 by duwenk

Passing Over

Agaknya, sudah lama aku tidak berkerah ‘brain’ supaya aktif dalam perkara ‘Sahwah’. Setelah hari yang telah mencatatkan banyak peristiwa. Dari Jemapoh ke Macherstea, Kota Bharu ke Autria, Gorgiea ke Israel, Petaling Gagal ke S.Afrika, juga dari Ambon ke hamburg dan New York ke South of THailand.

Banyak lagi tragedi demi tragedi yang telah dikambus dalam diary para pemangsa. Untuk tempoh terdekat kini, jangan harap diari ini akan diangkat untuk dibentangkan dalam sesi peri-manusia dan untuk berjaya dalam konsep HAM.

Walaupun tempoh ujian pangkat untuk penulis sudah hampir, tapi entah alasan apakah yang paling kukuh supaya ujian, pelajaran, catat hidup dan segala hal mengenai diri ini; dapat seiring digenggam agar satu pun tidak cicir. Susah nak jangkaukan.

Kelmarin, satu fenomena yang sudutnya turut bangga walaupun dalam karenah sana sini, mampu mengemudikan majlis berprestij dunia sebagai susulan menentang aspek-aspek ganas. Terutama dalam Ucapan hari pembukaan The World Aconomic Forum’s di Jordan oleh Malik Abd al-Sani bahawa; kegagahan Ekonomi di setiap rantau tidak mampu menjamin masyarakat sekiramana sudut keadilan, persamanaan dan penghormatan antar sama lain tidak di tegakkan.

Begitu juga, dalam ucapan pembukaan majlis tersebut, beliau turut menyentuh perihal kemanusiaan di Afghanistan, Iraq dan Palestin terutamanya, dan kepincangan Israel; dalam konsep membangunkan ekonomi dunia terutama di rantau Arab yang kini turut ghairah dalam polemik siasah dan ekonomi.

Mungkin untuk sehari dua ini, dunia Arab akan tenggelam dengan desas-desus Forum tersebut dan untuk tempoh terdekat nanti, pusingan Liga Arab akan kembali menentukan peranan rantau Arab. Dengan respon media antarabangsa mengenai isu-isu di Iraq, Palestin dan pengaruh ‘Menentang Keganasan’, Liga Arab kembali bersiap sedia dalam medan suara-suara antara pertubuhan hak Asasi serantau.

$5^^^&$%&**&*()(*)$%%$#$%$#%^&*&_)_&^$#__$#@@#%%jm,)$#@

Sebenarnya aku nak tulis apa pun tak tahu, juz nak update blog ni. Sementara nak tinggal untuk xm akan datang. Huh.. Exam aku 23 ni. Nkorang doa la deh..

%&*89-07978^%^#$$%#%#_+()(%$@#@)(__++*%^%##@$&*())&^$$#$#

Selama sebulan otak ni tak cuba berfungsi dalam hal kemanusiaan, sebenarnya rutin dan otak menjalankan proses macam biasa. Cumanya tak tahu label manakah yang perlu di ketogeri brain ni tiap-tiap hari; prograsif atau agrasif?

Tetapi, ketika senstiviti masyarakat Islam di rantau Arab terguris sejak 1948 dengan tragedi Palestin-Israel, dan Tragedi Afghan, Iraq lewat 1999 dan 2003, Chehnya, dan lain-lain tempat, masyarakat Melayu kita mungkin dan kebarangkalian hanya sebahagian sahaja yang tersentuh dengan aksi penyembelihan Ambon, Posa dan di rantau Indonesia.

Tidak jauh juga, ketika umah Islam meriah menyambut Maulid al-Rasul, gempar pula kejadian pinggir jiran Melayu. Juga bangsa Melayu yang tinggal di Selatan Thailand.

$6^^&*^&()_)(_((%^$$#@))_*%^#@#@*()__&$#@!^&(H^#%#$&V*V!^

Aduszzz.. Tetiba je sakit perutt.. Hemmmm