Archive for July, 2004

"Feeling MD+Radio"

Posted in Life always Began on July 25, 2004 by duwenk

Kalau manusia yang tak reti menjaga mulut mesti melatah; “Cam sial Jah Hidup ni. Pagi petang Malam Pagi duk mampus dalam Umah jah. Memang durjana Hidup ni..”. Tapi manusia tetap normal sekalipun emosionalnya melihat telatah manusia Negetif.

Tapi ada orang cakap;”Negetif sangat ke kalau duk dalam umah jah, layan perasaan, teman jiwa, tanam taik mata, atau cangkul kerohanian bagi timbul untuk selindung tubuh (seperti golongan sufisme)?”. Ada lagi yang bertelatah lain; “Mereka mengira usia, hidup, degup jantung, takpun yang demam berhapus dosa dan tobat tak berdusta dan tak kurang golongan yang ralit dengan perkara dunia hingga sisa-sisa ‘lepak’ di rumah pun dikira maksiat kerana dunia.

Musim cuti sebegini, aktiviti akan bebas. Berhak untuk siapa dan apa. Kemana dan bagaimana nak urus perihal liburan terletak atas individu. Ada yang turut babitkan sekumpulan pelajar seperti geng-geng NGO, Badan-Badan Persatuan dan entah dari mana organisasi untuk menghidupkan sosialis pelajar. Habis penuh perkarangan Malaysian Hall. Kunun jadi Malaysian Hall. Tetapi mudah di sebut ‘Kompleks Haiyu Asyir atau Perkarangan Studen Malaysia”, itu yang agungnya. Hanya pada lingkungan pelajar..

Jelajah ekonomi pun turut serta diliburan ini. Satu ke satu keping duit ‘keras+lembik’ semakin pupus dalam uncang ‘handmade’ nih. Kerana biro-biro kesenian dan keMERIAHan (tak tahu biro apa yang konduk sume ni) dari seluruh jabatan dan organisasi akan mengambil kesempatan untuk isikan masa luang pelajar. Sudut pelajar.. Kerana mangsa-mangsa adalah pelajar..

Itu arahnya liburan pada tika ini. Tak terkecuali juga, ada anjuran-anjuran hebat dari Badan-Badan Pelajar. Kununnya lagi untuk meraih dan kebajikan Pelajar. Baguslah.. teruskan,.. Cuma jangan babitkan perkara negetif dan pertembungan ideologi politik dalam semangat kebajikan… hemm..No komen lebih2..

Dalam beratus-ratus program, acara, pengisian, hiburan, entah macam apa lagi yang boleh diistilahkan; bahawa dalam keriuhan sebegini pun masih ada manusia berkurung sahaja di kamar-kamar hiasan mereka. Ada yang amat bergembira walaupun tidak kenal matahari 2/3 hari, masih ada yang sudah lupa bahawa dunianya dibelah siang bukan gelap malam.

Kerana manusia tetap punya kreativiti tersendiri dan keinginan yang berbeza seperti dasar manusia yang hanya suka berdiam hanya di kamar akan punya identiti hidupnya. Aku lebih suka dengan istilah golongan ala sufisme. Kerana ‘suluk’ mereka ada kerana lagu-lagu yang dicipta khas pagi penagih perasaan, jiwa, keharmonian, keamanan dan memikirkan status diri, keluarga dan negara dalam konsep ‘Think-Tang’. Itu hanya tanggapan postif aku, kerana diri aku…

Kerana mereka ini lebih bijak menyesuaikan semasa; seperti adanya kata-kata “Lebih baik Feeling Radio dari berceramok dengan anasir-anasir fitnah kat luar tuhhhh”.

Advertisements

"Pokoknya =Syajaratuha+ Part-Two"

Posted in Life always Began on July 12, 2004 by duwenk

“Papa bilang, jangan terlalu agresif dengan akal mentah”. Bila masa pula kita nak gunakan akal ini agar lebih relevan dan boleh dilabelkan akal yang aktif progresif dan berpositif. Bukan mirip dengan identiti Filsuf Barat yang meletakkan Akal terawal dalam Tauhid. Seperti “Adanya Bumi dengan Adanya Tuhan”. Sifat Tauhid yang ada miripnya dari kesan ‘Muktazilah’.

Tapi, bila dikaitkan soal akal-Feqh, adalah memang benar. Kerana; Feqh bererti Faham. Begitu juga Feqh adalah fungsi Undang-Undang untuk manusia. Justeru, ‘Faham’ mula diintegrasikan kepada hal seluruh umat. Bukan lagi diklafikasikan kepada kasta-kasta ummat yang berbagai golongan. Malah, ada yang pasti bahawa; Feqh Modern sekarang adalah mutlak bagi mangsa moden. Bukan yang dahulu kala.

Asal pemikiran ini serupa dengan pendekatan ‘Muktazilah’ yang sudah terpengaruh dengan ‘Falsafah’ tauhid. Tapi, bukanlah mereka itu ‘Ahli Muktazilah’. Kerana, kisah penyerapan Tauhid tidak sama dengan penyerapan Undang-undang sepertimana Argumen Ibadat, Muamalat, Munakahat dan sesi Modenisasi Culture. Bahkan, kepercayaan Tauhid adalah Tetap manakala Feqh berubah mengikut kehendak Hukum dan Relevanisi Ummat.

Ada yang menghukum asal pemikiran berpunca; buta dalam hakikat Asal usul Islam. Kerana Asal kesempurnaan Islam berkait rapat dalam Tiga unsur Teologi utama: 1- Iman, 2-Islam, 3-Ihsan. Bahkan dalam perspektif ilmu Agama Imam al-Ghazali menggarapkan kesempurnaan terhadap Tauhid+Feqh=Tasawuf. Itu-lah kunci bagi penjagaan akal.

Tidak berubah juga ketika peningkatan Tamadun serta peradaban, Islam cemerlang dengan pelbagai golongan Islamisasi. Penuh dengan usaha pengembangan Ilmu, Thaqafah, Tokoh, Pakar dan pelbagai bidang yang flexible di dokong oleh para Agamawan. Ya, agamawan! bukan agamawan celup yang berkonspirasi dalam pemikiran sekular mahupun pinjam maksud orientalis, seperti yang terhilang akal dan iman menentukan hukum Feqh mahupun kaitan Tauhid dalam sosial masyarakat.

Kerana era-kini ada yang berani suara, “Tidak relevan lagi segala natijah analisi asal petunjuk dijadikan pegangan”. Suara lagi; “Tajdid dalam setiap lapangan ilmu termasuk penguasaan rujukan utama Umat Islam”. Tidak salah akan tetapi makin berganda sehingga melibatkan sindiran struktur Feqh dan Tauhid era kebangkitan Umat Islam di bawah Tangan Mulia RasulluLLah s.a.w dan Sahabatnya.

Turut melibatkan kecaman modenisasi, dustur Para Khalifah al-Rasyidin, para Tabie dan Tabiein dan Ulamak-ulamak yang tidak terganggu dengan persoalan material. Kerana pemikul seruan sekarang lebih malas dan angkuh serta takkabur melihatkan pemikiran mereka. Ini kesan racun material dan pangkat sekular sudah bercampuran dalam perjuangan mereka.

Tapi, penulis amat sukar menganalisis bentuk pemikiran meraka kini. Kerana pandangan mereka mempunyai banyak provokasi dan bukan memerlukan natijah yang terpenting. Provokasi yang berkonspirasi, lebih lagi tidak berkonsepkan sebagai pendirian Umat Islam. Itu masalahnya.

Secara dekatnya, berkemungkinan mereka hanya minat mengkomersialkan kepentingan mereka dalam gerakkan ideologi yang Islamik malah tersasar di Gunung Beruntung oleh kerana tidak punya pegangan dan pimpinan tokoh sebenar. “Maka tanyakanlah ‘Ahli Zikr’ (yang mengetahui) jika kamu tidak tahu”. Kerana juga, kesempatan mengaut ilmu dengan buku-buku dan kajian tanpa ‘Murshid’ akan melibatkan akal tidak sihat yang dipengaruhi propaganda musuh manusia.

Namun, kita ketahui, konflik sedemikian adalah punca peradaban manusia. Kerana ketika pengaruh Jahiliyah semakin meluas, ketika itu, Pemimpin Manusia diutuskan untuk menegur dan menasihati supaya role-model manusia tidak tersasar. Kerana Pemimpin tersebut bukanlah hanya untuk Kaum bahkan di utuskan untuk sekalian Alam. Hingga ke hari ini.

"Pesan Generasi part-One"

Posted in Life always Began on July 5, 2004 by duwenk


Pesan mak bapak atau orang-orang tua atau orang tua-tua dahulu; “Jangan Hidup Cam penjajah!”.

Ada pepatah;“Bapak borek anak rintek”. Mana satu nak kaitkan antara perihal kelakuan anak bangsa dengan Kepalanya atau nak terus saja pasal anak bangsa Durhaka. Durhakakah Mereka???. Atau masih ada niat-niat kudus yang diharapkan agar si kepala CELIK!! tengok dunia. Takpun Tak kurang suruh dunia CELIk!! dengan respon anak bangsa.

Waktu para gagasan era-kuno abad pencabulan kuasa ortodok dari bijak-pandai tokoh rasional, sebab perbalahan era Athenz dan Era Babtis; malah mengundang pembakaran besar protes kekhayalan dunia rasional mereka. Wanita Babtis korban.

Habis hangus terbakar kegemilangan kuasa kosmologi jutaan kajian ilmiah dari tokoh pembinaan ADAB intelek manusia. Mungkin itu adalah landasan Sunnatu-LLAH bagi susulan generasi kemudian. Kerna era-Baghdad di bawah kuasa Khalifah al-Makmun juga rebah dalam pengaruh Kuasa ILMU; segala untuk tatap Sunnatu-LLAH bahawa; Segala adalah percaturan-NYA.

Lebih pula, lumba-lumba intelek sudah serap dalam tingkah globalisme kini. Dari pertembungan Barat-Timur, Selatan-Asia, Latin dan macam lembah lagi turut bertukar operasi oleh kerna usul “Terorisme”- sudah pengaruh Dunia.

Heboh dalam lenturan picis mahupun ledak inter, berkenan dalam Ideologi masih bersifat kemaruk. Jatuhnya sosiolis Mark, tumbuh Demokrasi, yang tak punya sifat Tauhid.

Asal hidup; Islam datang memberi terang untuk Manusia. Bukan lagi di zaman Fitrah pencarian Tauhid tika ibu-bapa Baginda S.A.W. Dengan Beliau manusia menjadi mulia. Sudah ada hasil iman yang menerangkan hati dan akal. Jalan mereka lurus nampak dan jelas dari wahyu-wahyu di samping mereka. Tiga Generasi tidak saling tumpah mempunyai prespektif tersendiri namun masih di kira terulung!.

Ada pula yang sengaja mengindahkan ke-Empat, ke Lima, ENam dan seterusnya. Seperti di zaman Saidina Umar abd-Aziz r.a; bijak menserasikan anak bangsa dalam kasta antar-manusia hinggakan berwirayat; “Singa di hujung Hutan tak akan sanggup menelan Kambing yang berkeliaran”.

Hakikatnya; “Ulamak warasatul an-Biya'”. Dan untunglah jika sifat kepimpinan itu bercirikan kuasa Ulamak. Khalifah yang masih tidak diracun era-modernisasi. Khalifah yang asal infrastruktur saidina Muawiyah r.a iaitu selepas Saidina Ali r.a.

Namun, sistem yang singgah di Selat Melaka tidak teguh lama. Kuasa Sultan sudah di duakan. Tidak menafikan dalam hal hartanah nan peribumi, TuanKu Sultan kalut turut serta. Kerna anak-anak bangsa.

Sosio-politik Istana tidak lagi sekuat kuasa politik Kabinet. Asal inilah juga pemecahan antara kuasa DiRaja(asal bapak tiri bangsa) dan kelola goverment (bapak kandung bangsa) lebih progresif mengawal sosial anak-anak bangsa. Anak bangsa yang sudah sarat akal kerna pengaruh sosial bapak Bangsa.

Inikan juga adalah sunnatu-LLAH, lakar hidup manusia bagai sudah digarap berlakunya demikian. Sedar dalam lokal inilah manusia mula bangun dengan wahyu; “Sesungguhnya ALLah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaumnya sendiri mengubahnya”. Berkat Faqeh kesadaran ini, muncul puak revolusi dari barisan berpengaruh dunia Islam.