"Pokoknya =Syajaratuha+ Part-Two"

“Papa bilang, jangan terlalu agresif dengan akal mentah”. Bila masa pula kita nak gunakan akal ini agar lebih relevan dan boleh dilabelkan akal yang aktif progresif dan berpositif. Bukan mirip dengan identiti Filsuf Barat yang meletakkan Akal terawal dalam Tauhid. Seperti “Adanya Bumi dengan Adanya Tuhan”. Sifat Tauhid yang ada miripnya dari kesan ‘Muktazilah’.

Tapi, bila dikaitkan soal akal-Feqh, adalah memang benar. Kerana; Feqh bererti Faham. Begitu juga Feqh adalah fungsi Undang-Undang untuk manusia. Justeru, ‘Faham’ mula diintegrasikan kepada hal seluruh umat. Bukan lagi diklafikasikan kepada kasta-kasta ummat yang berbagai golongan. Malah, ada yang pasti bahawa; Feqh Modern sekarang adalah mutlak bagi mangsa moden. Bukan yang dahulu kala.

Asal pemikiran ini serupa dengan pendekatan ‘Muktazilah’ yang sudah terpengaruh dengan ‘Falsafah’ tauhid. Tapi, bukanlah mereka itu ‘Ahli Muktazilah’. Kerana, kisah penyerapan Tauhid tidak sama dengan penyerapan Undang-undang sepertimana Argumen Ibadat, Muamalat, Munakahat dan sesi Modenisasi Culture. Bahkan, kepercayaan Tauhid adalah Tetap manakala Feqh berubah mengikut kehendak Hukum dan Relevanisi Ummat.

Ada yang menghukum asal pemikiran berpunca; buta dalam hakikat Asal usul Islam. Kerana Asal kesempurnaan Islam berkait rapat dalam Tiga unsur Teologi utama: 1- Iman, 2-Islam, 3-Ihsan. Bahkan dalam perspektif ilmu Agama Imam al-Ghazali menggarapkan kesempurnaan terhadap Tauhid+Feqh=Tasawuf. Itu-lah kunci bagi penjagaan akal.

Tidak berubah juga ketika peningkatan Tamadun serta peradaban, Islam cemerlang dengan pelbagai golongan Islamisasi. Penuh dengan usaha pengembangan Ilmu, Thaqafah, Tokoh, Pakar dan pelbagai bidang yang flexible di dokong oleh para Agamawan. Ya, agamawan! bukan agamawan celup yang berkonspirasi dalam pemikiran sekular mahupun pinjam maksud orientalis, seperti yang terhilang akal dan iman menentukan hukum Feqh mahupun kaitan Tauhid dalam sosial masyarakat.

Kerana era-kini ada yang berani suara, “Tidak relevan lagi segala natijah analisi asal petunjuk dijadikan pegangan”. Suara lagi; “Tajdid dalam setiap lapangan ilmu termasuk penguasaan rujukan utama Umat Islam”. Tidak salah akan tetapi makin berganda sehingga melibatkan sindiran struktur Feqh dan Tauhid era kebangkitan Umat Islam di bawah Tangan Mulia RasulluLLah s.a.w dan Sahabatnya.

Turut melibatkan kecaman modenisasi, dustur Para Khalifah al-Rasyidin, para Tabie dan Tabiein dan Ulamak-ulamak yang tidak terganggu dengan persoalan material. Kerana pemikul seruan sekarang lebih malas dan angkuh serta takkabur melihatkan pemikiran mereka. Ini kesan racun material dan pangkat sekular sudah bercampuran dalam perjuangan mereka.

Tapi, penulis amat sukar menganalisis bentuk pemikiran meraka kini. Kerana pandangan mereka mempunyai banyak provokasi dan bukan memerlukan natijah yang terpenting. Provokasi yang berkonspirasi, lebih lagi tidak berkonsepkan sebagai pendirian Umat Islam. Itu masalahnya.

Secara dekatnya, berkemungkinan mereka hanya minat mengkomersialkan kepentingan mereka dalam gerakkan ideologi yang Islamik malah tersasar di Gunung Beruntung oleh kerana tidak punya pegangan dan pimpinan tokoh sebenar. “Maka tanyakanlah ‘Ahli Zikr’ (yang mengetahui) jika kamu tidak tahu”. Kerana juga, kesempatan mengaut ilmu dengan buku-buku dan kajian tanpa ‘Murshid’ akan melibatkan akal tidak sihat yang dipengaruhi propaganda musuh manusia.

Namun, kita ketahui, konflik sedemikian adalah punca peradaban manusia. Kerana ketika pengaruh Jahiliyah semakin meluas, ketika itu, Pemimpin Manusia diutuskan untuk menegur dan menasihati supaya role-model manusia tidak tersasar. Kerana Pemimpin tersebut bukanlah hanya untuk Kaum bahkan di utuskan untuk sekalian Alam. Hingga ke hari ini.

Advertisements

2 Responses to “"Pokoknya =Syajaratuha+ Part-Two"”

  1. Anonymous Says:

    Very nice site! film editing schools

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: