"Feeling MD+Radio"

Kalau manusia yang tak reti menjaga mulut mesti melatah; “Cam sial Jah Hidup ni. Pagi petang Malam Pagi duk mampus dalam Umah jah. Memang durjana Hidup ni..”. Tapi manusia tetap normal sekalipun emosionalnya melihat telatah manusia Negetif.

Tapi ada orang cakap;”Negetif sangat ke kalau duk dalam umah jah, layan perasaan, teman jiwa, tanam taik mata, atau cangkul kerohanian bagi timbul untuk selindung tubuh (seperti golongan sufisme)?”. Ada lagi yang bertelatah lain; “Mereka mengira usia, hidup, degup jantung, takpun yang demam berhapus dosa dan tobat tak berdusta dan tak kurang golongan yang ralit dengan perkara dunia hingga sisa-sisa ‘lepak’ di rumah pun dikira maksiat kerana dunia.

Musim cuti sebegini, aktiviti akan bebas. Berhak untuk siapa dan apa. Kemana dan bagaimana nak urus perihal liburan terletak atas individu. Ada yang turut babitkan sekumpulan pelajar seperti geng-geng NGO, Badan-Badan Persatuan dan entah dari mana organisasi untuk menghidupkan sosialis pelajar. Habis penuh perkarangan Malaysian Hall. Kunun jadi Malaysian Hall. Tetapi mudah di sebut ‘Kompleks Haiyu Asyir atau Perkarangan Studen Malaysia”, itu yang agungnya. Hanya pada lingkungan pelajar..

Jelajah ekonomi pun turut serta diliburan ini. Satu ke satu keping duit ‘keras+lembik’ semakin pupus dalam uncang ‘handmade’ nih. Kerana biro-biro kesenian dan keMERIAHan (tak tahu biro apa yang konduk sume ni) dari seluruh jabatan dan organisasi akan mengambil kesempatan untuk isikan masa luang pelajar. Sudut pelajar.. Kerana mangsa-mangsa adalah pelajar..

Itu arahnya liburan pada tika ini. Tak terkecuali juga, ada anjuran-anjuran hebat dari Badan-Badan Pelajar. Kununnya lagi untuk meraih dan kebajikan Pelajar. Baguslah.. teruskan,.. Cuma jangan babitkan perkara negetif dan pertembungan ideologi politik dalam semangat kebajikan… hemm..No komen lebih2..

Dalam beratus-ratus program, acara, pengisian, hiburan, entah macam apa lagi yang boleh diistilahkan; bahawa dalam keriuhan sebegini pun masih ada manusia berkurung sahaja di kamar-kamar hiasan mereka. Ada yang amat bergembira walaupun tidak kenal matahari 2/3 hari, masih ada yang sudah lupa bahawa dunianya dibelah siang bukan gelap malam.

Kerana manusia tetap punya kreativiti tersendiri dan keinginan yang berbeza seperti dasar manusia yang hanya suka berdiam hanya di kamar akan punya identiti hidupnya. Aku lebih suka dengan istilah golongan ala sufisme. Kerana ‘suluk’ mereka ada kerana lagu-lagu yang dicipta khas pagi penagih perasaan, jiwa, keharmonian, keamanan dan memikirkan status diri, keluarga dan negara dalam konsep ‘Think-Tang’. Itu hanya tanggapan postif aku, kerana diri aku…

Kerana mereka ini lebih bijak menyesuaikan semasa; seperti adanya kata-kata “Lebih baik Feeling Radio dari berceramok dengan anasir-anasir fitnah kat luar tuhhhh”.

Advertisements

2 Responses to “"Feeling MD+Radio"”

  1. Anonymous Says:

    Cool blog, interesting information… Keep it UP » »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: