Archive for August, 2004

Merdeka Merdeka Merdeka!!!

Posted in Life always Began on August 30, 2004 by duwenk

** Actualli.. Perbualan neh terjadi mlm sebelum Merdeka.. Dah takada nak entri apa.. aku buh jahh.. Bukan utk menilai mana negetif or positif.. just untuk fikirkan mana sebenarnya nak letakkan status kita sebagai Warga Malaysia dan posisi kita untuk Negara**



——————————————————————-





damghah: akom

******:: ws

damghah: sihak ko?

******: sihat jer

damghah: hemm.. kat mane hoh??

******: cc, seremban

damghah: huhuhhu.. ko balik bila ma???

******: aku balik 14 hb haritu

damghah: mmg nko stay kat seremban heh?? seremban kt mane hah?

******: kat ampangan

damghah: hemm.. tak tahu.. wakkakaka

damghah: merdeka neh tak turun KL koh??

******: takmoh ..byk maksiat

damghah: huhuhu…ala.. bukan turun kat kawasan Merdeka tuh.. huhuh.. mane2 pun ada maksiat..

damghah: lam diri kita pun ada.. huhhhuhu..Syadid la plak…..

******: mmg la… syadid tak syadid ape mendenye

******:: Allah kate jauhi maksiat .aku buat ajee

damghah: hahahah bagus la..

******: tentu2 turun Kl mmg org bermaksiat besar besaran kang

******: bukan aku tatau

damghah: sbb datng utk mende maksiat.. terjadi maksiat..

******: aku bukannye baik dr dulu …haha

damghah: hemmm… sian org lain..

******:: jgn jad bute laa wan oi!!!… hehe

damghah: aduhaii..

******: ko mmg duduk dlm dunia org baik2

damghah: dah kalo nko lepak kat tmpt maksiat.. jadi maksiat la..

******: aku penah jd budak nakal mcm2 tu

******: haha

damghah: ape la.. nko pun satu..

******: yela malam2 merdeka ni..tpt2bes lepak jd tpt org bersukeria

damghah: kerana nila setitik nko nak hukumkan sume

******: ahaks

******:aku ta hukumkan

damghah: hemmm..

******: aku ckp ape yg general budak2 msia buat

damghah: hemm..

******:: aku penah nakal

damghah: hemm..

******: akuta la ape budak nakal ape budak jahat buat

damghah: hahahhah

damghah: mmg la..

******: tataula cam kau

damghah: soal nakal jahat ape ke..

******: skola agmae dr dulu

damghah: simpan jah la..

******: maybe tak enah nampak kot budak2 jahat ni camne



damghah: tak perlu kerana kita nak hukum sume..aku cakap tadi pun .. coz mlm neh ada baca puisi..

damghah: lakhaii..

******: bace puisi keranamu Msia?

damghah: geng2 muda+veteran ada lam nehh,,

******: takmoh aa

damghah: wakkakakak

damghah: tema bebas..

******: kite kat dunia ni idup keranaMu Allah

******: kekekeke



damghah: tuh la susah. huhuuhu… abiz kalo Islam tak anjurkan madinah..

damghah: camneh kita nak bangga ngan negara sendiri??

damghah: hatta tak 100% jalankan Islam..tetap tanah kita.. tetap perlu berbangga,. tetap perlu JIHAD jika ada kekecauan

******: ahaha

******: well aku tanak bangge pd negara aku

damghah: bukan buta kerana Islam kita gadaikan anak bini bangsa dan bla bla bla

******: pade aku..negara aku adalah islam

damghah: hemm..

******: tanahair aku pon islam

damghah: hemm..

******: kalau islam tu ade kat zimbabwe aku sudi jd rakyat zimbabwe

******: hehe

damghah: hahahhah …adushh..

******: sorila

******: ko dan aku..matlamat berbeza kot

damghah: hukum berdasarkan dalil zon akan jadi macam2…perlu lebih kreatif la..

damghah: huhuh

******: sape suh berhukum

******: tu aku nye prinsip

damghah: matlamat muslimin tetap sama..

damghah: cuma cara lain2

******: tp takde lak aku kate aku tak sayang femily aku

******: tak sayang negara aku

******: yg salah tetap saah

damghah: hemmm.. salah?? apa yg salah kat sini??

******: ye la kalau dah ade mende salah

******: ehehe

******: tak jalankan hukum islam kan salah

damghah: lam hal neh??

******: tp tade la sampai aku nak gi bom parlimen ke kabinet nun

damghah: means.. salah camne nko cakapkan??

******: ape2 la

damghah: aduhai.. cite la..

******: aku ade mende petronas suruh isi ni

damghah: aku pun nak tahu ..aku bukan bertekak neh.. aku cuma nak tahu camne nko paham

damghah: lakhai..hemm

******: mmg la tak betekak

damghah: ye la..so… cite la..

******: aku tgh pikir mend lain dlm kepale aku ni

******: nanti2 buleh tak

damghah: salah cam ne??

damghah: hemm..ok..

******: ni aku kene isi questionaire petronas suruh isi la sayang oi



damghah: okeh la.btw..

damghah: bagus la ada prinsip..cuma.. Islam ajarkan YAssir dalam segala hal..

******: sori aa ek

damghah: jgn SYADID

******: aku tak terlalu syadid

damghah: meanz… hukum zonnni tetap kena ada hikmahnya

******: yg syadid gile2 ni org alim2 aje kekekeke

damghah: aku tak kata terlalu syadid

damghah: SYADID jah..hahahha

******: aku syadid?

******: wahahahaha

damghah: hahhahah

******: ko ta eknal aku lagik la sayang

******: hehehe

damghah: tuh la…

******: nanti2 la kite bekenalan har lain ek

damghah: aku hukum nko sbb atas pendapat dan ur thinking jah

damghah: tuh jahh..

damghah: utk luaran.. no komen

******: haha



******: kdg2 ape org ckp kat intenet ni org paham lain

******: aku tak pakai sgt la kalau org nak enal org dlm tenet ni

damghah: hahhaha.. iz ok.. jgn amik berat sangat

damghah: aku cakap ngan nko neh… aku rasa cakap ngan ustazah MEsir la plak..

damghah: hahhahah …. geram gak…

damghah: but i know u

******: ustazah mesir?:

******: hahaha

damghah: huhhu

******: lawak lawakkknyerrr



damghah: tuh la..sbb isu2 tuh dulu penah aku bertengkar

******: mungkin prinsip pemikiran aku cam derang kot.tp aku terdidik dgn dunia pelik2

damghah: sampai tema KERANAMU M:SIA pun takleh diterima

damghah: hahhaha

******: so aku tau2la cemane nak bwk diri

damghah: cuma igt jah..

******:: tp prinsip keranamu msia tu mmg takleh terime laa

damghah: sume org lain bezanya..

******:: kite hidup kerana Allah dude

damghah: kalo kita pelik..

******: hehe

damghah: org lain pun lagi pelikk

******: hehe

******: islam itu dagang

damghah: hehhehe

******:: mmg sentiase pelik la nanti

damghah: betul la..

******: abihtu

damghah: sbb wasaya u’du ghariban

damghah: itu jahh

******: ape nak peliknye sbb aku tak setuju konsep keranamu msia

damghah: cuma pelik tuh macam2

******: pade aku itu membawa kepade syirik

******: ehehehe

damghah: pelik yg HUDA ..dan Pelik yg DHallal

damghah
: tuh jah



damghah: membawa kepada Syirik???

******: menjadikan mesia lak mcm Ilah

******: ekekek

******: yela

damghah: hahhahahah

damghah: tuh la..

******: kite hidup kite buat mende2 sume dm hidup ni kerana Allah

damghah: Wataniah camne lak??

******: haha

damghah: ISlam suh??

******: watan aku islam

damghah: wataniah means petriotik

******: hehee

******: lom sampa level watan lagik

******: kekeke

damghah: wataniah means.. patriotik dengan negara

******: haha…negara aku adelaa islam yang oi

damghah: hah??

******: skang ni tkuju lagik

damghah: ye la…

******: tak ujud

damghah: ok ok2

damghah: aku tak mau tekan la..

damghah: cuma…

******: tp ta maksud ku akan jual lak info2 rahsia mesia kat org luar

damghah: sblm nko nk hukum menda tuh syirik..

******:: hehe

damghah: aku rasa tak relevan lagi

******: ade syirik yg tak sampai kepada syirik

damghah: hah>??

******: susah mau cite la

******: hahaa

damghah: oOoOo

******: nanti2 la

damghah: means syirik kecik besar ehh??

damghah: hemmm…

******: ade hadith ke ape ntah

damghah: ada,.. ada

******: yg org syirik bkan sbb sembah berhala

******: tp kerana ..

damghah: a’a

******: aa lpe

******: heheh

******: weh dah aa

damghah: ape2 la..

damghah: okeshh..

******: aku teganggu tulis questionnaire

******: ahhaa….meraban aku jawab ni

******: aku kene jwb online ni

damghah: ok

damghah: wat keje tuh

"Nice To Know U"

Posted in Life always Began on August 17, 2004 by duwenk

“Dah tak ada mende nak Tuliz. Kebelakangan ni duk pergi sana sini untuk siapkan urusan dengan Embessy.” .. Orait gak la.. Kelmarin baru siap dan kelmarin juga aku dah decide flight balik Malaysia.. “Aku akan kembali jejak tanah Air Ku”.

Mungkin aku akan rindukan Tanah Debu neh. Itu mungkin jah. Dan akan aku rindu mereka yang banyak sangat membantu aku kat sini. ExSpecialis bebudak ISEK: IKATAN SETIA KAWAN, Cairo. Dan banyak kemungkinan aku akan rindukan suasana sinik. Suasana yang banyak menggemarku untuk turut bernafsu di Musim panas. Wakkakakk:))

Dan bila tiba di rumah; mungkin juga banyak program yang akan tergendala. Banyak yang akan dikuasai oleh nilai-nilai adab, nilai yang terpengaruh dengan struktur organisasi keluarga.. Hhahah:)) itu agaknya. Sudah tidak boleh mengatur sesuka hati, sudah dipimpin dan dibelai seperti anak lelaki yang perlu banyak berjasa kepada Ahli keluarga.. “Kerna aku tak mau jadi anak durhaka”.

Soal hari-hari akan tiba berkemungkinan juga tergantung atas masa, waktu dan suasana pergolakkan sebuah rumah tangga. Seperti turun naik saham, jika banyak susahnya, perlu berkorban untuk kesuksesan segalanya. Jika berjalan lancar; teori-teori perancangan selama ini perlu diperbincangkan kembali untuk keharmonian seluruhnya. Kerana 2 jiwa yang terutama perlu dititik beratkan sementara peluang masa ada bagi ku berkhidmat untuk mereka. “Kerana pass Syurga adalah di tangan-tangan mereka”.

Untuk ke hari ini, banyak suka-duka telah manusia lalui. Dan hari ini telah menyambut umurku semakin usang dan matang. Usang kerana akhir zaman dan matang kerana tahun kesejagatan.. “Dunia tidak akan menguasai nafsuku dan biarkan saja fikiran ku berleluasa dalam karenah ini”.

Terima Kasih untuk semua; Sahabat dekat atau jauh!! Terima Kasih juga kepada Institut Pengajian Tidak Formal ku (Suasana), Para Kekasih, Tok-tok Arab; Jahil atau Alim, dan bla bla bla… “sape2 la yang rasa buat jasa kat aku”.

Dengar kan; “Kota NIL, aku kan kembali, membawa lerai sosialis hujan batu di negari sendiri, biar pun emas kau beri ku telan, makan dan senang di sini, janganlah Kau iri. Biar pun syurga menjamin ku di sini, namun risiko neraka juga tidak menjamin ku di sini. Kota Nil dan Kota Sel adalah serupa untuk ku berpijak, tetap tersiap segala cabaran untuk melintang ke jalanNYA. Lepas ku buat sementara Kota NIL”.

Paichowan; 17 Ogos 2004 :Selamat Hari Merdeka Buat Seluruh teman-teman Indonesia dan para penduduknya.

"Instrumentalisme-Revolut"

Posted in Life always Began on August 9, 2004 by duwenk

“Zaman makin berbeza. Manusia pun beza. Hidup turut merasai bezanya. Semuanya memang berbeza. Kerana rakaman masa dan waktu berubah sentiasa untuk manusia. Sebab itu manusia sentiasa dalam kerugian”.

Falsafah apakah hingga perlu berfikiran di waktu santai, lena, main, kerja, dan segalanya. Falsafah yang membina ketahanan hidup ku untuk terus merancang di kemudian hari. Esok, lusa dan waktu besar dalam keluarga, zuriat dan bangsa menerajui hidupnya dan negaranya. Ya, negara yang sudah Merdeka dan belum tika masih dikawal dengan kuasa dunia.

Mungkin tahun ini Merdeka makin membina siasah manusia. Kampung halaman, pusat bandar (pencil dan gah), jiwa-jiwa manusia, fikiran manusia, tata-hidup, gaulan, perjuangan dan tak lupa juga untuk tidak mensia-siakan usia segalanya yang makin mencecah bilang-bilang angka.

Memang benar; manusia tetap punya falsafahnya walaupun aktif sifat berbeza itu sering menukar ganti hala tuju manusia. Sehingga dari peringkat yang punya akal fikiran dan yang menanti maut sudahpun memproses bahagian falsafahnya. Hanya untuk mengisi kehendak dunia. Itu sahaja.

Ogos ini juga akan merakam banyak peristiwa. Antara bulan kelahiran, kemerdekaan, kesadisan, keriangan, kehampaan dan segalanya berlaku. Untuk mengajar mangsa dunia seperti aku, kamu dan kalian. Cumanya sifat beza yang diketengahkan adalah usul perjalanan hidup, bukan menyifatkan bezanya dari sosial hidup. Kerana usul itu adalah hak utama menilai posisi kita bagi membelah atur-cara hidup ini.

Kebarangkalian situasi manusia seperti aku ini perlu lebih progresif dengan faham falsafah hidup. Faham dengan sosial manusia. Faham dengan proses untuk manusia. Kerana kefahaman ini akan mencerna falsafah seseorang untuk menilai gerak geri manusia untuk hidup, perjuangan dan justeru itu falsafahnya akan tergemilang.

Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang segalanya berkemungkinan di hari-hari akan datang. Untuk mencabar dunia bahawa kemampuan manusia ini tidak punya tolak bandingannya. Hinggakan kuasa globalisasi, modernisasi, kurapsi gelombang-gelombang isme dan lain-lainnya bahawa; manusia mampu menandingi dan berdaya saing supaya tidak terpengaruh dan tunduk dengan negetisme sedemikian.

Kerana, walaupun banyak kemewahan diterima. Kesenangan, kecanggihan dan keterbukaan yang dicernakan namun, negetisme kemusnahan akan sentiasa menyeru suara-suara kiamat akan tiba. Biarpun sehebat mana sekalipun pangkat, kuasa, balam bangunan, senjata bahawa firmanNya mencemuh membawa kehancuran kecuali WajahNYA.

Untuk menjaga dunia; falsafah manusia mempunyai 2 unsur utama yang sama maksud. Adalah Dustur (Syariah) itu, berunsurkan untuk manusia merealisasikan dan praktik berguna untuk diri. Hinggakan kemampuan yang dimiliki untuk menjadi penyeru adalah kewajiban individu. Kerana dustur itu juga, tidak akan memihak sama sekali bagi Pencipta.

Justeru, harga manusia mempunyai ikatan yang kukuh untuk faham dengan dustur, dan menghasilkan falsafahnya tersendiri mengikut faham situasi kehendak manusia. Namun, kuasa faham tersebut tidak semata-mata tenggelam dengan kefahaman sosial bersahaja, akan tetapi kefahaman dustur sebenar dengan hubungan kepadaNYA adalah aspek utama untuk manusia menelusuri ke aspek-aspek yang lain.

“Tiada siapa menghina Hidup”

"Siplis Hidup"

Posted in Life always Began on August 4, 2004 by duwenk

Susah nak atur harian hidup neh… Huh..Walaupun tengah musim cuti nih, time yang banyak free macam dah jadi tak keruan. Time jah yang free, otak ni macam-macam duk syaghal.

Malam kejap lagi ada Jamuan JPM. Aku pun diinvite ke majlis. Terpikir gak;“Nak kena pakai formal kah?”. Tuh la parah kalau dah tak pernah skema. Kalau pergi ke Embessy pun curi-curi masuk supaya tak bertembung ngan arwah Dato’ Duta dan Tuan Pengarah. Huhuhu…

Parent kat kampung plak dah bising. Mana tak bisingnya, sebab dah masuk Ogos masih ada kat sini. Janji nak balik.. Adushh.. Susah nak faham ngan program harian sini.

Sebenarnya, bukan tak mau balik. Cuma keadaan aku nih tak menentu di sini. Nak tunggu result tuh memang la boleh suruh kawan-kawan jah nengok. Tapi, yang paling penting, akhir Ogos nih aku ada paper kena repeat. Tuh sebab aku kena stay lagi kat sini.

Paling sadisnya, duit poket bulan nih memang dah sengkek. Duit tiket lagi. Duit Ole-oleh balik lagi. Duit hidup lagi, rokok lagi, rumah lagi, dan lagi lagi lagi..

Nak kena cari Bank Bergerak nampak gayanya. Adushh,.. parah la.. Kalau hari-hari duk pikir pasal ni boleh down moral aku.. hhuuhu…

Bulan July+Ogos tahun ni makin berdarah mental aku. Esok lusa dan tulat belum tahu lagi harian macam mana. Jangan tinggalkan aku bersahaja hingga berlapitkan kotak-kotak untuk menutupi aurat badan ku ini.. huuhuhuu…

"Manhal United"

Posted in Life always Began on August 1, 2004 by duwenk

“Ala, ok jah!.. wat apa nak pikir panjang2. Bagi jah nama mu, kita dah select yang lain”. Dua minit kemudian.“Semua tuh bekas Manhal United. Cuma dua tiga orang jah yang select baru”.

Bukan senang nak konsisten dalam satu-satu kelompok atau perjuangan. Huh, bukan perjuangan je la.. Perjiwangan pun sama. Kekadang tu manusia punya pendirian dan pe’elnya sendiri. Tidak mau ikut rentak orang atau bertaqlid dengan aliran orang. Nak jadi orang kritis rupanya. Macam banyak-banyak tokoh atau manusia yang namanya sentiasa di bibir manusia hingga kini. Cam Kurt Kobin dalam arena musik, Ayatullah Komeini dalam arena perjuangan Revolusi di Iran, Abraham McBell (sape hah tokoh ni?), pendek kata mereka ni semua punya peran kritisnya untuk manusia lain. Lagenda ke hari ini.

Jadi, begitu la manusia yang selalu kita lihat terberontak di kalangan kita. Positifnya, bukan kerana negetif dari akhlak atau perangainya, akan tetapi potensi mereka untuk terus tidak bergantung dengan manusia lain. Kerana dia tidak mahu bertaqlid seperti manusia umum. Ingin menjadi benar-benar manusia yang dianjurkan sebagai khalifah muka bumi.

Banyak-banyak hal yang selalu dialami setiap kelompok, ada yang ingin mufaraqah dari kelompoknya. Bukan manusia ini tidak bersyukur atau pun ingin tergolong dalam manusia protestan, akan tetapi seperti bicara sebelum ini bahawa; inginkan berlaku kritis atau kelainan dari yang lain.

Kerana potensi mereka adalah hak mereka memilih jalan yang sesuai dan paling relevan bagi mereka menyelinap dalam kehendak mereka. Ya, mereka antara manusia yang tidak bertaqlid dengan suara atau ide orang, seperti berlakunya dalam gelodak Manhal United.

Kerana Manhal United, sekalipun semuanya lari dari sarangnya, ia tetap bersenyum dan sentiasa di bibir manusia-Nil. Dan kini, manusia-Nil menyedari akan hakikatnya walaupun sering dipersenda dan dijadikan bahan ketawa manusia lain kerna potensi ahli tidak sering memihak kepadanya.

Dan kini juga, Setiap dari kelompok-kelompok yang wujud turut harus berterima kasih kepada Manhal United kerana mengasaskan potensi bakat-bakat yang ada di seluruh kelompok yang wujud kini.

Atas usaha manusia kritis, telah menghasilkan berbagai tokoh, dan tokoh ini sebenarnya bermula dari tapak yang satu. Bukan berkemampuan untuk terus melangkah ke langkah-langkah seterusnya.

(Iklaneka: Manhal United adalah simbol Kelab Sukan kurang namanya di kalangan student Malaysia-Cairo. Manhal United juga sehingga kini masih mempunyai ahli-ahlinya bagi memenuhi aktiviti-aktiviti sukan dan anjuran dari segenap penjuru kejohanan di kalangan Student Malaysia-Cairo.)

Note: Mufaraqah= Keluar (berpecah atau keluar dari kelompok)

Taqlid= Ikut (Ikutan dari pendapat atau trademark)