"Instrumentalisme-Revolut"

“Zaman makin berbeza. Manusia pun beza. Hidup turut merasai bezanya. Semuanya memang berbeza. Kerana rakaman masa dan waktu berubah sentiasa untuk manusia. Sebab itu manusia sentiasa dalam kerugian”.

Falsafah apakah hingga perlu berfikiran di waktu santai, lena, main, kerja, dan segalanya. Falsafah yang membina ketahanan hidup ku untuk terus merancang di kemudian hari. Esok, lusa dan waktu besar dalam keluarga, zuriat dan bangsa menerajui hidupnya dan negaranya. Ya, negara yang sudah Merdeka dan belum tika masih dikawal dengan kuasa dunia.

Mungkin tahun ini Merdeka makin membina siasah manusia. Kampung halaman, pusat bandar (pencil dan gah), jiwa-jiwa manusia, fikiran manusia, tata-hidup, gaulan, perjuangan dan tak lupa juga untuk tidak mensia-siakan usia segalanya yang makin mencecah bilang-bilang angka.

Memang benar; manusia tetap punya falsafahnya walaupun aktif sifat berbeza itu sering menukar ganti hala tuju manusia. Sehingga dari peringkat yang punya akal fikiran dan yang menanti maut sudahpun memproses bahagian falsafahnya. Hanya untuk mengisi kehendak dunia. Itu sahaja.

Ogos ini juga akan merakam banyak peristiwa. Antara bulan kelahiran, kemerdekaan, kesadisan, keriangan, kehampaan dan segalanya berlaku. Untuk mengajar mangsa dunia seperti aku, kamu dan kalian. Cumanya sifat beza yang diketengahkan adalah usul perjalanan hidup, bukan menyifatkan bezanya dari sosial hidup. Kerana usul itu adalah hak utama menilai posisi kita bagi membelah atur-cara hidup ini.

Kebarangkalian situasi manusia seperti aku ini perlu lebih progresif dengan faham falsafah hidup. Faham dengan sosial manusia. Faham dengan proses untuk manusia. Kerana kefahaman ini akan mencerna falsafah seseorang untuk menilai gerak geri manusia untuk hidup, perjuangan dan justeru itu falsafahnya akan tergemilang.

Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang segalanya berkemungkinan di hari-hari akan datang. Untuk mencabar dunia bahawa kemampuan manusia ini tidak punya tolak bandingannya. Hinggakan kuasa globalisasi, modernisasi, kurapsi gelombang-gelombang isme dan lain-lainnya bahawa; manusia mampu menandingi dan berdaya saing supaya tidak terpengaruh dan tunduk dengan negetisme sedemikian.

Kerana, walaupun banyak kemewahan diterima. Kesenangan, kecanggihan dan keterbukaan yang dicernakan namun, negetisme kemusnahan akan sentiasa menyeru suara-suara kiamat akan tiba. Biarpun sehebat mana sekalipun pangkat, kuasa, balam bangunan, senjata bahawa firmanNya mencemuh membawa kehancuran kecuali WajahNYA.

Untuk menjaga dunia; falsafah manusia mempunyai 2 unsur utama yang sama maksud. Adalah Dustur (Syariah) itu, berunsurkan untuk manusia merealisasikan dan praktik berguna untuk diri. Hinggakan kemampuan yang dimiliki untuk menjadi penyeru adalah kewajiban individu. Kerana dustur itu juga, tidak akan memihak sama sekali bagi Pencipta.

Justeru, harga manusia mempunyai ikatan yang kukuh untuk faham dengan dustur, dan menghasilkan falsafahnya tersendiri mengikut faham situasi kehendak manusia. Namun, kuasa faham tersebut tidak semata-mata tenggelam dengan kefahaman sosial bersahaja, akan tetapi kefahaman dustur sebenar dengan hubungan kepadaNYA adalah aspek utama untuk manusia menelusuri ke aspek-aspek yang lain.

“Tiada siapa menghina Hidup”

Advertisements

5 Responses to “"Instrumentalisme-Revolut"”

  1. a’kum…
    memang zaman dah berbeza..
    berbeza dari dulu, kini dan masa depan…
    apa yg penting..agi idop agi ngelaban

  2. Entry ko nih begitu memahat minda ku…aku rasa bertuah kerana dapat mengenali insan yang mampu berfikiran luas semasa dunia ini semakin mengkhayalkan.Aku berharao jika ada umur panjang dan murah rezeki kita dapat berjumpa bertukar-tukar aweks…EHHH!!!Bertukar-tukar idea laa…ehehehh

  3. Azreen Sulaiman Says:

    hi! ty for dropping by ^_^ dtg lagi!

  4. Anonymous Says:

    manusia… hati lain-lain.. fikiran lain-lain.. itulah cabarannya

    Op

  5. Anonymous Says:

    You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it film editing schools

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: