Archive for September, 2004

"Hujan Batu Vs Hujan Emas"

Posted in Life always Began on September 18, 2004 by duwenk

Mungkin banyak perkara tidak berlaku dalam hidup ini. Tapi banyak juga perkara yang samarata berlaku dalam individu hidup. Hakikatnya semua alam merasai dan turut tertimpa dari apa yang telah berlaku. Seperti adanya tragedi-tragedi bersifat individual, jamak-tetangga, dan jamak sosialis kemanusiaan untuk dijadikan iktibar atau pohon responsible yang agak positif. Bukan hanya mampu terletak dalam faktor-faktor negetif.

Walaupun masih tidak matang untuk menilai “hujan batu di negara sendiri, tetapi sudah cukup akal ini memantau setiap posisi kedaerahan suasana yang terbentuk di segenap aspek infomasi hidup. Melalui diskusi para analisas, watak budaya-seni umah, mentaliti, media infomasi dan sebagainya bahawa; peringkat ketelusan budaya umat melayu masih bertaraf haus ketamadunan“. Itu hukuman pasca analis.

Namun, tidak semestinya segala hal yang terletak dalam penghuraian individu atau pantauan mulut para pendeta dunia mahupun diserangkaian media-media infomasi; dengan aspek sebegini, tidak-lah menentukan segalanya akan terus beku dan kaku untuk memberi impak ketamadunan yang penuh budaya-budaya keintelektulan. Bererti, dunia akhlak, idelis dan mentaliti kemanusiaan harus seiring untuk terus di jamin sebagai “khairu Ummah“.

Untuk beberapa hari di “Hujan Emas” ini, penilian akal di sudut mentaliti amat mengghairahkan endap keperkasaan manusiawi. Mentaliti yang tidak terdorong dalam fenomena kriminal atau kejaman dari yang besar. Hatta sekalipun masih wujud ketaksuban fahaman dan aliran; namun kebebasan idealis untuk membentuk mentaliti manusiawi semakin tegas.

Mungkin kalau anda wujud di tika ini, alangkah lapangnya dada untuk memikul idelis per-kelompok. Bebas dalam lingkungan akta Demokrasi yang sering didebatkan dimulut para politikus. Suasana meriah PEMILU 2004 bagi mencari calonan PRESIDEN Baru indonesia begitu aman. Tingkah laku para demonstrasi ada wujudnya kerelevanan. Memang masih relevan kalau benar acaranya sentiasa konsisten dan bersifat positif.

Bersambung…..



Bandong, Indonesia

"Resah langit Usia"

Posted in Life always Began on September 12, 2004 by duwenk

Bagaimana nak mulakan neh.. Susah nak jangkau hidup 2/3 minggu ni.. Suka bersulam duka, bercampur derita, beraih sentosa di kala langit menantikan deruan suara-suara katak. Kerana; secerah terik hari, banyak kemungkinan petang akan mengeluh kerana bumi yang basah…



Bukan nak berselindung untuk harian bila di tanah air, lestari pusaka zaman berzaman. Banyak yang mengatur hidupku agar mengikut rentak sumpahannya. Sumpahan dari 2 damensi cakera pemikiran manusiawi yang saling tidak tumpah mempunyai kaedah dan kualitinya tersendiri. Oleh kerana lestari pusaka, sumpahan dan citarasa diri yang banyak terpengaruh dengan amal-nafsu; aku tidak berganjak untuk menyahut harian manusia seperti aku kecuali berlaku “Dharurah“.



Namun, walaupun sesak untuk bernafas di degup harian kini, aku bangga dan tidak cemuh dengan pergerakkan hari. Waktu dan masa sekalipun menguji tapak perjuanganku, tetapi; manusiawi tidak pula meminggirkan ku untuk sama berkongsi kemahuan yang ada. Tetapi juga, jiwa manusiawi seperti ini hanyalah bisa dibilang dengan 2 jari sahaja. Tetapi, tetap tidak terdusta.



Mungkin amat mistik dan sukar untuk aku jelaskan dalam penulisan ini. Kerana, Sketsa Degup Usia ku tidak mampu difahami oleh seluruh kenalan dan tentu berlaku kontervesi dunia realiti manusia yang sama-sama bangga dengan hidup. Hidup yang dipenuhi manusia seperti aku, kamu dan kalian.



Tetapi; aku sedar, walaupun aku berhak berhukum terhadap diriku sebagai penentu tadbir hidup, bahkan aku juga sedar, segala manajeman pemikiran ini berlangsung dengan faktor-faktor pembinaan akal dan jiwa. Kedua-duanya mampu memberi kuasa yang agung untuk mentadbir manusia dalam mengharungi gelodak modernisasi kini.



Sebagai maksud; Pendirian dan susur-galur hidup ini terbina dari penglihatan, pengkajian, pemahaman dan unsur-unsur kerohanian yang berbentuk hidayah Allah dan Hidayah Akal yang sering dikaitkan oleh rasionalisme. Kerana setiap pergerakkan kini perlu berhati-hati dalam penerimaan rasional dan tidak sama sekali menolak unsur-unsurnya. Hanya mampu bermohon..” semoga dari golongan yang dipilihNYA”

::Paichowan Sri Gombak::