"Resah langit Usia"

Bagaimana nak mulakan neh.. Susah nak jangkau hidup 2/3 minggu ni.. Suka bersulam duka, bercampur derita, beraih sentosa di kala langit menantikan deruan suara-suara katak. Kerana; secerah terik hari, banyak kemungkinan petang akan mengeluh kerana bumi yang basah…



Bukan nak berselindung untuk harian bila di tanah air, lestari pusaka zaman berzaman. Banyak yang mengatur hidupku agar mengikut rentak sumpahannya. Sumpahan dari 2 damensi cakera pemikiran manusiawi yang saling tidak tumpah mempunyai kaedah dan kualitinya tersendiri. Oleh kerana lestari pusaka, sumpahan dan citarasa diri yang banyak terpengaruh dengan amal-nafsu; aku tidak berganjak untuk menyahut harian manusia seperti aku kecuali berlaku “Dharurah“.



Namun, walaupun sesak untuk bernafas di degup harian kini, aku bangga dan tidak cemuh dengan pergerakkan hari. Waktu dan masa sekalipun menguji tapak perjuanganku, tetapi; manusiawi tidak pula meminggirkan ku untuk sama berkongsi kemahuan yang ada. Tetapi juga, jiwa manusiawi seperti ini hanyalah bisa dibilang dengan 2 jari sahaja. Tetapi, tetap tidak terdusta.



Mungkin amat mistik dan sukar untuk aku jelaskan dalam penulisan ini. Kerana, Sketsa Degup Usia ku tidak mampu difahami oleh seluruh kenalan dan tentu berlaku kontervesi dunia realiti manusia yang sama-sama bangga dengan hidup. Hidup yang dipenuhi manusia seperti aku, kamu dan kalian.



Tetapi; aku sedar, walaupun aku berhak berhukum terhadap diriku sebagai penentu tadbir hidup, bahkan aku juga sedar, segala manajeman pemikiran ini berlangsung dengan faktor-faktor pembinaan akal dan jiwa. Kedua-duanya mampu memberi kuasa yang agung untuk mentadbir manusia dalam mengharungi gelodak modernisasi kini.



Sebagai maksud; Pendirian dan susur-galur hidup ini terbina dari penglihatan, pengkajian, pemahaman dan unsur-unsur kerohanian yang berbentuk hidayah Allah dan Hidayah Akal yang sering dikaitkan oleh rasionalisme. Kerana setiap pergerakkan kini perlu berhati-hati dalam penerimaan rasional dan tidak sama sekali menolak unsur-unsurnya. Hanya mampu bermohon..” semoga dari golongan yang dipilihNYA”

::Paichowan Sri Gombak::

Advertisements

One Response to “"Resah langit Usia"”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: