"Selatan Yang Rawan"


Penulisan ini bukanlah satu esei fiksi atau pembongkaran situasi sebenar; adalah hanya memenuhi respon individu yang punya sensitiviti serta lonjak penguasaan batin dalam mentaliti sebagai umat Muslim. Justeru, bukanlah berbentuk pendakwaan, penuduhan serta pembantingan persis “batu api” bahkan bermisi membina keharmonian menerusi kata hikmah atau falsafahbala‘ yang menimpa umat Islam kini.

::4Intention:: Esei ni tak sempat nak habis. Sebab,.. Ada sebab2 tertentu.. Mungkin juga sebab psykologi.. Atau Bla bla.. bla… :::

Mungkin disangkakan cerah hingga ke petang, tapi mendung di siang hari. Malah telah basah dilanda ribut serta ‘bah‘ yang kuat hingga dihujung puncak bukit sana pun tidak tercapai anak Nuh bersembunyi. Begitulah nasib Selatan Thai yang pembangunan cukup agresif di awal 80-an hingga pertengahan 2003. Tika itu, taman yang mekar dengan segala aneka rempah ratus bunga-bunga telah disimbah selaut toksin bagi melenyapkan haruman dan warna-warni alami hidup.

Amat serius sekali bila mengenangkan hal sebenar kejadian. Perkiraan awal pada bulan awal 2004, seluruh bandar besar sini semakin mulai rawan. Selatan Thai dilanda rawan intelagasi sosial ummat. Mungkin sejak dari bebarapa tragis ngeri menekan sentimen hormon aktiviti masyarakat, sehingga kini “yang dulunya gaul bersimpatik kemanusiaan dan kini misteri dengan kesangkalan“. Publik menjadi lesu tanpa bila akan kembali merencah era-global yang seluruh dunia begitu agresif membolot keuntungannya.

Tidak mungkin juga kita akan mengira episod tragedi yang melanda umat sini adalah satu konspirasi “orang besar” untuk turut bernari dalam politik dunia. Mungkin juga, andaian “fasad” yang tertimpa terhadap kelompok peribumi berupa “fitnah” membawa idelogi fundamental yang hinggap alias ‘teror’ terhadap kerajaan yang sah adalah periode fasal utama dalam ciri-ciri keadilan. Kerana dua andaian tersebut sememangnya, secara mendasar mempunyai faktor berasingan untuk menjalani peradaban ummat dan respon sosialogi pergolakan politik dalam negara. Lebih lagi berpihak dalam sentimen ‘Muslim’ yang sering diperdebat oleh para negara-wan, politik-wan mahupun ‘orang biasa’.

Dalam realiti kenamaan, satu detik, namanya kembali dijulang setelah sekian lama dunia tidak peduli. Selatan Thai dulunya agung dengan peradaban ilmu dan mempunyai tokoh-tokoh yang mampu bersaing dalam lapangan penyebaran ilmu. Para tokoh yang pernah menjulang namanya di persada ‘ketamadunan manusia’ seperti “syeikh Md.Daud al-Fatani, Syeikh Abd Rahman al-Turbusyi, (dan beberapa tokoh lagi) masih mampu berbangga untuk umat Asia . Hingga kini, walaupun Selatan Thai kembali dipandang dunia dengan sketsa negetif, namun paling tidak, kenangan sejarah asal usul Selatan Thai akan lebih memberi intipati positif kepada seluruh dunia untuk “celik mata” terhadapnya. Bukan hanya bersifat “hangat-hangat tahi ayam” yang begitu dominan tumbuh dalam umat era kini.

Mengikut persepsi ketamadunan manusia melayu, Selathai adalah deretan manusia yang pernah menempah nama. Kalau Nusantara dulu begitu kuatnya hubungan di kesultanan Melayu dari jajahan empayar Utmaniah turut berlangsung dengan edaran semasa. Mungkin berkat para dagang yang merantau ke daerah Asia ini, menjadikan Nusantara tidak terkecuali sebagai antara penyusun bata ‘Ketamadunan Islam’.

Sebagai contoh ‘ketamadunan melayu selathai’ mewakili para tokoh agamawan itu tersebar hinggakan menempah nama di kepulaun al-Jazeerah. Lewat menghadiri juga di barisan para ulamak yang hingga kini termasyhur adalah di lembah Arab. Beberapa kenyataan ini bukanlah hanya bersifat mitologi ataupun satu lagenda ciptaan, bahkan hingga yang berani merestui kemasyhuran selathai sejak dari dulu lagi dengan pusat pengajian ilmu-ilmu Islam, seperti tapak-tapak pasantren yang unggul sehingga kini.

“Kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi“, peribahasa ini mungkin akan memberi jawaban yang jelas bagi akar persengketaan sejak akhir ini. Kerana, sedari dari dulu bahawa potensi masyarakat sini adalah amat berpengaruh sekali dalam pemangkin ummah. Walaupun ketika pengakhiran era-70an telah mengundang kegawatan untuk pembebasan Pattani, akan tetapi di awal 80an, manusia rantau Selatan mula mengubah haluan dalam meredahi era-demokrasi. Segalanya berlangsung aman dan menghasilkan bahawa selatan Thai mampu bereaksi mengikut arus kemodenan.

Justeru, lahirlah bakat-bakat dari pencernaan umat pasca-pembebasan.

Di seluruh medan globalisasi semakin hampir dipimpin. Manusia mula mengerti pemahaman yang wajar sebagai umat Islam dalam menentukan peribuminya. Babak-babak ketamadunan mula digilap kembali melalui proses sosial, ekonomi serta rencah politik yang didominasi oleh barisan muslim selatan Thai. Pengintegrasian sesama bangsa dan hak perjuangan semakin relevan dan tidak bersifat berat sebelah atau ketidak pedulian sama sekali diberi perhatian.

Respon Selatan Thai disambut baik oleh pihak kerajaan. Kalau dulu pemberontakan pihak ‘Plo” yang berontak hanya mempunyai vision keamanan tapi, tidak lagi berlaku. Kerana kerajaan turut menyalurkan sumber-sumber kewangan melalui wakil-wakil kabinetnya. Memberati hak asasi masyarakat, serta menjana pembangunan di setiap kawasan desa mahupun berprestij pekan. Antara hak melayu dan Thai (siam) disama-ratakan demi membangun bersama-sama melalui usaha kerja, tanaman, persekolahan, pekerjaan dan pembangunan dalaman. Bermula dari sini, Selatan Thai harmoni dari slogan-slogan “Inginkan Pembebasan” seperti berlakunya kegawatan hingga kini di pendaerahan “Palestin-Israel” dan “Acheh-Indonesia”.

Namun, seperti diperkirakan tadi, di pertengahan 2003, Selatan Thai mula memecah unsur-unsur kemanusiaan. Kecelakaan dan pembinasaan mula bercakar di sana sini. Semakin gawat setelah momokan dari segenap pihak menyalahi antara satu sama lain. Tahun baru di sambut dengan era kehampaan (2004). Masyarakat seolah tersuntik trauma tragedi di zamanPembebasan Pattani” lewat tahun 70an dulu. Segalanya semakin hambar dan menjadi semakin misteri hingga kini.

Bersambung.. Insya-ALlah

::Baru dipublishh..upload dah lama..:: Sekian



Pai, Sri Gombak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: