Archive for November, 2004

"Akhir Ramadhan dan Syawal"

Posted in Life always Began on November 10, 2004 by duwenk

Dah nak raya ehh.. Huhuhhu.. bape banyak sangat amalan bleh kita kutip bulan pose neh.. Kenapa plak Para malaikat (hingga memberi kesan kepada Rasulullah dan Para Sahabat) Bersedih sangat bila senjanya hitungan Ramadhan?? Kenapa plak manusia tak kreatif dlm membolot keuntungan ibadat. Lebih2 lagi di akhir Ramadhan Ini yang banyak mencelahi Ribuan Rahsia LaiLat al-Qadr..Sebaliknya, Manusia lebih kreatif dalam perihal dunia..perihal mengatur aturan dunia, membongkah kerahsian dunia hingga lupa asalnya dan macam2 lagi perkara yang benar-benar hampir terkeping lipatan iman. Bahawa sebenarnya, Perihal Dunia dan Akhirat adalah sama2 teras kejayaan dan jaMinan Allah untuk Umatnya..

Berkat yang masih berbaki nih.. Sama2 la pungut serpihan hari kesepuluh akhir ni. Berapa hari sangatKah yang ada?.. Biarpun sedih ini tidak begitu meranumkan Iman kita, tetapi sifat sensitif dan kreativiti sedar sebagai hamba perlu di amat-amati kembali di akhir Ramadhan ini. Kerana selepas ini, Allah juga menjanjikan (meraikan) kemeriahan dan kegembiraan di awal Syawal kan tiba..

Biarlaaa.. kalaupun malam takleh nak tido, kerana emnasia atau apa2 penyakit… sibukkan saja dengan berfikir (tafakkur) Kerana Allah.. Biarpun sifatnya lebih menjurus keberhasilan duniawi(itu yang sangat malas). Jangan biarkan, “sudahkan amalan diri ke akhirat tidak terdamping, malah kedua2nya terlepas dari pangkuan masing-masing.” Kerana Matlamat hidup adalah Kerana Allah.

Tidak cabul rasanya; Kerana dua hal yang berupa “tafakkur Ibadat utk seruan di dunia dan Tafakkur Ibadat utk seruan ke akhirat” adalah peranan yang sama2 penting untuk manusia muslim. Pertama; seruan yang menyedari keterbatasan dan keterbukaan membudayakan agama dalam diri untuk edaran dunia. Tidak kira dalam permasalahan budaya, politik, ekonomi dan segala faktor struktulisme kesejagatan (global) di antara Manusia. Dan Seruan Kedua; yang betul-betul pusat penjanaan seruan pertama: meliputi hal Ibadat. Lebih2 lagi di akhir ramadhan yang Tafakkurnya lewat soal ibadah zikir malam (solat Tarawih, tahajud,taubat dll.)yang langsung kepadaNYA.

Biarpun baki-baki yang sedikit ini, masih berpeluang utk kita menghiasi diri bersama moral, nilai dan lable (simbol) itu sendiri…Dan setelah itu, berhasillah ‘kemeriahan dan keraihan” di Syawal nanti benar-benar manfaat utk dirasai.. Serba sedikit yang sedar ini, dapat mengatur kembali niat suci (kerana betapa mistik) kita menjajah di dunia sementara ini biarlah Kerana Allah.



***********************************************************

*Dah tinggal 2 or 3 hari lagi nak raya… Tak relevan agaknya ‘entri’ nih. Tapi coz lama dah buat, Cuma nak publish tak leh.. server memang siall.. hahha?

*Sape wat rumah terbuka?? Jangan segan silu ajaklah kawan2 pegi umah.. “pai buat umah terbuka hari raya pertama.. Betul2 lepas solat raya.. Lepas tu tutup terus.. HuHUHhu”



Selamat Hari Raya;

::Paichowan::