Archive for December, 2004

"Adat Yang Silap??"

Posted in Life always Began on December 26, 2004 by duwenk

Kerna kuasa emperik, manusia banyak menilai dari ‘Hissiah’ (emperis) rasional. Kerna ada bukti dari gambaran hasil mata kasar yang menerjemahkan akal untuk fahaman diri dan sekeliling. Sehinggakan setiap zarah (atom/sel) juga perlu dimikroskop untuk mengintai nilai emperis bukti pengakuan rasional manusia.

Itu bagi keperluan ilmu-manusia agar lebih manusia memperguna kebendaan seperti di era-Teknis(T&S). Bahkan, tidak pernah pula ilmu-ilmu sedemikian dilibatkan soal kepercayaan mahupun terlibat mengenai rasa ‘fitrah’ manusia terhadap alam dan pencipta.

Itulah zaman modern. Zaman yang banyak memberi kemudahan dalam pembangunan jasmani manusia. Zaman yang sambung menyambung halilintar teknis mengejar otak-otak genius para cendikiawan. Mencipta, mengkaji, meresepi, mengolah dan segala macam teknis pemodenisasi untuk manusia. Lalu, di sinilah lahirnya adat penyelarasan kuasa modenis yang bertunjangkan kuasa emperis -sains dan teknoligi.

Tetapi manusia tetap kelabu, dari adat yang tercipta setelah era- struktulism atau zaman Post-Modern; manusia lebih memberati dalam kekacauan antara hak kebendaan dan hak kepercayaan bukan lagi dalam ‘pencarian fitri’. Kerana, rasional adat yang dijadikan ‘sign’ tersebut memerlukan pembongkahan akal untuk merealitikan, bukan menjadi dogma yang katanya dianggap kolot.

Hakikat; adat yang sering tidak akan difahami manusia mengenai nilai intuisi-mistik; iaitu tetap tidak membumbung tinggi dari kefahaman akal. Namun teori-teori para Ahli, berkemungkinan bijak menyusun fakta dan kerasionalan namun tidak lengkap sepertimana penyesuaian segala macam sel OTak yang berbeza fungsi dan sifat dalam Penjanaan mistik-intuisi.

Lalu berlakulah berbagai tanggapan dan idelis (fahaman) berbentuk individulistik antara hasil kajian bersifat intelek dan bersifat mistik. Bahawa, adalah dalam maksud akidah Manusia Muslim mesti mengakui peringkat ‘fitrah’ tanpa perlu perlakuan emperis (mistik-intuisi) dan begitu juga, kecelaruan yang diadabtasi dari teori falsafah mengenai akal kerohanian (intuisi-mistik).

Kerana adat adalah SunnatuLLah(emperis) dari berkat Mukjizat(Mistis) ummat akhir zaman kini. Seperti adat panasnya Api terkawal dengan Mukjizat yang menyejukan sifat panasnya. Berlaku juga, pada adat si mati yang tanpa berpenyakit; kerana tanpa kawalan emperis kesihatannya (melainkan KuasaNya).

Note:(Intuisi-mistik) ialah pandangan kerohanian

(Mistik-intuisi) ialah bagaimana kerohanian mencipta pandangan

Paichowan::

Cairo Nan Dingin Banget Sihh!!!

"Di ambang Salju"-

Posted in Life always Began on December 23, 2004 by duwenk

“Nak jalan ke mana tu?”. Dia diam saja sambil matanya turut berekor melihat tapak-tapak angka. “Berjalan memahami hidup, atau pasal ilmu, atau pasal sosio semasa, atau; kemanakah sebenar ni?”. Dia masih bersendiri mengikut jejak fikiran. Buntu sangatkah waktu ini? Atau kelu dengan penguasaan diri untuk lebih berkosentrasi dalam langkah ini.

Dia membiarkan perasaan menguasai diri. Adakala dia merasa lemas untuk menyelam setiap persoalan berfakta. “Ala, be cool babeh. Just melengkapkan apa yang kurang. Lagi pun, agak lama sudah diam”. Dia masih membelai nafas naik turun untuk lebih tenang proses struktur badannya. Kerutan di dahi ada kala berjalur-jalur seolah beban turut mencerobohi jasad dan fikiran.

Tapak angka itu makin bergerak. Laju dan sekejap terhenti kerna fikiran. Fikiran yang memang layak menjadi si perintah waktu ini. “Teruskan saja. Jangan terlalu agak-agak menjangkau setiap angka. Biarkan tidak berisi tapi bekualiti”.

Dia semakin tidak faham. Kepalanya kadangkala menggaru belakang leher yang tidak gatal. Tempat duduknya dibetulkan agar selesa. Baju yang berlapis-lapis berbagai jenama berjaya menghabakan badannya. Kerna kerumitan fenomenanya sekarang dan sifat bajunya juga.

Tapi dia gagal untuk terus mempengaruhi seluruh jasadnya mengikut gerak langkah jari-khayalnya. Di atas kerusi, dia senyum. Senyum ada sesuatu yang baharu. Untuk makanan mentalnya. Seperti seorang yang terjumpa barang tercicir di padang pasir. Mungkin khayalan. Adakah ini kerna dari pertemuan kekasih atau rakan kongsi atau satu ikatan yang tiada terjemah untuk bahasa manusia.”Terima kasih Muring”. Tapi, benar, dia sudah mempunyai banyak keperluan jentera jasadnya. Untuk hari ini, esok dan entah sekejap lagi menguasai langkah jari-khayalnya.

Dia diam lagi. Ultra Lights, dari rokok LM di sedutnya lagi. Sambil asap menyelinap dipapan kaca mata. Memedihkan korenal mata putihnya. Masih memikirkan kesangsian tadi;”Biarkan tidak berisi tapi bekualiti”. Apa maksudnya?. “Ini perlu dirobek satu persatu”. Getus semangat inginnya.

Fikirannya cuba merungkai dari Isi=Kualiti. Bukan Isi dan hanya kualiti. Bersikap pengaruh identiti susunan angka/huruf. Melalui skema sedialek cerpen atau antologi. Dalam lanskap penyusunan bahasa dan pengamatan budaya. Budaya seseorang yang telah buntu ketika di hadapan sebuah skrin monitor. Sambil fikiran melayang berfantasi entah kemana. Dan Langkah jarinya adakala dilirik oleh mata dan adakala bagaikan seorang kerani menyiapkan tugas timbunannya.

“Ini bukan tidak diisi. Atau sesuatu yang tidak berisi.” Hatinya turut menyanggah apa kata sebelum ini. Pengisian yang adakalanya bercampur dalam pantauan dan kajian sesi anutan bahasa. Bahasa dari adat (pembudayaan) dan bahasa dari susunan (skema/berprotokol). Dan pengisian yang menentukan arah sosial seseorang. Dalam fenomena individulistik dan privacy.

Tidak payah. Walaupun jarak kerutan di dahi kelihatan, ianya hanya sebuah sifat kosentrasi seseorang. Begitu juga tumpuan dalam bacaan ini. Seperti sifatnya berbaju biru, begitu asyik melangkahkan jari-jarinya untuk disenaraikan. Untuk satu kajian (ilmu) dan satu bacaan (kosong)dalam ruang putih ini.

:::::Paichowan::::

:::::Cairo Salju malam Jumaat:::::

"G.B.M"

Posted in Life always Began on December 7, 2004 by duwenk



Sehari dua duk kat umah ok la.. Bila dah lama, rasa buhsan pun bukan, meluat pun bukan, rindu pun bukan, cumanya…. cam dah panas punggung nak duk lama2. Makan tido, main, (malam) lepak, balik kul 2/3.. Huhh… Tapi, dalam tidak keruan cam tuh, ada gak yang manfaatnya. “Ini hikmahnya”..



Bila time Raya hr tu, rasa kekosongan dah dipenuhi kemeriahan. Mana taknya.. sume anak beranak balik.. From indonesia 2 orang (kakak n adik aku), from terengganu (adik aku), from kl (kakak aku) n aku sendiri yg lama dah tak balik.. seMemori aku,.. inilah kali pertama kitaorang berkumpul (selamat 10 thn terakhir). Bila dah terkenang camni, “Eh,.. Keluarga u ni keluarga perantau la“.. Ada yang sibuk komen pasal family aku.. huuhuhuhu



Itu time raya 2/3 hari, lepas je raya enam (Hari Raya Puasa Enam), derang dah balik sume, tingai aku sorang lagi.. cam aku cakap tadi, cam tak keruan.. Tapi, bile jah sampai sini (kl)… igt nak balik umah smula. Macam saham naik turun di pasaran…



Selama 2 bulan 1/2 neh,.. pikir2 balik “apa yang aku dapat“… tak banyak pun. Cuma rasanya, yng sikit tuh banyak nilainya.. Kualiti memang bleh pertikaikan.. Secara sosial hidup, ilmu, kefahaman intuisi, emperik n bla bla bla.. Dari dua pihak yang sama lable lainnya.. Mudahnya, soal jasmani n rohani.. Yang berorientasi Modenis n Tradisi. Boleh tahan gak la…. Pendek kata; Buah petik di kota, diranumnya di desa.



Mungkin situasi n suasana buat aku jd panas punggung kat umah. Bukan berontak, cuma tak bleh konsisten n terlalu lama.. Cabaran dari luar lebih menduga aku untuk lebih praktik pada setiap keadaan. Aku lebih senang macam ni.. Macam konservatif (zahir), Agresif (batin).. Itu tanggap aku buat sementara ni..



Itu dari perihal sosial dunia. Untuk hidup lebih panjang, kaki nih perlu melangkah lagi. Perlu berlumut dan basah di kehidupan dunia. Perlu lebih menajam mata untuk menilai sketsa dunia. Itu maksud ku… Esok, lusa dan hari-hari…..



Keluarga di kampung; Papa+Mama, “Semoga sentiasa dalam rahmatNYA. Terima kasih sanggup terbeban 2 bulan lebih ni” -(Tu la.. si penjaga sanggup berkekang mata utk menjaga.. Tetapi anak pula bagaimana?). My sister, bro-Rizal, dadan coz banyak sangat dah nkorang tolong aku time balik nih.. Teman-teman; “Terima kasih coz sanggup layan aku.”hahhaha.. “bila plak kan muncul waktu2 sperti ni“.



Esok 8hb Disember 2004.. Aku akan ke Cairo lagi.. Untuk mengintai balam-balam bangunan yang banyak. Menimba sungai Nil yang tak putus2 arunya. Mencemuh pada budaya-budaya yang kadang kala juga sanggup mengorbankan nilai manusia (ada kalanya saja). Dan banyak lagi masalah yang bakal aku celahi, dan bagaimana nanti?


Kembali ke Kota Bernyawa
Tidak membaham keponakan Arab atau Yahudi
Hanya untuk degup usia detik-detik ketika Mulut menelan manusia
Seperti Maha FirAun dengan Kuasa
Maha Qarun dengan Harta
Maha para pengukur iman-dunia
Tapi hanya satu langkah ku
Seperti Musa merintih tinggi ke langit
dengan nista kaumnya
Seperti Syafie menongkah pasiran sampah di kota
dengan lambang kapalnya
Dan Para penobat akal-iman Agama

“paichowan”