"Di ambang Salju"-

“Nak jalan ke mana tu?”. Dia diam saja sambil matanya turut berekor melihat tapak-tapak angka. “Berjalan memahami hidup, atau pasal ilmu, atau pasal sosio semasa, atau; kemanakah sebenar ni?”. Dia masih bersendiri mengikut jejak fikiran. Buntu sangatkah waktu ini? Atau kelu dengan penguasaan diri untuk lebih berkosentrasi dalam langkah ini.

Dia membiarkan perasaan menguasai diri. Adakala dia merasa lemas untuk menyelam setiap persoalan berfakta. “Ala, be cool babeh. Just melengkapkan apa yang kurang. Lagi pun, agak lama sudah diam”. Dia masih membelai nafas naik turun untuk lebih tenang proses struktur badannya. Kerutan di dahi ada kala berjalur-jalur seolah beban turut mencerobohi jasad dan fikiran.

Tapak angka itu makin bergerak. Laju dan sekejap terhenti kerna fikiran. Fikiran yang memang layak menjadi si perintah waktu ini. “Teruskan saja. Jangan terlalu agak-agak menjangkau setiap angka. Biarkan tidak berisi tapi bekualiti”.

Dia semakin tidak faham. Kepalanya kadangkala menggaru belakang leher yang tidak gatal. Tempat duduknya dibetulkan agar selesa. Baju yang berlapis-lapis berbagai jenama berjaya menghabakan badannya. Kerna kerumitan fenomenanya sekarang dan sifat bajunya juga.

Tapi dia gagal untuk terus mempengaruhi seluruh jasadnya mengikut gerak langkah jari-khayalnya. Di atas kerusi, dia senyum. Senyum ada sesuatu yang baharu. Untuk makanan mentalnya. Seperti seorang yang terjumpa barang tercicir di padang pasir. Mungkin khayalan. Adakah ini kerna dari pertemuan kekasih atau rakan kongsi atau satu ikatan yang tiada terjemah untuk bahasa manusia.”Terima kasih Muring”. Tapi, benar, dia sudah mempunyai banyak keperluan jentera jasadnya. Untuk hari ini, esok dan entah sekejap lagi menguasai langkah jari-khayalnya.

Dia diam lagi. Ultra Lights, dari rokok LM di sedutnya lagi. Sambil asap menyelinap dipapan kaca mata. Memedihkan korenal mata putihnya. Masih memikirkan kesangsian tadi;”Biarkan tidak berisi tapi bekualiti”. Apa maksudnya?. “Ini perlu dirobek satu persatu”. Getus semangat inginnya.

Fikirannya cuba merungkai dari Isi=Kualiti. Bukan Isi dan hanya kualiti. Bersikap pengaruh identiti susunan angka/huruf. Melalui skema sedialek cerpen atau antologi. Dalam lanskap penyusunan bahasa dan pengamatan budaya. Budaya seseorang yang telah buntu ketika di hadapan sebuah skrin monitor. Sambil fikiran melayang berfantasi entah kemana. Dan Langkah jarinya adakala dilirik oleh mata dan adakala bagaikan seorang kerani menyiapkan tugas timbunannya.

“Ini bukan tidak diisi. Atau sesuatu yang tidak berisi.” Hatinya turut menyanggah apa kata sebelum ini. Pengisian yang adakalanya bercampur dalam pantauan dan kajian sesi anutan bahasa. Bahasa dari adat (pembudayaan) dan bahasa dari susunan (skema/berprotokol). Dan pengisian yang menentukan arah sosial seseorang. Dalam fenomena individulistik dan privacy.

Tidak payah. Walaupun jarak kerutan di dahi kelihatan, ianya hanya sebuah sifat kosentrasi seseorang. Begitu juga tumpuan dalam bacaan ini. Seperti sifatnya berbaju biru, begitu asyik melangkahkan jari-jarinya untuk disenaraikan. Untuk satu kajian (ilmu) dan satu bacaan (kosong)dalam ruang putih ini.

:::::Paichowan::::

:::::Cairo Salju malam Jumaat:::::

Advertisements

One Response to “"Di ambang Salju"-”

  1. Anonymous Says:

    Very cool design! Useful information. Go on! 20 card keno long term side effects of concerta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: