Archive for January, 2005

"Batuk"

Posted in Life always Began on January 26, 2005 by duwenk

Batuk..Uhuk uhukk.. Batuk..Uhuk Uhukk!!!. Dua tiga hari kebelakangan ni batuk, Uhuk uhuk uhuk!!! Amat keras dan kurang air di kerongkongnya.Batuk, Uhuk Uhukk!!!

Gelas di atas meja masih tak terusik. Air jernih. Mirip manik-manik kristal. Kaca. Jadi air yang jernih. Tapi tidak sesuci punca air yang ditendang Ismael. Yang banyak sejarah dan hikmah. Tapi air di meja itu masih suci. Masih cukup rukun untuk berhadas. Air itu masih sendiri. Tidak sedikit pun ada bekas dijamah.

Batuk… Uhuk uhuk!! Sangat perit. Mungkin rongganya sudah terluka. Kering. Kontang seperti tanah sudan yang hingga kini masih berbaur hangusan darah kering. Kerana dua saudara. Melawan gatal-gatal yang tidak tergaru. Hanya mampu menahan dengan desakan angin dari paras perut dihamburkan keluar. Masih batuk, Uhuk uhukk!!! Sengsara sekali.

Dah la tuh Ya…” Simpati seseorang kepada mangsa. Mungkin dia juga turut menanggung derita. Matanya semakin merah. Ada kelesuan di balik mata hitamnya. Sungguh perit.

Sudah hampir seminggu. Siang malam. Terbit pagi hingga matahari turut menghindarkan diri bersua najis-najis yang melekat dikerongkongnya. Virus. Cacing. Ulat. Kuman. Merayap-rayap bermesra di sekeliling rongga. gembira sekali mereka. Terjun naik bagaikan tempat reakriasi mainan. Rongga itu adalah syurga mereka.

Tangannya bergerak. Mencapai satu objek di hujung katil. Beberapa percikan api hinggap disebalik wajahnya. Berkepul-kepul asap disedut. Asap jahanam itu masih disedut. Mungkin tidak senikmat para penagih rokok yang lain. Lagaknya amat sengsara ketika disedut. Batuk… Uhuk uhuk uhuk!!!!

Huhh… duk isap lagi rokok. Tau dah duk batuk. huhh” Regus seseorang yang cukup rapat denganya. “Gian la..” Batuk.. uhuk uhuk uhuk!!! Penagih yang degil. Memang setan jenis apa yang diguna pun tak tahu. Ayaaaa… malas tulis dah la… hahhahah:))

Papai..

Cairo dah tak dingin..

"Eid*Raya*: Adha"

Posted in Life always Began on January 19, 2005 by duwenk

Di blok 402. Pahang Student Hostel. Suasana amat dingin. Jerebu. Embun. Hujan yang tidak keras cuma tajam. Seluruh penghuni agaknya bermunajat kaku dalam selimut. Bermohon agar suhu badannya meningkat tinggi. Biar panas. Suam. Tidak beku seperti ketul-ketul ais.



Di luar sana agaknya mencecah 9 atau 10 celcius. Tak sama di kota sebelah. Jordan. Syria. Atau Madinah yang lewat bulan lepas di katakan Salji. Memang dingin. Redup di awan pun susah nak di lihat. Di tutup kabus atau embun atau salji yang akan turun besok?



Esok dah nak raya. Selamat Hari raya la.. malas nak tulis.. Tak sempat.. hhahahha… Esok; Khamis. Raya. Malaysia pula katanya Jumaat raya. BTW.. Raya pun raya la..



Ok papai..



Kullu sanah wentum bikhair..

"Eksperimen Poros- kesusteraan. "

Posted in Life always Began on January 5, 2005 by duwenk

Satu: Minta maaf atas kelewatan entri. Dan banyak Soalan dan jawapan nya di sini. Paichow tak kesempatan atas alasan apalagi??? Sekarang dalam Fatrah imtihan.. Maaf untuk semua pihak.

Adeiii!! Terima kasih atas Kemenangan Tuh… Paichow taktahu nak bagi apa plak untuk timbal balas anugerah yang nkorang bagi…

Terima Kasih Buat Warga GEJU. Sanggup melangsaikan projek Awards tuh.. Dan menilai karya-karya GEJU untuk dinilai dan dipertandingkan.

Terima kasih Buat Cik OP.. Kerna bersusah payah mendaftarkan untuk paichow.”Walaupun bawah sedar paichow”.. Hhehheheh

Terima kasih buat Cik Muring… Kerana percaya dengan penulisan paichow.. Walaupun paichow sendiri masih ragu-ragu dengan kemenangan ini.. Dan terima kasih atas komentar/laporan kemenangan tuh…

Buat Mereka yang bersusah payah tuhh.. Mekasih.. I LUV U All.. Harap2 lepas nih paichow dah tak terlepas wat gathering. DOakan Paichow kat sini…..

Bagi respon kemenangan tersebut; paichow buat nehh jah yang mampu”…. Khas Utk Semua budak2 Jurnal mahupun tidak.. Yang datang tejapit sebelah kaki mahupun lurus bendul.. Hhehheh:D “(Lagging la tuuuu).

_______________________________________________________________

Satu hari di awal 1963. Ada manusia berlari-lari menuju dewan Hadiah sastera. Tercungap-cungap membawa berita negetif.

“Dia menolak”. “Toh kenapa menolak sih?”. Wajahnya amat tenang. Cuma sedikit gawat.”Mereka lebih layak di sini!!”.

Itulah agaknya di awal permulaan perbicaraan H.B Jassin bersama gensinya. Kontraversi antara H.B Jassin (Minakebu) dan Pramudya Ananta toer (Lekra).

Penolakan dua pemenang Hadiah sastera-; M.Poppy Hutagalung dan Usamahdari fitnah terhadap puak ‘Manikebu’. Masing-masing mengalami zaman perang kuasa sastera-politik terhadap puak Lekra. Saingan Lekra dan Manikebu cukup memeritkan suasana kesusteraan Indonesia. Jassin masih bersuara bahawa poppy;” diintimidasi untuk menulis surat penolakan”.

Di ruang Lentera‘ (sebuah majalah puak Lekra) bahawa kes penolakan Usamah adalah palsu. Bermula keruntuhan Lekra dengan rosak reputasi sebagai Lembaga Kesusteraan Rakyat.

Cerita ini bagai drama. Selang seli tenung dengan utusan kelmarin. Lain pula drama ini. Masih hidup. Berupa M.Poppy dan Usamah. Benar atau tidak rupa mereka. Tapi Poppy dan Usamah mangsa Manifesto Kebudayan (ManiKebu) dan Usul ‘Politik adalah Panglima’ dari Lekra. Mangsa dieksploitasi atas nama sejarah sastera mereka. Memeluk tubuk yang kaku dari tadi. Menyelam sedalam-dalam soalan mereka. Keputusan mereka. “Relevankah?”.

Ini hari, dari pagi bunyi rintik-rintik hujan. Di luar sana langit masih menangis. Mungkin sedih melihat kebodohan manusia seperti sampah. Melontar sana sini tahi, nanah, darah, bangkai, atau serpihan perut ayam. Perut ikan sudah busuk di pinggir jalan. Ulat-ulat begitu tekun mengunyah setiap sel-sel yang dulu hidup. Tidak sejuk agaknya. Membunuh segala kuman. Ulat adalah kuman. Najis, sifat yang tidak bisa dibawa untuk kesucian. Hanya hukum-hukum seperti pengamatan ‘al-Toharoh’ dalam kitab-kitab Feqh sebagai asas ibadat untuk si pengguna. Dan bila masa saja manusia tertipu. Kerna hukum realisme antara manusia. Bawa padah dan keporak perandaan. Dia masih mengintai di tirai bangunan duduknya.

Tidak banyak manusia fikir semua ini. Banyak pula yang berjaya menjanakan sifat berfikir. Bagus dan telus. Usaha yang sama-rata punya peran dalam hidup. Kerana hitam-putih adalah warna yang tetap berbeza. Seperti ‘al-Halal’ itu telah nyata dan ‘al-Haram’ itu nyata. Sehinggakan mendung dan hujan, petang ini, makin tidak dapat di singkap oleh manusia. Erti dan hikmah yang berjaya manusia robek pangkal jantung si langit. Ia masih menangis, mungkin awan sudah tidak tahan lagi membendung takungan air matanya. Air mata yang tidak dapat memadamkan Maha api Jahanam.

Masih relevankah semua ini?” fikirnya menyoal utusan semalam. Jari kirinya sedang sakit. Sejuk amat agaknya. Paras beku. Di peti sejuk amat kritikal lagi. Cecair ais takut untuk keluar menjenguk kerana teramat dingin. Dada peti ais di buka. Ayam yang menyorok di ‘Freezer’ disangka masih hidup mematuk jari kirinya. Zikir bertukar sumpah saranah. “Ches!!!”. Ketulan ais yang tajam cuba membunuh anak jarinya. Caos sangat. Dia sedar muram. Menyoal untuk kali kedua. “Masih relevankah semua ini.”

Kalau benar relevan, apa seterusnya?” masih dangkal untuk akur. Kusut otaknya masih bersimpul. Menyelinap dilendiran otak kiri dan otak kanan. Menepuk-nepuk supaya jadi seimbang. Sedar dari separuh sedar. Tak. Tak akan seimbang. Mengejutkan sel-sel yang sedang tidur. Melihat bahagian-bahagian yang sudah tertampung dengan warna-warna merah hitam. “Darah kotor“. Dia mula mengigil dan tak sanggup lagi bernyawa di tempat hanyir sebegini. Ada suara dari dasar bawah duduknya. “Masih tidak relevan“. “Hanya akal dan kotak otakmu yang merekayasa“. “Kau tidak bisa bohong dengan aku ini“.

Dia semakin menggeletar. Sejuk atau kengerian arahnya suara tersebut. Dasar bawahnya diintai tidak jelas. Kondisi jelajahnya tidak diteruskan. Terowong di bawah itu gelap. Tidak rupa satupun bentuk. Hanya masih berbaur hanyir dan busuk. Air merah dari atas bawah turun naik seperti disuruh. Dua sisi otak itu tidak dihiraukan lagi. Hanya yang ada dilembah manakah akan dia keluar. “Masih tidak relevan“. Suara itu makin bergema. Dia kaget dan cuba mencari cahaya yang ada sedikit dari dua terowong kecil di hujung sana.

Mungkin sistem hidup menjadi ia relevan. Dan harus berdepan dengan hidup. Displin, meterial, ekosistem, prjudis, gejala, mentaliti dan segala genre projek manusia. Baik buruk tetap bergomol untuk nafsu. Seperti janji-janji setan kerna manusia. Hanya bila manusia berjaya membawa akidah dan amalan (soleh). Bukan dengan segala petualang keduniaan. Kerna ianya adalah satu ‘projek memanusiakan manusia’.

Atau sebagai batu loncatan?”Masih relevankah?”. Kerna hidup di alam realiti. Tidak bisa sombong dan, agama amat ingkar. Kerna hidup dalam realiti. Tidak bisa jadi arang untuk si neraka jahaman. Kerana sifat takkabur. “Masih relevankah?”. Dia tidak mampu menjamah imaginasi dua faktor ini. Isi dunia yang membawa kepada kenafsuan. Dan isi akhirat yang membawa kepada keabadian. Mana satu untuk diatur. “Aku lemah. Cacat untuk fikir semua ini. Bodoh itu nilai segala ini“.”Takut. Nafsu aku bertepuk tangan. Menyanyikan lagu indah tapi sakit”.



Mungkin terlalu individulistik. Dia tidak mahu dalam gua selamanya. Melihat tanaman di sekeliling. Ada yang tumbuh mekar. Buruk dan layu. Harum dan tak sempat kenal dunia. Di biarkan berkeliaran. Menjadi gelendangan sepertinya. Di tabur sana sini benih untuk menyegarkan pandangan yang sudah lama dipancung oleh dunia teknis.

Sifat individu tidak dianjur dalam syariat. Namun tidak bersalah segi hakikat. Sifat tolong menolong. Kerja-sama. Senyum balas dan salam ketika bersua adalah budaya dan amalan Agama. Siapa tidak mahu akan agama? “Masih relevankah“. Bersimpuh diam.

Kebenaran adalah penunduk kepada nafsu. Mungkin kebijakan cerdik pandai yang lebih memahami tanda. Penandaan hidup untuk diterjemah melalui ilusi kesenian dan kesusteraan. Dan ada yang lebih gemar mengikut teknik ‘terpimpin’ seperti gejala ‘pasang siap’. ‘Pemamah– biakan’ karya. Kreatif ataupun tidak. Termasuk kesusteraan. Penulisan!!

Lain dari teknik ekperimental yang terkaut luas erti pemahaman. Sedar. Separuh sedar. Bawah sedar. Hingga tidak semua mampu menjamah. Hanya bentuk kesenian pelbagai jiwa. Kesenian adalah jiwa. Jiwa yang mampu mengaktivitikan setiap pancaindera dalam pendefinasian semiologi dan epistemologi.

———————

Dia ketawa kecil. Gelihati. Riang jiwa kecilnya. Rumit dengan teknik poros ini. Memang lagak bodoh sombong. Nerakalah. Tidak. Bukan sombong. Definasi apakah ini?

Masih ketawa. Tapi itulah jiwanya. Jiwanya yang memang tidak terhukum dalam pengaruh sistem informal manusia. Dia adalah ‘revolusioner‘. Bahkan amat kejelasan dalam soal penulisan. Bukan seperti karya rakyat yang matang dalam ‘revision‘ karya mereka. Biarpun fiksyen yang berlaku amat rumit/ruwet diertikan. Seperti setiap denotasi dan konotasi menghasilkan suatu kuasa kepercayaan dalam simbol-simbol tersebut.

Paichowan

Cairo Masih Dingin Gile bangkong!!!!