Archive for February, 2005

"B.M.B.C. epi i: Kuasa Cinta"

Posted in Life always Began on February 22, 2005 by duwenk


::Satu::

Dia tahu keperibadian mempunyai pendirian. Punya identiti yang perlu difahami agar ketelusan ketika berhubung. Dia tahu. Kerna, beza pendirian. Beza cita-cita. Beza kehendak dan citarasa. Beza dalam penilaian hidup. Pengurusan hidup. Dan beza pada prinsip yang kadangkala, tidak ubah seperti perisai yang tebal melindung diri. Tapi dia dipaksa juga begitu. Tidak mampu menewaskan tantangan buas merempuh perisai. Dia adalah dalam bayangan. Merosak imaginasi sang ‘Ego‘ yang turut buas menempisnya. Kerana khayalan berupa lembaga amat berani mengusik dan melopongkan mulutku agar sentiasa termenung.

Ada redup di laut langit hari ini. Mendung yang mungkin akan menyeru hujan. Basah atau lembab amat menyiksakan pergerakan hari. Semakin sejuk dan merumitkan lagi aktiviti diri. Hanya mampu berteduh rapat di bawah atap batu(Dom), menghias waktu hanya dengan enviroment yang cukup terhad. Posisi bilik. Dapur. Ruang tamu seperti dibelasah rejim Israel. TOilet yang hamisnya mungkin menusuk rongga pernafasan saluran nikotin. Rabak; mangkuk jamban yang ada maksud pesanan ‘Take Care’: supaya lebih hati-hati ketika parking. Dan ada suara-suara nyaring, feeling, high dari corong speaker yang mungkin antara sistem tanda bagi manusia untuk pengimplikasi diri.

Tapi, segalanya hanya bangkai yang kering. Di sudut sana sini hanya tanda hias. Bukan keunikan sentimental pra-sedar. Sentimental ketika pergerakan otak dalam memahami hubungkait ‘sistem tanda’ dan penglibatan antara sistem-sitem tanda lain dalam jaringannya(cybernetik). Yang ada hanya, apa dengan sekeliling? Kosong, iseng, asing, atau hanya mampu bersifat individulistik. Tiada kefahaman biologitanda‘ antara diri, simbol, kebendaan dan alam sekeliling. Kerana ‘Sang Ego’ tadi lebih memihak hanya untuk diri sendiri, hala tuju diri, imaginasi diri, dan syok sendiri.

Akal sudah tidak tertewas. Amat kuat. Segalanya pasti dihitung sudut realistik. Bersifat rasional. Gambaran dinilai, segala mungkin apakah terjadi. Mungkin untuk esok; dua tiga hari nanti? Atau mungkin untuk penilian masa depan? Ketika 10 tahun nanti? Atau dalam realistik hiburan yang mengisi kegersangan hormon manusia? Atau hiburan untuk melengkapkan zaman muda yang bebas dalam jaringan manusia? Atau apakah lagi yang mampu dikaitkan dengan antara hati manusia dan adat pengaruh neo-Orde. Selagi mana akal bekerja; selagi itu ada baik buruknya.

Itu adalah fenomena cinta. Cinta yang sememangnya rumit difaham oleh akal, selain hati-jiwa. Seperti aku termenung dengan abstraknya cinta. Tapi, jiwa mana yang tidak terduga dengan erti cinta. Atau kerana cinta yang membolehkan sex? Atau kerana cinta yang sememangnya ada keupayaan kasih sayang dari dua insan. Dan adakala juga cinta yang berkait rapat dalam 3 dan empat insan. Kerna tidak faham dengan episod ini, biarlah angan-angan mengatasi segala. Supaya tenang dalam harian. Biar hanya jadi program realistik-khayalan. Program yang hanya menghidupkan segala kebendaan atau fungsi khayalan itu sendiri bergerak dalam juang kehidupan. Mampu mengatasi kegundahan.

_________________________________________________________

::Dua::

–>:.Plan yang Terbantut Februari 2005.:<–

::: Staffing Projek’s ::: Untuk mengatur dan menggiatkan aktiviti Buletin yang terkandas sejak September 2004. Pengurusan yang masih tidak tersusun dan kurang refomis spiritual dalam kepercayaan diri dan kemampuan diri. Local Motivasi.

::: Self Program’s ::: Rene Decrates dan Kritikan konsep Falsafahnya. Tulisan dari Dr.Mahdi MahYudin. Pandangan dan kritikan dari pengaruh Falsafah Islam.(Baca: speed-reading untuk program stady group ISEK: Ikatan Setia KawanCairo-).

::: Bisness Projek ::: Saluran kewangan yang terputus. Atas muslihat budget pembelian Buku-buku baru ketika ‘International Books Fair Cairo’ baru-baru ni. Lebih parah sehingga diri sendiri terpaksa berjari kelingking kanan menguruskannya. Bisness ditangguh.

::: Academik Projek ::: Persipan Paper-work Kapitalisme. Perbincangan mengenai kasus Orde dan Ideologi ‘Kapitalisme’ dalam stadi group Isek. Terpaksa ditangguhkan di Jumaat depan kerna sebab-sebab tertentu.

::: Join Advance ::: Keputusan khidmat rela dalam ruangan Buletin NUMRAM On-Line. Sebuah Buletin yang menggerakan kebajikan dan ideologi Badan Nadi Umno Mesir. Buletin yang berhemat mahasiswa dan kelainan program organisasi Badan. Masih dalam penilain serius.

::: Ziarah Seni ::: Pengumpulan para seniman Cairo. Merangkumi puitis, sasterawan, teaterwan, aktivis kajian syair Arab (baca: Sastera Moden dan pra-Moden).

::: *l* :::
Paichowan Cairo yang suam

Advertisements

"BloG Maniac Bio-Cybernetika: Prolog"

Posted in Life always Began on February 13, 2005 by duwenk

Entah berapa minggu sudah tidak bermesra dengan blog. Diam dalam sepi. Sunyi dalam sendiri. Iri menongkah dengki. Merenung untuk hal diri. Itu agaknya kebelakangan yang dilalui.

Page/blog/ ini mungkin bertanyakan sendiri; kenapa dia kembali lagi? Adakah untuk mengisi kelapangan yang ada atau mempunyai misi yang belum selesai? Atau, atas alasan apalagi dia kembali?

Walaupun ianya sebagai ciptaan, wajar juga ianya mempersoalkan sedemikian. Kerana akal dan iman juga ia berfungsi. Berfungsi mengenang, memikir, mencemuh, mendoa para penggunanya. Kerana sebahagian asas ciptaannya juga dari bahan yang satu; tanah.

Tanah dari asal bahan galian. Bahan galian yang mempunyai sel-sel ciptaan. Lalu dihasilkan pelbagai bentuk rekaan, penggunaan. Yang berkait rapat dalam bio-cybernatika alam raya. Antara makhluk dan alam. Alam semulajadi dan alam ciptaan. Yang bermaksud ciptaan kegunaan dunia moden. Dipersembahkan untuk kemudahan manusia.

Walaupun ianya hanya bersifat hasil manusia. Hasil cipta manusia. Hasil yang tidak mungkin mempunyai roh atau akal atau iman seperti sesuatu makhluk hidup. Seperti; manusia, haiwan dan tumbuhan. Namun, hubungan tersebut turut berperanan membius manusia dalam alam pemikiran dan pencernaan hidup. Sebagai hasilnya menjadi ketamadunan.

Tidak di sudut itu sahaja, bahkan kerana manusia juga, ianya terjebak dalam lembah-lembah neraka. Kerana keinginan nafsu, dosa, fasad kemanusiaan memberi kesan buruk dalam kehidupan. Namun, ianya akur hasil ciptaanya. Tidak dapat tidak, inilah sebahagian sunnatullah. Ada bahagiannya juga untuk dunia.

Sehingga kelansungan yang berlaku antara manusia dan alam raya kini, manusia masih buntu. Manusia masih celaru. Keliru kerana sifat akal dan iman tidak diselenggarakan menurut wahyu. Lain dari sifat alam raya, yang sentiasa bertasbih dan beristighfar terkenangkan perilaku makhluk di bumi.

Seperti manusia hari ini, dulu dan besok akan datang. Tidak akan sedar dan masih tenggelam dengan kehebatan modenisasi yang global. Sehingga esok nan hari nan esok, Mahdi akan muncul sebagai Hero dunia memimpin manusia.

:::: Selamat Tahun Baru @ Maal HijRah @ 1426::::
::::::: Kullu Sanah Wentum Bikhari :::::::

Paichowan: Cairo Masih Dingin :