Archive for March, 2005

"Time un-Kontroling"

Posted in Life always Began on March 22, 2005 by duwenk

Tak sikit. Banyak. Tapi susah nak susun semua tuh. Sedangkan waktu ini, ada pelbagai jenis batu yang tertindan di atas kulit kepala. Satu demi satu tak juga dikenal pasti. Hujung gusi kanan rasa berat. Kesan sakit gigi kelmarin. Mata juga layu seolah tak cukup tidur. Baru saje jam 3 petang bangun. Kerna semalam sibuk dalam 3 kerja; ambil barang yang ditempah, rangka untuk buletin bulan April, dan Naruto. Hahhh.. Pengaruh juga!

Time ni juga, ada simptom yang mempengaruhi darah-darah tubuh. Jadi lemah. Tak bermaya. Lentok jee.. Huhh.. Hari ini, detik ini dan tika ini. “selsema la siak!!”. Mungkin keyBoard ni pun terkena virus-virus flu ni.. Hahhaha

Hemm.. Tak mungkin hari ini aku akan menulis dengan serius. Sebab.. Sebab.. Yela.. tak sihat mane. Kalau serius sangat,.. Orang tak akan paham plak.. Hah.. cam cikSalinakata: Kerut-kerut dahi membacanya. huhhh.. Kalau utk pengetahuan lanjut.. Rujuk Eksperimental Poros kesusteraan. Maybe tuh alasan saja. Hahhahah

Entah la, camne nak cakap. Kadang-kadang tu penulisan tak perlu formal sangat. Kalau mudah difaham, mudah la org amik tau. Lagi satu, perkara-perkara yang dibangkitkan bukanlah hanya bersifat ‘sambil lalu’ atau ‘copy-paste’ untuk keperluan minda, akan tetapi sepatutnya lebih bersifat abstrak dan kefahaman yang amat dalam di setiap perkara. Maksud; lebih meneliti sehingga ke jahitan terhalus. Hemmm…

Alaa… lagi satu. Ingat-ingat, jurnal ni adalah himpunan pelbagai point untuk curahkan idea. Dan ianya tak tertakluk dengan formality penulisan dan boleh juga dikembangkan pada setiap paradigm penulisan individu. Lebih susah untuk orang macam aku. “kalau nak menulis secara formal, harus mempunyai kosentarasi dan penelitian. Menggunakan banyak masa. Banyak perbandingan. Justeru harus mempunyai kelengkapan.” Jawab:” Aku mana ada PC kat umah. Semuanya On the Spot. Express kat cc jah. Kalau nak, select. Taknak Sudah”. Hhahahahha

Tuh yang susah. Kekadang pikir panjang gak. Kalau bleh satukan tenaga dan buat publication kat sini. Meanz, teruskan agenda penulisan… Huhhh.. ayaa.. da problem is… bla bla blabla… Ni pun kat cc. Tengah carik bahan untuk buletin April. (Ampehss… last minute baru nk serah kat aku. Dah la pc takde). Tapi derang janji nak antar notebuk mlm ni. “lantakla.. kalau nak suh aku wat. Semuanya under control aku. Jangan ada yang jampuk dah”…

Hahhh… Malas ah pk semua tuh. Bila kelengkapanl dah ada, baru susun balik. Apa dan kenapa dan bagaimana dan berapa harus aku manage semua ni. Adusss.. biasa la.. Idup kat sini camni la. Harus banyak berdikari. Dan sememangnya student sini terbentuk dengan ‘dikari’, cuma kerna kekurangan pengalaman, kajian dan macam2 lagi, ‘dikari’ tersebut tak dimengeritikan. Sibuk dengan khayalan alam student yang banyak membius cita-cita dan tamak kuasa. Hahh!!!?

Cairo; Selsema ahhh!! Tensenn

Advertisements

::B.M.B.C. epi ii: Diri-Alam-Tuhan::

Posted in Life always Began on March 7, 2005 by duwenk

Kesan dari penguasaan hati-cinta, manusia juga teransang dengan inspirasi rohani. Inspirasi ‘spiritual’ yang memujuk erti kemurnian cinta. Kerana hati, juga asalnya mempunyai kesedaran ‘fitri‘ sebagai hamba dan mempunyai kesinambungan penglibatann sosial. Antara diri(manusia)-AlamTuhan: yang berperanan mendisplinkan manusia di setiap pola hidup.

Tidaklah jaringan-jaringan yang wujud para era kini memaksa manusia terlalu optimis dalam fahaman ortodok. Sebagai maksud, seruan memboikot atau menentang anti-sosialisme, lebih lagi anti-modensm di kemelutan lumba tekno-industri pengaruh Kapitalisme. Tetapi, sikap keprihatian (baca: bermula dari kesedaran tabii’) terhadap fenomena manusia. Samada environment sekeliling meliputi hidup manusia, falsafah, ideologi, pendidikan dll.

Oleh sebab cinta, kasih yang dipupuk antarmanusia mampu mengolahkan setiap orde mensistemkan manusia. Seperti sistem-sistem yang wujud di setiap zaman; adalah aliran untuk memimpin manusia supaya dunia ini dimanfaatkan dan mempunyai maksud kekhalifahan. Bukanlah satu kemusnahan atau pensia-siaan makna hidup.

Sebagai contoh, cinta yang dijalinkan antarmanusia dalam sektor-sektor sosial, merangkumi organisasi, badan politik, badan kemasyarakatan, kemanusiaan, NGO, kerajaan atau mana-mana penggerak sosial; bahawa setiap sistem yang wujud adalah bertujuan hubungkait dalam biologi manusia. Lebih menghormati dan saling bergandingan. Lebih bersifat kemanusiaan!!!

Tetapi, terdapat kekeliruan di antara manusia dalam maksud memanfaatkan kekhalifahan. Seperti seorang raja, ketua, tokoh atau simbol pelopor yang berusaha mengarah kerja untuk meraih segala kebendaan (modal) untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. Berupa alam termasuk juga manusia. Mungkin maksud ini juga telah diterjemahkan dalam definasi ‘sekular‘ sebagai ideologi utama.

Mengikat kefahaman manusia untuk mengembangkan ciptaan atau perluasan empayar ketamadunan manusia melalui beberapa kreativiti moden. Lalu, struktur hidup manusia mula mendapat perhatian sosial. Perkembangan sosial pembangunan, hidup, politik, ekonomi dan segala bentuk environment sosial manusia. Segalanya menjadi satu penonjol besar bagi pembangunan manusia di era teknis ini.

Sebaliknya, kekeliruan tersebut mengenai kekhalifahan yang mengaut segala keuntungan tanpa mengimbangi kesan-kesan yang berlaku. Sebagai satu kerahan yang ‘unsistemik‘ sehingga melibatkan kuasa diktator diperingkat pencabulan alam dan manusia. Lebih jelas dalam fenomena politik dan ekonomi dunia. Sehingga sistem putaran wang, perdagangan (saham), diplomatik kenegaraan, keangkuhan, racism nasional dan lain-lain tidak disenaraikan antara agenda kekhalifahan dan ideologi yang didokong sebagai simbol ideologi yang relevan.

Namun, suatu tragedi yang merumitkan di setiap ketamadunan tata baru, manusia lupa dalam kasus ‘know-who’, ‘know-what’, ‘know-how’. Keluasan daya saing teknis tersebut memberi ‘kesan‘ yang amat besar dalam persekitaran sosial. Mengalami keruntuhan jaringan global (baca:positif). Akibatnya, peperangan, pencemaran, penindasan, dan amat ketara sekali, pengabaian peri-kemanusiaan.

Seperti di akhir abad 20, manusia yang bergelut membangunkan fahaman hidup telah berhempas-pulas menetapkan environmentalism adalah satu tata baru dunia yang menutupi keangkuhan Sosialisme dan Kapitalisme. Menepis segala kerosakan dan kehancuran nilai-nilai manusia dalam argumen romantisme. Salah satu aktiviti penyerapan nilai-nilai environmentalisme.

Mungkin atas dasar-dasar ini, jaringan(Cybernetik) antara AlamManusia disokong kuat dalam perjuangan environmentalisme, menganjurkan pengembalian perihal alam tabii (baca:semulajadi). Alam yang dinaungi oleh sistem kecintaan atau romantisme. Bahawa; manusia mempunyai pilihan menkarektorkan tamadun manusia supaya bergelar ‘Hasil Tangan Manusia’. Kerana cinta mampu merubah dunia.

Adapun sebagai sifat ‘fitri’ sebenar, alam tabii (baca; bukan semulajadi) adalah dari penguasaan ‘TanganNYA‘. Kerna dunia ini adalah bersifat sementara dan perlu diawasi dan disusun dengan sebaik-baiknya. Dengan pilihan antara akal dan hati, manusia mampu menilai positif dan negetifnya setiap pendislpinan manusia sistem ekologi manusia.

Bahawa; fitri manusia adalah kecintaan. Cinta pada keamanan. Cinta pada manusia, kesejahteraan, kesihatan dan keamanan. Segalanya adalah di tangan-tangan manusia. Untuk meraih kecintaan tersebut, keimanan adalah ‘sulbi’ utama dalam hidup. Kerna Iman bersifat spiritual, faktor metafizik adalah keutamaan memikat cinta. Lalu jaringan cinta antarmanusia mampu dibiologikan dengan tiga tema tersebut. Adalah cinta berupa diri(manusia)-AlamTuhan.

Paichowan: Cairo Suam-Suam Peluh