"Today is Hell…"

“Teroris” : Semua orang maklum dengan faham itu Keganasan. Atau dalam kalimah Arab “alA’naf”,”alIrhab”,”alSyiddah” dan pelbagai bentuk kesesuaian ayat penggunaan. Ketika pengaruh ‘Teroris’ melebar luas ke sarata bumi, Osman ben Laden menjadi simbol fahaman ‘teroris’ tersebut. Sektor politik, ekonomi, budaya malah dalam bidang keilmuan juga dikaitkan dalam erti kata ‘teroris’ yang merosakan imej kemanusiaan alam global.

Hemm.. malas aa nak tulis formal2 sgt. Tgh takde Ide neh.. ape ehh.. Semalam ada letupan kat Igip.. (Area alAzhar): 2 terbunuh. Sorang warga Mesir dan sorang lagi pelancong (France). Minggu lepas, tak silap aku letupan di AirpOt Hadyai (aku pernah pijak situ)dan banyak tempat lagi. Aku tak pasti. Berita tak baca.. Dengar orang cite. Takde masa ‘Ghatek’.

Ingat-ingat balik, masalah ni cukup memeningkan. Ada 3 prespektif dasar yang kena faham. Pertama: Soal operasi itu sendiri dari pihak yang mana.

Ke dua: Bagaimana plak mereka merencana “Fahaman” hingga melakukan operasi tersebut. Adakah untuk menyelasaikan keadaan atau hanya sebagai mencipta kontroversi atau hanya sekadar balas dendam demi kepuasan.

Dan yang ke Tiga: Soal tanggapan masyarakat dunia terhadap operasi tersebut, hingga terjadinya sekarang adalah fahaman yang bagaimana? adakah songsang atau kebenaran dari suapan media?

Kat sini bukanlah nak bagi jawapan semua tuh. Cuma, ambil ikhtibar dan selesaikan sekadar mungkin dalam mind. Dan berhati-hati dengan media songsang sekarang ni. Banyak yang tak betul di tokok tambah demi kepentingan majoriti. Untuk meraih kuasa besar seperti menyokong pendapat Media Barat.

Dan kalau dilihat tragedi yang berlaku kelmarin, dalam suasana yang betul-betul mengejutkan. Kawasan foriegner dan secara tak langsung adalah kawasan al-Azhar Universiti. Belakang je. Amat membingungkan.

Lain dari tragedi Bali yang melibatkan kawasan Kelab. Kawasan kemaksiatan yang sudah tentu masyarakat muslim menentang. Sekalipun sedemikian, mereka tidak mampu mengumpul bukti-bukti kukuh untuk mengadili gerakan Islam. Cuma dari hasil propaganda Barat, media dan kerajaan Indonesia terpaksa mempastikan kesalahan-kesalahan gerakan Muslim angkara sebenarnya.

Di Thai plak, hingga kini masih mencari siapakah dalang sebenarnya. Mengenai gerakan Muslim di Thailand, sudah jauh berbeza dari zaman Pembebasan Pattani. Masyarakat yang sudah moden tentu sekali mengamalkan sistem modeninasi dalam berpolitik. Dan kekuatan muslim pula semakin menyerlah. Di celah-celah kebangkitan itu, kejadian teror kembali tercetus.

Dari pihak A: ada yang mengatakan adalah agenda Muslim Thai yang masih Ortodok dengan Pembebasan Pattani. Namun, perkara ini amat nipis sekali kalo dilihat sosialogi masyarakat Selatan Thai.

Dan satu sudut lain, Pihak B: Perkara ini amat “DIRAHSIAKAN” kerana melibatkan kuasa di RAJA campur tangan dalam sosial Politik. Hingga teror tersebut dikaitkan dengan operasi dari pihak di Raja. Namun, bukti-bukti tidak berapa jelas dan perlukan kuasa luar untuk membongkahnya.

Kesimpulan: Teroris adalah terlalu UMUM. Dan Media dan OTAK Manusia sekrang sudah menyalahi perkara sebenar. Seperti Teroris hanya mutlak pada kaum MUSLIM. Walhal, ‘Teror’ di Latin adalah amat parah dan majoriti semestinya non-Muslim.

Dan ‘Teror’ yang berlaku di Thailand juga, bukan operasi dari Muslim mutlak, akan tetapi turut terlibat dari pihak non-Muslim.

Dan Teror di sini kelmarin, tidak tahu punca dan dari siapa. Kerana kawasan Muslim juga dihendap dan Foriegner juga turut bermain-main di situ. Adakah dari mereka (foriegner) atau warga tempatan?

P/s 1: Sekalipun muslim terlibat, Islam tidak menganjurkan keganasan. Islam lebih kepada keamanan. Kerana Islam itu datang untuk memberi ‘KERAHMATAN’ seluruh Alam.

P/s 2: Kerana sifat Rahmat adalah fitrah bagi manusia, seluruh manusia inginkan keamanan dan kesesuaian sebagai fenomena manusiawi yang murni.

Siapakah dalang sebaliknya? Muslim tidak bersalah dan Non-Muslim tidak bersalah. “TERORIS YANG SAKIT MENTAL dan JIWAK”

(tak kiralah sape yang teroris dari semua pihak)

Say For Peace!!!
Paichowan,Cairo

Advertisements

2 Responses to “"Today is Hell…"”

  1. Anonymous Says:

    You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: