"Teori Medan Perdana"

Berupa hidup. Alam kejadian yang merangkumi beberapa demensi penciptaan alam, manusia dan makhluk hidup yang lain. Memenuhi pelusuk yang kesemuanya ada nilai dan nyawanya sendiri. Sebab itulah dalam teori Darwinsm manusia dan makhluk yang lain mempunyai hubung kait yang amat rapat dalam keperluan proses kehidupan. Sebagaimana setiap jenis makhluk (termasuk langit dan bumi) akan mencernakan antara satu sama lain: menjadikan kehidupan alam berlingkar saling menghidupkan.

Itu adalah teori sains yang dijadikan logikal sebagai ‘kepercayaan’ bahawa alam raya menjadi satu sistem yang mengajar manusia untuk keperluan hidup. Demi hubung kait kepercayaan tersebut, manusia mampu menyusun sistem alam raya mengikut kajian-kajian yang diperoleh dengan kuasa falsafah atau pun kuasa akal melalui displin ilmu. Dengan kekuatan dan potensi individu, nilai-nilai akal tersebut telah diadabtasi dari paradok generasi ke genarasi dalam eksperimen kemanusiaan dan alam raya sebagai perihal sistem untuk manusia.

Namun, keadaan tersebut tetap berbeza dalam sosio geografi bumi. Seperti pengaruh sesebuah tamadun akan melahirkan ciri-ciri identiti yang lebih menyetujui pendirian dan pemikiran sesebuat tempat. Antara pengaruh besar yang pernah diwakili dunia pengaruh tamadun Yunan, Arab, Parsi, Rome, dan India yang sehingga kini terkesan di perairan Asia Tenggara. Sehinggakan paksi-paksi penyelarasan sistem manusia memberi kesan dalam sesebuah tamadun dan amat jelas pada setiap kajian sejarah.

Di sini bukanlah untuk memberi keseluruh potensi sesebuah tamaduan ataupun memberi penilaian kritis pada sistem-sistem yang wujud pada dekat ‘Zaman Pencerahan’ manusia. Akan tetapi, sekadar gambaran faktor-faktor penting dalam genre kehidupan manusia. Seperti keagungan sesebuah tamadun memerlukan nilai-nilai kemanusiaan, dan menepati citarasa ‘kudus’ jiwa manusia itu sendiri.

Sebagai bentuk yang lain, pengaruh sesebuah tamadun terbentuk melalui beberapa faktor penting iaitu faktor pemikiran agama, politik, ekonomi, geografi, Sistem undang-undang, sejarah tamdunan dan sebagainya. Dalam faktor inilah pelbagai golongan yang wujud yang mewarnai fenomena struktur kejadian alam berupa hubung kait antara medan-medan yang lain.

Namun, dalam sistem ketamadunan, walaupun melangkaui ‘kudrat’ manusia, ianya harus dilihat disegenap sudut sosialogi alam raya yang sememangnya mempunyai sifat yang berlawanan antara zahir dan batin. Mungkin dalam medan inilah, tercetusnya pelbagai bidang manusia yang wujud dan menjadi pelopor kepada generasi lain, oleh kerana keberhasilan dalam kefahaman erti sifat zahir mahupun batin.

Contoh; pertama, alam raya berupa sifat zahir, yang mampu diselenggara dan disesuaikan mengikut paradigma dan mentaliti sesebuah umat( melalui sistem politik, kebudayaan, ekonomi atau sistem-sistem lain). Sehingga kini, perang mengagungkan teori dan idelis mereka semakin berpanjangan. Menjadikan medan ini adalah medan perdana alam manusia yang globalis.

Kedua, mungkin sifat-sifat teori di sini amat memerlukan satu jawapan yang benar-benar rasional. Berupa sifat ‘batin’ iaitu sifat yang begitu mistik merangkumi susunan setiap genre kehidupan manusia. Seperti nilai-nilai ‘kepercayaan’ sistem manusia. Sebagai contoh dalam teori Darwinsm di atas; bahawa sistem alam mempunyai hubung kait antara satu sama lain (semulajadi). Namun, sebagai hubung kait dengan ‘Rasional’ itu sendiri, sesuatu perkara tidak akan berlakunya diri sendiri, melainkan ada TANGAN yang menyusunnya.

Kepercayaan sebegini sebenarnya TIDAK bertitik tolak dalam erti geografi sebagaimana teori ‘zahir'(sains) yang bertindak dalam susunan sesebuah tamadun sebagai. Persoalan di sini hanya mampu dijawab dalam bentuk penyusunan ‘kepercayaan’ itu sendiri yang berkait rapat dengan sifat ‘batin’. Seperti kewajipan pada ‘kehidupan’ kedua selepas mati dan nilai-nilai ajaran dalam agama yang banyak memerlukan ‘kudrat’ individu dalam menentukan sifat ‘batin’ yang konkrit dengan nilai-nilai sosial hidup.

Bukan pula sifat ‘batin’ itu diabaikan dan menjadi pembohongan untuk merealisasikan dalam sesuatu perkara yang bersifat ‘zahir’, seperti dalam agenda keduniaan berupa sistem-sistem ketamadunan manusia. Justeru lebih betitik tolak pada erti kepercayaan ‘batin’ barulah mampu membuahkan sistem keduniaan yang lebih tersusun dengan kehendak ‘jiwa’ kudus manusia itu sendiri.

Namun, perspektif ini tidak dinilai pada edan kemodenan kini. Sehinggakan kepercayaan adalah satu ‘Mitos’ yang tidak mampu dirasionalkan dan hanya sebagai bentuk kajian berupa displin ilmu dalam segenap jenis unsur-unsur hidup manusia. Hanya yang tinggal adalah kajian bersifat ‘ilmu’ yang mampu mencernakan pemikiran manusia. Seperti kajian antropologi, sosiologi, psikologi, hermeneutika, semiotik dan sebagainya, yang turut disinggung dalam pemahaman ‘kepercayaan’ sebagai fungsi hidup.

Konklusi, antara kelebihan perihal ‘zahir’,’batin’ dan sejurus perjalanan keintelektualan dalam ‘displin ilmu’ harus memahami kedua aspek tersebut dalam nilai-nilai kepercayaan Mutlak. Bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama dalam pemamahan ilmu. Sebagai kaum Muslim yang perlukan ‘redha’ sang KUASA, sewajibnya tidak mengabaikan dan menyinggung perihal sedemikian yang sememangnya banyak tersinggung dan kritis para ilmuan-ilmuan pasca struktulism.

Hanya berbekalkan sifat keilmuan, sesuatu usaha tidak hanya bergantung kepada teori malah penentu adalah ‘operasi’ dari teori-teori yang wujud. Dan turut serta dari sifat ‘batin’ adalah ‘amalan’ ‘kepercayaan’ akan memberi kebenaran pada setiap medan teori yang lain.

Kerana ‘Hidayah’ adalah suatu perkara yang ‘batin’, harus dipercayai sehinggakan mereka yang disukai belum tentu mendapat pentunjuk melainkan Allah sendiri dengan kehendakNYA memberinya. Sehinggakan text suci Soff:9 memperingati bahawa kebenaran dalam Agama Islam adalah Kebenaran Yang Hak dan diutuskan Rasul adalah sebagai saluran hidayah kepada mereka.

Dari Hadis Imam Muslim juga menyebut, bahawa zaman ini adalah zaman Kesabaran. Yang berlipat ganda sehingga ‘Lima Puluh’ kali ganda ganjaran (turut melibatkan perkara batin). Bahkan begitu banyak perkara yang didapati di zaman ini dengan kebaikan akan tetapi mereka tidak mengetahui di mana kebaikan tersebut.

Walaupun begitu banyak kemuslihatan yang berlaku di era kini, sekalipun terpaksa dalam provokasi yang kontroversi, amalam ilmu tetap harus didokongi semua umat untuk membina ketamadunan. Maka apabila berlakunya kesulitan dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul…alNisa’:59

**Entri ni tiba-tiba jah ilang ide. Tak tahu siapa curik. Takpun sesat kat restoran sebalah sana. Sebab bau masakan yang best. “tak makan lagi la”. Hahhah..

**Selamat ‘PulOn’ mengadab buku-buku Kuliah dengan Beradab::::

Paichowan, Cairo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: