Archive for June, 2005

"Sambungan : Sketsa Waktu -"

Posted in Life always Began on June 10, 2005 by duwenk

[Date] 10 Jun 2005
[Time started] 7.46 p.m
[Song] Snow Patrol – same
[Current mood] Not Psyco boi
[Title] Khayalan Insomniac (iii)
___________________________________________

Sambungan dari (ii)……

Semuanya di sisi kiri kanan, belantara. Entah kehidupan apa yang mestinya mampu hidup di sini. Biarpun sekarang, pohon-pohon seolah dibelai dan dibentuk, tapi kiri dan kanannya adalah asing. Masih tidak wujud.

Tetapi, anak-anak di sana sememangnya wujud. Dua puluh tahun setelah waktu ini.
Bermain dan berlari. Mengejar sepeti anak-anak itu. Cuma keseraian cara dan teknik bermain berbeza. Setelah dikejar sebagai polis, lari dari di makan buaya, atau ketangkasan berdiri dan duduk atau sembunyikan diri. Tapi, orang-orang tua inkar dengan mainan ini. Katanya akan disorok hantu susu. Entah benarnya atau tidak.

Tiba senja semakin sakit. Malam pula meminggirkan siang. Anak-anak akan segera pulang. Takut dimarahi bapa. Jika usai bermainan waktu azan, juga akan dimarahi. Kerana lewat untuk mandi, untuk bersiap ke surau, untuk mengaji al-Quran. Surah Muqaddam adalah kewajiban. Mereka, tidak boleh ponteng seperti ke sekolah. Terlarang. Itu pesan bapanya.

Namun, kerap juga didenda kerana kelewatan pulang. Ketika itu, alasan apa lagi yang boleh dijadikan helah, sekira umurnya masih anak-anak.

Anak-anak yang lain mungkin sama sepertinya. Di denda atau dirotan sebagai pengajaran. Kalau diperhatikan sekarang, cuping telinganya seolah ada kesan dipulas. Kerana, mereka percaya bahawa malam itu adalah peluang manusia untuk menghambakan diri kepadaNYA.

Dia senyum bersendiri. Gelagat anak-anak di sana pula bagaimana. Burung di dahan kering masih meneliti selakan daun-daun yang kelihatan jarang. Selang seli memerhatikan khayalannya, seperti kekalutan melakukan kesalahan. Anak-anak di sana melepas lelah sambil ketawa riang bersama teman-temannya.

Kemana anak-anak yang lain.” Jibran mengeluh.

Dia masih mengenang dua puluh tahun dahulu. Ketika rumah itu masih megah. Ketika rumah itu masih berupa kayu yang berjalur-jalur putih. Tingkap dan koridor persis rekaan belanda yang sempat singgah di Malaya. Halaman depan, sisi dan mungkin arah belakangnya tidak berubah. Indah di susun dengan warna-warni bunga. Bunga Mawar, Kemboja, Bunga Kertas dan beberapa jenis lagi. Mungkin dia sendiri tidak arif soal bunga. Bunga yang begitu unik dan rumit. Adakala beracun dan ada juga penawarnya.

Bumi Rantau: Februari 1999

Dia kelihatan sedang berbual mesra bersama seorang Engineer dari graduan Australia. Bersamanya lagi, wartawan tempatan yang baru sahaja menjabat karier seorang jurnalis secara formal. Sederetan tiga tubuh manusia. Di warung di sebuah lokasi yang tidak begitu ramai pengunjungnya. Hanya beberapa kelompok yang meraih suasana malam minggu sebegini. Kawasan yang jarang dilingkungi anak-anak muda untuk berpesta.

Saiful Jibran, seorang anak muda dari pendesaan kelihatan begitu ramah dalam berbual. Mungkin perbualan mereka amat menyentuh naluri hidupnya. Atau, hanya cerita suka ria zaman remaja kini. Antara cerita yang direkayasa dalam filem, atau kisah bunga-bunga yang amat berleluasa di metropolitan. Sungguh unik dan amat tragik.

Dia masih teringat, ketika perjalanan menuju ke Segamat, dia bertemu seorang pemuda yang begitu rapi sisip tubuhnya. Berkulit sedikit gelap tapi amat sesuai dengan susuk muka dan tubuh. Jalur keningnya menandakan dia adalah seorang yang amat serius. Begitu mencabar pemerhatiannya.

Sungguh pun gambaran begitu, setelah bersua salaman, pemuda itu jauh sekali dari apa yang disangkakannya. Begitu peramah. Berkelulusan tinggi. Juga dia adalah seorang yang berprestij dalam hidup. Seorang Graduan Australia, Fahmi Naufal.

Mungkin taraf kehidupannya memungkinkan kejayaannya. Orang tua yang begiat aktif sebagai bisnisman. Hanya mempunyai dua orang adik beradik. Tidak menanggung beban yang amat berat. Tidak serupa seperti keluarga di desa tempat hidupnya. Kerana orang pendesaan lebih meraih anak-anak mereka. Sehingga bilangan anak menjangkau ke sepuluh.

Tapi, pemuda itu lebih layak dengan hidupnya. Fahmi Naufal. Berkemungkinan lagi, syarikat milik bapanya akan jatuh ketangannya. Mungkin jangka masa yang amat dekat. Tujuh tahun lagi setelah selesai pengajian diperingkat Master. Kiranya sekarang masih menuntun cita-citanya di Australia.

Dia kembali diam setelah lelah beraksi di hadapan teman semejanya. Persis berceramah pintu ke pintu. Mereka berbual panjang hingga suasana makin kedinginan malam. Cemburu. Tiada suara cengkerik, tapi ada bingar suara enjin-enjin di dalam kota. Suara radio di bawah bangsal warung. Ada desas-desus perbualan di meja sebelah. Entah bahasa apa yang diguna. Dia tidak pasti.

Bersambung,…

PaicHowan: Cairo

Advertisements

"Sambung…." -Sketsa Masa-

Posted in Life always Began on June 5, 2005 by duwenk

[Date] 5 Jun 2005
[Time started] 8.31 p.m
[Song] alKaline Trio : Radio
[Current mood] Trouble Shooting In Da Room
[Title] Khayalan Insomniac (ii)
___________________________________________

Sambungan dari (i)……

Dia masih tidak pasti. Berlari-lari anak. Tombol pintu digenggam kasar. Ditarik pantas. Cahaya dari ruangan dapur membelah tubuh gantangnya. Matanya turut sakit ditumbuk cahaya itu. Berpinar-pinar tunduk mencari posisi kakinya. Tiada luka. Tiada bekas gigitan. Tetapi ada sel yang cedera. Tidak bermaya untuk turut beroperasi seperti saluran darah. Kakinya tidak cedera, tapi parah di gigit anjing liar.

Dia masih diam. Bersimpuh membongkah kegundahan. Dia di situ masih diperhatikan mata-mata penceroboh. Diam, kaku, lesu tapi masih tidak tenang. Suasana ada kala memberi isyarat supaya lekas bingkas. Seperti ada arahan; “bangun! usah lagi kau di situ”. Dia masih lagi bersimpuh di bawah cahaya kuning ruangan dapur. Dia harus bangun. Tidak mahu gelagaknya di intai-intai oleh penceroboh. Beberapa lipas keluar masuk melintas hujung matanya.

Berkali-kali suara itu masih mendesak. Dia bergegas bangkit, menghayun tubuhnya ke arah gelap lagi. Agaknya lebih suka menyendiri dalam kamar usang. Seperti demikian. Memerhati ruang gelap yang penuh perabot. Tapi gelap.

Di hujung kiri itulah gerombolan anjing datang. Berkepala hitam, dan giginya hampir tidak menyerupai barisan gigi anjing-anjing di sebelah. Atau, gerombolan ini adalah anjing-anjing di sebelah. Kepunyaan jirannya. Atau jiran, membiarkan anjing-anjingnya berkeliaran waktu malam. Supaya di tengah malam begini lebih lazat mengigit jari-jari kakinya. Tidak menyalak. Tapi hanya menahan suara ngerinya supaya bisa menikmati malam-malam yang sunyi. Atau, bisa saja jika berkelakuan rakus ketika menceroboh kamarnya.

Dia kembali diranjang. Diam seketika sebelum merebahkan tubuh. Menanti-nanti gerombolan anjing itu datang lagi. Tidak mengharap. Tapi menyangka untuk teman tidurnya.

Gelap yang sepi. Tikus dan lipas sibuk di dapur. Menceroboh sana sini. Angin pula hanya sekadar berlalu. Singgah di jendela. Terbuka sempit. Malaikat yang menghitung pahala dan dosa. Masih tekun di bawah lembayung tahajud manusia. Sepi.

* * * *

Dia seekor burung. Terbang luas. Bebas, tapi tegar berleluasa di angkasa. Panas. Walau tidak dibakar sang matahari, tapi masih berbisa panasnya. Sambil terbang, mata menyelinap di balam dataran dan kawasan untuk berteduh. Mengeluh panjang.

Di rumah usang sana. Tidak kurang dua puluh tahun yang lalu. Matanya masih menumpu kemegahan rumah usang itu. Milik seorang pedagang. Dua puluh tahun dahulu.

Dia hanya berteduhkan ranting-ranting kering. Daun-daun yang gondol. Ada tompok-tompok bayang mencorak Fred Perry Putihnya. Sesekali berubah corak ditiup angin. Corak yang hanya dibantu oleh teduhan daun-daun cemara. Daun yang kehabisan umur akan sentiasa mengganggu kosentrasinya. Gugur, mengusik kiri dan kanannya.

Di rumah usang sana. Anak-anak kelihatan gembira berkejaran. Sayup kedengaran guraun mereka. Dia masih jelas maksud anak-anak itu. Supaya dikejar, silih berganti. Dan bertukar untuk dicuit. Berlari-lari. Jatuh, rebah dan berusaha untuk bangun. Dan jatuh lagi lalu dicuit oleh temannya. Ada isyarat supaya diulang sekali lagi.

Perhatian masih tertumpu tekun. Ada ukiran manis dibibirnya. Gelihati melihat telatah anak-anak di hujung sana. Selang seli mengubah kedudukan. Kancing baju dilepas. Tidak bogel. Hanya panas. Membiarkan angin yang sesekali berlalu menyentuh tubuhnya. ‘GlassEyes’dibiarkan di sisi duduk. Dia masih diperhatikan sang burung yang singgah di teduhan. Sepertinya. Melepas lelah.

Dua puluh tahun yang lalu. Anak-anak di sana masih bermain. Riang gembira seperti zaman lewat usianya. Anak-anak itu pasti tidak akan mengenalnya. Kerena lewat dua puluh tahun dulu, anak di situ tidak wujud. Seperti pohon-pohon di sisi kiri kanannya. Masih tidak wujud.

Bersambung…….

Pai, Cairo