Archive for July, 2005

"sambungan : sketsa Cinta "

Posted in Life always Began on July 17, 2005 by duwenk

[Date] 17 JuLY 2005
[Time started] 06.30 p.m
[Song] The Killers: Indie Rock N Roll
[Current mood] This PsyCo LoVers
[Title] Sketsa Cinta (5)
___________________________________________

Dari sambungan 4…..

* * *
Kelibat di pintu kolej begitu sesak. Berpusu-pusu mahasiswa baru datang untuk pendaftaran. Pelbagai jenis warna dan kulit boleh ditemui. Melayu, India, china, Iban, kadazan dan beberapa jenis bangsa lagi. Dia tidak pasti usul bangsa mereka. Tapi satu masyarakat yang berbilang bangsa. “Inilah Malaysia,” lapang hatinya.

Dia begitu memerhati lagak manusia sekeliling. Tapi hari ini, dia bukanlah antara anak-anak yang berkejaran untuk lumba ilmu di kolej itu. Hanya sebagai peneman adik temannya.

Dia masih menunggu di taman rekriasi kolej. Buku berjudul Akal Dan Pengaruh Adab Dalam Dunia Arab Moden di selek kembali. Separuh helaian buku seolah sudahpun dibaca. Begitu waspada dan tekun. Mata-mata di sekeliling juga seolah ditarik dengan kuasa magnet ke arahnya. Dia tidak hirau. Mungkin kepelikan melihat seorang remaja yang muda usianya menelah buku yang berkarangan bahasa Arab. Manusia di situ begitu janggal dengan telatahnya.

Di ruang situ bukan dia sahaja. Masih ramai yang menunggu. Ibu bapa, kenalan sepertinya, atau abang bagi anak-anak yang baru untuk menduduki status Mahasiswa. Seperti di situ, adalah sebuah kilang untuk pencetakan manusia. Memproses manusia supaya berguna untuk negara, bangsa dan agama.

Soal agama? Agaknya, agama masih tidak seimbang di institusi kita pada masa kini. Falsafah pentarbiahan sebuah institusi hanya untuk anak bangsa. Memajukan negara. Ya, mungkin untuk anak bangsa dan negara. Seperti layaknya slogan, hanya bangsa dan negara. Akan tetapi agama? makin terabai. Institusi begitu longlai memupuk anak bangsa supaya menjadi manusia yang beragama. Religus.

Dia membiarkan kanan dan kirinya melihat telatah peliknya. Tapi dia tidak rasa pelik. Perkara biasa. Cuma, masyarakatnya yang pelik. Dia tidak salah. Hanya kerana membaca buku dikhalayak ramai mereka merasa bersalah.

Sedangkan ini bukan jenayah rogol! Cabul! Rasuah, atau membuat satu dosa yang mudarat bagi kehidupan manusia lain.

Bukan harus pula budaya sebegini untuk malu. Cemburu. Atau bersifat yang kurang akal seperti terlanjang dikhalayak ramai. Tapi, masyarakatnya malu membudaya sebegini. Jadi pelik. Gharib dalam masyarakat. Ah, amat pelik.

Dia tidak teruskan perseolan sedemkian. Dibiarkan patah-patah bacaan masuk ke rongga mata. Terapi menyusun setiap fakta dan isi ke saluran otak. Simpan untuk ingatan. Diulas melalui paradigma pemahaman maksud penulis itu.

Karangan Dr.Atif Iraqi amat digemari. Begitu kritis dan amat susah difahami. Perlu penguasaan yang luas untuk menghubungkaitkan persoalan dibangkitkan. Isi-isi yang terkandung juga begitu tinggi, sehingga dia memerlukan pengaruh ilmu luar untuk mentakwil maksud penulis tersebut. Penulisan genre Ekperimentalism.

Keliling yang bingar jadi sunyi. Itu Alamnya. Gadis-gadis genet, remaja yang sosok tubuh yang sederhana, kanak-kanak (mungkin adik-adik mereka), bapa dan ibu sibuk di kantin hujung sana. Menunggu sanak saudara mereka mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Tidak kurang 300 meter di sebelah daya barat sana. Tapi dia rasa semuanya hanyalah mainan sekeliling. Tidak mengganggunya.

Jam dilihat. Jam 3.15 minit petang. Waktu Asar masih jauh. Dia kembali menyelak helaian selepasnya.

Mula untuk bersedia lagi, ada suatu bau yang begitu menyenangkan. Dia tidak cuba mencari arah bau tersebut. Dibiarkan matanya menatap lagi ke arah isi buku. Ada manusia duduk dipinggirnya. Matanya mengintai ke sisi kiri. Dia tahu bauan tadi dari arah ini. Dia seorang gadis.

Dia biarkan kepalanya masih tunduk ke arah buku. Kepala tidak diangkat. Di biarkan. Mencari-cari ayat yang terpotong dalam mindanya. Masih meraba-raba isi kandungan. Tidak ketemu. Dia kelu. Mindanya kaku untuk kembali beraksi. Sudah terperangkap dengan wangian tadi. Semangatnya makin luntur dan malas untuk membaca lagi.

Abang, lepas Asar kejap lagi ada taklimat“. Herman sedia kembali. Adik temannya yang dikirimkan oleh Fazrul supaya temankan untuk pendaftaran. Dia tahu sejak kebelakangan ini Fazrul begitu sibuk dengan kerja-kerja luar.

Ok, nak pergi minum dulu?” Dia sempat mencuri pandangan ke arah gadis tadi. Sungguh menjerat imaginasinya. Amat berkuntum ketika itu. Tapi dia sedar, itu khayalan perasaannya.

Ok, Jom“. Herman dan Jibran berlalu menuju kantin. Membiarkan gadis tadi hanya di dalam fikirannya. Mungkin sempat mencuri bayang gambarannya.

Hatinya amat berseri. Adakah ini antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat menyenangkan. Adakah benar bunga ini adalah antara bunga-bunga yang menguntum di metropolitan? Amat merumitkan. Tetapi, mengapa hatinya begitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui siapakah dia. Gadis itu. Hanya gadis itu di fikirannya.

bersambung….

pai, Cairo

Advertisements

"Cinta: Teori Tanwiri (Pencerahan)"

Posted in Life always Began on July 17, 2005 by duwenk

[Date] 17 JuLY 2005
[Time started] 02.00 a.m
[Song] Madeih: Sufisme
[Current mood] This PsyCo Teories
[Title] Teori Tanwiri : TelaHaN kHuSuS :
___________________________________________

Rasa cinta. Atau kasih. Kadang kala boleh juga diistilahkan dengan gaya; “aku suka… (pada perkara ini)”. Manusia dapat memilih antara baik dan buruk, tapi tidak mungkin menerima kedua-duanya untuk menjadi suka. Jika berkemungkinan, kedua sifat berlawanan tersebut mampu diadaptasi dengan sebaik mungkin melalui kudrat bagi individu. Tidak semua. Bukan bermakna cinta yang khusus seperti merpati sejoli. Atau pasangan yang ternoda dengan dosa mahupun yang halal. Untuk lebih khusus, apabila tahap suka akan sesuatu, dan terus meletakan perasaaan sokong akan sesuatu. Termasuk perkara harfi.

Mengenai persoalan suka, sebenarnya, ia berkait rapat dengan tahap pemikiran manusia. Tahap paradigma manusia yang membentuk kepercayaan yang membuatkan manusia itu terpaut dengan perkara tersebut. Justeru, berlakulah ketidak seimbangan manusia menentukan ke’suka‘an mereka sehingga melibatkan fanatik. Atau lebih rakus lagi apabila dilabelkan ‘suka‘ yang fundamental. Tapi suka juga berlaku dengan aman. Lebih sentosa dari pandangan manusia. Lebih bersifat romantis. Sedangkan ini juga dari kesan ‘suka‘. Lalu, perkara ‘suka’ itu diwarwarkan dengan kebenaran. Di sokong untuk tontonan manusia lain. Tidak kurang juga, sepanduk, slogan, idelis di sanjung sambil bersabda;”Perkara ini adalah yang pasti bagi manusia”.

Kita tarik persoalan ini dalam perkara dunia. Boleh juga, dikerat menjadi dua bahagian penting, antara suka yang berpositif dan negetif (baik dan buruk). Dan juga, perkara ini dinilai melalui setiap genre manusia. Dalam telahan ideologis (meliputi kebudayaan, kepolitikan, ekonomi, bentuk-bentuk sistem manusia), manusia telah menjangkau lebih maju dari sebelumnya. Dari zaman kuno ke era pencerahan, berubah pra moden, moden dan pasca moden yang banyak merumitkan manusia. Lebih membahayakan setiap perkara yang diolah dari zaman kezaman melibatkan perkara agama yang menjadi teras bagi manusia. Kerana sifatnya yang mistik dan lebih kudus dalam kesedaran fitri.

Perkara demi perkara inilah yang mengundang banyak polemik ‘membenarkan‘ pihak yang satu. Sebagai contoh (hanya dalam kelompok muslim), antara liberal dan yang tidak, hukum manusia. Atau yang benar atau tidak, dalil manusia. Atau relevan atau tidak, analisis manusia. Lebih luas lagi jika melibatkan non-muslim yang digarapkan dalam text suci bahawa umat muslim adalah umat ‘wasatiah’* bagi seluruh ummat dunia.

Mungkin jika mengikut analisis sejarah, asal pembenturan antara pemisahan ini telah diklafikasikan lewat orde ‘strukturlisme‘ lagi. Sehingga segala perkara dunia diasingkan mengikut bahagian dan jurusan untuk pengkajian manusia. Untuk kemudahan manusia memahami konsep ‘kehidupan‘ yang perlu memlalui banyak bentuk kehidupan, pemikiran, fahaman atau segala sistem kehidupan, mahupun peraka langit dan bumi.

Namun, ‘post-modern’ orde ‘struktulisme‘ ini bukanlah pemisahan antara baik dan buruk. Bahkan ianya hanyalah perkara yang diklafikasikan melalui definasi pelopor yang memungkinkan kebenaran melalui paradigmnya. Teori atau kefahaman inilah banyak memungkinkan perkara yang ‘kemungkinan yang tak pasti’. Akan tetapi baik buruk tersebut hanyalah wujud dalam fenomena keagamaan yang sehingga kini, para ‘sekularisme’ tidak mampu menyatukan soal agama dengan keduniaan, kononnya takut dicemari dengan fitnah-fitnah busuk dunia. Namun, di sini manusia telah menampak kelemahan mereka untuk mengkoreksi perkara agama untuk kehidupan dunia.

Suka* yang licik?

Sebenarnya, nikmat ‘suka‘ tersebut tiada istilah untuk disampaikan. Namun, sebagai kata ‘dakwah‘;”sampaikan kepada mereka walau satu ayat“: manusia berkekang mata, berlencun peluh untuk meluaskan kebenaran* tersebut. Hanya fahaman mereka yang terhad melalui rekondisi kesungguhan hari demi hari ‘suka’ mereka terhadap perkara tersebut.

Kontek lebih simpel, segala kemungkinan yang berlaku dalam orde pasca-moden sekarang ini telah banyak meragukan manusia. Melalui juru bicara yang kurang upaya yang sangat menonjol makin bercambah dengan keupayaan (kesedaran) golongan cerdik pandai yang lebih percaya dengan ilmu pasca analisis dari fahaman barat. Bukanlah di sini segalanya menolak segala kemungkinan tersebut, akan tetapi keupayaan spiritual yang sebenarnya mendesak ketetapan paradigma setiap teori dan ideologi yang didokong.

Seperti perihal antara umat Muslim, Islam liberal atau hanya ‘Islam’ dalam keupayaan ideologis Islamis. Kita dapat lihat, (secara jujur dan bersangka baik) pertembungan teori-teori moden kini adalah tidak lain untuk melonjakan Islam di mata dunia. Untuk mengkuduskan agama melalui pengalaman moden yang diproses setelah dikaji selidik menentukan ‘kerelevanan’ sebuah agama dalam kondisi dunia yang globalis. Itu hanyalah kemungkinan yang jujur.

Setidaknya, setiap peralihan fahaman dari pihak A dan pihak B, sebenarnya adalah masih tidak sempurna. Dengan penyerapan ‘developmentalisme’, manusia seharusnya lebih memahami situasi untuk lebih maju berjuang. Bukanlah hanya ‘keruhkan‘ lagi ‘suasana‘ yang cetek upaya intelek, seperti masyarakat di Malaysia. Paling parahnya, perkara yang dibangkitkan oleh pihak A, contoh pasti; perkara yang melibatkan tokoh-tokoh yang didokong tidak dianalisi secara tepat dan hanya sebahagian diguna dan dibuang bahagian lain. Menyanjung sebahagian perkara dan tidak prihatian pada sudut yang lain. Itu satu.

Ke dua, untuk penggemar analisis falsafah, keseimbangan antara zaman kehidupan tokoh tidak dikaji sejujur mungkin. Seperti zaman Avenace dan Imam al-Ghazali, yang jaraknya amat jauh. Situasi ini mungkin terkesan dengan karangan Avenace ‘Tahafut wa Tahafut’ atas bantahan teori yang dikemukan dalam ‘Tahafut Falasifah’ oleh Imam al-Ghazali. Sejuah mana dua tokoh ini berhujah, adalah melalui zaman perang sarafnya yang begitu dipengaruhi genre falsafah. Dan Avenace juga terpengaruh dalam ruangan falsafah Aristotalisme. Perlu juga sedar, hujah yang dikemukan dalam ‘Tahafut Falasifah’ juga harus dikaji sejujur mungkin bagi ‘penggemar analisis’, kononnya ingin dilihat sebagai Intelek. Bukanlah hanya sudah mengkaji di salah satu pihak, sudah berpengaruh besar untuk meletakan teori lain tidak benar. Itu lagaknya intelek muda sekarang.

Sudut lain, teori atau idelis yang dikemukan oleh tokoh yang tidak memberi pengaruh kepada dunianya (lebih lagi menentangnya) tidak dibongkah melalui ‘adab’ sebagai orang berilmu. Ini adalah untuk keseimbangan pemamahan ilmu yang disedut. Contoh yang paling tragis, mereka lebih gemar menyenaraikan idelis zahiri ‘sufisme‘(al-Rumi, Ibn Arabi, al-Hallaj, Zun al-Misri atau lainnya), dan mereka menguatkan perkara ini tanpa menyelidiki ‘intuisi mistik’* tokoh tersebut melalui penembusan fenomena keduniaan dan kerohanian sehingga manusia yang lain mendapat pencerahan dari sekeliling. Seperti juga tokoh-tokoh yang bergelar Ulamak, kerana mereka lebih dekat dalam intuisi mistik antara diri dan Maha pencipta. Itu sifat Sufi sebenar tokoh-tokoh tersebut. Sufisme yang berisi-kulit dalam ‘ma’arifatillah‘(baca khusus: hubungan dengan ALLAH). Tapi mereka yang intelek tadi cuai.

Kemungkinan, sifat suka tadi sudah membuta tuli dengan pengaruh diri. Atau ini juga boleh diistilahkan suatu pengaruh fundamental yang licik, sedangkan manusia lain tidak mengerti erti sebenar fundamental. Seperti hari ini, fundamental adalah yang ganas seperti puak pemberontak (teroris). Sedangkan juga, aksi sedemikian kita fahami, adalah suatu polimek yang cukup istimewa di era kini, era yang penuh dengan lumba ideologis untuk menunjukkan siapa lebih ‘kritis‘ dalam pemainan ideologis. Sungguh licik.

Kepastian dan Kemungkinan?

Dalam memahami soal hidup, antara sosial, teknis, umat manusia perlu merungkai segala macam ideologi yang wujud. Dari tatangan manapun sekalipun bersifat orientalis hatta zionis. Kerana pinjam keberkatan serta keilmuan Saiyidina Ali R.A menyarankan kepentingan berilmu akan meletakan status manusia tersebut di dalam lingkungannya. Bukan untuk meraih keduniaan akan tetapi kepentingan untuk merangkul keimanan.

Tidak semua perkara baharu, setelah diteorikan menjadi satu kemungkinan, akan tetapi meletakan kepastian setelah dihubung kait dengan fahaman agama melalui kaedah-kaedah yang relevan diguna pakai. Dan tidak berlaku ‘kemutlakan’ selagimana kaedah tersebut tercicir dari struktur yang ditetapkan oleh para Ulamak.

Kerana ‘Tanyakanlah kepada ‘Ahli Zikr’ jika kamu tidak mengetahui’. Peran text ini perlu difahami secara jelas bahawa Ahli Zikr yang dimaksudkan bukanlah sahaja ianya seorang Ahli Fikir, atau Ahli Falsafah atau Ahli Ilmu akan tetapi lebih dekat dalam pendefinasian yang dikemukakan oleh sebahagian pengaruh Sufisme; Ahli Zikr bermaksud, yang ‘dekat’ denganNYA dengan selalu ingat kepadaNYA.

Justeru, setelah manusia melihat perkembang dunia, teori demi teori, dari perkarangan Liberal, sekular mahupun kemungkinan yang berkemungkinan, manusia tetap mencari kepastian. Demi kebenaran melalui text-text suci al-Quran. Kerana itu adalah simbol dan sumber utama bagi manusia. Dan sifatnya juga bukan hanya telahan dan mencakupi teori-teori semasa, akan tetapi lebih menunjukan kepada ‘amalan’ para pengikutnya. Kerana janji manusia muslim adalah seorang yang mukmin, dan mukmin seseorang terletaknya amalan diri kepada Maha Kuasa Dunia, bukan sekadar peratus yang tinggi mempengaruhi pemikiran manusia, kerana dia akan rugi (Al-Asr).

Begitu juga, segala teori yang dikemukan oleh para tokoh dahulu, mahupun dari daerah Barat mahupun Timur, tidak menghalang sama sekali untuk manusia merungkai dan mengadabtasi dalam keluasan fenomena manusia kini yang berbagai budaya dan karenah modenisasi (2:177). Namun, perlu lebih berhati-hati untuk meletakkan pegangan supaya tidak tersasar dengan akidah yang dimiliki. Supaya, Kalimah suci tersebut bukan saja mampu dilafazkan dengan lidah lebut ini, dan bukan saja mampu dihayati di dalam hati yang tak tergambar ini, namun perlu juga diselaraskan dengan harian diri serta meneguhkan konsepsi imani yang begitu mistik untuk difahami.
___________________________________________

nota 1: Wasatiah*- definasi Barat meletakan librel masih tidak mencakupi seperti Globalisasi yang dilabelkan dalam pengertian ‘Aulamah”.
Nota 2: Suka*-minat
Nota 3: Kebenaran*Umum, kebenaran yang masih tidak pasti. Melalui kaedah yang ‘Khoti’e’ seperti soal akidah bukan soal Hukum Feqh bahawa. Akan tetapi perkara dalil-dhanni dan dalil Khoti’e dalam konsep akidah sudah diijma’ dan harus (wajib) diikuti.
Nota 4: Intuisi-mistikpandangan Kerohanian

Paichowan, Cairo

"sambungan: Sketsa Detik"

Posted in Life always Began on July 12, 2005 by duwenk

[Date] 12 JuLY 2005
[Time started] 02.00 a.m
[Song] Jet : Hold On
[Current mood] This PsyCo LovE
[Title] Khayalan Insomniac (4)
___________________________________________

Dari Sambungan 3….

2002 : Ibu Kota

Dia pejam. Celik. Pejam. Celik. Sedikit sepet apabila rasa panas ke dalam korna mata. Hampir seper-pagi dia di situ. Melihat, hanya sekeliling rambang. Berkabus hitam. Sunyi tapi ada ngeri. Dia penat tapi tidak lelah. Kerna mata fikirnya masih bersungguh-sungguh. Galak.

Dalam sedemikian, mulutnya tidak henti-henti menjampi. Berdoa. Merungkai ayat-ayat suci untuk pertahanan diri. Tidak mahu dimomok anjing-anjing bangsat itu lagi. Seperti hari-hari malam sebelumnya. Ia ingin babat semuanya. Biar mati ditikam dengan ayat-ayat serapah yang tajam. Biar busuk berbangkai jauh dari perasaannya.

Angin sesekali memeluk diamnya.

Tujuh puluh dua hari lewat pada waktu ini, dia sedang menunggu seseorang di sebuah bangku publik di ibu kota. Kerana sebuah janji yang masih tidak dapat dirungkai. Katanya, masih perlu dihitung untuk kerana hidup. Bukan kerana tidak patuh pada janji. Bukan kerana ingin menjawat seorang munafiq kerna ingkar. Tapi kerana alasan hidup. Itu katanya.

Dia hanya menunggu. Tidak banyak terpikir untuk penyelesaian. Tetapi sedikit gusar, kerana ianya sebuah janji.

Di sebuah bangku, dia kelihatan tenang meneliti surat khabar Utusan di tangan. Membelek seperkara demi perkara. Mencari isu yang benar-benar boleh mencuri kegusarannya. Kerana dia masih nampak tenang. Mungkin memek mukanya telah membuatkan manusia lain tidak mampu membaca air mukanya. Kerana, itulah dia, Jibran.

Dia melepas lelah. Membuang segala gusar itu. Melihat lebih kurang lima ratus meter ke hadapan, sebuah bangunan yang gah tinggi. Masih ramai yang lalu lalang. Berpusu-pusu manusia meraikan hari minggu tersebut. Ada yang bersendiri sepertinya, berkeluarga, amat gembira. Bersekawan kelompok lelaki, empat sekawan wanita yang genit senyum kepadanya. Dia membalas manis. Yang berpasangan juga turut sibuk mewarnai kota metropolitan hari sebegini.

Dia yang bersendiri sedikit terhibur. Melihat suasana masyarakat. Pelbagai jenis warna kulit, tua-muda, dan ada yang tekun memimpin ibu-bapa mereka untuk turut menikmati kota yang pesat membangun. Berkat usaha mereka yang dahulu.

Dia masih sendiri di bangku kembali gusar. Air cocunatshakes di sedut berkali-kali. Tidak gopoh tapi seperti sesuatu yang terjadi. Jam di tangan di lihat lagi. Jarum merukuk separuh sisi kanan.

Matahari tidak begitu terik hari ini. Mendung pun tidak mendatang. Hanya cahaya yang begitu mesra untuk menerangi manusia. Cukup-cukup untuk membahagiakan manusia.

Tetapi bagaimana pula dengan dia? Janji itu masih curiga. Adakah pertemuan ini benar-benar merobek fikirannya? Kalau begitu, cahaya hari ini adalah simbol pembodohan kepadanya. Dia akan dipersetan dengan suasana sekeliling. Kerana alam akan membohonginya.

Degup jantung makin meningkat desak. Semakin gusar. Tapi, jika benar-benar itu hanyalah gurauan untuk kemesraan hidup antaranya, dan si dia, simbol sekeliling adalah puisi baginya. Cahaya dan alam adalah penyeri pada hari ini. Biar seluruh dunia melihat janji-janji mereka yang semakin terpatri.

Tapi, dia semakin gundah. Tidak tahu apakah perasaan pada waktu ini. Takut atau hanya berlakon gembira. Kerana ini semua masih tidak pasti.

Kerana ketika kelmarin, pesan yang diterima “… Jibran. Kita harus perhitungkan segalanya. Untuk hidup kita. Aku tunggu mu di tempat biasa. Seroja”.

Bersambung….

:Pai Cairo: