"sambungan: Sketsa Detik"

[Date] 12 JuLY 2005
[Time started] 02.00 a.m
[Song] Jet : Hold On
[Current mood] This PsyCo LovE
[Title] Khayalan Insomniac (4)
___________________________________________

Dari Sambungan 3….

2002 : Ibu Kota

Dia pejam. Celik. Pejam. Celik. Sedikit sepet apabila rasa panas ke dalam korna mata. Hampir seper-pagi dia di situ. Melihat, hanya sekeliling rambang. Berkabus hitam. Sunyi tapi ada ngeri. Dia penat tapi tidak lelah. Kerna mata fikirnya masih bersungguh-sungguh. Galak.

Dalam sedemikian, mulutnya tidak henti-henti menjampi. Berdoa. Merungkai ayat-ayat suci untuk pertahanan diri. Tidak mahu dimomok anjing-anjing bangsat itu lagi. Seperti hari-hari malam sebelumnya. Ia ingin babat semuanya. Biar mati ditikam dengan ayat-ayat serapah yang tajam. Biar busuk berbangkai jauh dari perasaannya.

Angin sesekali memeluk diamnya.

Tujuh puluh dua hari lewat pada waktu ini, dia sedang menunggu seseorang di sebuah bangku publik di ibu kota. Kerana sebuah janji yang masih tidak dapat dirungkai. Katanya, masih perlu dihitung untuk kerana hidup. Bukan kerana tidak patuh pada janji. Bukan kerana ingin menjawat seorang munafiq kerna ingkar. Tapi kerana alasan hidup. Itu katanya.

Dia hanya menunggu. Tidak banyak terpikir untuk penyelesaian. Tetapi sedikit gusar, kerana ianya sebuah janji.

Di sebuah bangku, dia kelihatan tenang meneliti surat khabar Utusan di tangan. Membelek seperkara demi perkara. Mencari isu yang benar-benar boleh mencuri kegusarannya. Kerana dia masih nampak tenang. Mungkin memek mukanya telah membuatkan manusia lain tidak mampu membaca air mukanya. Kerana, itulah dia, Jibran.

Dia melepas lelah. Membuang segala gusar itu. Melihat lebih kurang lima ratus meter ke hadapan, sebuah bangunan yang gah tinggi. Masih ramai yang lalu lalang. Berpusu-pusu manusia meraikan hari minggu tersebut. Ada yang bersendiri sepertinya, berkeluarga, amat gembira. Bersekawan kelompok lelaki, empat sekawan wanita yang genit senyum kepadanya. Dia membalas manis. Yang berpasangan juga turut sibuk mewarnai kota metropolitan hari sebegini.

Dia yang bersendiri sedikit terhibur. Melihat suasana masyarakat. Pelbagai jenis warna kulit, tua-muda, dan ada yang tekun memimpin ibu-bapa mereka untuk turut menikmati kota yang pesat membangun. Berkat usaha mereka yang dahulu.

Dia masih sendiri di bangku kembali gusar. Air cocunatshakes di sedut berkali-kali. Tidak gopoh tapi seperti sesuatu yang terjadi. Jam di tangan di lihat lagi. Jarum merukuk separuh sisi kanan.

Matahari tidak begitu terik hari ini. Mendung pun tidak mendatang. Hanya cahaya yang begitu mesra untuk menerangi manusia. Cukup-cukup untuk membahagiakan manusia.

Tetapi bagaimana pula dengan dia? Janji itu masih curiga. Adakah pertemuan ini benar-benar merobek fikirannya? Kalau begitu, cahaya hari ini adalah simbol pembodohan kepadanya. Dia akan dipersetan dengan suasana sekeliling. Kerana alam akan membohonginya.

Degup jantung makin meningkat desak. Semakin gusar. Tapi, jika benar-benar itu hanyalah gurauan untuk kemesraan hidup antaranya, dan si dia, simbol sekeliling adalah puisi baginya. Cahaya dan alam adalah penyeri pada hari ini. Biar seluruh dunia melihat janji-janji mereka yang semakin terpatri.

Tapi, dia semakin gundah. Tidak tahu apakah perasaan pada waktu ini. Takut atau hanya berlakon gembira. Kerana ini semua masih tidak pasti.

Kerana ketika kelmarin, pesan yang diterima “… Jibran. Kita harus perhitungkan segalanya. Untuk hidup kita. Aku tunggu mu di tempat biasa. Seroja”.

Bersambung….

:Pai Cairo:

Advertisements

4 Responses to “"sambungan: Sketsa Detik"”

  1. Anonymous Says:

    Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

  2. Anonymous Says:

    Excellent, love it! spyware detector

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: